II 2 REZEKI

Romance Completed 33106

Zea menyelak selimutnya ke bawah perut , rasanya gastrik Zea akan menyerang lagi. Sebenarnya waktu Bik July tanya dia dah makan ke belum, dia tipu saja. Sejujurnya dia tunggu Hun balik untuk makan bersama

Tapi Hun pula yang tidak pulang padahal dia dah masakkan makanan yang special untuk Hun.

'Ya Tuhan sakitnya' rintih Zea hingga butir airmatanya mengalir ke pipi.

Zea mengerang kecil, rasanya seperti sakit sengugut tapi kali ni lebih pedih seolah daging perutnya di pulas pulas.

Hun mengetuk pintu kecil sebelum dia masuk ke bilik, mata Hun membesar melihat Zea mengerang kecil di atas katil. Dengan pantas plastik yang berisi makanan di letak di atas meja sebelum dia mendekati Zea.

"Sayang kenapa ni?" Tanya Hun lalu tangannya menyentuh lengan Zea namun Zea menepis dari Hun

"Yang kau balik ni kenapa, ada aku suruh ke" marah Zea lalu dia terjerit kecil lagi.

"Kau ni sakit sakit pun masih nak marah aku kan" kata Hun lalu dia bantu Zea duduk di atas katil dengan penuh berhati hati

"Kenapa ni takkan nak beranak dah kot" kata Hun manakala Zea menjeling Hun tajam, dalam masa begini Hun masih sempat merapu. Dia fikir lawak ke sekarang

"Tak mungkin baby tendang tendang" kata Zea manakala Hun sekadar diam. Takkanlah tendang je pun Zea nak rasa sakit sampai begini.

'krukkk'

Zea tergamam apabila perutnya bergoncang menandakan perutnya kosong manakala Hun memandang tajam ke mata Zea

"Sayang tak makan kan?" Dingin Hun berkata namun Zea terdiam

Zea tidak menjawab sebaliknya dia mengetap bibir sebelum dia menangis kecil di depan Hun, cuma itu je caranya agar Hun tidak memarahinya begitu teruk nanti.

Berlakon menangis.

"Aku tanya jela, janganlah nangis" kata Hun dengan nada suaranya lembut, nak taknak terpaksa juga dia pujuk walaupun Zea yang salah

"Habistu perlu ke buat suara keras macam tu?"

"Aku masakkan makanan yang sedap untuk kau, lepastu kau call kau kata kau tak balik awal"

"So aku suruh jela bik July buang makanan tu"

"Padahal aku nak makan sama sama dengan kau"

"Tapi selalu je takdapat"

"Kau selalu sibuk, tinggalkan aku makan sorang sorang kat rumah"

Hun berubah sejuk sebelum bibirnya tersenyum senyum melihat reaksi comel Zea yang mengadu seperti baby dengan mulutnya memuncung ke depan.

Hun meramas ramas pipi Zea

"Kalau tau nak balik lambat ,kenapa nak balik lagi"

Hun tersenyum kecil, tak berhenti lagi Zea membebel manakala tangannya mencubit pipi Zea dengan lembut.

"Tidur jela kat sana tu kalau nak balik lewat sangat"

"Ingat orang suka ke ditinggalkan macam ni"

"Sayang stoplah buat comel macam ni, nasib kau mengandung kalau tak dah lama aku terkam. Jangan lah uji iman aku ey geramlah aku"

"Ish Hun apa ni!" Marah Zea apabila kedua tangan Hun naik mencubit pipinya dengan lebih kuat. Apa tak geramnya sejak mengandung, Zea makin berisi. Pipinye juga tak mahu ketinggalan juga.

"Ey dahlama stop, kau ni ambik kesempatan lah!" Marah Zea apabila tangan Hun turun meraba pehanya. Takjadi niat dia nak bermanja, lain pula yang jadi sekarang.

"Haha sorry sayang"

Hun menoleh , satu bungkusan makanan yang disimpan diatas meja tadi di buka di depan Zea hingga mata gadis itu bersinar manakala lidahnya menjilat bibirnya sendiri. Tangan dia pula menepuk nepuk menunggu Hun membuka bungkusan makanan itu.

"Ni aku ada tapou kan untuk kau, makanan dari majlis tadi" kata Hun sambil tangannya membuka semua bungkusan makanan itu lalu di alih ke atas lantai. 

"Sini Zea" panggil Hun manakala Zea bangun sambil memegang perutnya dengan tangan.

"Okay tak?" Tanya Hun, bila tengok Zea macam tu. Hatinya mula terbit rasa kesian, pasti berat untuk Zea bawa anaknya di perut itu.

"Ye okay" balas Zea lalu dia duduk bersila di atas lantai

"Biar aku suap" tawar Hun lalu dia bangun pergi mencuci tangan ke tandas terlebih dahulu

"Cepatlah Hun baby dah lapar ni" ngadu Zea sambil mengusap perut bulatnya , waktu malam begini baru babynya aktif menendang nendang

"Jap sayang"

"Anak mama ni taksabar nak makan ye?" Kata Zea sendiri sambil menunggu Hun mengelap tangannya dengan kain bersih lalu Hun mendekatinya semula

"Babah ni lamalah sayang"

"Anak babah dah lapr ke tu" usik Hun sambil mengusap perut Zea sebelum dia masukkan satu suapan ke mulut Zea dengan lembut

"Nakal eh" kata Hun apabila Zea sengaja mengigit jarinya lembut tadi

"Macam mana checkup tadi, okay ke?" Tanya Hun sambil menyuap Zea, Mulut Zea yang penuh dengan makanan itu memuncung lalu mengeleng menandakan tidak okay

"Kenapa pula?" Tanya Hun manakala Zea berhenti mengunyah

"Ada doktor tu kata yang aku ni asyik pergi checkup tanpa suami, patutnya wktu waktu macam tu suami kena temankan"

Hun mendengus geram

"Sapa doktor tu? Kau kenal dia?" Tanya Hun dingin

Zea mengangguk, sebenarnya doktor tulah yang selalu dia checkup di hospital.

"Tapi betullah kata doktor tu, aku tengok suami orang lain kat sana semua temankan isteri dorang checkup. Aku je yang bertemankan Ellyna" luah Zea sambil membuat muka kesian

"Sorry"

"Aku ni selalu busy, mesti kau tawar hati dengan perangai aku kan?" Kata Hun dengan selamba Zea mengangguk hingga Hun memuncung itik. Ingatkan nak pujuk tapi makin nak sakitkan hati dia pula.

"Kau mmg selalu busy pn, ada juga orang tu buat buat busy even sebenarnya dia tak busy mana pun" perli Zea sebelum dia sambung mengunyah makanan di mulutnya.

"Ala sorry lah sayang, nanti ada masa free aku teman kau lagi" kata Hun sambil mengenggam tangan Zea.

"Tipulah" balas Zea lalu dia menarik tangannya semula. Ini kali yang ke berapa Hun janji begitu tapi tetap saja lelaki itu mungkir janji

"Dah masuk 7 bulan kandungan aku pun, kau masih tak temankan. Asyik nak mengharapkan Ell rakam and bagi"

"Bukannya nak datang tgk depan mata sendiri"

"Langsung tak romantik"

Kata Zea sambil menjeling Hun yang masih tersenyum tenang di depannya sekarang.

"Bila kau ada checkup lagi?"

"Takde dah, lagi 1 bulan baru ada checkup lagi"

"Dahlah aku dah kenyang" kata Zea apabila Hun mau menyuapnya lagi

"Apa ni sayang, makanlah banyak sikit nanti gastrik lagi mcm mn?"

"Biarlah gastrik pun, bukannya kau kisah pun"

"Sayang ni kan, ada benda je nak sakitkan hati si suami ni" kata Hun sambil membuat muka sedih namun Zea tidak melayan sebaliknya Zea bangun dan sambung baring di atas katil semula

Hun mengeleng kepala, nasib Zea mengandung skrg kalau tidak sudah lama dia lompat atas katil tu biar Zea ikut terlompat lompat

Hun bangun bersama pingan lalu dia keluar dari bilik untuk ke dapur, setelah siap mencuci dia kembali ke bilik semula

"Dah tidur ke?" Kata Hun perlahan apabila Zea sudah terlena nyenyak di atas katil, Hun menutup pintu biliknya rapat sebelum dia mendekati Zea di atas katil

Baju dibahagian bahu Zea diselak ke bawah lalu dia menyinggahkan satu ciuman hangat sebelum dia mengosok lengan Zea lembut

"Dah tidur ke Zea?" Bisik Hun di telinga Zea namun Zea mengeliat kecil hingga Hun terundur ke belakang. Hun kembali mendekati Zea, dagunya di letak atas bahu Zea sebelum tangannya turun mengusap perut Zea.

'kesian Zea, mesti dia sunyi' getus Hun di hati. Sejujurnya sejak dia diangkat sebagai presiden penjawat hubung awam , dia kerap sekali sibuk. Sampaikan kadang kadang dia tertidur di kereta kerana terlalu penat hingga waktu pagi tu baru dia balik.

Zea pula takmahu fahami dia , tapi mungkin disebabkan Zea mengandung kerana itulah dia marah Hun bila balik lewat padahal dia tau tugas Hun terlalu besar sekarang.

Tapi Hun takpernah salahkan Zea malah dia yang meminta maaf jika Zea rasa dirinya terabai

"Hun"

"Ye syang"

"Perut saya sakit"

Hun terkebil melihat Zea membiasakan dirinya dengan panggilan saya. Biasanya waktu siang gadis itu seperti Thalia yang lupa ingatan semasa dia jumpa awal awal dulu. Tapi bila sampai waktu malam gadis itu berubah seperti Zea yang asal. Kadang kadang di dalam diri gadis itu seolah ada dua roh

Zea menoleh berhadapan dengan Hun, wajahnya berkerut kesakitan manakala dahinya berpeluh

"Okay tak?" Kata Hun sambil mengurut peha Zea perlahan, biasanya Zea sakit perut kerana pehanya kebas.

"Sakitt isk isk"

"Ye aku faham, jangan nangis ye"

"Macam mna tak nangis kalau dah sakit sangat, awak ni Hun isk"

"Sorry sorry, aku urut lagi ye" pujuk Hun manakala Zea didepannya sudah berpeluh kerana sakitnya sekarang.

Zea menarik nafas lalu dia hembus, setelah 5 minit Hun mengurut. Sakitnya sedikit reda.

"Awak dah"

"Dah okay ke sayang?"

"Erm dah" balas Zea sambil membetulkan kedudukannya semula manakala Hun cepat cepat membantu Zea untuk baring semula

"Selesa tak?"

"Ye selesa" balas Zea sambil dia merenung mata Hun lama, sejujurnya dia rindukan Hun yang seperti ini. Ambil berat tentang dia sepanjang masa.

"Hun"

"Ye, kau nak apa apa lagi?"

"Nak sayang boleh"

Hun tersenyum kecil sebelum satu tangannya melingkar ke perut Zea yang bulat lalu dahi gadis itu dikucupnya lama.

"Boleh sangat, nak sayang sepanjang masa pun boleh" balas Hun namun Zea hanya tersenyum kecil.

"Tapi saya selalu nak sayang sepanjang masa dengan awak tapi awak selalu busy kerja" balas Zea seperti anak kecil yang sedang mengadu sesuatu.

"Zea, sayang aku dengan kau sentiasa berjalan seperti biasa tapi benda tu takboleh di lihat tapi boleh dirasai" kata Hun lalu tangan Zea diambil sebelum dia letak tangan Zea ke jantungnya.

Zea terdiam, degupan jantung Hun mampu dirasainya. Perlahan lahan Zea tersenyum manakala Hun cuba melihat wajah Zea yang malu malu itu namun Zea pula sengaja memandang ke arah lain

"Tengoklah sayang, muka malu malu ni"

"Taknaklah Hun saya malu"

"Zea, betul ke ni kau?"

"Ye lah saya lah habistu sapa lagi" balas Zea manakala Hun hanya tersenyum kecil, kalau diri Zea seperti Thalia sudah tentu Zea takkan jadi semanja ini namun sekarang didepannya memang Zea.

Sifat Thalia pula garang, biasa mengelar Hun dengan panggilan kau dan aku malah Thalia juga cepat mengamuk dan marah marah tak tentu pasal. Ada benda aje dia nak bawak Hun bergaduh.

"Zea"

"Ye"

"Bole tak kau terus jadi Zea aku macam dulu, sopan santun , hormat aku and manja macam ni" minta Hun manakala Zea terdiam.

Dia juga sedar bhawa perangai Thalia masih melekat pada dirinya, cuma perangai itu akan datang kalau dia marah dengan Hun.

"Tengoklah nanti aku cuba" balas Zea hingga Hun terbutang mata.

"Ish sayang ni baru je cakap kan" kata Hun apabila Zea kembali membiasakan dirinya dengan panggilan kau dan aku.

"Hehe saje je nak buat awak marah"
"Awak marah ke?" Tanya Zea sambil membuat muka sedih namun Hun kembaki tersenyum manis

"Takmarah pun sayang, tegur je" balas Hun lalu dia mengesel hidungnya dengan hidung Zea

Hun terhenti lama, hidung mereka berdua saling menyentuh manakala mata Hun mula meliar ke bibir halus Zea.

Zea tersenyum kecil, dengan perlahan dia menutup mata. Dia faham dengan isyarat mata Hun itu.

Hun memejamkan matanya lalu dia mendaratkan bibirnya yang terukir agak tebal ke bibir Zea. Bibir Zea digigitnya lembut sebelum dia ceroboh ke mulut Zea.

Hun merapatkan tubuh Zea ke tubuhnya manakala tangan Zea naik memeluk leher Hun apabila ruangnya antara Hun agak sempit

Hun menurunkan bibirnya ke leher Zea yang putih suci , batang leher gadis itu dihisapnya hingga meninggalkan kesan merah merah yang tidak terlalu terang kesannya.

"Hun dah Hun, saya nak tidur" Zea menolak Hun sedikit , makin dia biarkan Hun akan terus membuas nanti.

"Okay tidurlah" balas Hun lalu dia membantu Zea mengelap tepi tepi bibir gadis itu yang tersisa dengan airliur mereka.

Zea menutup matanya rapat sambil memeluk tubuh Hun walaupun perutnya agak menganggu. Nak juga peluk walaupun susah.

"Esok aku cuti"

Zea kembali membuka mata dengan bersinar apabila Hun berkatakan berita baik itu kepadanya.

"Yeke?"

"Ye esok kita beli barang baby sama sama ye sayang?"

"thanks ,saya ingatkan saya akan beli sorang2 and angkat barang sorang2 nanti. Rupanya tak" luah Zea gembira

"Jangan nak perasan, kau ingat aku nak bagi kau angkat barang sorang sorang ke? No way! Jangan nak buat aku menangis lagi eh" kata Hun hingga Zea tersenyum sampai telinga.

Larang pun , Hun tetap risaukan dia. Lagi sakai bila Zea bawa dan angkat barang yang besar-besar mesti Hun buat muka kesian. Siap pakai cermin mata hitam supaya Zea tak nampak yang dia tengah menangis. Benda kecil pun nak menangis.

Kedua pipi Hun dipegang oleh Zea manakala matanya tajam menikam mata lelaki itu

"Tapi kalau awak tiba tiba kena panggil kerja macam mana?"

"Mesti awak nak tinggalkan saya sorang sorang dekat mall nanti kan"

Hun mengeluh kecil sambil dia membelai rambut Zea

"Sayang janganlah cakap macam tu , mulut tu doa tau. jadi betul nanti, aku gigit kau" ugut Hun sambil mengeluarkan taring giginya yang tak seberapa nak tajam

"Gigit lah kalau berani, saya bagitau baby saya"

"Baby sokong babah dia, lepas habis bersalin nanti kita bagi adik untuk baby lagi" sakat Hun nakal. Suka buat Zea malu tak henti-henti.

"Awak! Saya tak habis pantang lagi masatu!"

"Hahhaha apa lah salahnya sayang, rezeki mana boleh tolak"

"Awak yang ada adakan rezeki tu adalah" balas Zea sebelum pipi Hun ditariknya kuat namun Hun balas semula dengan mencubit pipi Zea perlahan. Kalau Zea kuat, dia pula perlahan. gila kau nak cubit kuat-kuat. Boleh bergaduh dorang dua nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience