Hun memerhati gerak geri Zea yang dari tadi ke hulur ke hilir memilih pakaian yang akan dipakainya nanti. Sudahlah dia ada makan malam dengan client harini, kalau Zea keluar pastinya dia risau.
"Sayang nak pergi mana?" Tanya Hun namun Zea sibuk menyolek wajahnya dengan serba sedikit makeup seperti bedak lipstick dan keningnya.
"Sayang, abang tanya ni. Sayang nak pergi mana, bersiap siap ni?" Tanya Hun sambil tangannya menahan tangan Zea supaya Zea berhenti dari makeup.
Zea memandang Hun dengan pandangan yang pelik. Lalu matanya turun memandang Hun dari atas ke bawah semula hingga Hun turut hairan.
"Awak pula bersiap nak ke mana?" Tanya Zea semula
"Lah kan abang dah kata abang ada makan malam dengan client malam ni tu yang abang bersiap terus" balas Hun lalu Zea mengangguk
"Dah tu tau kenapa awak tanya lagi kenapa saya bersiap" balas Zea hingga Hun terlopong mulut melihat Zea
"Sayang, jangan cakap yang sayang bersiap ni sebab nak ikut abang"
"Sayang tau kan ni makan malam penting"
"Takkan sayang nak ikut"
"Abang ni bukannya pergi bersuka suka tapi sebab kerja tau sayang" kata Hun hingga Zea berkerut dahi memandang Hun. Lelaki itu direnungnya lama manakala Hun terdiam sambil mengetap bibir rapat.
"Okay okay sayang ikutlah abang lagi suka kalau sayang ikut" kata Hun sambil tersenyum suka kalau tak buat macam tu mesti Zea fikir macam macam lalu dia memeluk lengan Zea namun Zea menepis perlahan.
"Abang tak suka Zea ikut kan sebenarnya? Kenapa? Abang malu ke kalau Zea ikut? Sebab Zea gemuk kan. Abang jadi malu nak tunjuk Zea dekat kawan sekerja abang" kata Zea dengan nada merajuk hingga Hun mengigit bibirnya perlahan.
Ini kali pertama Zea memanggil dia dengan gelaran Abang kerana bukan untuk menunjuk di depan Bardella tapi kerana merajuk
"Sampai hati abang kan!" Jerit Zea tinggi lalu dia keluar daripada bilik itu hingga Hun taksempat menahan pergelangan tangan Zea kerana Zea pantas bergerak
"Sayang, abang tak cakap mcm tu pun sayang" balas Hun sambil mengejar Zea di belakang. Sudahlah jalan pun susah, inikan pula nak lari daripada Hun.
Hun tersenyum jahat sambil berlari beriringan di sebelah Zea yang lambat berlari. Nak lari tapi macam berjalan pun ada, terkedek kedek macam kangoru
Zea menjeling Hun disebelah apabila Hun sudah berada di sebelahnya sambil tersenyum jahat. Mesti ada akal Hun nak usik dia kejap lagi
"Sayang lari ke joging tu"
"Diamlah!" Jerit Zea dengan mulutnya memuncung menyampah kerana senyuman Hun yang menyakitkan hati dia sekarang.
"Sayang abang nak joging sekali sayang macam best je joging ala ala mak kangaroo" perli Hun hingga Zea takjadi berlari
"Dahla , saya dah penat lari" luahnya sebelum dia mengeluh kecil di depan Hun namun Hun disebelah menekup mulut agar tidak terlepas ketawa di depan Zea
"Sayang mana ada lari tadi, joging adalah hihi" balas Hun sambil tergelak nakal hingga Zea benggang sendiri.
"Dahla awak ni! Bukan nak pujuk pun!" Jerit Zea tinggi sebelum dia tolak dada Hun kuat namun Hun sikitpun tak rasa sakit kerana otot dadanya yang kebal.
"Ohh sayang sakitnya" rintih Hun dalam keadaan mengejek, Zea disitu terus patah balik semula ke bilik untuk menukar pakaian. Hun tak suka dia ikut, so buat apa dia nak beria ikut.
"Sayang kenapa nak buka ni? Nak ngoda abang ke siang siang buta ni?" Kata Hun sambil menyarungkan semula pakaian itu ke tubuhnya.
"Hun awak ni, seharian memang tak boleh ke jangan sakitkan hati saya?" Kata Zea manakala Hun tersenyum kecil sebelum dia mencium hidung mancung Zea.
"ikutlah abang pergi majlis makan malam sekali" kata Hun namun Zea membuat muka. Kalau bagi tapi tak ikhlas, apa gunanya dia ikut Hun
"Takpayah lah buat sesuatu yang terpaksa, nanti jadi tak ikhlas"
"Saya duduk rumah je"
"Awak pergilah, saya okay" kata Zea dengan nada lembut namun Hun masih ragu ragu sama ada Zea okay atau tidak. Bukannya dia tak mahu bawak, cuma ini hal kerja. Client disitu juga tak bawak orang luar , jadi Hun perlu hormati
"Tapi sayang macam tak okay je" kata Hun perlahan lalu Zea tersenyum kecil sebelum dia memegang kedua pipi Hun dengan tangannya hingga mata Hun hanya tertumpu padanya.
"Saya okaylah, tadi tu saya saja je nak usik awak. Macamlah awak tak tau, hobi saya ialah buat awak rasa bersalah sepanjang masa" balas Zea sambil tersenyum nakal namun Hun tersenyum kelat.
"Sayang betul ke okay?"
"Ye saya okaylah, awak ni risau sangat"
"Kenapa lakonan saya kali ni menjadi ke? Awak dah rasa bersalah eh?" Kata Zea manakala Hun mengangguk comel
"Mestilah rasa bersalah kalau bini nak sesuatu tapi suami tak dapat nak tunaikan" balas Hun dengan mulutnya memuncung seperti itik. Zea mengetap bibir menahan geram, comel je Hun nasib tu suami dia.
Mata Hun membesar apabila Zea mencium muncungnya tiba-tiba
"Nak lagi sayang" minta Hun, dirinya seakan dipukau oleh Zea sebentar tadi. Zea hanya mendiam sambil tersenyum manis kepada Hun lalu Hun sendiri yang mendaratkan bibirnya ke bibir Zea tanpa menunggu respon dari Zea terlebih dahulu.
Kedua tangan Zea diletak di atas bahu Hun oleh Hun sendiri manakala tangannya turun memegang kedua pinggang Zea.
"Tuan Hun tadi Enc--" bik Janita menarik matanya ke tepi manakala Zea kelam kabut menolak Hun hingga dia tak sedar dia sudah menolak Hun dengan kuat
"Maaf, saya keluar dulu" minta Bik Janita sambil menahan senyum sendiri namun Zea mendengus kesal sebelum dia menutup wajahnya dengan kedua tangannya sendiri
"Arhh boleh gila aku macam ni" gumam Zea perlahan lalu melepaskan tangan semula untuk mencari Hun. Zea terlopong mulut hingga Hun terduduk di atas lantai biliknya
"Alamak Hun, sorry saya tak sengaja"
"Macam mana ni"
"Hun awak okay ke?"
Kata Zea bertubi tubi manakala Hun masih merintih kesakitan. Saat Zea menyentuh tangannya terus Hun merintih dengan kuat
"Hun awak okay ke..Hun jangan takutkan saya.."
"Saya tak sengaja Hun, Hun awak jangan mati dulu"
"Hun!! Kalau awak mati, sapa yang saya nak cium nanti"
"Uhuk uhuk" Hun batuk kecil sebelum dia tarik telinga Zea perlahan supaya dekat dengan mulutnya seolah mahu bisin sesuatu yang penting.
Zea memasang telinga baik baik, mana tau Hun nak bagitau peti rahsia dia yang dipenuhi duit ke.
"Ciumlah abang supaya abang tak mati selama lamanya uhuk uhuk" bisik Hun nakal hingga Zea menampar dada Hun perlahan
"Apa awak ingat ni cerita Cinderella, snowhite semua tu ke ah? Dahla pergi kerja sana. Saya nak sambung tidur" balas Zea lalu dia bangun meninggalkan Hun manakala Hun memonyok mulut.
Zea tak romantik langsung!
"Sayang jangan asyik tidur je sayang, dah petang ni" kata Hun manakala Zea menguap memandangkan dia sudah mengantuk
"Baby yang ngantuk, saya layan jela. Dah la goodnight"
"Goodnight apanya sayang, dah jam 11 pagi ni" kata Hun sambil mengeleng kepala melihat Zea baring di atas katil. Ngantuk sikit cakap baby yang buat padahal memang diri sendiri yang kuat tidur.
"Apa apa jela, pagi ke malam saya tak kisah" balas Zea sebelum matanya terpejam rapat.
"Abang gerak dulu sayang, jaga diri jaga baby. Abang love you so much" bisik Hun di telinga Zea sebelum dia kucup dahi Zea namun Zea sekadar mengangguk malas hingga Hun tergelak kecil.
Pintu bilik ditutup rapat oleh Hun dengan berhati hati agar Zea tidak rasa terganggu. Hun menuju ke bilik bibik Janita, pintu orang gajinya diketuk sederhana
"Ye Tuan Hun ada apa apa ke?"
"Tolong jagakan Zea, lepas dia dah bangun nanti siapkan dia sarapan yang baik untuk dia dan baby"
"Lepastu jangan bawak dia main lompat ting ting, saya tau itu mainan kegemaran Zea tapi sekarang Zea mengandung so saya tak galakkan"
"Jangan bagi Zea pandai pandai turun tangga sendiri, sentiasa pantau dia kalau boleh ikut je ke mana dia pergi and pastikan lantai rumah takde benda licin yang boleh menyebabkan gelincir"
"Dan yang paling penting jangan bagi Zea keluar daripada rumah kecuali berjalan jalan dekat taman hiasan di belakang"
"Kalau Zea nak main kereta saya boleh buka dewan garaj. Pastikan dia tak memandu dengan laju" pesan Hun panjang lebar.
Di kawasan rumahnya ada jalan raya khas untuk Zea membawa kereta. Hun tak benarkan Zea memandu di luar kerana bimbang jadi apa apa kerana itulah dia beli tanah di belakang rumahnya untuk tempat Zea memandu.
"Lagi satu, jangan bagi Zea berlari atau bergerak terlalu kerap. Bagi dia makan yang banyak supaya kenyang"
"Ye Tuan ni berapa kali Tuan pesan" kata Bik Janita lalu Hun tersenyum kelat.
"Dah berapa kali saya pesan eh?"
"Dah 6 kali Tuan, sampai saya dah terhafal dengan ayat Tuan" kata Bik Janita sambil tersenyum kecil, risau sangat Hun dengan Zea tapi risaunya sudah melampau pula.
"Ah ye betul betul, pastikan awak ingat ye. Saya pergi kerja dulu" kata Hun lalu dia pergi dari situ manakala Bik July yang baru datang itu mengeleng kepala melihat Hun
"Tuan Hun bagi arahan yang sama lagi ke?" Tanya Bik July manakala Janita mengangguk bosan hingga bik July tergelak kecil
"July sini jap" kata Janita sebelum dia tarik lengan Bik July untuk masuk ke dalam bilik mereka semula
"Ada gosip baru ni"
"Ish kau ni siang malam gosip, gosip tentang apa pula kali ni?" Balas bibik July. Janita dan July sudah lama jadi teman bergosip sejak awal bekerja di rumah itu lagi.
"Tadi masa aku masuk bilik Tuan Hun, Tuan Hun tengah bercium dengan Puan Zea"
Mata July membesar lalu dia memukul lengan Janita dengan perlahan
"Ish kau ni, privasi dorang tu janganlah cerita"
"Takde la aku cerita dengan kau je ni" balas bik Janita sebelum dia bangun semula dari duduk
"Jom pergi bilik Puan Zea takut apa apa jadi nanti. Kita juga yang problem" ajak Bik July yang turut bangun apabila Bik Janita sudah bangun.
Buka saja pintu bilik Zea terus kedua orang gaji itu ternganga mulut melihat Zea makan makanan ringan senyap-senyap. Lebih mengejutkan lagi, makanan itu adalah makanan yang dilarang makan oleh Hun
"Puan Zea..?"
"Err.." Zea tersenyum kelat, dengan pantas dia mengeluarkan semula makanan dari mulutnya tadi lalu dia mengetap bibir di depan kedua mereka
"Puan Zea, kan kami dah pesan jangan makanan ni. Takbaik untuk kesihatan Puan Zea dan baby nanti" pesan Janita tegas lalu dia mendekati Zea di atas katil.
Zea memonyok sambil bermain jari jemarinya antara satu sama yang lain. Manakala July disebelah memberi isyarat mengeleng kepala kepada Janita agar tidak memarahi Zea dulu
"Saya teringin nak makan, bagilah saya makan. Sikitpun takpe janji saya tak kempunan nanti" kata Zea perlahan dengan nada memujuk.
"Erm bik July? Tolonglah saya" rayunya pada bibik July. Cuma bibik July je yang selalu bela dan fahami dia. Kalau Janita tegas dan mahu mengikut dengan arahan Hun
"Makanlah, tapi sikit je ye? Lepastu nanti makan tengah hari dengan Bik July sekali ye?" Kata Bik July lembut hingga Zea tersenyum terharu di sebelah. Namun lain pula bik Janita sekadar mengeluh
July terlalu manjakan Zea. Apa yang Zea mahu dia turutkan saja kerana sayang pada Zea dan sudah menganggap Zea seperti anaknya sendiri.
Namun Janita tidak begitu, kadangkala kemahuan Zea bukan semua patut ditunaikan kerana kemahuan Zea mesti melibatkan kesihatannya sendiri.
Zea membuat muka comel di depan Bik Janita hingga Bik Janita tersenyum kecil. Pandai betul Zea nak ambik hati dia, hanya dengan senyuman saja
"Bik Ita marah Zea ke.." tanyanya dengan nada lembut manakala Bik Janita membuat muka marah
"Ye marah sangat sangat, apa apa jadi dengan baby sapa yang nangis nanti? Bik Janita juga yang sedih" katanya sebelum dia memukul tangan Zea perlahan manakala Zea tersenyum kecil.
Dulu sewaktu Zea keguguran sebelum Zea menghilang, Bik Janita yang lebih lebih sedih daripada Hun. Tambahan lagi Zea hilang ketika itu, sampaikan dia mahu berhenti kerja kerana rindukan Zea.
"Dah makan sikit je, jom makan kat bawah lepastu kita race dekat belakang" ajak Janita manakala Zea terlopong mulut kerana terharu, ini kali pertama Janita mahu menyertainya
"Hun ada bagi kunci garaj ke?" Tanya Zea, lalu Janita mengeluarkan gugusan kunci di depan Zea hingga Zea tersenyum nakal sebelum dia buat highfive dengan Bik July
"Cepat-cepat habiskan, sebelum Hun balik nanti"
"Hun ada majlis harini, so dia balik lewat. Jadi kita boleh buat apa yang kita suka sampai tengah malam!" Jerit Zea tinggi sebelum dia menyumbat makanan ringan ke mulutnya lalu dia menarik tangan Janita dan July keluar bersamanya.
"Puan Zea kita nak pergi mana?"
"Suapkan saya makan" kata Zea hingga Bik Janita terlopong mulut. Nak jadi mak orang pun nak disuap lagi.
[]
Hun lompat bintang sebanyak 15 kali, hampir 3 jam dia duduk di atas kerusi pejabat. Sampaikan lehernya lenguh kerana sibuk memasukkan semua data pekerja baru di hotel itu satu persatu.
Disebabkan Lim cuti, jadi dia tiada orang untuk disuruh buat semua kerja itu.
Hun kembali duduk setelah sakit badannya beransur pergi. Tiba-tiba fikirannya melayang kepada Zea, kata kata Zea pagi tadi buat dia rasa tak tenang.
'Saya okaylah, tadi tu saya saja je nak usik awak. Macamlah awak tak tau, hobi saya ialah buat awak rasa bersalah sepanjang masa' ayat Zea terus terngiang di fikiran Hun. Ayat Zea sangat meragukan dia.
"Tapi betul ke Zea okay?" Gumam Hun perlahan sambil memegang dagunya sendiri.
Tiba-tiba Hun tersenyum nakal sambil menelefon Dato Seri Zaid iaitu client teman dia makan malam harini.
"Hello Dato"
'ye Tuan Hun? Ada apa-apa ke? Kenapa call saya?' tanya Dato Seri Zaid kepada Hun namun Hun ketawa kecil untuk mengambil hati lelaki tua itu
"Rasanya majlis kalini, saya nak adakan jemputan untuk semua ahli keluarga juga. Dato boleh jemput ahli keluarga Dato untuk sertai makan malam harini. Masa kita berbincang tentang projek minggu depan mungkin akan diadakan di bilik mesyuarat"
"Lepas dah habis berbincang, Dato boleh makan malam dengan keluarga Dato yang lain di dewan majlis. Macam mana? Dato okay tak kalau majlis kalini kita sertakan dengan keluarga"
'erm boleh tahan juga lagipun saya nak kenalkan Tuan Hun dengan anak perempuan saya yang masih bujang' kata Dato Seri hingga Hun tersenyum kelat sendiri
"Oh haha takpelah Dato Seri lagipun saya dah ada isteri" balas Hun sambil buat buat ketawa. Kalau Zea tau, dia juga yang mati nanti
'apa salahnya Tuan Hun, Tuan Hun masih ada 3 tempat kosong kan? Takkan Tuan tak mahu. Anak saya cantik orangnya, berpendidikan tinggi pula tu' kata Dato Seri yang masih tak mahu mengalah.
Mau juga Hun jadi menantunya
"Haha takboleh Dato, hati saya ni cukup untuk sorang je. Takut nanti tak dapat melayan adil dengan anak Dato pula kalau dia kawin dengan saya tambahan pula saya tengah tergila-gilakan bini saya sendiri sekarang" jujur Hun hingga Dato di telefon itu ketawa
'Tuan Hun memang lelaki yang baik ye, takpela kalau macam tu Tuan Hun kenalkan lah saudara lelaki Tuan yang masih bujang dengan anak saya'
Hun tersenyum kelat, mana ada yang tinggal cuma Ellyna dan Zea keluarganya yang masih ada
"Boleh boleh, tiada masalah Dato lagipun kita dah kenal lama kan"
'ah haha betul-betul, kalau takde apa lagi saya letak dulu Tuan Hun'
"Baiklah Dato, jumpa Dato malam ni" balas Hun sebelum dia meletakkan telefon sambil tersenyum suka.
Taksabar pula nak kenalkan Zea dengan kawan kawannya yang lain. Dengan perut Zea yang comel lagi, makin tak sabar dia. Mesti Zea pakai pakaian yang comel-comel
"Arh geramnya dengan Zea ni" gumamnya sendiri lalu dia tergelak nakal.
Share this novel