21

Romance Series 13750

"Irfan.." Fatin menoleh ke arah suara yang dia rindui. Sudah hampir satu minggu dia dan Irfan tidak berjumpa akibat kes yang berlambak. Dia tidak sangka bahawa dia amat merindui lelaki tersebut.

"Fatin, are you okay? Where did you hurt? Who did this to you?" Irfan meluru masuk dan memeriksa keadaan Fatin. Dia merasa lega apabila Fatin tidak mengalami cedera teruk dan hanya kepala sahaja ada kain pembalut.

"Hey, no talk-talk english. I'm okay." Fatin gelabah apabila muka Irfan berada dekat dengan mukanya. Mata mereka bertembung. Dia dapat melihat wajah kerisauan Irfan terselah terpancar.

"Ehem.." Ashraf yang dari tadi melihat tingkah laku manusia di depannya berdehem untuk menyedarkan mereka.

Fatin dengan segera mengalihkan pandangan untuk menyembunyikan mukanya. Irfan kembali berdiri tegak dan menanyakan keadaan Fatin.

"Jangan risau, dia hanya mengalami luka di dahi dan Doktor Melisa sudah menjahitnya." Terang Clay.

Irfan hanya mengangguk dan mendengar dengan teliti. Setelah selesai, dia mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Fatin. Keadaan di ruang tersebut diam seketika sehingga Ashraf bersuara.

"Aku keluar dulu." Ashraf yang merasakan mereka perlu masa bersendirian keluar.

Suasana di ruang tersebut kian janggal. Fatin hanya memandang dan bermain dengan jari jemarinya. Dia tidak tahu hendak berkata apa- apa pada masa itu.

"Are you really okay?" Irfan yang dari tadi memerhatikan gelagat Fatin kini bersuara.
Suara prihatin Irfan menyentuh hati Fatin. Dia dapat merasakan Irfan betul-betul risau dengannya. Fatin hanya mengangguk ji dan memberikan senyuman yang paling ikhlas kepada Irfan.

Irfan terpesona dengan senyuman Fatin. Dia rasa pada saat ini jantungnya berdegup dengan lajunya.

"I love you...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience