3 hari setelah Hun berada di Indonesia, dia terus turun melaksanakan projek dia dengan mereka yang lain. Selama 2 hari sebelumnya, dia diberi rehat sementara projek bermula.
Sepanjang 2 hari itu, dia tak putus membuat panggilan video dengan Zea setelah tiap 2 jam berlalu.
'ting' nama Zea terpapar terang di skrin telefon Hun, Hun melihat kiri dan kanan lalu dia sorok-sorok membuka mesejĀ daripada Zea.
'hai babah' text dari Zea serta satu rakaman video perutnya ditendang tendang oleh baby di perut. Volume direndahkan terlebih dahulu sebelum dia membuka video itu.
Tanpa Hun sedar dia tersengih melebar sambil mengigit jarinya sendiri melihat rakaman itu.
'sayang jangan cute sangat sayang, gewram abang tengok' balas Hun sambil tersengih sengih sendiri. Apa yang dibincangkan di situ langsung tidak difokusnya sudah manakala Dato Fikry di situ mengeleng kepala.
Dari mula naik kereta lagi, Hun sibuk dengan Zea di telefon. Takboleh dipisahkan langsung terus rindu melanda dunia Hun ketika itu
'haih rindunya Bardella kat rumah' keluh Dato Fikry dalam diam, teringat pula wajah Bardella merajuk nak ikut dia ke Indonesia seminggu yang lalu.
Disebabkan ayahnya pun ada menyertai projek itu, jadi Bardella tak susah hati untuk ikhlaskan Fikry ke Indonesia outstation selama 2 bulan. Ayahnya boleh tolong tengokkan apa yang patut nanti.
Cuma yang membuatkan Fikry rindu sekarang, Bardella tak mahu mengangkat telefonnya. Walaupun Bardella sudah beri keizinan tapi dia seolah merajuk dengan Dato Fikry
"Eyy comel betul" gumam Hun manakala Dato Fikry disebelah terdengar tanpa sengaja. Perlahan bibir Dato Fikry tersenyum kecil melihat gelagat Hun sorok sorok membalas mesej Zea
"Okay itu saja untuk harini"
"Makan malam dah siap dihidang, Tuan-tuan dan Dato-dato dialu alukan datang ke ruang makan" kata pengurus majlis di situ manakala yang lain kelihatan sudah bersurai kecuali Hun dan Dato Fikry
"Tuan Hun, mesyuarat dah habis" pesan Fikry manakala Hun mengangguk binggung melihat orang ramai sudah bersurai
"Kejap lagi saya keluar" balas Hun sambil tersenyum manis lalu dia kembali fokus membalas mesej daripada Zea
Dato Fikry mengeluarkan telefon, nombor telefon isterinya Bardella cuba didail namun Bardella menolak panggilannya. Sudah 3 hari di Indonesia, dia langsung takdapat dengar suara Bardella.
'sayang, u marah i?'
'i ingat u okay je'
'i cemburu tengok Hun selalu call isteri dia walaupun tengah sibuk mesyuarat tapi i langsung takdapat macam Hun'
'i ingatkan kalau i dekat sini u akan selalu call i mengadu rindukan i. Tapi i tak dapat pun, tiap malam i tunggu call from u but u tak telefon. Tinggalkan text pun tidak'
'u tak rindu i ke?'
'i really miss your voice'
'kalau u tak rindu i, its okay. I takkan ganggu call and chat u selama 2 bulan ni sepanjang i kat sini'
'bye sayang, i love you' beberapa mesej di kirim kepada Bardella lalu dia tutup telefonnya semula. Lama dia duduk di situ untuk tenangkan diri akhirnya Hun sudah keluar terlebih dahulu hingga tinggal dia seorang di situ.
Sempat Dato Fikry mengeluh berat sebelum dia bangun daripada duduk. Perutnya pun dah bergoncang mahu diisi sekarang.
Baru saja Dato Fikry berniat untuk pulas tombol pintu tiba-tiba poket seluarnya bergegar kerana ada panggilan masuk di telefonnya.
'Honey Baby' mata Dato Fikry terbutang apabila panggilan yang masuk itu adalah dari Bardella. Bergegas dia menerima panggilan itu.
'u! Kenapa chat macam tu dekat i' jerit Bardella merajuk, terkejutlah tiba-tiba Fikry kata taknak call dan chat selama 2 bulan tu lagi.
"Dahtu u bukannya angkat kalau i call" balas Dato Fikry dalam nada merajuk
'uu ni kan, i saja je nak merajuk tiba-tiba u pula nak merajuk sekarang'
'tak syok lah u ni' balas Bardella sambil mencebik mulut walaupun Fikry tidak dapat melihatnya
"So u rindu i tak ni?"
'ahh u ni, of course lah i miss u every saat lagi tau. U je tak tau..'
"Yela u nampak macam tak rindu i je, bukannya nak call i pun"
'i merajuklah, u ni bukannya reti merajuk isteri mengandung pun' balas Bardella dengan nada manja semacam
"Arh? Mengandung?"
"Honey, u mengandung ke?"
"I taksalah dengar ke ni baby?"
"Honeyyy jawablah soalan i. U mengandung ke" soal Dato Fikry tak sabar sabar untuk tau keputusan samada Bardella mengandung atau tidak
'u tak salah dengar pun, i memang mengandung. Baru 2 hari ni sayang hihi' balas Bardella sambil tergelak suka
"Syukurnya tak sia sia i suruh u check tiap hari. Membuahkan hasil jugakan, i ingat i yang tak subur lagi" balas Dato Fikry hingga laparnya tadi menghilang tanpa sebab.
'u subur je, kan masa first kawin. U dengan i dah check kat hospital'
"Ye ye i lupa maklumlah umur nak masuk 44 tahun ni kan"
'tua tua pun masih kacak and subur hahaha' gelak sakan Bardella
"Ohh pandai eh perli i sekarang, nasib jauh kalau tak i terkam u walaupun u pregnant"
'eyy kejamnya u ni, bagitau ibu u' ngadu Bardella. Ibu Fikry terlalu sayangkan dia sampai tiap minggu pasti ibunya tawar diri untuk bawa Bardella bersiar siar bersamanya.
Selama Fikry tiada jugalah ibu Fikry sering membuat makanan yang enak enak untuk Bardella hanya kerana dia yakin yang menantunya itu mengandung walaupun belum dapat keputusan ketika itu.
'u, i nak mandi jap. I nak videocall malam ni, u siap-siap hensem tau. I nak tengok u' kata Bardella sambil tersenyum mengoda.
"Okay honey , hati-hati mandi tu jangan sampai tergelincir. Jaga anak i dalam perut tu makan makanan berkhasiat sikit jangan asyik makan megi je" pesan Dato Fikry manakala Bardella mengangguk malas.
'ye i tau lah macam mana nak jaga baby ni. I banyak minta tips dengan Zea'
"Ha eloklah tu jangan bawa Zea tu bergaduh je, letih Zea tu nak layan karenah u"
' ye i taulah, lagipun Zea yang bagi tips macam mana nak ngoda u haritu hihi' balas Bardella hingga mata Dato Fikry membesar
"U tak minta tips dengan Zea pun , i memang akan terngoda dengan u tiap masa" balas Dato Fikry cuma Bardella yang tak bagi bila dia minta
'okaylah! I mandi dulu, busuk dah ni'
"Okay honey, byee i love u"
'love u to daddy' balas Bardella sambil melambai tangan di kamera sebelum dia tutup telefon itu
[]
2 Months later,
"Zea kenapa muram je ni?" Tegur ibu kirinya, Zea yang sedang duduk di atas katil itu seperti menunggu kehadiran seseorang
"Hun tak datang pun bu, Zea nak bersalin harini pun. Hun masih tak datang" luah Zea lalu air matanya tumpah ke riba, dengan kuat Zea mengenggam selimut yang menutup kakinya
"Dah dah ibu faham, Zea kuat ye? Nak bersalin dah kejap lagi ni. Takkan Zea nak sedih lagi waktu-waktu macam ni, kuatkan semangat untuk baby Zea dulu" pujuk ibu sambil menepuk nepuk bahu Zea
"Jap ye ibu keluar" minta ibu apabila bunyi telefonnya masuk, mungkin Hun juga
'Menantu Hun' panggilan daripada Hun diterima sambil sorok sorok di tempat yang Zea tak boleh nampak atau mendengarnya. Tadi Hun call Zea tapi Zea tak angkat, seminggu lepas juga begitu hanya kerana Hun tak balik seminggu dia bersalin daripada hari ini.
'Ibu, Hun dah beli tambang balik sekarang tapi penerbangan di delay pula bu. Macam mana ni bu'
'Zea dah merajuk teruk bu, nanti Hun takboleh nak sentuh anak Hun kalau Hun lambat' kata Hun gelisah. Patutnya kerjanya habis lagi 3 hari, tapi dia nak balik harini kerana Zea bersalin.
"Aduhai macam mana ni Hun, tadi Zea pun asyik nangis. Dah pujuk tapi balik nangis lagi sekali, non stop dah ni. Ibu tak tau macam mana dia nak bersalin nanti"
"Tengah sakit pun sempat lagi nangis" balas ibu yang turut tak tau nak buat macam mana lagi. Zaem pujukkan pun tak berkesan walaupun Zaem terer dalam bab bab memujuk.
'Hun takutlah bu, macam mana ni. Hun call Zea pun Zea tolak bu, tak tau pula boleh jadi macam ni' luah Zea bimbang. Hujung ayatnya jelas suara Hun bergetar ketakutan.
"Takpela, Hun tunggu je sampai dah terbang. Janji Hun balik malam ni sudah memadai daripada Hun teruskan kerja 3 hari tu lagi memang merajuk sakanlah Zea tu nanti" cadang ibu
'tapi kalau Zea tak maafkan Hun macam mana bu.. takutlah kalau Zea minta cerai bu'
"Eish budak ni janganlah fikir jauh sangat. Ibu kenal anak ibu tu macam mana, dia takkan buat keputusan terburu-buru"
"Hun ibu letak dulu Hun, Zea dah nak masuk bilik persalinan ni"
'ibu jagakan Zea untuk Hun bu'
'apa apa problem bagitau'
'ibu tolong belikan apa yang patut untuk Zea guna kad bank Hun. Nanti nombor pin Hun mesej bagi ibu'
"Ye ye okay ibu tau lah apa yang nak dibuat" balas ibu lalu dia tutup telefon sebelum ibu bergegas mengejar Zea di belakang. Zea di bawa dengan kerusi roda menuju ke bilik persalinan
Zea dibaringkan di atas katil sementara doktor mengalihkan alat-alat kegunaan nanti, ibu mengambil kesempatan untuk mengenggam tangan Zea yang dari tadi gementar.
"Ibu, Hun tak datang ke? Zea takut.."
"Kejap lagi Hun sampai ye sayang, ibu ada tunggu kat luar. Zea jangan takut" pujuk ibu sebelum ibu lepaskan tangan Zea
"Jangan tinggalkan Zea sampai Zea dah selesai bu"
"Ye sayang, ibu kat luar je tunggu Zea" balas ibu sambil tersenyum manis kepada Zea di atas katil itu
[]
Setelah sampai di hospital swasta tempat Zea bersalin, Hun bergegas ke kaunter pertanyaan
"Boleh kami bantu Tuan?"
"Bilik isteri saya mana? Isteri saya baru lepas bersalin 5 jam yang lepas" balas Hun kelam kabut, tadi dia dapat terbang ke sini semula pun jam 5.45 petang.
Delay waktu penerbangan pun sampai 1 jam dia tunggu, sampai sini pula dah jam 7.57 malam. Dari airport ke hospital ni pula memakan masa 1 jam setengah kerana jauh daripada airport. Macam-macam betul halangan dia nak sampai ke hospital ini.
Sampai di hospital pun sudah jam 9.05 minit.
"Ye kami faham, ni memang hospital khas untuk ibu bersalin. Tapi boleh kami tau nama isteri Tuan? Untuk cari bilik yang dia ditempatkan" balas doktor yang bertugas itu sambil tersenyum manis
"Zea Soffya"
"Tuan suami Puan Zea atau orang lain? Hanya keluarga saja yang dibenarkan berjumpa dengan Puan Zea pada waktu malam begini"
"Ye saya suami dia"
"Okay baiklah, sekejap ye Tuan" balas doktor bertugas itu manakala Hun tak sabar sabar menunggu.
"Tingkat 2 bilik nombor 121. Bawa kad kebenaran ni sekali ye" kata doktor itu sambil menghulurkan satu kad kebenaran. Pantas Hun merampas kad itu lalu dia bergegas naik mengunakan lift untuk ke tingkat 2
Tombol pintu dipulas mengejut hingga Zea dan ibu menoleh serentak ke arah pintu masuk.
Zea tarik mukanya semula apabila Hun masuk bilik wadnya manakala ibu pula meminta diri untuk biarkan mereka berdua berbincang
"Sayang aba--"
"Keluar" potong Zea hingga Hun takboleh nak berkata
"Abang minta maaf sayang, abang--"
"Saya kata keluar, keluarlah! Tak faham bahasa ke?!" Jerit Zea tinggi sambil memegang bahagian bawah perutnya yang terasa pedih.
"Sayang okay ke?" Bergegas Hun dekati Zea apabila Zea mengerang kesakitan. Namun Zea berusaha untuk tolak Hun ke tepi
"Sayang jangan degil boleh tak!" Kata Hun apabila Zea tak putus asa menolak bahu Hun jauh daripadanya walaupun tengah sakit
"Waktu-waktu sakit macam ni jangan nak ego sangat boleh tak, Dengar cakap aku!" Jerit Hun kasar hingga Zea terdiam tidak melawan namun kolam matanya bertakung airmata.
Dengan lembut Hun baringkan tubuh Zea ke atas katil semula, selimut dinaik kan hingga ke atas dada Zea sebelum Hun duduk di kerusi tetamu bersebelahan dengan Zea
"Sayang okay?" Tanya Hun namun Zea berpaling membelakangi Hun
Hun mengeluh kecil
"Sorry abang terkasar, abang stress sangat sayang" kata Hun namun Zea langsung tak beri apa-apa respon
"Nama anak kita apa sayang?"
"Biar abang teka, mesti anak kita serupa abangkan?" Teka Hun sendiri namun Zea langsung tak peduli dengan kata-katanya. Hun pula dah macam tunggul bercakap sendiri di situ.
"Sayang masih sakit ke?"
"Kalau masih sakit, abang panggil doktor. Check apa yang patut ke" balas Hun namun Zea buat-buat tak dengar.
"Abang nak jumpa baby kejap boleh?"
"Jangan sentuh anak saya" pesan Zea dingin hingga Hun tersentak
"Jangan sentuh anak saya" ulang Zea dengan tegas.
Hun keluar daripada bilik wad Zea, ibu diluar terus bangun apabila Hun ada di situ
"Hun nak jumpa anak Hun tapi Zea tak bagi sentuh" kata Hun sambil tersenyum nipis kepada ibu
"Ya Tuhan kenapa Zea macam ni" balas Ibu sambil mengeleng kepala, tak sangka pula Zea boleh merajuk sampai begitu sekali
"Jap"
"Zea tak bagi Hun sentuh kan?"
"Haah"
"Tapi maknanya Hun boleh tengok" kata ibu hingga Hun laju menoleh sebelum dia tersenyum lebar
"Haahlah bu kenapa Hun tak terfikir"
"Bu bu"
"Ah ye apa apa"
"Baby Hun mana? Mana dorang letak?"
"Ada dekat bilik baby hujung sana. Doktor ambik kejap tadi, katanya nak periksa kesihatan baby"
"Okay cun Hun pergi dulu bu!"
"Haih macam-macam betul budak-budak ni" ibu mengeleng kepala melihat Hun berlari seperti budak-budak sementara itu ibu masuk ke bilik Zea semula
"Ehem"
"Hun dah tengok ke anak dia" tanya Zea sambil mukanya muram semacam
"Tengah cari tu"
"Ibu ingatkan Zea tak bagi Hun tu tengok langsung"
"Zea cuma cakap jangan sentuh, kalau nak tengok tu. Zea tak halang pun, itupun kalau Hun faham apa yang Zea sampaikan tadi" balas Zea selamba, 2 kali dia ulang 'jangan sentuh anak saya' mustahil Hun takboleh nak tangkap maksudnya.
"Eleh jual mahal je" sakat ibu manakala Zea memuncung
"Zea taklah kejam mana. cuma Zea taknak Hun sentuh anak Zea, nama anak Zea pun tak bagi dia tau. Itu denda dia sebab dia tak tunaikan janji" balas Zea menyampah
"Jadi apa nama anak Zea nak bagi?" Tanya ibu
"Takboleh ibu pun takboleh tau"
"Nanti ibu pecahkan rahsia dengan Hun"
"Ish taklah, ibu rahsiakan juga. Ibu pun sokong Zea denda Hun, Zea kan anak ibu bukannya si Hun tu lagipun ibu tak kisah pun pasal Hun
"Jadi bagitaulah apa nama anak Zea bagi?"
"Janji?"
"Ye janji" balas ibu sambil jari kelingking mereka berpaut antara satu sama yang lain tanda sudah berjanji untuk tidak beritahu Hun
"Nama anak Zea"
"Lud Husaini" kata Zea sambil tersenyum kecil
Share this novel