II 4 PECAH

Romance Completed 33106

Zea merehatkan tubuhnya di atas katil yang empuk, perlahan lahan dia memejamkan mata lalu airmatanya turut mengalir pantas.

"Letih ya Tuhanku" luah Zea lalu dia menangis dengan esakan yang kecil taklama itu tangisannya makin kuat. Dengan lembut Zea mengusap perutnya yang bulat.

"Mama letih sayang" ngadu Zea sendiri lalu dia menghela nafas lagi sekali. Hun betul betul berada dalam dunianya sendiri. Jika dibezakan Zea dan Hun sangatlah jauh sepadan.

Hun berpendidikan tinggi , kerja tinggi, rumah besar, kereta sampai berbuah buah. Manakala Zea pula, tiada apa yang istimewa dengannya. Cuma anak yatim piatu yang miskin, hina dengan pendidikan yang rendah dan hanya ada rupa yang tidak ada manfaatnya.

"Betul kata Bardella, aku dengan Hun memang jauh beza. Hun terlalu sepadan dengan perempuan yang setaraf dengannya" gumamku perlahan, tiba tiba teringat kata kata Bardella tempoh hari

'I bukannya nak menyibuk, cuma I sebagai perempuan yang ada perasaan sama macam U. I nak ingatkan dengan U, tolong perhatikan Hun'

'I tau bila I cakap macam ni U akan salah faham, no I just nak ingatkan'

'Beza taraf U and Hun sangat jauh, I takut kalau Hun terfikir untuk cari perempuan yang sama taraf dengan dia'

'I risau Hun akan tinggalkan U demi perempuan yang sama taraf dengan dia. Contohnya macam I' aku tersentak apabila Bardella samakan perempuan itu seperti dia, mungkin hanya kerana ayahnya bekerjasama dengan Hun kerana itu dia berani berkata demikian.

'I sangat kenal lelaki yang berduit ni Zea, mereka ada segalanya. Perempuan perempuan di luar sana banyak yang tunggu giliran selepas U'

'So please behave' kata Bardella sambil tersenyum sinis sebelum dia pergi meninggalkan aku sendiri di situ.

Peringatan jenis apa yang Bardella bagi? Apa yang dia cuba untuk sampaikan.

Atau dia sendiri yang masih cintakan Hun walaupun dia sudah berkahwin dengan lelaki lain.

Zea mengeluh lagi sekali, lagi dan lagi. Sungguh dia penat untuk berfikir, tambahan lagi dia rasa terabai bila Hun asyik sibuk dengan kerjanya.

'betul ke Hun suka aku?' getus Zea lalu dia mengeleng kepala

'Ya Tuhan apa yang aku fikir ni' Zea membuang semula fikiran negatif itu dari mindanya, takkan Zea nak sangka buruk hanya kerana ugutan Bardella itu.

Sepatutnya Zea harus percaya dengan mulut Hun bukannnya mulut orang luar yang cuba meruntuhkan masjid yang telah dibina selama ini.

Zea kembali memejamkan matanya hinggalah dia terlelap sendiri.

[]

Setelah selesai menguruskan kerja, Hun terus berlari ke ruang tamu dengan pantas. Biasanya kalau dia pulang lewat Zea akan tunggu di ruang tamu.

Sekarang jam sudah menunjukkan 10 malam, disebabkan klien tadi cerewet sangat terpaksa Hun pujuk dengan makan malam agar projeknya tidak terbatal.

Sampai dia sendiri tak sedar, masa dia bekerja telah memakan masa yang panjang. Padahal dia janji dengan Zea akan balik selepas jam 6 petang, kerana biasanya berjumpa dengan klien akan memakan masa 4 jam saja.

Tapi klien tadi melebihi pula, dari jam 2 sampailah jam 10 malam begini baru Hun selesai.

Apa taknya klien tadi menukar berkali kali malah cerewet dengan penawaran yang ditawarkan. Kalau taksuka , baik cari hotel lain untuk ditempah. Itu bukannya hotel bapa dia pun, itukan hotel bapa Hun. Suka suki buat permintaan sendiri.

"Bik Janita, Zea mana?" Tanya Hun apabila bik Janita masih bangun merayau ke tandas.

"Kat bilik rasanya Tuan Hun" balas bik Janita tiba tiba ada bunyi cawan jatuh di dapur dengan jeritan kecil suara Zea dari arah dapur.

"Zea!" Hun berlari pantas ke dapur. Matanya membesar apabila cawan kaca miliknya pecah kerana Zea.

"H--un" sebut Zea dengan takut takut namun Hun membalas dengan wajah yang bengis.

Dengan berhati hati Hun mendekati Zea manakala Zea siap sedia menutup mata , dia tau yang Hun akan marah. Hun tersenyum kecil melihat Zea menutup mata lalu tubuh Zea tiba tiba diangkatnya hingga Zea membuka mata semula.

"Eh" pelik Zea, dengan pantas dia merangkul leher Hun apabila dia hampir-hampir jatuh dari pegangan Hun

"Bik Janita tolong bersihkan kaca kaca tu, makesure bersihkan sampai takde satu serpihan pun yang tinggal" arah Hun lalu dia sambung bergerak ke arah anak tangga.

"Hun turunkan saya, saya boleh jalan sendiri" minta Zea namun Hun buat tak endah sebaliknya muka dia tegang memandang muka Zea hingga Zea menarik wajahnya semula menoleh ke tepi.

'Hun marah ke..' getus Zea hampa, sangkanya dia nak bawak Hun bergaduh nanti tapi sekarang terbalik. Dia pula yang sudah buat Hun marah.

Sampai saja di bilik , Hun merehatkan Zea di atas katil lalu dia bangun menukar pakaiannya di depan Zea.

Zea terdiam lalu dia menundukkan kepala ke bawah manakala jari jemarinya saling bermain antara satu sama yang lain. Tak sanggup dia nak tatap wajah Hun ketika marah begini.

Hun mendengus kuat hingga Zea mengetap bibir menahan gementarnya

"Asal berhabuk baju aku ni! Kau tak cuci ke Zea" jerit Hun kuat hingga Zea terhinjut bahu terkejut dengan jeritan Hun

"S--saaya tak tau" balas Zea tergagap gagap manakala airmatanya sudah mengalir pantas saat Hun meninggikan suara tadi.

"Tak tau tak tau! Apa je yang kau tau Zea! Setakat nak bersihkan baju aku pun susah sangat ke!"

Zea terdiam menahan esakannya yang mula kedengaran.

Setelah selesai memakai baju, Hun kembali mendekati Zea. Dia merangkak ke arah Zea dengan pandangan yang berbeza dari yang lain lalu dia duduk bersila di depan Zea namun Zea masih menundukkan kepala seperti tadi.

"Saya minta maaf, saya tak sengaja pecahkan cawan kesayangan awak. Saya minta maaf sbb tak bersihkan baju awak juga" kata Zea perlahan.

"Nak buat lagi ke tak?" Tanya Hun dingin lalu Zea mengangguk iya hingga mata Hun membesar

"Ye nanti saya buat lgi"

"Eh! tak maksud saya, saya takkan buat dah" kata Zea apabila dia sedar jawapan dia tadi buat Hun mengecil mata memandangnya.

"Lain kali nak minum air, minta bik July dgn Janita yang buatkan. Jangan pandai-pandai turun bahayakan diri macam tadi, faham?"

"Tapi tadi saya nak buat air sendiri, lagi sedap klau buat sendiri"

"Zea jangan degilll..." Balas Hun lalu ayat dia tekankan supaya Zea turuti kehendaknya

"Takde beza pun sedap ke tak, akhirnya kau tetap minum kan air tu" balas Hun lagi, selera Zea memang selalu berubah. Kejap kata kalau orang buat lagi sedap sekarang berubah pula nanti kejap lagi lain pula alasannya

"Hun awak pun taukan, selera saya lain daripada yang lain"

"Macamlah saya yang minta berubah berubah. Anak awak juga yang buat saya macam ni" alasan Zea sambil mulutnya memonyok manakala jari jemarinya menguis nguis peha Hun hingga Hun hampir ketawa kerana kegelian.

Hun terdiam sebentar tapi matanya fokus ke bibir Zea. Tangannya mendongakkan dagu Zea lalu matanya menikam ke mata Zea

"Jangan bagi alasan Zea, kalau taknak aku marah please ikut je apa yang aku suruh, faham?" Tanya Hun namun Zea ambil masa untuk diam sebelum dia mengangguk kecil.

"Aku tanya faham ke tak"

"Y--ye saya fahamlah" balas Zea cepat, lalu airmatanya pantas mengalir. Sikit sikit nak marah, bukannya orang tak jawab pun. Hun sendiri yang over nak orang balas dengan ucapan.

"Pandang aku"

Zea terdiam sambil mengetap bibir, dia masih lagi menundukkan kepala seperti tadi. Macam mana nak pandang kalau Hun masih dalam kemarahannya?

"Zea Soffya pandang aku" kata Hun dengan tegas kali ini

Dengan perlahan Zea mengangkat wajah, matanya yang berair terus menatap ke mata Hun yang bengis semacam. Taklama kemudian Zea menarik matanya semula, makin dia pandang makin dia menangis lebat lagi.

"H--hun janganlah marah saya. Saya takut isk isk"

"Saya janji tak ulang dah" kata Zea lalu dia menangis teresak kecil sambil menundukkan kepala ke bawah.

"Zea pandang aku Zea, ada aku benarkan kau pandang bawah ke?" Tanya Hun dingin hingga Zea terpaksa memandang Hun semula

Hun mendekati Zea dengan lebih rapat, kedua pipi Zea dipegangnya lalu dia mendaratkan bibirnya ke bibir Zea.

Zea menutup matanya rapat tanpa sengaja airmatanya turut mengalir namun diseka cepat dengan jari Hun.

Bibir bawah Zea digigitnya lembut dengan berkali kali, itulah antara tempat yang dia suka usik

"H--un" panggil Zea untuk memberhentikan tindakan tangan Hun yang mula meliar ke dadanya.

Zea menatap mata Hun lama lalu dia mengeleng kepala tanda tidak boleh.

"Okay sorry, last kiss sayang" minta Hun lalu dia sambung membelai bibir Zea dengan lembut sebelum dia berhenti.

Zea mengelap bibirnya dengan tisu basah sebelum dia memandang Hun di sebelah yang tersenyum sendiri.

"Hun"

"Ye sayang?" Balas Hun dengan nada suaranya lembut

"Awak marah saya ke?" Tanya Zea mahukan kepastian namun soalannya meletuskan senyuman di bibir Hun

"Bila pula aku marah" balas Hun manakala Zea berkerut dahi memandang lelaki itu.

"Kenapa kalau aku marah kau takut ke?" Tanya Hun semula lalu dagu Zea digigitnya lembut.

"Takutlah awak marah macam tu sampai boleh buat saya nangis tau" balas Zea seperti budak budak lalu airmatanya mengalir pantas namun disekanya dengan laju didepan Hun hingga Hun tersenyum kecil.

"Lain kali jangan buat lagi okay? Aku taksuka kau luka, mujur kaca tak kena kaki kau tadi tau" kata Hun lalu Zea mengangguk dengan mulutnya memuncung itik.

Hun memandang tv semula sambil tersenyum sendiri lagi sekali

"Hun kenapa awak senyum sendiri ni" tanya Zea

"Kau lah, jangan muncung macam tu nanti aku jadi lain malam ni" kata Hun lalu Zea terbutang mata memandang kata kata gatal daripada lelaki itu dengan pantas tangannya memukul dada Hun yang hanya dibaluti dengan singlet putih

"Haha sayang, guraulah" balas Hun dengan ketawa nakal di depan Zea.

Zea menjeling lalu dia membaringkan kepalanya di riba Hun sambil melayan drama yang main di tv.

"Zea"

"Erm"

"Sorry pasal siang tadi, aku janji nak bawak kau beli barang baby tapi aku ada kerja mendadak. Sorry juga sbb janji nak balik pukul 6 tapi terlewat sampai jam 10" kata Hun namun Zea sekadar diam

"Zea kau tak maafkan aku ke?"

Zea mendongak memandang mata Hun, matanya berkelip-kelip sebentar.

"Takcakap pun yang saya tak maafkan awak" balas Zea seperti Thalia diri keduanya.

Hun tersenyum kecil , bibir Zea diciumnya lagi sekali sebelum dia fokus melayan drama yang main malam ini namun Zea masih merenungnya lama.

"Hun nak kiss lagi" minta Zea tiba tiba hingga mata Hun membesar memandang Zea, jarang jarang Zea yang minta biasanya dia yang pujuk nakkan Zea.

"Boleh sangat sayang! Tunggu jap aku kunci pintu dgn tutup lampu"

[]

Setelah selesai membeli rojak ikut dengan keinginan Charmilla, Alvin segera pulang dengan pantas apabila Charmilla tak henti menelefonnya.

Takut kalau Alvin buat benda lain semasa keluar, Alvin walaupun lelaki dia masih gemar berkawan dengan perempuan. Itulah yang membuatkan Charmilla risau kalau Alvin cuba untuk tipu dibelakangnya.

Lagi lagi ketika dia mengandung sekarang, memang mati Alvin nanti.

Charmilla berdiri di depan pintu rumah sambil menyilangkan tangan memandang Alvin dengan jelingan yang tajam. Matanya turun ke tangan Alvin, nasib ada bungkusan kalau tiada memang sah Alvin tak berusaha cari demi Charmilla

"Lama sangat Alvin buat apa sebenarnya?"

"Cari rojak untuk Milla lah, takkan nak duduk je kan" balas Alvin lalu dia mendekati Charmilla dan mengenggam tangan Charmilla untuk masuk ke rumah.

"Jom sayang, kat luar ni panas lah" rungut Alvin hingga wajahnya sudah terbakar kerana beratur demi membeli rojak untuk Charmilla tadi. Harini tiba tiba saja ramai pelanggan kedai rojak, mungkin peniaga rojak murah rezeki harini.

Charmilla dan Alvin duduk di meja makan, bungkusan rojak di buka di depan Charmilla namun Charmilla terdiam memandang Alvin. Wajah Alvin dipandang dengan teliti, mana tau ada kesan kesan dia jumpa perempuan ke.

"Alvin takde jumpa sapa sapa kan tadi?" Tanya Charmilla namun Alvin tidak membalas sebaliknya Alvin menyumbat buah ke mulut Charmilla hingga Charmilla tidak berkata apa-apa lagi.

"Buat apa nak jumpa orang kalau boleh jumpa bini sendiri kan" balas Alvin sambil merenung Charmilla mengunyah buah. Sebelum kawin susah nak tengok Charmilla cemburu namun Alvin pula yang kuat cmburu dulu.

Namun sekarang Charmilla lebih lebih cemburu namun Alvin pula yang tidak cemburu lagi sebab dia tau Charmilla takkan jadi milik orang selagi Charmilla masih isterinya.

"Sayang kenapa cemburu ke?" Tanya Alvin lalu Charmilla mengangguk dengan mulutnya memuncung.

"Janganlah cemburu, Alvin mana ada orang lain selain Charmilla kan? Sapa je nak Alvin perangai macam budak budak ni. Tak matang langsung" perli Alvin untuk dirinya sendiri bagi menyedapkan hati gadis itu.

"Yela yela sorry, saya terlalu banyak fikir yang negatif" balas Charmilla lalu lengan Alvin dipeluknya erat manakala Alvin mengusap rambut Charmilla lembut dan penuh sayang

"Esok saya nak turun kerja sekali boleh?" Minta Charmilla manakala Alvin mengecil mata dengan permintaan Charmilla.

"Charmilla haritu awak hampir tergelincir tau depan tandas kerja. Apa apa jadi nanti Alvin tak tau macam mana?"

Charmilla mencebik, padahal mereka satu kerja je pun cuma berlainan bahagian itu pun Alvin tak boleh nak jaga dia

"Milla nak tengok Alvin lah, kalau Milla kat rumah terus nanti Milla rindu nak tengok muka Alvin. Takkanlah tak boleh, Alvin pujuklah ibu Alvin bagi Milla teman Alvin kat kerja" cadang Milla

Disebabkan pekerjaan Alvin adalah kepunyaan milik ibunya jadi sedang Charmilla merancang. Kerana Ibu Alvin sudah nyanyuk jadi tugas itu diberikan kepada abang dan Alvin.

Alvin terdiam lama lalu dia mengeluh kecil. Namun keluhannya membuatkan Charmilla berubah wajah.

"Takpe lah kalau tak boleh, saya duduk rumah je" potong Charmilla apabila Alvin nak membalas cadangannya.

"Betul ke ni? Okay ke duduk rumah"

Charmilla mengangguk iya lalu dia ambil sudu di tangan Alvin untuk menyuapkan dirinya sendiri.

"Alvin rehatlah kat bilik, jangan teman saya nanti makin penat pula" kata Charmilla namun Alvin tersenyum kecil, nampak sangat yang Charmilla tengah merajuk cuma dia tak tunjuk.

"Kenapa nak rehat pula, tengok Milla pun segala penat dah hilang" balas Alvin sambil tersenyum mengoda, rambut depan Charmilla di mainnya namun Charmilla buat tak endah.

Selepas saja kerja, Alvin cepat cepat pergi ke kedai rojak untuk Charmilla. Apa tak penatnya, jalan sesak dengan berbaris panjang di bawah matahari seolah membakar diri sendiri.

"Merajuk ke?" Tanya Alvin namun Charmilla mengeleng. Alvin tersenyum kecil, masih taknak mengaku.

Alvin menarik tangan Charmilla sebelum digenggamnya erat.

"Esok bangun awal ikut Alvin kerja, nak tak?"

"Takpela kalau awak tak ikhlas janganlah paksa diri. Nanti saya menyusahkan awak pula kat tempat kerja tu" balas Charmilla hingga Alvin geram melihat pipi gadis itu kempam kempis dari tadi

"Ishh mengadalah dia ni. Orang dah bagi, jual mahal pula"

Charmilla tersenyum kecil , buah rojak di sumbat ke mulut Alvin supaya Alvin berhenti mengusiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience