"lah kau dah bersalin ingatkan baru mengandung, ish kau ni kenapa takcakap betul-betul dengan aku masa telefon haritu"
"Eh aku kata mengandung ke masa tu?"
"Haahlah kau kata kau baru lepas mengandung"
"Pastu ibu aku kata yang kau baru balik 3 hari lepas. Tu yang aku pelik, balik dari mana pula ni?" Kata Zea sambil menyilangkan tangan di depan Alana tanda di merajuk
"Ala sorrylah, aku tak perasan pula yang aku salah sebut haritu" balas Alana sambil mengenggam tangan Zea. Hun dan Harith suami Alana di ruang tamu pula sibuk berborak panjang walaupun baru berjumpa tadi
"Hmm takpela yang penting anak kau comel cantik macam kau" balas Zea sambil mengusap pipi anak Alana yang baru berumur 5 hari itu
"Teringin aku nak ada anak perempuan, tapi tulah.. takut bila aku mengandung nanti, dapat anak lelaki pula. pastu Hun tu bangga nak mati pastu belagak dengan aku. geram betul" bebel Zea sambil menjeling Hun dari jauh.
"Tapi tula, rezeki aku kan. Nak buat macam mana" balas Zea sambil tersenyum hampa
"Tambahlah anak lagi, kau tu masih muda mampu lagi ada anak ni" kata Alana
"Aku memang rancang nak tambah anak lagi, Hun pun tiap malam merungut nak baby. Katanya rindu nak hidu bau badan bayi" balas Zea hingga Alana tersenyum lebar
"Dah bahagia dah kawan aku ni, nasib kau tak kawin dengan Deni tu tau"
"Ahh ye baru aku ingat, Deni macam mana sekarang?"
"Makin teruk doh dia tu, aku dengar yang dia baru bercerai dengan bini dia sebab bini dia tak tahan dengan baran di Deni tu"
"Kau tau tak, beza rumah aku dengan Deni tu 3 rumah je pun tapi aku boleh dengar suara isteri dia menjerit kesakitan waktu si Deni tu pukul isteri dia"
"Ya Tuhan kejamnya, kenapalah si Deni tu macam tu" kata Zea seolah-olah tak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang
"Tula aku kata, orang ambil dadah selalunya memang macam tu"
"Nasib takde anak, tak pasal-pasal anak dia pun kena bantai"
"Fuh nasiblah ayah aku paksa aku ikut Hun ke bandar waktu first time Hun datang kampung ni. Kalau tak mesti Deni tu paksa aku kawin dengan dia" kata Zea sambil menghela lega. Dia lagi tak sanggup nak hadap perangai Deni tu.
Sewaktu dia belum kenal Ben pun, Deni asyik paksa Zea kawin dengan dia walaupun dia tau Zea tak mahu. siap ugut ayah lagi tu supaya ayah angkat Zea terima dia sebagai menantu.
"Tula nasib Hun tegas nak sangat bawa kau pergi bandar. Kau je degil, taknak mengaku yang Hun tu suami kau"
"Mana lah aku tau, taklah takkan kau tak curiga. Tiba-tiba datang kampung ni, mengaku yang aku ni isteri dia. Tak ke gila macam tu" balas Zea manakala Alana mengeleng kepala
"Dahlah pergi pun tak bagitau aku"
"Ala sorrylah, masatu memang nak cepat. Hun tu pun memaksa nak balik cepat" balas Zea sambil memeluk lengan kawan baiknya Alana
"Tapi suami kau tu hensemlah"
"Macam omputih"
"Memang kacukan orang putih pun" balas Zea bersahaja hingga Alana di sebelah terlopong mulut
"Weh seriuslah?"
"Nampak macam aku ni main main ke?"
"Wehh untungnya, mesti anak lelaki kau putih kan? Lepastu rambut dia mesti warna perang and mata warna hijau tua. Betul tak?" Teka Alana hingga Zea terbutang mata
"Mana kau tau?" Balas Zea, semua yang diteka oleh Alana adalah betul
"Alahai kau ni, tengok muka Hun pun dah tau macam mana rupa anak kau tu"
"Nanti kalau anak kau dah besar, kawinkanlah dia dengan anak perempuan aku ni"
"Nak juga merasa dapat bakal menantu hensem kacukan omputih tu"
"Cie kau ni suka aja kan" balas Zea sambil tergelak kecil, malu pula bila orang puji anaknya begitu
"Tiya kau cepat-cepat lah dapatkan anak perempuan. Mana tau anak kau nanti macam Salena Gomez, Arinna , Dualipa, atau Nikki Minaj ke. siapa tau kan?" Kata Alana sampai Zea terkebil-kebil
"Ish kau ni beria nak anak aku serupa dorang tu dah kenapa? Tak pasal-pasal orang ingat aku ni mak tiri pastu nanti orang ingat Hun tu tidur dengan orang lain. Memang taklah"
"Cemburu aku nanti" balas Zea dengan nada perlahan saat dia menyebut perkataan cemburu
"Hek eleh, tu pun nak cemburu" balas Alana sambil membuat muka menyampah manakala Zea tersenyum senyum comel di depan kawannya itu
[]
"Abang borak apa dengan Harith tadi?"
"Takde apa, abang borak tentang honeymoon kita nanti"
"Abang..!"
"Hehe takdela, saja je nak usik sayang" balas Hun sambil ketawa nakal, hampir sakit jantung Zea dibuatnya tadi. Boleh pula dia cerita tentang honeymoon dengan suami Alana
"Sayang bila nak honeymoon?"
"Minggu depan"
"Sayangg..."
"Ish dah tau bila, tanya lagi" balas Zea sambil mencebik mulut seperti itik. Suka betul Hun usik dia dengan hal-hal yang takpatut di sebut sekarang
"Sayang jom dating dekat sungai" ajak Hun tiba-tiba padahal dia tak suka datang ke sungai atas alasan kotor
"Tiba-tiba je abang ni, buang tabiat ke apa?"
"Apa yang buang tabiat nye? Ajak pergi sungai pun pelik sangat ke sayang?"
"Takdelah pelik mana, cuma abang tu kan pembersih sangat. Sampai nak pergi sungai pun takut air tak bersih" kata Zea dalam nada memerli, Hun di sebelah pula merangkul pinggang Zea lalu dia tenggelamkan wajahnya di sebalik leher Zea sebelum diciumnya selamba
"Abang jangan macam macam tau, orang nampak nanti siap abang" ugut Zea lalu dia tolak kepala Hun jauh daripada lehernya
"Ala sayang ni, semua benda tak boleh. Kalau macam tu balik jela, honeymoon terus"
"Eyy tak habis-habis honeymoon, saya campak juga awak kat parit tu kang" ugut Zea. Dari rumah ibu sampai ke sini, Hun asyik sebut sebut perkataan honeymoon. Sampai naik jemu Zea mendengarnya.
"Dah tu takkan abang nak cakap, projek buat anak pula" balas Hun manakala Zea pantas menekup mulut Hun
"Ish abang ni kan, slow sikit boleh tak?"
"Yela yela abang slow lah ni" balas Hun sambil menurunkan tangan Zea dari mulutnya.
"Tapi kalau kita pergi sungai, macam mana dengan Lud? Nanti dia merajuk pula" kata Zea sambil membuat muka sedih, pergi mana-mana pun mesti dia ingat pada Lud dulu. Takut kalau Lud merajuk sampai tak mahu makan pula nanti
"Sayanggg Lud kan dengan ayah sekarang, Kalau suruh pilih pergi kutip durian sambil nikmati durian kat kebun tu atau jalan-jalan sambil mandi dekat sungai mestilah Lud pilih ke kebun"
"Sayang pun tau kan, Lud tu anak raja durian yang pertama dalam dunia ni. Kalau tak, takdelah dia beria minta izin dengan kita nak ke kebun tadi" jelas Hun.
Kalau bukan Durian tu pasti Lud lebih rela tinggal di rumah, tapi bila ayah ada kebun durian. Dia pun beria nak balik kampung, ikut ayah ke kebun sampai ke senja walaupun dia tau banyak nyamuk yang akan mengigit kulit cantiknya itu.
Pada waktu itu, Lud langsung tak mahu rugi. Sebelum bergerak ke bandar, dia akan menyuruh Hun angkut letak di bonet kereta sampaikan kereta Hun berbau kuat
"Ye tak ye juga"
"Okaylah kalau macam tu, saya tak risau dah" balas Zea manakala Hun menghela lega, dapat juga dia teruskan perjalanan datingnya berdua bersama Zea tanpa gangguan
"Jom pergi sungai" kata Zea lalu dia peluk lengan Hun manakala Hun tersenyum senyum gatal di sebelah
"Abang jangan senyum macam tu please.."
"Okay okay abang tak senyum dah, kali ni abang serius demi sayang!" Kata Hun semangat hingga Zea tergelak kecil melihat gelagat Hun yang makin hari makin kebudak-budakan.
"Dah la berdrama pula" kata Zea setelah itu barulah mereka bergerak seperti biasa
"Sayang pegang tangan jom"
"Baru nampak macam berdating" kata Hun apabila Zea tidak lagi memeluk lengannya
"Cie mengadalah abang ni"
"Ala sayangg"
"Ihh ye ye kita pegang tangan" kata Zea lalu tangannya genggam tangan Hun dengan erat, begitu juga Hun.
"Hihi comellah sayang ni, geram abang" puji Hun sambil menunjukkan barisan giginya yang putih itu
"Saya memang comel, abang je yang tak nampak"
"Eh, abang nampaklah. Hari-hari abang jatuh cinta, tu yang rasa nak tambah anak lagi tu"
"Ish abang ni kan, asyik-asyik tu je. Apa kaitannya saya comel dengan tambah anak?"
"Entah tapi sayang memang paling tercomellah, susah nak dinafikan"
"Abang puji lebih-lebih dah tu"
"Kalau saya comel, abang kena janji yang abang tak cari bini lain atau cuba-cuba nak cari madu untuk saya" kata Zea manakala Hun mengangguk sebelum jari kelingking mereka saling berpaut tanda sudah berjanji
"Takboleh nak cari orang lain dah sayang, takut waktu tengah bersama dengan isteri baru. Tiba-tiba teringatkan sayang. Kesian lah isteri baru abang tu nanti" usik Hun hingga mata Zea membesar
"Abang, jangan pandang rendah dengan Zea tau.."
"Zea takkan cemburu pun kalau abang cakap macam tu" kata Zea belagak manakala Hun disebelah tersenyum nakal, lihat saja muka Zea sudah jelas nampak yang dia cemburu.
"Tapi Zea terus bunuh abang!" Kata Zea lalu dia tumbuk perut Hun dengan genggaman tangannya yang kecil hingga Hun kecut perut dibuatnya
"mati! mati! mati dengan isteri baru abang tu!"
"Ah sayang sakitlah"
"Padan muka hmm!" Balas Zea lalu dia jalan terlebih dahulu
"Haih susah dapat bini sama kuat ni" rungut Hun perlahan sambil jalan tidak stabil mengikut jejak Zea di depan
"Macam manalah Zyn boleh ajar Zea macam ni" gumam Hun lagi, masa first time dia nak ajar Zea seni pertahanan diri. Zea dapat melawannya saat dia cuba uji kekuatan yang Zea ada.
Bahaya, dia cuba serang dari belakang pun. Zea dah laju bertindak. Dibelasahnya sampai biru. nasib isteri kalau tidak, sudah lama Hun balas.
"Abang cepatlah sikit!"
"Ah ye jap, abang datang ni"
[]
"Mengikut pemeriksaan tadi, kandungan Puan Ellyna dah masuk 4 minggu" terang doktor itu hingga Sadly tersenyum tanpa henti
"Puan dah ada tanda-tanda mual ataupun pening kepala bila terhidu sesuatu?" Tanya Doktor itu kepada Ellyna manakala Sadly pula memandang Ellyna di sebelah.
Dia sendiri pun tak tau sama ada Ellyna ada tanda-tanda tersebut kerana dia sibuk bertugas sejak kebelakangan ini sampai Ellyna ada muntah muntah pun dia tak sedar
"Ada, paling teruk asyik teringin nak makan makanan yang saya sendiri tak makan selama ni" jelas Ellyna manakala doktor itu mengangguk kepala
"Mengidam tu normal untuk ibu mengandung, jadi suami kalau isteri minta tolong tunaikan ye" pesan doktor itu kepada Sadly manakala Sadly mengangguk faham
"Baik doktor, minta makanan sampai beribu harga pun saya sanggup tunaikan" balas Sadly semangat manakala Ellyna di sebelah menampar peha suaminya perlahan
"Abang ni.."
"Apa? Betullah abang cakap"
"Eloklah kalau macam tu, kena ingat juga mengidam makanan tu bukan dari ibu je. Dari baby juga"
"Okaylah itu saja, Tuan puan boleh balik. Hari temujanji scan baby jangan lupa datang ye" pesan doktor itu, sepatutnya boleh scan sekarang. Tapi alat untuk scan baby tiada pula tiba-tiba, jadi Ellyna di minta datang semula pada hari yang di tentukan
"Baiklah doktor, terima kasih" kata Ellyna sebelum dia dan Sadly bangun. Sempat mereka melemparkan senyuman manis kepada doktor itu sebelum keluar daripada bilik pemeriksaan itu.
Keluar saja dari bilik pemeriksaan, Ellyna dan Sadly jalan beriringan sambil berpegang tangan bersama
"Sayang ada nak makan apa-apa tak?" Tanya Sadly lalu Ellyna berfikir sebentar
"Rasa nak makan petai sambal udanglah bang" balas Ellyna hingga mata Sadly membesar
"Sayang, sejak bila sayang suka makan petai ni? Biasanya abang je yang suka makan" balas Sadly dengan riak tak percaya. Bila Sadly masak petai mesti Ellyna merungut kerana bau petai yang kuat.
"Tak taulah bang, tiba-tiba sayang rasa nak makan"
"Jadi yang petai abang masak haritu, sayang habiskan betul tak? Bukannya sayang buang" teka Sadly manakala Ellyna mengangguk sambil mengetap bibir
"Bestnyaa kalau macam ni, hari-hari abang nak sayang mengandung. Boleh teman abang makan petai sekali" kata Sadly sambil mengeser pipinya dengan pipi Ellyna
"Abang ni mengadalah"
"Takpela mengada dengan bini sendiri tak salah kan.."
"Ye ye taksalah, jom cari bahan masak. Sayang nak abang yang masakkan petai masak sambal udang tu sendiri. Abang masak haritu sedap lah" puji Ellyna hingga Sadly kembang hidung mendengarnya.
"Okay kalau macam tu abang masakkan untuk sayang ye, jom cari petai segar dulu"
"Okayy, banyak-banyak sikit tau beli takut tak cukup"
"Ala kita dua je pun yang makan"
"Abang.. sekarang kita bertiga tau yang makan.." kata Ellyna manakala Sadly membuat muka terkejut melihat perut Ellyna
"Sampai hati abang lupa dengan baby kita.."
"Arhh sorry sayang, abang lupa sayang mengandung"
"Kita beli banyak-banyak eh, bagi baby ayah dalam tu kenyang" kata Sadly sambil tersenyum manis kepada Ellyna manakala Ellyna pula memeluk lengan Sadly dengan erat
"thanks abang"
"abang yang patut cakap macam tu, thank you sayang. abang hargai 4 tahun yang abang nantikan selama ni" ucap Sadly lalu dia cium tangan Ellyna dengan lama.
"abang tak tau macam mana nak balas jasa sayang, tapi mulai dari esok abang akan kerja keras untuk anak kita nanti"
"kalau bukan esok pun, abang dah banyak kerja keras untuk sayang sebab tu sayang terima kasih sangat dengan abang. abang boleh terima kekurangan sayang.."
"nanti bagitau abang Hun tau tentang ni" kata Ellyna lagi lalu Sadly mengangguk iya
"tunggu Hun balik sini balik nanti abang bagitau. mesti dia tak percaya nanti" balas Sadly sambil mengerakkan tangannya tanda di excited
"excited eh bang?"
"mestilah excited, isteri mengandung kan"
"ihh abang ni kembang hidung sayang dengar.."
Share this novel