Hun melihat Zea menyiapkan dirinya untuk ke hospital, wajah merajuk Zea di perhatinya tanpa henti.
"Kalau rasa takboleh nak teman , takpayah tengok orang macam tu lah" kata Zea apabila dia sedar dirinya di perhati oleh Hun.
Sejak Hun mendapat jawatan tinggi dari CEO penghotelan iaitu Dato J tu, Hun sering sekali sibuk sampaikan tiada masa untuk teman Zea pergi checkup kandungannya di hospital
Malah Hun sering kali mengelak daripada Zea, bila saat tarikh checkup Zea dekat masa tu jugalah dia ada meeting penting dengan orang atasan tapi bagi Zea , tindakan Hun adalah sengaja.
"Ala kau ni takkan marah lagi kot" Hun mendekati Zea, pinggang Zea dirangkul dari belakang sebelum tangannya turun mengusap perut Zea yang bulat.
Zea menaikkan anak matanya ke atas lalu dia buka tangan Hun satu persatu daripada menyentuh perutnya namun Hun masih tersenyum tenang seperti tiada apa yang berlaku.
"Ajaklah Ellyna teman kau check up, nanti ada apa apa perkembangan bagitau aku"
"Perlu ke aku bagitau kau?"
"Kau sendiri pn tak lakukan tanggungjawab kau sebagai suami" kata Zea lalu dia pergi meninggalkan Hun yang terasa di situ
"Sayang" panggil Hun tapi panggilannya tidak dipedulikan oleh Zea sebaliknya Zea sibuk siap siap memakai selipar biasa dan menunggu Ellyna sampai di depan rumah.
"Zea janganlah marah" Hun mengekori Zea ke luar halaman rumah, tempat itulah tempat kebiasaannya Zea menunggu Ellyna menjemputnya.
Dari awal Zea mengandung hanya dua kali saja Hun teman Zea check up di hospital selebihnya kadang kadang Eiris, Charmilla dan Ellyna saja yang temankan dia
"Apa lagi"
"Jangan lah marah, kalau aku takde meeting mesti aku dah teman kau. Tapi kau tau kan aku pegang jawatan tinggi sekarang? Banyak meeting yang aku akan hadapi"
"Kalau diikutkan nak je aku berhenti kerja tapi bila fikir balik, mana aku nak cari duit? Aku nak bagi kau makan macam mana , nak besarkan anak kita lagi nanti macam mana. Janganlah marah, aku kerja ni pun untuk bagi kau kemewahan"
Zea menghela nafas lagi , lagi dan lagi sekali.
"Kalau tak mewah pun, kita masih boleh hidup macam biasa Hun. Aku takperlukan kemewahan untuk bahagia. Cuma kau yang takfaham aku, aku nak perhatian PERHATIAN PERHATIAN! susah sangat ke nak faham aku" jerit Zea tinggi hingga Hun terdiam melihat Zea.
"Zea ak--" baru saja Hun mahu membalas, Zea terlebih dahulu memotong ayatnya.
"Malam ni kalau kau masih dengan kerja kau, jangan harap kau boleh bercakap dengan aku lagi" kata Zea sebelum dia keluar dari pagar rumah.
Teksi yang dipesan oleh Ellyna telahpun sampai di depan rumahnya manakala Ellyna melambai lambai ke arah Zea untuk masuk bersama.
"Bye" kata Zea kepada Hun sebelum dia masuk ke perut kereta manakala Hun masih tersenyum manis kepada Zea tapi Zea membalas dengan jelingan.
"Jagakan Zea untuk aku, apa apa perkembangan bagitau aku tau" kata Hun kepada Ellyna melalui di luar teksi mereka. Zea pula sikitpun takmenoleh memandang Hun sebelum teksi mereka bergerak pergi.
"Okay!" Balas Ellyna ramah.
[]
"Kak Zea kenapa muram je? Gaduh dengan abang Hun lagi ke?" Tanya Ellyna lalu dia genggam tangan Zea perlahan
Zea mengeleng lalu dia tersenyum nipis kepada Ellyna tapi Ellyna membalas dengan raut wajah simpati.
"Akak tak tau, tapi akak tengok abang Hun macam tak sukakan akak" kata Zea hingga Ellyna berubah terkejut.
"Akak cakap apa, mustahillah abang Hun tu takcintakan Akak. Akak tau tak masa akak hilang dulu, abang Hun tu macam orang gila tau" balas Ellyna yang cuba untuk pertahankan Hun.
"Entahlah Ell, akak rasa abang Hun taksuka akak sebab akak gemok. Yela tengoklah akak sekarang, takde bentuk badan sebab mengandung sampai abang Hun malu nak teman akak pergi checkup" luah Zea perlahan manakala Ellyna mengeleng kecil dengan sangka buruk Zea kepada Hun.
"Akak ni tu perasaan akak je lah, abang Hun mana ada mcam tu"
"Akak gemok ke kurus ke abang Hun tetap cintakan akak sorang"
"Mana Ell tau?" Tanya Zea semula, sejujurnya dia masih ragu ragu bahawa Hun adalah suaminya.
"Ell tau lah sebab abang Hun tu kan abang Ell. Semua tentang abang Hun, perangai dia , sikap dia. Semua Ell tau tapi bila akak cakap abang Hun macam tadi, Ell takboleh percaya sebab abang Hun tu bukannya macam yg akak sangka" jelas Ellyna manakala Zea mengeluh ringan
"Ell ni macam tak percayakan akak je" kata Zea yang mula berjauh hati, kenapa Ellyna asyik pertahankan Hun.
"Ell percaya akak lah, tapi akak kan tgh mengandung skrg sbb tu emosi akk tak tentu. Ell faham akak sbb tu Ell cuba betulkan apa yang salah" balas Ell
"Yeke? Bukan sebab Ell sukakan abang Hun kan?"
Ellyna tergelak kecil, jauh betul Zea berfikir.
"Aih kakak ipar Ell ni kan, suka sangat fikir yang bukan bukan. Kenapa Ell kena suka abang Hun kalau Ell sendiri dah ada suami yang lagi Ell cinta separuh nyawa Ell ni" balas Ellyna sambil tersenyum senyum mengingatkan wajah Sadly.
"Betul ni?"
"Ye betul akak kesayangan Ellyna"
'1143 bilik 3'
"Dah jom kak, nmbr akak tu"
"Eh yeke nombor akak? Akak lupa" kata Zea lalu dia bergegas berdiri mengikuti Ellyna di depan yang sudah jalan terlebih dahulu.
"Sila masuk" jemput doktor dengan ramah kepada Zea dan Ellyna yang baru sampai ke bilik itu sambil tersenyum manis.
"Seperti biasa scan baby kan Puan Zea?" Kata doktor itu sambil memeriksa buku jadual Zea.
"Ye betul"
"Suami pun macam biasa takdatang ni kenapa ye, patutnya saat saat macam ni suami patut teman isteri. Ke suami sibuk dengan urusan tak penting di luar" kata doktor itu seperti mahu memerli pun ada
"Buat je kerja kau boleh tak, jangan sibuk nak tanya suami orang" dingin Ellyna di sebelah sambil menjeling doktor itu lama
"Eh takpela Ell, akak okay lah" tegur Zea sambil tersenyum kelat kepada doktor itu yang sudah berubah wajah.
"Ohh haha sorry, saya biadap tadi" kata Doktor itu dengan segan memandang Ellyna yang masih taklepas merenung ke arahnya.
"Puan Zea boleh baring kat katil dulu ye, kita buat scan kejap lagi" arah doktor itu lalu Zea akur.
"Relax ye Puan" tegur doktor itu apabila Zea nervous seperti selalu, padahal jika Zea kerap melakukan pemeriksaan pasti dia akan terbiasa tapi Zea lain daripada yang lain.
Zea tersenyum kelat sebelum dia menarik dan menghembus nafas lagi sekali untuk tenangkan dirinya.
Selang beberapa minit doktor mengunakan alat tertentu untuk scan kandungannya akhirnya Zea diminta duduk ke kerusi semula
Rakaman langsung tadi dibuka dikomputer bersaiz besar.
Zea tersenyum kecil saat dia melihat dalam rakaman itu, babynya kelihatan sedang tidur sambil mengenggam tali pusatnya.
"Baby tengah tidur patutlah perut ibu dia tak banyak gerak tadi" kata doktor itu hingga Zea makin tersenyum suka manakala Ellyna sibuk merakam dengan telefonnya.
Rakaman itu akan diberi kepada abang Hun nanti. Mesti abang Hun suka tengok.
Tangan Zea turun mengusap perutnya yang sudah menjangkau 6 bulan itu. Lagi 3 bulan , sebentar lagi hidup Zea akan bertukar menjadi lebih bermakna daripada sebelumnya.
"Itu saja untuk harini, saya nak ingatkan dengan Puan Zea tolong tolong dan tolong jangan terlalu banyak buat kerja jangan terlalu banyak bergerak lagi lagi yang melibatkan emosi Puan Zea. Hal ni akan membahayakan kesihatan Puan dan baby di kandungan , harap Puan ambil peduli tentang ni ye"
"Ye saya akan ingat selalu" balas Zea sebelum dia bangun dari duduk manakala doktor itu cepat cepat tolong membuka pintu untuk Zea dan Ellyna keluar.
Setelah keluar doktor itu menghela lega sebelum dia tampar mulutnya sendiri
"Asal aku cakap yang bkn bkn dengan Zea tadi, ish aku ni pn ksian Zea tu" geram dia sendiri, betul juga cakap Ellyna kenapa dia perlu sibuk dengan suami Zea.
[]
Mata Zea lagi sekali memandang ke jam dinding , sudah jam 7 senja tapi batang hidung Hun masih tidak kelihatan.
"Babah suka buat mama kecewa sayang" ngadu Zea ke anaknya sendiri di perut sambil mengusap perutnya lembut.
Zea tersenyum kecil saat perutnya terasa ditendang tendang oleh kaki kecil anaknya sambil menantikan kepulangan Hun di ruang tamu.Ā
"Nakal anak mama ni suka sangat buat mama sakit" kata Zea sendiri dan lagi sekali dia melihat ke arah jam yang kian menuju ke jam 7.30 malam.
"Puan Zea ada panggilan dari Tuan Hun!" Jerit pembantu rumahnya iaitu bik July yang paling lama bekerja di sini dan bibik Janita pula balik ke kampungnya untuk beberapa hari kerana ada hal mustahak yang perlu dia selesaikan.
Bik July mendekati Zea lalu telefon diberikan kepada Zea.
'sayang err' panggil Hun lalu Zea terlebih dahulu mengeluh kecil , dengar Hun kata begitu saja dia dah faham
"Ye pergilah Hun, jangan balik terus pun takpe aku tak peduli" kata Zea tanpa Hun memberitahu apa apa lagi.
'Zea aku betul betul minta maaf, tiba tiba ada makan malam dengan client penting harini. Aku dah minta nak balik tapi dorang kata ni perjumpaan penting' alasan Hun manakala Zea ketawa sindir dalam diam.
"Ye aku tau client tu lagi penting dari isteri sendiri, selesaikanlah urusan kau dulu bye"
'sayang jap ak--' belum sempat Hun berkata apa apa , Zea sudah menutupnya lebih awal.
"Nah bik July, makanan yang saya masak tadi. Bik July makan jela , kalau tak habis buang je" kata Zea hampa lalu dia bangun dengan penuh berhati hati.
"Tapi Puan Zea tak makan malam ke nanti gastrik Puan, bahaya utk kandungan"
"Sebenarnya saya dah makan dengan Ell tadi, saya masak tu untuk Hun tapi tgk lah Tuan Hun tu busy memanjang. Kalau saya tau, saya tak masak tadi" balas Zea sambil tersenyum kelat manakala bibik July memandangnya kesian.
"Sabar ye Puan, apa apapun Puan kena kuat untuk baby"
"Kalau Puan perlukan apa apa, Puan boleh panggil saya bila bila masa je" tawar bibik July manakala Zea mengangguk iya sebelum dia naik ke tangga menuju ke biliknya semula.
Sampai saja di bilik , Zea menghela nafas lagi sekali.
Apa yang penting sangat client tu daripada Zea? Kenapa Hun risau sangat kalau tak pergi majlis makan malam tu atau Hun ada niat lain sebenarnya.
"Kenapa aku ragu ragu dengan cinta Hun apa ni sebenarnya satu naluri betul atau cuma sangka buruk aku" tanya Zea sambil dia meletakkan tangannya di dadanya sendiri lalu matanya dipejam rapat.
"Mungkin betul kata Ellyna, aku yang suka sangka buruk dengan Hun sebab time mengandung emosi aku akan terganggu" kata Zea yang cuba untuk positifkan fikirannya semula.
POINT OF VIEW HUN
Aku mengeluh melihat jam di tanganku, sudah jam 9.30 malam majlis ni masih belum ditemui dengan penamatnya. Waktu begini pasti Zea tertunggu kepulangan aku.
Lihat saja Zea merajuk begitu tapi dia tetap menunggu walaupun dia tau aku akan balik lewat lagi sekali.
'haih macam mana ni, takkan nak lari dari majlis ni' getus Hun sebelum dia raup wajahnya kasar.
'ting' aku membuka telefonku saat ada bunyi mesej yang masuk, mungkin Zea tapi agak mustahil Zea akan mesej aku di waktu dia sedang merajuk.
TEXT FROM ELLYNA
Mesej dari Ellyna aku buka, tiba tiba bibirkuĀ tersenyum kecil melihat rakaman itu.
'Tuhan comelnya anak babah ni' getusku geram apabila video yang dikirim itu adalah rakaman scan anakku yang masih dalam kandungan semasa pagi tadi Zea ke hospital.
'abang tolong bagi perhatian sikit waktu kak Zea tengah mengandung sekarang, kesian kak Zea dahlah dia bawa anak abang dengan dia tapi abang tak bagi kasih sayang secukupnya dengan kak Zea. Ell tau abang sibuk kerja tapi sekurangnya , luangkan sikit masa dengan kak Zea. Waktu kak Zea macam nilah, kak Zea perlukan perhatian yang lebih. Abang sebagai suami yang bertanggungjawab perlu beri perhatian dengan kak Zea takut emosi dia terganggu, kalau dah terganggu nanti blh melibatkan kesihatan kak Zea tau. Abang tolong ye, Ell bkn nak masuk campur dalam rumah tangga abang cuma Ell kesiankan dgn kak Zea tu muram je'
Aku mengetap bibir membaca mesej dari Ellyna, lagi sekali aku dibebel oleh Ellyna panjang lebar begini.
'KALAU ELL TAU KAK ZEA MENANGIS SEBAB ABANG, SIAP ABANG ELL KERJAKAN! ELL SERIUS KALI NI TAU!'
Aku berubah terkejut membaca mesej terakhir Ellyna, ugut keras betul ni. Sayang sangat dengan Zea tu sampai marah aku dengan huruf besar semuanya.
"K" mesej ringkas itu aku kirim kepada Ellyna, biar dia sakit hati baca mesej aku nanti HAHAHA. Selalunya perempuan akan mengamuk kalau kita balas mereka dengan huruf k tapi pelik kenapa dorang nak marah sangat? Itukan sekadar huruf.
'haih tiba tiba rasa nak peluk Zea pula' getusku sambil tersenyum nakal melihat pintu dewan majlis terbuka.
Aku bangun dari duduk, beberapa makanan yang sedap sedap aku bungkuskan dalam 3 tapawe bersaiz sederhana. Semuanya untuk hanya untuk ZEA SEORANG.
Sejak mengandung ni, nafsu makan Zea semakin tinggi. Aku sebagai suami yang bertanggungjawab, aku akan bagi Zea makan sampailah dia gemuk. Biar hanya aku saja yang pandang Zea nanti dan masatu tiada lelaki kacak yang akan memandang Zea dengan penuh kegatalan!
Share this novel