II 6 REASON

Romance Completed 33106

"sayang, kenapa muram je ni. Marah abang lagi ke" bisik Hun ditelinga Zea saat Dato Fikry memandang ke arah isterinya Bardella yang baru sampai di tempat yang mereka janjikan itu.

"Biasa je, awak fokuslah dulu dgn kerja awak" balas Zea lalu dia minum air lagi sekali supaya Hun berhenti membawa dia bercakap.

Dato Fikry menyambut Bardella, pinggang Bardella dipeluknya di depan mereka berdua.

"Lamanya u pergi mana tadi?"

"Kan i dah kata i keluar jumpa kawan i tadi, u ni asyik lupa je" balas Bardella dengan mulutnya memuncung di depan Dato Fikry. Zea pula buat muka menyampah, nak ikut ikut aku lah tu buat mulut macam tu.

"Yela sangat jumpa kawan" gumam Zea namun Dato Fikry terdengar suaranya hingga dia berkerut dahi memandang Bardella yang kelam kabut memandangnya

"I memang jumpa kawanlah, u apa tau!" Bantah Bardella sebelum dia peluk lengan suami tuanya.

"U, i memang jumpa kawanlah. I tak tipu pun" balas Bardella sambil membuat muka comel di depan Dato Fikry hingga lelaki itu tersenyum manis

"I percaya u sayang, jangan risau okay?" Balas Dato Fikry lalu dia memandang Hun semula dan lebih tepat lagi ke arah Zea yang dari tadi diam menundukkan kepala ke bawah

'cantik juga isteri Hun' getus Dato Fikry sambil tersenyum kecil kepada Hun namun Hun membalas dengan riak wajah muram. Fikir dia tak nampak ke yang orang tua gatal itu memandang ke arah isterinya

"Cik Zea taknak order apa apa ke? Dari tadi diam je. Makanlah harini saya sponser" kata Dato Fikry hingga Zea mengangkat kepala sambil tersenyum makna manakala Bardella di sebelah macam mau marah pun ada.

"Orderlah sayang, ada orang belanja tu" bisik Hun manakala Zea buat tak dengar. Memang nak order pun, Hun je dari tadi tak suruh Zea order sampai baby di perut menendang nendang apabila bau di kedai makan itu terlampau kuat.

Daripada Zea tunggu namun Dato Fikry pula yang tawar hati untuk belanja

"Dato Fikry..." Kata Zea menderet hingga Bardella berkerut dahi memandang Zea yang membuat suara manja di depan suaminya.

"Ye Cik Zea?" Tanya Dato Fikry lalu dia fokus memandang Zea.

"Kalau saya order banyak sikit Dato tak kisah ke?"

"Sayang, abang boleh belanja lah kalau sayang nak banyak banyak" celah Hun, panas juga hati dia tengok Dato Fikry mula naik bulu dengan isterinya namun Zea buat tak dengar.

"Order je banyak banyak. Baby dah merengek dalam perut tu. Tak pe banyak-banyak pun takpe saya belanja harini"

"Dato taap--"

"Takpe Tuan Hun harini saya belanja. Kalau Tuan nak pun, Tuan boleh order" potong Dato Fikry manakala Zea tersenyum panjang melihat makanan di buku menu kedai makan itu.

Hun mengeluh kecil melihat Zea. Macam macam betul cara Zea nak sakitkan hati Hun ni.

"Miss order sini" kata Dato Fikry kepada pelayan kedai itu sebelum pelayan kedai iru datang ke meja mereka.

"Order Tuan Puan?"

"Spaghetti cheese full, abc special, ayam paprik, tomyam special campur sotong lebih tau, lepastu air carrot asli yang fresh baru dibuat taknak yang lama punya, dengan dessert blueberry cheese kek. Itu saja" kata Zea hingga pelayan itu terpinga pinga. Perut apa yang Zea bawak ni.

"Sayang makan sendiri ke?" Tanya Hun

"Yela memang saya punya sorang. Kalau awak nak, awak orderlah sendiri" balas Zea manakala Dato Fikry tersenyum manis namun Bardella di sebelah tersenyum benggang apabila suaminya sendiri tersenyum memandang Zea.

"Makanlah banyak banyak, gemok nanti mesti Hun tinggalkan u" perli Bardella sebelum dia menjelir lidah namun Zea buat muka kesian di depan Dato Fikry hingga Dato Fikry menampar perlahan peha Bardella

"U jangan cakap macam tu, hormat sikit dengan perempuan mengandung. Bukan dia yang minta nak makan banyak-banyak tu, baby kat perut tu yg manja nak makan" kata Daro Fikry yang cuba untuk pertahankan Zea namun Hun pula memerah muka apabila Dato Fikry tak berhenti memandang isterinya.

Cemburunya haih.

"Zea jangan buat macam ni lagi sayang, abang tak suka" bisik Hun di telinga Zea manakala Zea perlahan lahan memandang Hun dengan berkerut dahi.

"Awak ni kenapa Hun?" Tanya Zea sebelum dia menghentak meja dengan perlahan hingga kedua pasangan di depan mereka itu terdiam.

Zea terkilan apabila Hun terdiam segan, wajah lelaki itu merah padam kerana malu di marah dengan Zea di depan Bardella dan Dato Fikry

"Saya nak pergi tandas" kata Zea baru saja dia nak bangun tiba tiba Hun ikut bangun membantunya bangun

"Abang hantar sampai depan tandas sayang" pelawa Hun lalu Zea memandang ke arah Bardella dan Dato Fikry namun Dato'Fikry mengangguk kepala kepada Zea.

"Takpayahlah awak borak je la dengan Dato Fikry"

"Takpela sayang, kejap je bukan lama pun" balas Hun. Risau kalau jadi apa apa di tandas nanti

"Tunggu kat luar je tau" bisik Zea perlahan di telinga Zea apabila sudah sampai di depan tandas perempuan.

Hun menaikkan anak matanya ke atas

"Mestilah sayang, takkan nak ceroboh tandas perempuan pula" balas Hun lalu Zea mengangguk iya saja.

Baru saja Zea mahu melangkah masuk tiba tiba dia patah balik semula kepada Hun.

"Hun boleh tak awak jangan kecewakan saya" kata Zea tiba tiba lalu Hun mengangguk lemah. Dia tau Zea merajuk pasal Bardella tiba tiba ada di officenya tadi

"Sorry pasal tadi, abang taknak sayang kecewa sebab tu abang tipu" balas Hun manakala Zea mengetap bibir geram kepada Hun hingga Hun menundukkan kepalanya ke bawah

'haih comel betul suami aku ni' getus Zea lalu dia mengetap bibir lagi dengan sengaja menakutkan Hun hingga Hun rasa bersalah memandangnya.

"Sorry, janji takbuat dah" kata Hun dengan nada suaranya lembut.

Zea mendekati Hun sebelum kedua pipi Hun dipegangnya, sekilas pantas Zea mengucup bibir Hun yang muncung dari tadi lalu dia berlari pantas masuk ke tandas

"Sayang nak lagi sayang!" Jerit Hun perlahan sambil tersenyum suka di luar.

'ish geramnya' getus Hun lalu dia mengigit jarinya sendiri. Dia langsung tak rasa jemu dengan Zea sebaliknya bila dapat berduaan begini seperti sedang jatuh cinta di pandangan pertama.

Hun tersenyum senyum sendiri sambil menunggu Zea selesai di tandas, sampaikan perempuan yang keluar masuk dari tandas wanita itu terperasan sendiri. mereka sangka Hun senyum dengan mereka

"Dah ke sayang?" Tanya Hun sambil tersenyum panjang kearah Zea yang baru keluar dari tandas. Zea mendekati Hun dengan tersenyum manis, dengan pantas Hun mengenggam tangan Zea sebelum dia kucup dahi gadis itu perlahan.

"Jom, makanan sayang dah sampai" kata Hun lalu Zea mengangguk suka.

Nampak saja Hun dan Zea sudah berbaik terus Bardella membuat muka menyampah. Kejap betul Hun pujuk Zea, Zea pula cepat sangat sejuk hati! Padahal patutnya dia marah tadi itulah yang Bardella nantikan.

Sampai saja di meja makan, Hun melayan Zea dengan baik. Makanan yang terhidang di atas meja membuatkan Zea tak sabar sabar memakannya semua.

"Hun saya nak suap" bisik Zea manja di telinga Hun sambil memeluk lengan Hun manja manakala Bardella mencebik menyampah dengan kemesraan Hun dan Zea.

"Boleh sangat sayang" balas Hun semula sebelum dia tersenyum puas kearah Dato Fikry yang tersenyum sabar di depannya. Jelas wajah Dato Fikry dan Bardella menyampah melihat mereka.

"Dato Fikry izinkan saya suap isteri saya dulu, sambil-sambil tu Dato boleh berbual dengan isteri muda Dato dulu" kata Hun seperti memerli namun Dato Fikry sekadar tersenyum tenang sebelum dia mengangguk.

"Hun saya nak rasa yang tu pula" minta Zea lalu Hun turuti.

"Ehem Hun ingat lagi tak u pernah belikan i dessert blueberry cheese tu" kata Bardella tiba tiba apabila suaminya meminta diri mahu ke tandas sebentar.

Hun berkerut dahi manakala Zea berubah wajah memandang Bardella.

"Masatu i taksangka yang u tau makanan kegemaran i. Tambahan pula masa u belikan i dessert tu, mood i tengah kacau tapi bila u bagi i dessert tu terus i sejuk sikit masatu" ungkit Bardella lalu Hun berfikir lama

"U memang bijak semua citarasa i. U boleh tau, ingat lagi tak?" Tanya Bardella beria beria.

"Ohh yang tu ingat ingat" balas Hun lalu dia kembali menyuap Zea namun wajah Zea dah berubah lain.

Hun mengigit bibirnya sebelum dia memandang ke arah Bardella yang tersenyum mengoda kepadanya.

'sial kenapa aku boleh terjebak dalam perangkap Bardella ni' getus Hun lalu dia mengeluh kecil. Matilah nak.

"Betul ke Hun?"

"Eh mestilah betul, masatu u takde lagi. Hun memang selalu temankan i, jagakan makan minum i. I takkan lupa jasa baik suami u kepada i. Hun memang caring gila dengan i, sampaikan daddy i hampir nak jodohkan i dengan dia" kata Bardella hingga Zea berhenti dari mengunyah

"Sayang makan dulu sayang jangan dengar apa apa yang orang kata dulu" bisik Hun namun Zea mengeleng kepala tak mahu makan apabila Hun mahu menyuapnya

"Saya dah kenyang" balas Zea manakala Bardella didepan tersenyum sinis.

"Nasib Hun dah jumpa u sebelum daddy i rancang nak kawinkan i dengan dia" sambung Bardella lagi lalu Hun menghentak meja kuat.

"Bardella stop, jangan mereka cerita yang takde boleh tak? Even aku tak jumpa Zea sekalipun, aku tak ingin nak jadikan kau isteri kau. Jangan mimpilah" kata Hun tinggi namun Bardella tersenyum sinis kepada Hun. Buat apa pun Zea takkan percaya Hun.

"Hun, baik u stop menipu Zea Hun. Lama kelamaan Zea tetap akan tau nanti. Baik u mengaku je daripada korang dua bergaduh nanti" balas Bardella yang cuba untuk mengapi apikan Zea.

"I risau rumah tangga u terus kacau kalau u terus bersikap macam ni Hun"

"I tau banyak lagi hal yang u dah tipu dan sembunyikan dari Zea"

Tiba tiba Zea tersenyum kecil sebelum dia menatap tepat ke mata Bardella hingga senyuman sinis Bardella mati melihat senyuman Zea yang penuh dengan makna tersirat.

"Bardella" sebut Zea perlahan lalu dia memandang kesian kepada Bardella

"I betul-betul terima kasih sebab u fahami i dan suruh Hun berterus terang dengan i" kata Zea namun Bardella berkerut dahi tak mengerti. Tiba tiba saja berterima kasih.

"Tapi sebenarnya u takperlu susahkan diri"

"Sebab Hun suami i, i yang takut risau rumah tangga i bukannya u yang hanya orang luar" balas Zea hingga Bardella terdiam seketika.

"Tapi kadangkala i kesiankan u sebab u nampak BERIA untuk kisah pasal rumahtangga i, u tak letih ke sakitkan hati sendiri Bardella?" Kata Zea sambil tersenyum sinis. Dia tak kenal Zea sepenuhnya, tapi sekali dia kena dengan tamparan Zea mungkin Bardella akan insaf.

"I tau u prihatin dengan i, tapi takperlu lah ye sebab i boleh jaga hubungan rumahtangga i dengan Hun sendiri. U patutnya cepat-cepat dapatkan anak dengan Dato Fikry supaya dia tak tinggalkan u" kata Zea hingga Bardella mengetap bibir menahan geram.

"U jangan merepek boleh tak Zea! Jangan babitkan suami i dalam hal kita. Takperlu sibuk dalam rumah tangga i dengan suami i" marah Bardella hingga membuatkan Zea tergelak nakal

"Bardella kenapa u marah sangat kalau i sibuk pasal rumahtangga u"

"Sedangkan u boleh babitkan suami i dalam semua hal"

"Sebab macam tulah apa yang i rasa bila u sibuk tentang rumah tangga i" sambung Zea hingga Bardella terdiam manakala Hun disebelah tergamam melihat Zea berani melawan Bardella.

"Apa-apapun i terima kasih sangat and i hargai sangat sebab u satu-satunya orang yang risaukan i but not my husband. U takperlu risaukan suami i"

"Suami i is suami i, kalau u suka Hun minta lah Hun jadikan u madu untuk i. Itu pun kalau Hun nak jadikan perempuan macam u isteri dia" balas Zea sambil tersenyum sinis hingga wajah Bardella merah.

"I pun tak teringin dengan suami u"

"I cuma nak ingatkan, itu pun u nak angin sangat ke?" Kata Bardella turut takmahu mengalah

'perangai Thalia dah keluar' getus Hun sebelum dia tersenyum kecil. Garang-garang pun masih comel.

"Kenapa u nak ingatkan i? Sedangkan i ingatkan u untuk dapat anak dengan Dato Fikry pun u dah angin. Sebab itulah apa yang i rasa, kita perempuan Bardella mustahil u tak sakit hati bila perempuan lain sibuk pedulikan suami u" balas Zea lagi hingga Bardella benar benar tak tau membalas apa lagi.

"Tapi i memang maksudkan apa yang i cakap tadi Bardella. Baik u dapatkan anak secepat mungkin dengan Dato Fikry sebelum dia tinggalkan u" kata Zea lagi lalu Bardella menghentak meja kuat. Sengaja dia mau mengapi api kan Bardella.

"Dato Fikry takkan tinggalkan i! U jangan cakap sembarangan Zea!" Bantah Bardella lalu nafasnya turun naik melihat Zea tersenyum tenang.

"U kena ingat Bardella, bekas isteri Dato Fikry ada 8 and u adalah isteri yang ke 9 dia" kata Zea dalam keadaan membisik. Dia takmahu malukan Bardella juga cuma nak beri peringatan.

"U tau sebab kenapa Dato Fikry tinggalkan isteri dia?"

Bardella terdiam lalu dia berubah jadi tak tentu arah.

'sebab semua isteri Dato Fikry takmau bagi anak untuk Fikry dan kebanyakan perempuan yang kawin dengan Fikry cuma nakkan duit Fikry' getus Bardella di hati

"Rasanya u dah tau jawapannya kan?" Kata Zea lagi lalu Bardella mengangguk kecil.

"I takkan cakap sebab i nak jaga airmuka u. So behave Bardella jangan sampai kena tinggal" lagi sekali Bardella mengangguk lemah.

"Hun jom Hun saya nak shopping" ajak Zea untuk balik, tak elok berlama dengan orang yang sudah berapi di sini.

"Jom sayang" balas Hun lalu dia bangun diikuti oleh Zea pula

"Kata dengan Dato Fikry, perjumpaan tangguh ke hari selasa depan. Aku ada hal nak keluar dengan Zea" kata Hun namun Bardella masih diam memikirkan apa yang dikatakan oleh Zea tadi.

Zea tersenyum sinis kepada Bardella yang dari tadi menunjukkan kepala ke bawah lalu dia dan Hun beredar dari tempat itu.

'Siapa suruh nak sakitkan hati aku, kan dah terkena balik' getus Zea puas hati dengan apa yang dah jadi harini.

"Sial, aku yang nak buat dia sakit hati tapi sekarang aku pula yang sakit hati" gumam Bardella geram lalu dia mengenggam tangan dengan kuat.

Zea betul-betul pandai buat aku rasa tercabar, ayatnya tadi benar-benar mengugatkan aku malah membuatkan aku gelisah tanpa sebab.

'tak Fikry takboleh tinggalkan aku! kalau bukan dia dengan sapa lagi aku boleh hidup semewah ini' getus Bardella tegas. Mungkin betul apa yang dikatakan Zea. Tapi perlu ke dia dengar apa yang Zea katakan tadi.

Sedangkan Dato Fikry amat cintakan dia mustahil Dato Fikry akan tinggalkan dia hanya kerana tiada zuriat bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience