II 8 CEMBURU

Romance Completed 33106

"dah siap sayang! Jom rasa" ajak Hun sambil tersenyum panjang, rasa macam dah boleh jadi suami terbaik antara dunia pula bila dah berjaya siapkan tomyam campur untuk isteri

"Ambilkan nasi Hun cepat cepat!" Balas Zea tak sabar sabar di meja makan, satu mangkuk yang berisi lauk tomyam dan nasi putih di letak di depan Zea tak lupa juga air carrot kegemaran Zea waktu pregnant ini.

Hun kembali duduk, matanya bersinar saat sup tomyam sudah masuk di tekak Zea. Perlahan lahan Zea memandang Hun lalu dia tersenyum manis

"Macam mana okay tak?"

"Erm okaylah juga"

"Nah awak rasa pula" sudu yang tersedia di atas meja di beri kepada Hun satu oleh Zea manakala Zea sibuk menyuap kuah ke mulutnya.

Hun meniup kuah yang masih panas lalu dia suap ke mulutnya. Sampai saja di tekaknya terus Hun pergi ke singki lalu dia muntah semua apa yang dia makan tadi. Air putih di tenguk sampai habis sebelum dia kembali duduk

"Masin lah sayang" kata Hun sambil tersenyum kelat kepada Zea. Macam mana pula Zea boleh kata okay tadi? Sedangkan tak okay langsung.

"Takpelah , bantai jela janji tomyam" balas Zea yang cuba untuk menyedapkan hati Hun. Baru saja dia nak minum kuah tomyam namun Hun menarik sudunya pantas sebelum dia mengangkat mangkuk tomyam.

"Janganlah, tak baik untuk baby tau" kata Hun lalu dia buang kuah tomyam di singki manakala sisanya dia buang di tongsampah

Hun kembali mendekati Zea yang masih tersenyum tenang

"Sorry sayang, tak sangka pula rasa dia macam tu" kata Hun sambil menundukkan wajahnya ke bawah kerana takut kalau Zea marah atau merajuk

"Ala takpela hal biasa je tu. Ni baru first time awak masak kan?" Kata Zea laku Hun mengangguk lemah. Tiba-tiba rasa bersalah kerana masak makanan yang tak sedap untuk Zea. Sedangkan dia yakin, masakannya sedap mengalahkan Chef Wan tadi.

"Abang buat lagi nak? Kali ni abang janji akan sedap dan tak masin macam tadi"

"Eh takpayahlah, apa kata kita makan kat luar je? Saya rasa nak makan benda lain" balas Zea manakala Hun mengangguk Iya

Daripada tunggu Hun masak tapi tak sedap baik beli makanan di luar terus huhu.

"Pilihan yang tepat, jom bersiap sekarang" kata Hun lalu dia genggam tangan Zea ke bilik manakala Zea mengeleng kepala sambil tersenyum kecil melihat gelagat Hun.

[]

"Sayang sorry tau termasak masin tadi"

"Mesti baby marah babah sebab bagi mamah makan makanan tak sedap" kata Hun sambil mengenggam tangan Zea. Dari tadi Hun ulang ulang minta maaf sampaikan Zea tak dapat nak makan dengan senang.

"Hun bagi saya makan dulu Hun" kata Zea perlahan lalu Hun mengangguk sebelum tangannya turun meraba peha Zea yang putih sambil itu dia memerhati Zea makan

"Erm nah makan" isi dada ayam goreng di sumbat ke dalam mulut Hun lalu Hun mengunyah.

"Sayang sorry tau" ulang Hun lagi. Rasa bersalah yang meninggi pada Hun sampaikan dia fikir yang bukan bukan jika apa apa jadi pada anaknya di perut Zea. Walaupun Zea cuma makan sikit tapi dia tetap risau

Zea tidak mengendahkan Hun sebaliknya dia makan sepuas puasnya.

"Sayang sorry ye erm sayang? Sayang maafkan abang ye erm sayang sayang ohh sayang hmm"

Zea menoleh Hun di sebelah, kenapa Hun jadi manja semacam. Tiba-tiba saja dia begitu.

"Ermm sayangggg, maafkan abang ye. Salah garamlah ni, kenapa masih sangat. Ye sayang erm? Maafkan abang ye" ulang Hun lagi manakala Zea terdiam merenung Hun manakala Hun membuat muka comel.

"Sayang cakaplah sesuatu? Sayang erm? Maafkan abang please sayangggg ermm sayangg" ulang Hun lagi sekali manakala Zea menahan diri dari tersenyum

"Sayang kenapa diam je, marah ke abang masak tak sedap?"

"Takpela kalau sayang taknak bagi kiss pun abang tak kisah janji sayang maafkan abang"

"Memang saya takkan bagi pun, awak dah gagal" balas Zea selamba seperti tiada perasaan hingga Hun memonyok mulut dengan jawapan Zea

"Tapi sayang tak maafkan abang ke"

"Buat lagi Hun" kata Zea manakala Hun berkerut dahi memandang Zea, buat apa pula?

"Buat apa sayang?" Tanya Hun lalu dia mengenggam tangan Zea sebelum dikucupnya berkali kali

"Buat comel macam tadi Hun" kata Zea manakala Hun terkebil kebil, bulu matanya yang panjang berkelip lalu dia terdiam sebentar.

"Buatlah Hun, buat comel mcm tadi"

"Sejak bila pula abang buat comel ni sayang"

"Mcm tadilah Hun! Yang macam ni"

'Sayangg ermm sayang maafkan abang ye? Sayang ermmm' ajuk Zea sambil membuat muka comel yang pernah di sebut oleh Hun tadi

Hun tersenyum manis lalu pipi Zea diciumnya

"Sayanglah buat comel macam tadi, abang nak tengok" minta Hun kepada Zea semula.

"Ey! Awak ni kan. Saya yang minta awak pula yang minta balik!" Jerit Zea sedikit tinggi sebelum mulutnya memuncung seperti itik.

"Takpandai lah nak buat comel comel sayang, tadi tu pun sebab semula jadi" alasan Hun, mana boleh dibuat buat comel tu.

"Ala Hun awak ni alasan lah, buatlah lagi. Erm abang hensem, buatlah emm abang" rayu Zea sambil memeluk lengan Hun erat manakala Hun disebelah tersenyum takboleh dikawal melihat Zea.

Sekarang dia pula rasa nak Zea terus buat begitu, terlampau comel.

"Abang hensem je ada, comel tak. Sayanglah yang comel" kata Hun sambil memuji dirinya sendiri hingga Zea kembang hidung memandang Hun.

"Ye awak hensem sebab tu saya sayang awak" balas Zea sambil mengosok rambut Hun hingga rambut Hun jadi tidak terurus.

Zea tersenyum manis, melihat Hun. Mata cantik Hun yang berwarna hijau hazel itu turut merenung matanya.

"Hensemnya"
"Tapi sayang dah ada isteri"
"Mata dia, aku rasa aku dah lemas"
"Artis ke tu? Lelaki pun tapi nampak cantik" bisik gadis gadis di meja depan mereka duduk hingga Zea memuncung memandang Hun.

Susahlah kalau nak pergi mana mana, mesti perempuan akan pandang Hun sampai Zea cemburu sendiri.

"Hun saya rasa awak kena tutup muka awaklah" kata Zea sambil tergesa gesa mengeluarkan mask muka kain yang berwarna oren hitam itu.

"Kenapa sayang" tanya Hun namun Zea menjeling mata Hun tajam, takkan Hun tak faham isyarat dia apa.

"Saya taknak perempuan lain tengok muka suami saya yang hensem ni" kata Zea lalu dia sangkutkan mask di kedua telinga Hun manakala Hun merenung lama ke mata Zea sebelum dia tersenyum kecil.

Dapat juga dia juga muka Zea cemburu seperti dulu lagi. 

"Sayang ketat sangatlah. Sesak nafas abang"

"Ala sikit je, bukannya boleh bawak mati pun" kata Zea lalu dia rosakkan rambut yang Hun dah sikat kemas tadi.

'ish kenapa makin hensem pula ni' getus Zea geram lalu dia sengetkan mask yang Hun pakai hingga Hun tersenyum kecil namun senyuman Hun disebalik mask itu membuatkan Zea marah pula

"Sukalah tu jadi hensem! Biar perempuan tengok dia kan!" Jerit Zea namun Hun tersenyum lagi sekali

"Hunnnn..janganlah senyum masa saya tengah marah!"

"Awak tak nampak ke saya tengah badmood ni"

"Saya tengah marah ni Hun, saya serius ni.." kata Zea lagi sambil membesarkan mata untuk menakutkan Hun. Hun membuka mask yang dipakaikan oleh Zea tadi sebelum dia mendekati Zea lalu digigitnya pipi Zea geram.

"Hun awak ni kan! Airliur awak habis kena dengan kulit saya yang cantik ni" bebel Zea sambil menyapu pipinya sendiri dengan tisu kering yang disediakan di atas meja makan.

"Sayang cemburu ke?" Tanya Hun hingga Zea terhenti dari menyapu pipinya lalu dia menjeling mata Hun

"Mana ada saya cemburu? Buat apa nak cemburu bukannya apa pun" balas Zea tak mahu mengaku lalu dia bangun dari duduk setelah lama siap makan tadi

"Sayang, sayang tengah cemburu ke!" Jerit Hun tinggi sebelum dia tersenyum nakal melihat Zea cemburu.

"Byee"
"Jumpa lagi abang hensem" kata gadis gadis yang tadi duduk berdepan dengan meja Hun duduk. Hun sekadar melambai tangan sebelum dia tersenyum kecil.

Dengan cepat Hun bangun membayar makanan lalu dia mengejar Zea dari belakang.

"Omg sayang cemburulah!" Usik Hun di belakang.

"Tak!" Jerit Zea lalu dia percepatkan langkahnya. Dahlah tengah cemburu macam ni, boleh pula Hun lambai perempuan perempuan muda tu tadi. Menyakitkan hati betul!

"Haha sayang kenapa muka macam tu" perli Hun apabila muka Zea muram memandangnya

"Awaklah kenapa! Dah suami orang pun sibuk lambai perempuan lain"

"Eyyy gatal!"

"Kalau nak sangat pergilah kawin dengan dorang tu" balas Zea lalu dia menampar dada Hun berkali kali manakala Hun tergelak nakal hingga Zea berang sendiri.

"Boleh ke? Sayang izinkan ke abang kawin lagi" tanya Hun hingga Zea mengetap bibir sebelum dia menjeling Hun ke tepi.

"Bencilah awak ni, bukannya nak senangkan hati saya pun" balas Zea sebelum dia menyilangkan tangan di depan Hun.

"Dah tu sayang cakap macam tu, macam nak je abang tambah satu" balas Hun sambil tersenyum jahat

"Dahlah! Saya nak balik" jerit Zea benggang lalu dia terlebih dahulu daripada Hun. Manakala Hun mengejar setiap langkahnya.

"Alolo sayang, yela yela abang minta maaf" kata Hun sambil tangannya merangkul pinggang Zea dengan erat manakala Zea pula berkali kali cuba untuk mengelak namun Hun pandai buat dia tak lepas.

"Ish jangan sentuh saya lah! Nak sangatkan kawin. Pergilah kawin sana!"

"Ala taknaklah, nak sayang sorang. Nak anak banyak dengan sayang sorang je, taknak orang lain" balas Hun hingga Zea terdiam malu di depan Hun.

"Betul ni?"

"Ye sayang betul" balas Hun lagi lalu Zea tersenyum kecil

"Okay saya percaya" balas Zea sebelum dia peluk lengan Hun dengan erat.

"Jom sayang teman abang kerja kat office" ajak Hun lalu Zea mengangguk mahu.

"Belikan saya jajan jajan dulu Hun, nanti saya bosan bolehlah saya makan" minta Zea dengan bulu matanya terkebil-kebil comel di depan Hun

"Okay-okay jom beli dulu sayang"

[]

"Hun makan ni" gula gula berbentuk burger disumbat ke mulut Hun hingga Hun terpaksa makan bimbang kalau Zea merajuk. Sudahlah dia tak makan makanan manis.

"Sayang, duduklah kat sofa sana jap. Abang susah nak buat kerja ni" kata Hun baik baik, namun Zea tidak peduli sebaliknya dia sengaja alih kerusinya mendekati Hun sedekat yang mampu.

"Kenapa kalau saya kacau, awak akan pukul saya ke?" Tanya Zea sambik mengunyah mashmello yang lembut. Hun merenung Zea lama sebelum dia mengeleng tidak

"Tak pukullah sayang, cakap je" balas Hun sambil mencubit pipi Zea lembut. Nak marah pun tak sampai hati inikan pula kalau nak angkat tangan.

"Yeke? Tapi seingat saya dulu, awak selalu pukul saya kalau marah" ungkit Zea selamba hingga Hun terdiam lalu Hun mengeluh kecil. Sejujurnya dia menyesal dengan apa yang dah jadi dulu.

Dulu sewaktu Zea belum menghilang, Kepercayaan Hun terhadap Zea sangat tipis malah bila orang kata bukan-bukan tentang Zea.

Hun terlalu cepat percaya dengan mulut orang daripada minta penjelasan dari Zea terlebih dahulu.

Hun mendekati Zea, tangan Zea diambil lalu digenggamnya erat sebelum dia mengucup tangan Zea lama.

"Sorry" kata Hun tiba-tiba, lalu matanya berair merenung Zea. Bila diingatkan balik, cara dia melayan Zea sangat teruk hinggakan Zea pernah menuntut cerai sebab tak tahan dengan baran Hun.

Namun bila Zea minta cerai, Hun makin marahkan Zea seolah Zea yang salah padahal dia yang salah sebenarnya.

"Awak nak pukul saya lagi ke?" Tanya Zea dengan serius kali ini hingga Hun terdiam tidak tau mau membalas apa. Dia bimbang kalau dia berjanji, tapi bila dia tak sengaja mungkir. Zea akan kecewa dengannya.

"Tak, nak sayang je boleh kan?" Balas Hun manakala Zea terdiam sambil tersenyum kecil.

"Hun awak nak tau something tak?"

Hun mengangguk iya

"Sebenarnya saya takut dengan awak" balas Zea hingga Hun terkedu.

"Setiap apa yang saya buat, saya selalu beringat sebab saya takut awak marah sampai sanggup angkat tangan dengan saya" sambung Zea lagi lalu Hun terdiam rasa bersalah.

"Tapi saya tak menyesal dengan apa yang dah jadi"

"dulu awak terlalu mudah percaya dengan mulut orang sampai takboleh nak dengar penjelasan dari saya"

"Sampaikan awak mudah angkat tangan"

"Tapi semua tu buat saya rasa nak hormat awak baik baik supaya awak sayangkan saya"

"Saya berusaha untuk ambik hati awak supaya awak jatuh hati dengan saya tapi masa tu awak masih sayangkan Jasmin"

"Awak simpan gambar dia, awak tersebut nama saya dengan panggilan nama Jasmin, awak bezakan saya dengan Jasmin, awak banggakan kebaikan Jasmin di depan saya"

"Sebenarnya semua tu cuma akan menyakitkan saya bukannya buat saya tersedar dengan kesilapan saya"

"Bila saya silap, awak suka cakap yang Jasmin takpernah buat macam tu dengan awak tapi bila saya pula selalu buat silap yang bertentangan dengan apa yang awak tak suka. Atas sebab nak ajar saya jadi isteri yang dengar cakap. Saya taksuka awak macam tu Hun"

"Saya benci dibandingkan pada saat saya cuba untuk jadi yang terbaik"

"Sebab saya sedar saya tersuka dengan lelaki yang masih ada perasaan dengan orang yang dah takde dekat dunia ni. Jiwa awak mati dan masih melekat pada Jasmin"

"Cuma saya yang beria untuk tarik perhatian awak walaupun saya sedar apa yang saya buat sebenarnya mustahil"

Hun terkilan melihat airmata Zea mengalir ke pipi. Nampaknya Zea sudah ingat segala galanya. Segala yang sangat ditakuti oleh Hun selama ini.

"Jawab soalan saya Hun"

"Kalau awak jujur kali ni saya takkan marah lagi"

Hun menunggu soalan yang akan keluar dari mulut Zea

"Awak masih cintakan Jasmin ataupun tidak?"

Hun terdiam lalu dia menundukkan kepala ke bawah sebelum dia genggam tangannya sendiri dengan kuat.

"Zea boleh tak jangan tanya soalan macam ni, abang tak suka" balas Hun setelah lama dia menghilang.

"Saya takkan marah kalau awak jujur Hun"

"Kadangkala, perkara yang buruk itu perlu dirahsiakan untuk jaga hati orang lain"

"Abang taknak sayang terlalu banyak berfikir"

"Sayang faham kan maksud abang"

"Jadi betullah awak memang masih cintakan Jasmin" kata Zea manakala Hun mengeluh kecil sebelum dia mengeleng

"Abang yang beria dengan Jasmin dulu sayang, abang ingatkan dia suka abang rupanya tak. Abang kena friendzone" balas Hun sebelum dia tersenyum nipis.

Hun merenung mata Zea lama lalu dia genggam tangan Zea

"tapi sejak sayang ada, semuanya berubah. Waktu abang dah sedar abang terjatuh hati dengan sayang, masatu baru abang dapat rasa macam mana rasanya saling mencintai"

"Betul ke ni? Abang sayang Zea sorang je kan" Tanya Zea sambil mulutnya memuncung itik. Tiba-tiba rasa Hun romantik pula harini, baru je nak ajak gaduh.

"mestilah abang sayang Zea sorang, Zea satu satunya perempuan yang masih ada dan yang abang cinta. Zea pelengkap hidup abang" balas Hun lalu dahi Zea dikucupnya lama.

Zea dan Hun menoleh ke arah laju saat ada orang masuk.

Lim terkebil kebil memandang mereka berdua di pintu office.

Dengan kelam kabut Zea bangun dari duduk dan menjauh dari Hun.

"Ehem saya nak pergi tandas jap" 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience