13

Romance Series 13750

Tangan Irfan masih lagi rasa kebas akibat daripada kemalangan seminggu yang lalu. Tambahan pula, dia berulang Kali memikirkan tentang Fatin Elina. Dia tidak tahu kenapa dia berasa risau sekali dan hatinya berkeras untuk balik ke hospital shah Ali.

Pada malam tersebut, setelah selesai mesyuaratnya, dia dengan segera membeli tiket flight untuk pulang. Dia juga mempunyai alasan yang lain until pulang dengan segera kerana selagi dia tinggal di situ, selagi itulah mamanya akan membuat temu janji until mencari calon isteri. Dia ingat lagi semasa dia meminta izin kepada mamanya untuk pulang lebih awal dari sebelum ini.

"What?! Is nak balik awal?" suara Datin Maria iaitu ibu kepada Irfan bergema. "So, how about the arrangement yang Mami sediakan untuk Is. Penat Mami aturkan dengan kawan-kawan Mami. Is bukannya muda lagi, umur sudah masuk 28 tahun dan tak lama lagi nak masuk 29 tahun.. Sepatutnya kan,, pada umur begini dah ada anak 2 tau..." Datin Maria mula memberi ceramah kepada Irfan..

"Tapi Mami, Is banyak kerja lagi dekat hospital tu.." Irfan Cuba memberi alasan.

"Kan ayah kamu ada,, what's the problem." Datin Maria tetap berkeras. Dia tidak mahu anaknya nanti sampai ke tua tidak kahwin. Dia tahu, anaknya seorang yang sentiasa dengan kerjanya. Tidak pernah sekali dia nampak anaknya keluar atau berminat dengan perempuan lain. "Atau Is suka dengan lelaki sampai mana-mana perempuan yang Mami kenalkan semuanya Is tolak." Datin Maria cuba meneka.

"Ishh Mami ni,, ada ke situ pula.. Is masih luruslah.. Tak pernah terfikir pun nak suka dengan lelaki." Irfan sudah membuat muka tidak puas hati. Adakah patut fikir anak sendiri macam gitu.

"Habis tu kenpa Is tolak? Mami tengok, semua yang Mami kenalkan suka sama Is. Is seja yang Tak nak layan. Itu la sombong." Datin Maria sudah menunjukkan muka merajuknya.

Irfan mengeluh seketika. Dia melutut di hadapan Datin Maria Dan menggenggam tangan lalu menciumnya. Dia sangat rapat dengan Datin Maria sehingga kesemua rahsia Irfan berada dalam gengaman Datin Maria. "Mami,, Is minta maaf kalau Is telah sakitkan hati Mami.. Is minta maaf juga yang Is telah tolak kesemua perempuan yang Mami pilih."

"Buat apa Is minta maaf dengan Mami.. Is sepatutnya minta maaf dengan semua perempuan tu and kawan-kawan Mami." Datin Maria mencelah percakapan Irfan.

"Mami,,, Is belum habis cakap lagi.. Is sebenarnya ada sebab kenapa Is tolak semua perempuan tu."

"Banyak la kamu punya sebab." Sekali lagi percakapan Irfan di celah. Datin Maria ingin bercakap lagi tetapi Irfan menunjukkan muka kesian. Akhirnya, Datin Maria hanya diam.

"Is tolak dorang semua sebab Is memang Tak suka dorang. Is tahu yang Mami kasi tunjuk pelbagai jenis perempuan. Contohnya, yang bertudung, tak bertudung, cantik dan banyak lagi tapi tidak ada satu pun yang boleh membuatkan jantung Is berdegup laju. Yang Is boleh nampak hanyalah perempuan biasa. Mami, Is cuma nak satu permintaan seja. Biar Is yang cari bakal isteri Is sendiri. Ok? Is janji, kalau Is sudah jumpa, I will tell you." Irfan menghabiskan ayatnya dengan muka kesian.

Datin Maria hanya memandang wajah anak kesayangan itu dengan rasa simpati. Dia mengaku yang dia selalj membuatkan anaknya it tertekan kerana setiap kali Irfan pulang ke rumah, dia mesti akan membuat blind date until anaknya tanpa memikirkan tentang perasaan Irfan. Akhirnya, Datin Maria mengangguk perlahan.

"Janji dengan Mami yang Is akan beritahu kalau Is sudah jumpa perempuan yang Is suka."

" Ok, Don't worry Mami, Is janji." Irfan memandang jam buat seketika. "Mami, is jalan dulu yaa. Ada Hal sikit kena uruskan sementara tunggu flight nanti malam." Irfan menyalami tangan Datin Mariah dan memberi salam sebelum bergerak.

Semasa dia sampai, jam telah menunjukkan pukul 2 pagi tetapi dia tidak pulang ke rumahnya malahan terus pergi ke hospital. Dia berehat untuk seketika di biliknya sendiri. Semasa dia tengah berehat, terdengar satu ketukan dari luar dan Irfan menyuruhnya masuk.
"Doktor Irfan, did you just come back?" perempuan tersebut menanyakan soalan tersebut. Irfan hanya sekadar mengangguk sambil matanya tertutup. Dia berasa penat sekali kerana sepanjang minggu dia tidak cukup tidur dan apa yang dia mahu sekarang hanyalah tidur. Akhirnya, masalah yang dia hadapi selama ini dapat diselesaikan dengan baik.

"Awal juga doktor balik. Selalunya dalam sebulan lebih begitu baru doktor pulang." nurse itu mengajukkan soalannya.

Irfan membuka matanya dan memandang nurse tersebut. "Clay, apa kamu buat dekat sini?" Clay adalah nurse yang paling rapat dengan Irfan dekat hospital ini. Ramai lelaki mahupun perempuan cemburu dengan mereka berdua. Ada juga yang tersalah anggap yang mereka berdua ialah pasangan kekasih. Padahal, Clay sudah berpunya dan lelaki tersebut ialah kawan baik Irfan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience