24

Romance Series 13750

Irfan yang dari tadi sibuk dengan pesakit nya akhirnya dapat merehatkan badannya di bilik pejabatnya. Dia cuba menutup matanya apabila muka Fatin terlintas di fikirannya. Dia tersenyum mengenangkan reaksi Fatin sebentar tadi. Buat pertama kali dia merasa bahagia apabila memikirkan seorang perempuan.

Bunyi ketukan berbunyi menyedarkan Irfan dari lamunannya.

"Come in." Irfan membetulkan duduknya.

Doktor Melisa menjenguk dari arah pintu lalu masuk ke dalam.

"Is, jom. Dinner with me tonight." Tanya Doktor Melisa

Doktor Melisa dan Irfan sudah kenal lama dari mereka belajar lagi.

"No, I'm busy with my work." Balas Irfan sambil membuka rekod pesakit tanpa memandang Melisa.

Melisa memandang Irfan lama. "Okay, but next time kawan I pergi dinner, kay?"

Irfan tidak membalas Melisa. "Is, you dengar ka tidak ni?" Tanya Melisa

"Melisa, saya busy ni. Boleh awak keluar." Kata Irfan dengan wajah yang serius.

Melisa menunjukkan muka masam. Dia hendak melawan kata tetapi disebabkan mata Irfan serius, dia mengalah.

Sejak kebelakangan ini, Melisa merasakan Irfan menjarakkan diri dengannya. Mereka tidak lagi keluar bersama-sama seperti dulu lagi. Setiap kali Melisa mengajak Irfan keluar, pasti Irfan akan memberi alasan yang dia sibuk. Dia ada syak bahawa Irfan berubah akibat polis perempuan yang menjadi gossip utama di hospital ini. Dia cuba menyiasat perempuan tersebut dengan merawatnya tadi tetapi dia tidak nampak benda yang menakjubkan untuk Irfan terpikat dengan polis itu. Cara pemakaiannya biasa, muka juga biasa, status? taraf? Lagilah biasa berbanding dengan Melisa yang sememangnya dilahirkan 'diamond spoon giteww'. Melisa yang yakin dengan dirinya berlalu pergi kerana dia pasti akan mendapatka Irfan suatu hari nanti.

Irfan yang tekun dengan kerjanya lupa tentang masa yang berlalu dengan cepat. Dia melihat jam yang menunjukkan pukul 2:00 am. Irfan dengan segera bangun untuk balik ke rumah. Suasana di hospital tersebut sunyi dan gelap tetapi dia terbiasa sudah. Lampu di koridor selalunya dimalapkan untuk pesakit lebih selesa tidur. Dia memperlahankan suara kakinya sepaya tidak terdengar kerana risau pesakit yang sensitif pada bunyi terbangun. Semasa dia berjalan di koridor yang gelap itu, dia terdengar suara sayup-sayup berkata-kata. Dia memperlahankan lagi langkahnya dan apabila dia semakin mendekat, dia ternampak kelibat yang dia kenal dan dirindui. Dia berjalan mendekatinya dan ingin memanggilnya tetapi orang di hadapannya itu berpusing secara mengejut. Irfan meletakkan jari di hadapan orang tersebut dan menundukkan sedikit wajahnya supaya orang itu mengenalinya.

"Shhh.. It's me. Irfan..." kata Irfan dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience