II 11 JOIN

Romance Completed 33106

"apa dia Tuan Hun?" Tanya Bik July sekali lagi, terlalu laju Hun cakap tadi sampaikan dia tak sempat nak tangkap semuanya

'Buka bilik pakaian, kunci bilik tu ada dekat rak dapur mewah'

'pilihkan Zea baju cantik-cantik, yang pasti warnanya navy blue. Kalau boleh pilihkan Zea baju yang comel macam mak kangaroo' kata Hun, disebabkan dia pakai baju navy blue untuk majlis nanti. Jadi dia mahu nampak sedondon dengan Zea biar nampak romantik.

"Arh--er--?" Apa pula si Hun di merepek.

'lepastu makeupkan Zea dengan warna makeup natural takmahu makeup tebal tebal sampai berinci inci bedak tak nak okay. Pakaikan dia lipstick perisa strawberi sebab saya nak cium dia nanti'

'ah ye jangan bagi dia kasut tumit yang tinggi, bagi yang rendah 1.5 cm je janji kasut tu warna hitam berkilauan'

'rambut Zea fesyenkan macam ala ala Cinderella dalam movie barbie tu'

'pastikan Zea guna pakaian yang baru di beli, ada di dalam almari yang bik Janita kemaskan haritu'

'siapkan Zea sebelum saya ambik dia jam 9 malam nanti. Bik July ada masa sejam. Pastikan Zea nampak cantik macam mak kangaroo kalau boleh macam bidadari neraka pun boleh'

'garang menawan dan seksi' kata Hun hingga bik July tergelak tidak ikhlas.

"Baiklah Tuan, saya akan turutkan"

"Ah ye baiklah" balas Bik July lagi sebelum dia meletakkan telefon. Tutup saja telefon terus bik July menghela lega, kadangkala sakit juga kepalanya dengan Hun ni. Pelik pelik apa yang di katanya tadi.

"Janita jom"

"Pergi mana?" Tanya Janita.

"Siapkan Zea sebelum jam 9 malam, Tuan Hun suruh"

Janita mengeluh kecil, baru saja dia nak ajak Zea main kad uno bersama sama. Tiba-tiba Hun ajak Zea keluar pula

"Tolong ambik kunci bilik pakaian dekat rak dapur mewah tu. Aku nak panggil Zea jap" arah July lalu Janita mengangguk dan menuruti arahan dari July.

Sampai saja di bilik Zea, July mendekati Zea yang sedang meramas perutnya sendiri. Zea melemparkan senyuman manis tatkala bik July duduk di birai katilnya

"Kenapa bik July datang bilik Zea? Ada apa apa ke" tanya Zea lembut manakala Bik July mengangguk menandakan iya

"Jom"

"Pergi mana?"

[]

Hun berlari ke ruang tamu setelah selesai bekerja untuk menjemput Zea. Dia janji mau jemput Zea pada jam 9 malam namun dia datang terlebih awal sebab terlalu excited untuk tengok Zea.

Sampai saja di ruang tamu, mata Hun membesar manakala tangannya naik menekup mulutnya sendiri melihat Zea yang sedang duduk di sofa menunggu Hun menjemputnya.

"Sayang, Ya Tuhan sayang ke ni?" Tanya Hun excited, pipi Zea dibeleknya ke kiri ke kanan sebelum dia cubit pipi Zea dengan perlahan.

Zea tersenyum segan sebelum matanya naik membalas pandangan Hun. Bik July dan Janita di sebelah tersenyum senyum sendiri lalu mereka memberi isyarat mau masuk ke bilik semula.

"Cantik ke saya?" Tanya Zea manakala Hun mengangguk laju.

"Cantik sangat ni sayang, sampai abang tak percaya tadi ingatkan bini baru tadi" balas Hun hingga senyuman Zea mati namun Hun masih ketawa nakal di depannya.

"Er hehehihi" ketawa Hun kian perlahan apabila Zea merenungnya tajam sehingga senyumannya menjadi kelat

"Ulang balik ayat awak tu Hun" tegasnya manakala Hun mengetap bibirnya kuat.

"Eiyyy awak ni masih fikir nak kawin lain kan!!" Jerit Zea geram sebelum tangannya mencubit perut Hun kuat hingga Hun merintih kesakitan.

"Arh sayang, so--rry abang silap cakap tadi"

"Silap cakap apanya? Awak nampak gembira je masa cakap tadi"

"Ahh okay okay abang mengaku abang salah.." balas Hun setelah itu barulah Zea melepaskan tangannya lalu dia mengusap perut Hun perlahan

"Sakit sayang" ngadu Hun lalu dia ambil kesempatan memegang tangan Zea saat Zea mengusap perutnya tempat yang Zea cubit tadi

"Sakit ye? Alolo kesiannya"

"Masa cakap tak fikir pula"

"Jangan ulang lagi ye Hun?"

"Ye sayang tak ulang dah" balas Hun dengan nada suaranya lembut seperti mahu memujuk manakala Zea tersenyum puas.

"Ohh ya, Bardella ada tak nanti?"

"Entah, ada kot sebab suami dia pun sertai projek abang so dia ada dalam majlis makan malam nanti" balas Hun manakala Zea tersenyum nakal. Tiba-tiba akalnya ada untuk kenakan Bardella nanti

"Kenapa sayang tanya?"

"Takde, saya nak lawan dengan dia. Siapa yang paling cantik, comel dan mengoda" balas Zea sambil mengenyitkan mata kepada Hun manakala ketika dia menyebut perkataan mengoda tadi terus dia menyelak baju dibahagian bahunya sedikit hingga menampakkan kulitnya yang putih manakala Hun terpegun sendiri.

"Mestilah sayang yang paling cantik, comel dan MENGODA nanti" balas Hun lalu ayat mengoda dia tekankan sambil tersenyum nakal

"Yes betul tu, disebabkan awak dah vote saya dulu. Nanti saya bagi kiss 5 hari 5 malam untuk awak"

"Yeke sayang! Betul ke ni?"

"Yes betul nanti lepas dah balik okay? Awak boleh tunggu kan?" Kata Zea menderet hingga Hun tersenyum lebar sebelum dia mengangguk laju tanda dia boleh tunggu.

"Dah jom gerak sekarang nanti kita lambat pula" balas Zea lalu Hun bangun cepat cepat untuk menyambut tangan Zea ala ala Cinderella.

Zea tersenyum kecil, laju betul Hun kalau bab bab begitu. Terus dilayannya Zea seperti seorang puteri.

[]

Sampai saja di Hotel milik Hun, mereka berdua jalan beriringan untuk masuk ke dalam hotel manakala di tepi mereka dikelilingi dengan dua orang penjaga Hun demi keselamatan Zea.

Dia bimbang kalau ada musuh dalam diam seperti dulu, dia tak mahu membahayakan nyawa Zea lagi. Cukuplah kisah lama itu membuatkan kebahagiaannya dengan Zea tersekat sekat.

Nampak saja Bardella lalu terus Zea pantas memeluk lengan Hun manakala Hun disebelah hanya melayan lakonan Zea untuk sakitkan hati Bardella.

Dengan sengaja pipi Zea dikucupnya saat Dato Fikry dan Bardella mahu mendekati mereka

"Cantiklah sayang harini" puji Hun di depan Dato Fikry. Sengaja dia mahu sakitkan hati orang tua itu demi rasa cemburunya tempoh lalu di kedai makan.

"Apa khabar Tuan Hun, Puan Zea pun ada? Makin berseri ibu mengandung ni nampaknya" puji Dato Fikry manakala Bardella di sebelah menjeling Zea tajam

"Baik saja, Dato Fikry dah dapat tempat duduk ke?"

"Belum" balas Bardella di sebelah sambil tersenyum manis

"Apa kata kalau kita duduk semeja sekali? Zea u pun okay je kan"

"Sayang jangan buat perangai boleh tak" bisik Dato Fikry ditelinga isterinya namun Bardella buat tak endah

"I okay je cuma takut u yang tak okay tengok Hun dengan i nanti" balas Zea sambil tersenyum sindir namun Bardella masih tersenyum tenang

"Oh ya? Haha jom jalan sekali" ajak Bardella lalu Zea dan Hun jalan terlebih dahulu meninggalkan mereka di belakang

"Sayang, i taknak u bergaduh tau. Jangan buat perangai, jaga kelakuan u faham?" Tegas Dato Fikry lalu Bardella cemberut mulut

"I nak berbaik dengan Zea je, u janganlah risau sangat" balas Bardella sambil memeluk lengan suaminya untuk memujuk.

"Janji?"

"Ye i janji" balas Bardella sebelum dia tarik tangan Dato Fikry untuk mengejar Zea dan Hun yang sudah laju di depan.

Sampai saja di dewan majlis, mereka semua ke meja V.I.P disertai oleh Bardella juga.

Kerusi di tarik ke belakang sedikit untuk memudahkan Zea duduk oleh Hun. Dia tak mahu Zea penat walaupun sebenarnya tidak memenatkan sangat pun.

"Hati hati sayang" kata Hun perlahan sambil tersenyum manis namun Bardella di sebelah mengangkat bibir kerana menyampah. Nak duduk kerusi pun orang sediakan

"Abang nak pergi mana?" Tanya Zea sambil memeluk lengan Hun yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Abang ada mesyuarat dengan client yang abang cakap pagi tadi, tak lama pun 30 minit je dekat bilik mesyuarat. Nanti abang datang balik" kata Hun dekat di telinga Zea manakala tangannya membelai rambut Zea perlahan.

"Saya nak ikut boleh?"

"Mana boleh sayang, ni hal kerja" balas Hun namun Zea cemberut kerana tidak dapat sertai Hun. Mana tau Hun ngorat perempuan ke kat sana, mestilah dia cemburu.

"Taklama pun sayang, 30 minit je nanti abang datang balik okay?" Balas Hun dengan nada memujuk taklama itu Zea mengangguk angguk comel.

"Jangan tengok perempuan lain tau" bisik Zea manakala Hun tersenyum nakal hingga Zea mencebik bibir. Tiba tiba Hun mengucup bibirnya yang muncung tadi di depan Bardella dan Dato Fikry

"bini sendiri dah seksi buat apa nak tengok perempuan lain kan" balas Hun hingga Zea tersenyum senyum sendiri

"Hati hati awak, cepat sampai tau. Baby dengan mamah tunggu babah dekat sini" balas Zea manja sebelum tangannya naik mengusap pipi Hun lembut.

"Sayang janganlah macam ni, nanti abang berat hati nak gerak"

"Baguslah tu berat hati, biar awak duduk dekat sini dengan saya je" balas Zea hingga Hun tersenyum geram, eyy kalau macam ni Zea manja di depan Bardella. Hari hari juga dia kena bawak Zea di depan Bardella.

"Tuan Hun jom gerak, kita dah lambat ni" potong Dato Fikry apabila Zea hampir hampir mau mencium pipi Hun namun tak sempat apabila Dato Fikry mencelah.

"Bye, sayang nak apa apa. Sayang boleh minta dengan 2 orang tu" kata Hun kepada Zea sambil memuncung mulut dengan penjaganya yang bertugas untuk mengawasi Zea harini.

"Okay bye abang" balas Zea dengan suaranya manja semacam.

"Dahlah Zea kalau u terus nak bermesra sampai bila Hun dengan suami i nak gerak mesyuarat" celah Bardella dengan penuh menyampah sambil menyilangkan tangan disebelah

"Cemburulah tu" gumam Zea sambil membuat muka selamba badak manakala Bardella membalas dengan jelingan
"Puan Zea kalau nak apa apa, boleh minta tolong dengan Bardella. Nanti dia boleh tolong" kata Dato Fikry lalu Bardella laju menjeling suaminya di belakang.

"U apa ni..!"

"Ikut cakap i sayang, jangan degil" tegas Dato Fikry namun Bardella sekadar mendengus geram tanda dia tidak puas hati dengan suaminya itu.

"Ish yela yela" balasnya mengalah manakala Zea di sebelah tersenyum manis kepada Hun dan Dato Fikry hinggalah mereka beredar dari situ.

"I jangan nak perasan, i takkan ikut apa yang u minta" tegas Bardella sebelum dia menjeling Zea

"Janganlah risau sangat"
"I pun taknak u ambilkan i makanan dengan tangan kotor u to" balas Zea hingga wajah Bardella merah padam.

"Fine!" Balasnya mengalah sambil menyilangkan tangan.

"Excuse me" panggil Zea kepada lelaki yang berdiri di belakangnya lebih tepat lagi penjaga yang diupah oleh Hun.

"Ambilkan saya jus carrot"

"Baiklah Puan Zea" balas lelaki itu sambil menunduk hormat sebelum dia pergi dari situ.

"So macam mana, u dah pregnant?" Tanya Zea kepada Bardella

"U jangan nak masuk campur boleh tak? I tau apa yang i buat. So u takperlu nak ambil tau" balas Bardella kasar namun Zea masih tersenyum tenang.

"Bardella u memang keras kepala, i dah baik ingatkan u tapi u masih berkasar"

"U jangan belagak taulah Zea, i yakin Dato Fikry takkan tinggalkan i hanya kerana i tak mengandung. Mustahil tau tak, i tau Dato Fikry cintakan i sangat sangat mustahil dia sanggup tinggalkan i" balas Bardella dengan penuh yakin namun Zea tergelak kecil

"U kenapa gelak? Lawak sangat ke apa yang i cakap"

"Ofcourse lawak, u masih tak sedar. Makin seseorang itu berumur, makin dia ada keinginan untuk ada zuriat sendiri"

"Sama macam Hun, teringin sangat i mengandung sebab dia sukakan budak"

"Mustahillah suami u tak sukakan budak" balas Zea manakala Bardella terdiam lama

"I--i tak pandai nak ngoda Dato Fikry sebenarnya"

"Oh ahaha tak pandai? Are you serius Bardella?" Gelak Zea sakan sampai dia hampir mau menangis dengan alasan Bardella

"Habistu u ngoda suami i pandai pula" balas Zea hingga Bardella tersentak

"Its okaylah, i tau u masih gilakan suami i but i akan tolong u untuk ngoda suami u"

"U kena dapatkan zuriat dengan Dato Fikry kalau tak dia akan tinggalkan u, elok u dengar cakap i. Lepas i dah tolong, please jangan ganggu suami i lagi deal?" Kata Zea manakala Bardella mengangguk iya.

"Tapi macam mana caranya?"

"Macam ni u kena...." Bisik Zea di telinga Bardella manakala Bardella mengangguk angguk dengan cadangan Bardella.

"Macam mana , u faham kan dengan cadangan i tadi?"

"Ye i faham" balas Bardella sambil tersenyum kecil manakala Zea dalam diam tersenyum sindir.

"Buat apa yang i suruh, u akan berjaya. Percaya cakap i okay?" kata Zea manakala Bardella mengangguk angguk dan turuti semua cadangan Zea seperti dirinya di pukau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience