2

Romance Series 13750

"Awww." Aku menggosok kepala yang terhantuk tadi. 'Ini badankah dinding. Keras betul.' bebelku dalam hati. Aku mengangkat kepalaku untuk melihat gerangan siapakah yang malang betul terlanggar kepalaku. Apabila aku melihatnya, mulutku tebuka luas. Luas sehingga boleh menjemput lalat masuk ke dalam mulut. 'Hensem, hensem sangat. Ini kalau buat suami ni. Tujuh keturunan takkan hilang kehensemmannya.' Lamunanku terganggu apabila lelaki itu menegurku dan ditambah lagi dengan tangisan budak tersebut.

'Alahai, potong betullah. Tak kena dengan timing.' Keluhku dalam hati. Aku terpaksa melepaskan peluangku untuk berkenalan dengan dia. Aku segera mendekati budak tersebut dan rancangan untuk mengalihkan tumpuan dan menyelamatkan budak itu dijalankan.

"Encik" panggil Arif dengan sopan. Penjenayah tersebut mengalihkan tumpuan kearahnya. "Encik, tolong lepaskan budak tu. Encik cakap seja apa yang encik mahu tapi dengan satu syarat, encik lepaskan budak tu." Pujuk Arif.

"Kalau begitu, biar aku jumpa tu penipu. Aku mau buat dia menyesal sebab sudah menipu aku. Aku mau bunuh dia. Aku penat- penat berusaha until cari duit dan beri pada ibuku tapi dia suka seja larikan duitku. Sekarang ni, aku nak kau bawa penipu tu. Sekarang!" Jerit penjenayah tu.

"Sabar dulu encik. Benda ni boleh diselesaikan dengan cara baik." Pujuk Arif lagi.

" Aaah, aku tak kesah. Aku nak kau bawa tu penipu juga. Kalau tidak, aku bunuh ni budak." Tiba- tiba, budak itu mengambil tindakan yang berani untuk menggigit lengan penjenayah tersebut dan melarikan diri tetapi malang sekali sebab budak tu jatuh.

Penjenayah tersebut bertambah marah dan ingin memukul budak tersebut. Fatin Elina dengan segera menghalang pukulan tersebut dengan kemahiran taekwondo nya. Penjenayah tersebut mengerang kesakitan. Fatin Elina menggari penjenayah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience