II 22 LOVEBITE

Romance Completed 33106

"abang jalanlah sendiri, pinggang saya rasa nak patah tau tak" rungut Zea lalu dia tolak Hun di atas katil setelah sampai di bilik. Tak pasal-pasal dia pula yang kena pimpin Hun naik

"Haish aku yang baru lepas beranak, aku pula yang kena urus dia" bebel Zea sambil membuka stoking yang di pakai Hun serta pakaian. Yang hanya tinggal di tubuh Hun cuma pakaian dalam

Kain bersih dibasah dengan sabun lalu dibilas sehingga ringan oleh Zea untuk dibersihkan di tubuh Hun yang berbau arak itu.

"Sayang, abang nak sayang.."

"TIDURLAH! JANGAN BANYAK CAKAP!" jerit Zea hingga Hun kecut perut dalam tidurnya, Zea kembali mengelap setiap bahagian tubuh Hun dengan kain basah. Setelah dia jerit tadi terus Hun takbanyak bunyi.

Setelah selesai, Zea meletakkan kain itu ke dalam bakul pakaian kotor. Baju pajamas Hun di ambil di almari lalu disarungkan di tubuh Hun dengan perlahan lahan supaya lelaki itu tidak terjaga. Kalau terjaga susah lagi Zea nak layan karenahnya.

Zea kembali baring ke katil setelah semua kerjanya telah selesai. Selimut tebal disarung ke tubuh Hun dan tubuhnya sendiri

"Sayang, abang nak.."

"Abang tidur... sebelum saya pancung kepala abang" balas Zea sambil mencubit pipi Hun dengan kuat hingga lelaki itu merintih kesakitan sambil meramas pipinya yang dicubit oleh Zea tadi

Perlahan lahan Hun naik ke atas Zea, kedua tangan Zea dibawa ke atas sebelum dikuncinya sehingga Zea tidak dapat meloloskan diri

"Abang! Jangan nak ambik kesempatan boleh tak!" Jerit Zea sambil berusaha untuk lepaskan tangannya daripada genggaman Hun

Hun mengeleng kepala sambil tersenyum nakal

"Sayang dah janji nak bagi tadi"

"Saya kata lepas habis pantang kan? Jangan buat-buat tak dengar" balas Zea sambil menjeling Hun di depannya

"Abang! Jangan berani berani boleh tak!" Jerit Zea apabila tangan Hun mula aktif menyelak sarung yang dipakainya ke atas hingga terdedah pehanya

Tatkala itu bibir Hun turun menghisap batang leher Zea dengan meninggalkan kesan-kesan merah yang banyak

"Abang janganlahh.." kata Zea dengan suaranya kian perlahan, sentuhan sikit membuatkan dia terbuai seketika. Namun setiap sentuhan yang Hun beri, dia tidak tolak melainkan Hun sentuh bahagian yang tidak sepatutnya

"Abang saya masih dalam pantang" bisik Zea di telinga Hun manakala Hun sekadar mengangguk perlahan tanda dia faham tatkala itu kepalanya tenggelam di sebalik leher Zea

[]

'haih peningnya' Hun memegang kepalanya kuat sementara itu dia bangun duduk bersila di atas katil. Mata Hun turun memandang pakaian di tubuhnya sekarang

"Pajamas pink?"

"Haish Zea ni, berapa kali nak kata. Aku tak suka warna pink" rungut Hun sendiri, baju tu memang baju dia tapi itu hadiah yang diberi oleh Zea. Sengaja Zea membeli baju yang berwarna pink untuk menyakat lelaki itu.

Nampak saja Zea masuk, terus Hun diam dan duduk tegak apabila Zea duduk di tepinya di atas katil.

Pil hilangkan mabuk di letak di atas tapak tangan Hun manakala Hun terus menelannya sebelum dia minum air madu yang Zea letak di atas meja bersebelahan dengan katilnya tanpa di suruh terlebih dahulu.

"Lain kali, mabuk lagi ye nanti saya borong terus kilang pil mabuk tu" perli Zea sambil menjeling Hun dengan tajam manakala mata Hun ketika itu meliar ke leher Zea

Hun berkerut dahi memandang Zea kemudian melihat lehernya lalu dia belek pula dagu Zea ke kiri dan kanan

"Banyak betul kesan lovebite, curang dengan sapa kau ah" kata Hun kasar sambil memandang Zea tak puas hati.

"Lovebite ni?" Tanya Zea semula sambil tersenyum suka di depan Hun manakala Hun tersenyum sinis

"Aku dah minta maaf kan pasal semalam, kau yang tak maafkan aku. And then nak balas dendam bagi laki lain tinggalkan lovebite hodoh tu dekat leher kau"

"Kau fikir aku akan cemburu ke?"

"Ye abang memang hodoh pun, saya jujur" balas Zea sambil buat muka selamba, cawan yang berisi kosong itu di bawa keluar daripada bilik

"Aku serius Zea.." tegas Hun namun Zea dah daripada bilik itu

"Zea aku tak habis cakap lagi!" Dengan kasar Hun menarik tangan Zea tanpa dia sedar kukunya tercalar di kulit lengan Zea hingga terkupas menampakkan isi dagingnya.

"Abang..abang ni kenapa?" Tanya Zea perlahan hingga airmatanya tumpah kerana kepedihan

"Kaulah kenapa"

"Kenapa apanya?"

"Asal dengan leher kau tu, mentang mentang aku tak de kat rumah semalam. Kau buat pelik pelik belakang aku"

"Sapa laki yang beruntung sangat tu" kata Hun hingga Zea tergamam dengan ayat yang keluar daripada mulut Hun sebentar tadi.

"Jauh betul abang fikir kan? abang ingat apa?"

"Abang ingat saya ni murah ke bagi dengan lelaki lain kecuali abang sendiri yang minta"

"Soalan aku senang je kan. Sapa laki tu"

"Ni kesan semua ni, abang yang buatlah! Lepas dah buat tau pula lupa. Kejam tau tak abang ni" Jerit Zea tinggi lalu dia tumbuk dada Hun dengan kuat

"Abang jahat!!!"

"Ze--"

"Tuan Hun!" Jerit Janita hingga Hun berhenti melangkah dari mengejar Zea. Zea pula sudah lari ke bawah sambil menangis kecil dengan perangai Hun

Dengan mengejut Janita menampar pipi Hun hingga kuat

"Tuan ingat Zea tu perempuan macam mana?"

"Suka-suka anggap Zea buat benda yang tak patut belakang Tuan Hun"

"Tuan patutnya percayakan Zea supaya Zea tak ragu-ragu dengan cinta tuan Hun bukannya anggap dia tu perempuan murah" kata Bik Janita sebelum dia pergi meninggalkan Hun di situ

"Sial berani betul orang tua tu tampar aku" carut Hun sambil dia meramas pipinya yang pedih. Hun kembali ke biliknya semula, lama dia merenung tiba-tiba dia menarik rambutnya kuat hingga ubun rambutnya terasa seperti mahu tercabut

Tak lama itu Hun tampar pipinya berkaki kali dengan kuat pula sebelum dia merungut geram kerana dirinya sendiri. Sekarang baru dia ingat apa yang dah jadi malam tadi.

'Aku dah minta maaf kan pasal semalam, kau yang tak maafkan aku. And then nak balas dendam bagi laki lain tinggalkan lovebite hodoh tu dekat leher kau'

'Kau fikir aku akan cemburu ke?'

'Ye abang memang hodoh pun, saya jujur'

"Arhh serabutnya, akulah yang buat tu maknanya aku lah lelaki hodoh tu!" Bebel Hun sendiri

"Ahh menyesalnya, kenapa kesan arak ni teruk sangat" katanya lagi, boleh pula ingatannya jadi lembab seketika. Setelah lama berfikir, Hun keluar daripada bilik menuju ke bilik anaknya

Sudah pasti Zea disitu, tiada tempat lagi Zea nak sembunyi memandangkan dia sudah menjadi ibu sekarang. Masanya terlalu banyak di bilik baby

Hun mengetuk pintu 2 kali sebelum dia pulas tombol pintu. Di situ ada Zea dan Bik Janita, Zea yang sibuk menguruskan anaknya yang baru lepas mandi itu buat-buat tak tau bila Hun masuk di situ

"Bik"

"Apa!?" Balas Bik Janita dingin manakala Hun mengetap bibir

"Nak jumpa Zea jap"

"Takpa--"

"Takpe Bik Ita, tinggalkan Zea dengan Hun kejap" potong Zea hingga Bik Janita tidak dapat melanjutkan ayatnya.

Setelah Bik Janita keluar, Hun mengambil tempat di depan Zea ketika itu matanya tidak lepas memandang anaknya di tangan Zea manakala bibirnya tersenyum lebar hingga dia lupa Zea di depan.

Hun makin tersenyum lebar apabila anaknya tiba-tiba mengenggam jari manisnya lalu di hisap seperti susu.

"Ya Tuhan anak babah ni, haus ke?" Kata Hun sambil mengusap pipi anaknya namun Zea tidak lagi menghalangnya.

"Pusing belakang jap, saya nak susukan baby" kata Zea perlahan sambil membuka butang bajunya 3 ke atas namun Hun sibuk mencuri-curi memandang dada Zea pula.

"Hun..pandanglah belakang.." kata Zea lembut manakala Hun tersenyum senyum nakal sebelum dia ubah posisi tubuhnya menghadap ke belakang

"Dah ke sayang" soal Hun teruja tak sabar-sabar nak sentuh anaknya setelah 15 minit dia begitu

"Jap" balas Zea sambil bergegas menurunkan bajunya ke bawah semula

"Dah" kata Zea manakala Hun laju menoleh lalu dia dekati anaknya di tangan Zea

"Abang nak pegang sayang.." minta Hun lalu dia bersedia membuka tangan untuk meletakkan anaknya di tangannya seperti yang Zea buat tadi

Dengan penuh berhati hati Zea meletakkan anaknya di atas tangan Hun manakala Hun teruja tak tentu pasal

"Kecilnya Ya Tuhan dah macam semut anak babah ni" kata Hun sendiri hingga Zea berkerut dahi memandang Hun, berani betul Hun samakan anaknya dengan haiwan

"Hihi macam mamah dia lah, tapi hensem macam babah" kata Hun perasan sambil dia menggosok hidung mancungnya dengan hidung kecil anaknya perlahan. Begitulah dia selalu buat dengan Zea dulu, jadi anaknya juga harus mendapatkannya.

Zea terdiam lama memandang Hun yang begitu seronok dengan anaknya itu. Lama dia merenung akhirnya Zea bangun dari duduk, baru saja dia berniat untuk keluar tiba-tiba Hun menahan pergelangan tangannya hingga dia tidak bergerak.

Satu tangan Hun mendukung anaknya manakala satu tangannya pula menahan tangan Zea

"Duduklah dulu" kata Hun perlahan manakala Zea kelihatan seperti mengeluh ringan sebelum dia akur dan duduk di depan Hun semula

"Nak pergi mana tadi?"

"saya nak jemur kain baby je" balas Zea

"Biarlah Bik July buatkan, sayang janganlah banyak gerak. Masih pantangkan, nanti sakit apa-apa lagi, risau abang" balas Hun sambil menggenggam tangan Zea

"Takpayahlah kisah pasal saya, bukannya saya tak pandai jaga diri pun" balas Zea mahu tak mahu lalu dia tarik tangannya semula.

"Sayang, kenapa ni..? Marah abang ke?" Soal Hun namun Zea sekadar diam memandang ke bawah ribanya sendiri. Setelah anaknya sudah lelap tertidur Hun meletakkan anaknya di tilam bayi yang dia beli 2 bulan yang lepas.

Hun dekati Zea, dagu Zea ditolak ke atas dengan perlahan hingga membuatkan nata Zea tertumpu ke mata Hun

"Abang minta maaf sayang" kata Hun sebelum dia genggam tangan Zea dengan erat namun Zea langsung tiada respon

"Sayang, taknak maafkan abang ke?"

"Pasal semalam tu, yelaa abang mengaku salah abang sebab bergambar dengan Gaura sampai 3 kali. Abang ingat nak tunjuk dengan sayang lepastu sayang teruja, abang tak tau pula sayang akan marah cemburu macam semalam"

"Gaura?"

"Gaura lah kawan sekerja sayang masa kerja dekat club Eric dulu" balas Hun hingga Zea membesar mata sambil menekup mulutnya seolah tak percaya dengan yang dikata oleh Hun

"Abang kenapa tak bagitau, yang perempuan tu Gaura!" Jerit Zea sambil menampar lengan Hun kuat, tak pasal-pasal Hun pula dipersalahkan.

"Aik abang ingatkan sayang ingat"

"Eyy abang ni lain kali bagitaulah nama dia, abang tau kan yang Zea hilang ingatan dulu" balas Zea sambil membuat muka tak puas hati manakala Hun pula yang membesar mata memandang Zea

"Haah lah sayang, abang lupa yang sayang lupa ingatan dulu. Patutnya abang sebut terus nama Gaura semalam"

"Ahh sorry sayanggggg"

"Dah lah takpela benda dah jadi pun" balas Zea sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kiranya kita dua dah kosong kosong lah kan?"

"Ye ye dah" balas Zea menyampah sambil menjeling Hun tajam manakala mata Hun meliar ke leher Zea lalu dia ketawa nakal tiba-tiba hingga Zea berkerut dahi memandang suaminya itu

"Abang ni kenapa?"

"Patutlah sedap je tidur malam tadi" sakat Hun hingga muka Zea berubah merah

"Ish perlu ke abang cakap macam tu!" Jerit Zea segan sambil memegang kedua pipinya yang terasa bahang semacam manakala Hun menurunkan kedua tangan Zea lalu dia ganti dengan tangannya.

Kedua pipi Zea di cium tiba-tiba lalu dia akhiri di bibir Zea hingga Zea terkaku tidak bergerak.

"Kenapa sayang? Dah jatuh cinta lagi ke?"

"Tak" balas Zea laju sebelum dia bangun menjauh daripada Hun

"Sayang jom masuk bilik jap"

"Ah apa lagi! Dah dah malam saya dah cukup letih layan abang tau tak"

"Kejap aje sayang"

"Kejap kejap, tau tau keluar dah malam" balas Zea manakala Hun ketawa nakal

"Sayanggg tunggulah"

"Bik July tlg jaga baby jap" arah Hun lalu dia sambung mengejar Zea ke depan manakala Bik July pantas ke bilik baby Zea. Di rumah dialah orang yang paling teruja untuk jaga anak Zea.

Baru saja Hun nak ikut masuk ke bilik tiba-tiba Zea pantas mengunci pintu bilik

"Sayanggg kenapa tinggalkan abang kat luar sendirii"

"Bukalah saya tak kunci" balas Zea manakala Hun pantas membuka pintu bilik itu, tajam hidung Hun menangkap bau minyak wangi di bilik itu

"Sayang boleh ke ni?.." tanya Hun sambil tersenyum senyum dekati Zea di atas katil

"Boleh apa? Saya bersiap-siap nak keluar ni"

"Keluar gi mana pula sayang, dalam bilik jela kita"

"Ala bawalah saya dating kat luarrr...dahlama tau saya terperuk dalam bilik ni sepanjang hari" balas Zea sambil mengoncangkan lengan Hun berkali kali

"Ala sayang ni" rungut Hun manakala wajah Zea berubah monyok lalu dia mengosok ngosok hidungnya di dada Hun

"Bolehlah Hun.." pujuk Zea sambil membuat reaksi comel

"Haish sayang ni, yela yela kita keluarlah" balas Hun mengalah, asyik buat muka comel je sampaikan cair Hun di buatnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience