II 17 TANAH

Romance Completed 33106

"sayang kaki baby ke yang tendang tendang ni?" Tanya Hun sambil mengusap bahagian perut Zea yang kelihatan seperti ditendang dari dalam

"Yela mestilah kaki dia takkan anak saya tanduk perut saya dengan kepala dia pula" balas Zea sambil mengeleng kepala, pelik betul soalan Hun pagi pagi cerah ni. Mimpi otak kena rompak ke apa

"Nakalnya anak babah, tendang perut mamah dia macam ni" kata Hun perlahan sambil tersenyum manis, geli geli hatinya tengok perut Zea gerak gerak begitu. Rasa macam nak jumpa baby sekarang pun ada.

"Abang..abang kena ingat tau, abang kena balik 2 minggu sebelum saya bersalin. Settlekan kerja abang cepat-cepat, jangan bagi alasan yang abang akan balik lewat" kata Zea tiba-tiba.

Lagi 4 hari Hun dah nak gerak outstation, lebih elok kalau diingatkan setiap hari supaya Hun tak dapat bagi alasan lupa.

"Tapi abang tak janji lah sayang"

"Nanti berjanji kang, sayang cakap abang ni mungkir janji" balas Hun hingga muka Zea berubah muram

"Abang tak janji tapi abang akan pastikan abang balik sebelum 2 minggu sayang bersalin"

"Janji?"

"Sayang, abang takboleh nak janjilah" balas Hun, baru saja dia cakap dia takboleh janji tiba-tiba Zea suruh berjanji pula

"Hmm takpela" balas Zea sambil membuat muka masam manakala Hun merenung Zea lama, Zea langsung tak pandang matanya

"Sayang.."

"Marah abang ke.."

"Taklah, tak marah. Merajuk je" balas Zea sambil membuat muka lagi, Hun pula tersenyum kecil melihat Zea. Mengandung ni makin comel pula Zea.

"Apa? Kenapa tengok saya macam tu?" Tanya Zea apabila Hun menatap matanya lama sambil tersenyum manis

"Pandang isteri sendiri pun tak boleh ke?"

"Buat apa nak pandang? Saya kan tak cantik.. gemok pula tu" balas Zea merendahkan rendahkan dirinya

"Gemok lah abang suka, sekurangnya abang ada teman gemok. Takkan diri sendiri je gemok"

"Abang gemok? Langsung tak gemok. Ke abang nak perli saya ni"

"Mana ada perli, abang jujur lah yang abang ni pun gemok. Perut pun dah buncit ni hah" balas Hun sambil menyelak baju sedikit sebelum dia bagi Zea lihat perutnya

Tiba-tiba perut Hun ditumbuk oleh Zea

"Gemok apanya! Tu sixpacklah! Ingat saya tak tau ke!" Jerit Zea tinggi hingga Hun tersenyum kelat. Baru je nak tipu, dia ingatkan Zea tak tau

"Tau ke?"

"Mestilah tau, abang ingat saya ni bodoh ke ah. Nak bodoh bodohkan saya pula sekarang" balas Zea manakala Hun mengetap bibir menahan diri dari ketawa

"Jom breakfast dulu sayang, lepastu kita dating"

"Boleh boleh jom" ajak Zea laju hingga Hun tergelak kecil dibuatnya. Dengar je keluar, terus laju Zea bangun padahal tadi malas nak gerak alasannya sakit belakang

"Ohh laju je eh"

"Dah 2 hari saya baring tau. Last kita keluar masa beli barang baby. Boleh reput saya duduk rumah je tau" alasan Zea sambil kakinya melangkah keluar manakala Hun di sebelah memimpin Zea jalan.

2 hari tu jugalah Hun berkurung dengan Zea di bilik, di rumah mereka sekadar jalan jalan di dalam rumah saja.

Teman Hun di gym, pergi perpustakaan mini, tanam pokok bunga , main tukar-tukar baju baru yang dibeli oleh Hun, race sama-sama di belakang rumah, makan , tidur dan ulang semula. 

"Takpela saya boleh gerak sendiri"

"Takpela abang pimpin nanti sayang merungut lagi yang abang ni tak tolong sayang turun tangga" balas Hun namun Zea membuat muka, padahal nak sentuh Zea saja nak ambil kesempatan.

[]

Masuk saja di bilik pakaian, Zea membelek skirt yang baru dibeli oleh Hun lagi. Hampir tiap bulan pakaian di bilik itu diganti dengan yang baru

"Membazir betul, nampak sangat Hun sendiri yang kuat shopping" gumam Zea sendiri. Dia yang hanya bertuala itu masih teragak agak nak pilih baju yang mana satu untuk dipakai.

Semuanya cantik-cantik, bilik itu dah macam kedai pakaian mewah. Susah pula kalau biarkan Hun yang pegang duit, semua benda di belinya. Yang tak penting pun dibelinya.

Tengah-tengah membelek skirt disitu tiba-tiba ada jenis skirt yang berfesyen sarung
'beli seluar lain aku tak suka kau pakai skirt daripada Deni' tiba-tiba ayat Hun terngiang di fikirannya, tanpa Zea sedar dia tersenyum kecil sambil mengeleng kepala sendiri

"Haih takutlah tu kalau aku guna seluar daripada hadiah lelaki lain selain dia" kata Zea sendiri lagi

"Comel je Hun ni" pujinya lagi sampaikan tak henti tersenyum manis. Skirt yang dipegang ditangan itu bermotifkan corak bunga lavender, taklama itu Zea membesar mata melihat harga skirt itu yang masih belum dicabut tag harganya.

Mungkin Bik July terlepas pandang masa cuci.

'RM99.99, function betul letak 99 sen letak jela 100 terus!' getus Zea geram. Dah melampau betul cara Hun berbelanja ni, mesti skirt yang lain juga sebegitu harga.

Skirt sarung diletak ditempatnya semula

'buat apa nak kisah, Hun kan orang kaya nanti dah bankrup taulah dia nak jimat cermat nanti' getus Zea dengan muka perli sebelum dia menuju ke bahagian gaun labuh bawah lutut.

"Pakai gaunlah pula, asyik sarung je mesti Hun bosan lepastu dia cari perempuan lain yang lagi kurus cantik putih tinggi dara dan menawan. Err menyampah! Macamlah dia tu hensem sangat. Aku je yang nak dengan dia tu" bebel Zea perasan sendiri.

Gaun yang menjadi pilihan hatinya berwarna mustard kekuning kuningan diambil lalu dia masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.

"Sayang dah ke?" Soal Hun manakala Zea masih di bilik persalinan

"Jap saya baru nak tukar baju!"

"Okay abang tunggu dekat depan pintu bilik ni"

"Takpayahlah awak tnggu kat kereta terus nanti saya turun" balas Zea dari dalam

"Janganlah macam tu sayang, nanti sayang nak turun tangga. Sapa nak pimpin" balas Hun hingga Zea di dalam membuat muka

"Ish bukannya jadi apa-apa pun kalau saya turun sendiri!"

"Saya boleh turun sendiri"

"Okay kalau macam tu abang tunggu dekat tangga" balas Hun tak putus asa sambil menahan ketawa mendengar jeritan Zea dari dalam.

"Ish org dah kata takpe kan! Dia ni degil betul!"

[]

"Orang yang nak sewa tanah ayah sayang tu, ada cakap apa-apa tak?" Tanya Sadly sambil mengemaskan baju seragam polis di badannya

"Entahlah bang, tengok gaya macam taknak je orang tu sejak sayang cakap nama ayah sayang terus dia lain muka"balas Ellyna sambil mengurut kepalanya yang sakit.

Nama ayahnya Eric telah tercemar sejak dia dipenjara, segala kejahatan Eric terbongkar di seluruh tempat. Sampaikan orang tak berani untuk jejak tanah ayahnya.

Kawan-kawan Ellyna yang dulu juga mengelak diri dari Ellyna sejak Ellyna dipenjarakan atas kesalahan membunuh ayahnya sendiri.

"Haih, macam mana ni bang? Tanah ni nak buat apa. Takkan nak biarkan kosong" kata Ellyna pening, dia ingat dari tanah itu dia boleh jana duit. Tapi sebaliknya pula.

"Kena banyak bersabar lagi sayang, abang pun tak tau nak buat apa lagi"

"Dah letak potongan harga untuk sewa tanah tu pun masih tiada yang nak sewa"

"Tula bang, kalau nak jual tanah tu dengan orang lain. Ell tak sampai hati, tu satu-satunya harta ayah yang tinggal. Sayang taknak ayah kecewa" balas Ellyna pula sebelum dia mengeluh kecil di depan Sadly

"Abang bertugas sampai jam berapa?" Soal Ellyna sambil mendekati suaminya yang sudah siap untuk bergerak

"Dari jam 8 malam sampai 2 pagi, sayang jangan tunggu pula. Tidur terus jangan berjaga. Abang akan balik juga nanti, jangan risau ye" pesan Sadly manakala Ellyna mengeleng tak mahu.

Tangan Ellyna digenggam erat oleh Sadly, sempat dia mengucup tangan Ellyna sebelum dia cium dahi Ellyna

"Jangan macam tu sayang, dengar cakap abang ye?"

"Abang pun tau kan, Ell tak senang tidur kalau abang takde kat sebelah. Sayang takutlah tidur sorang-sorang" ngadu Ellyna sambil memuncung mulut

"Kalau takut tidur buka lampu meja tu. Bukan ada hantu pun"

"Sayang abang ni je yang penakut sangat" usik Sadly sambil mencubit pipi Ellyna lembut manakala Ellyna siap sedia memuncung mulut dan menutup mata.

Sempat Sadly tergelak kecil dengan reaksi Ellyna, bibir Ellyna diusap lembut dengan bibirnya sebentar sebelum dia akhiri dengan mengucup hidung mancung Ellyna.

"Abang takboleh lambat ni, nak kiss lama tunggu esok lagi" balas Sadly hingga Ellyna cemberut wajah.

"Jom hantar abang dekat depan tu, abang nak sayang hantar baru abang semangat nak kerja" kata Sadly mengada hingga Ellyna tersenyum lebar sambil menarik pergelangan tangan Sadly keluar dari bilik itu.

"Abang ni manjalah kalau nak turun kerja, suka Ell kalau abang hari-hari macam ni" kata Ellyna manja.

"Manada, abang hari-hari pun manja. Sayang je tak perasan"

"Yeye abang manja hari-hari, selalu nak menang je kan"

"Mesti abang ada dua jantina, satu perempuan satu lelaki"

"Tula abang taknak kalah dengan sayang, sbb abang pun perempuan" perli Ellyna hingga mata Sadly membesar mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya sendiri

"Sayang apa cakap macam tu eyy dia ni, pandai-pandai je buat andaian sendiri kan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience