II 5 HUSBAND

Romance Completed 32445

"fuh"

Zea terbangun dari tidur lalu dia mengosok telinganya berkali kali apabila dia rasa ada orang meniup telingannya.

Zea berkerut dahi memandang Hun ketawa terkekek kekek di sebelah, lama dia pandang barulah dia faham kenapa Hun ketawa. Dengan pantas tangan Zea bertindak menampar peha Hun

"Awak ni kan!" Marah Zea, sapa lagi kalau bukan Hun yang tiup. Mustahil Hun ketawa tanpa sebab, mesti ada kejahatan yang dia dah buat.

"Lambat sangatkan bangun, hah makan tu" perli Hun lalu dia ketawa lagi hingga Zea benggang sendiri. Makin dia pukul Hun makin nakal lelaki itu ketawakan dia.

"Hun awak takde kerja ke nak kacau saya je! Dah la pergi turun kerja tu! Saya nak tidur balik" kata Zea sebelum dia bungkus dirinya dengan selimut semula

Masih jam 8 pagi, terlalu awal bagi Zea untuk bangun sekarang.

Hun menarik selimut Zea semula, tubuh Zea diangkat lalu dia mencapai kain mandi sebelum dia bawa Zea ke tandas.

"Hun! Saya masih tak cukup tidur tau tak!" Jerit Zea sambil mengerakkan badannya seperti cacing kepanasan, biar Hun rasa berat nak angkat padan muka

"Jangan nak mengada! Mandi!" Jerit Hun semula, baru saja dia nak tutup pintu tiba tiba Zea menyelitkan tangannya di situ supaya pintu tandas tidak dapat di tutup.

"Katil tolong saya!" Jerit Zea , tengok katil yang bertapak megah itu seperti memanggil Zea untuk baring di atasnya sekarang tapi Hun rosakkan rancangan si katil.

"Arh takde takde" balas Hun lalu dia tarik tangan Zea sebelum dia kunci pintu tandas dengan rapat.

"Hun saya nak tidurlah, awak tengoklah mata saya ni tak cukup tidur tau" rengek Zea namun Hun mengeleng kepala sambil membuka pili paip air.

"Harini teman aku kerja"

"Kenapa pula, Lim kan ada biarlah dia teman awak" balas Zea lalu dia menjeling Hun yang sedang membuka bajunya sendiri dari tubuh.

"Taknaklah, aku nak kau yang teman takkan takboleh nak teman suami kerja kot" alasan Hun lalu dia mengambil sarung mandi untuk Zea

Biasanya kalau mandi bersama Zea nak mandi dengan memakai sarung sebab sudah terbiasa dengan budaya Ibu dan Ayah angkatnya dikampung

"Sejak bila pula awak nak saya teman ni, kenapa dah gila ke sejak kena kiss semalam" perli Zea lalu dia buka bajunya di dalam sarung, saat Hun cuba cuba nak curi tengok dadanya dengan pantas Zea menolak dahi Hun hingga Hun terundur ke belakang.

"Apa ni, isteri sendiri takkan takboleh"

"Memang takboleh" jeling Zea lalu dia menoleh membelakangi Hun sebelum dia menghadap ke arah Hun semula.

"Kalau aku memang dah gila, kau akan teman aku ke?" Tanya Hun namun Zea mengangkat bahunya tanda tidak tahu ye atau tidak.

"Awakkan banyak peminat kenapa tak minta je awek awek awak teman kat office tu?"

"Mana ada, kau jelah yang pernah masuk office aku mana ada perempuan lain" balas Hun namun Zea sikitpun tidak teruja walaupun dia tau Hun ingin di puji sekarang

"Macam mana saya boleh percaya yang awak tak bawa perempuan lain dekat office awak?" Kata Zea lagi hingga Hun memonyok.

Kedua tangan Hun turun memegang tepi pinggang Zea namun Zea tak menolak sebaliknya dia buat muka tak percaya lagi

"Kenapa tak percaya pula? Aku kan jujur takkan tak percaya suami sendiri kot sayang" bisik Hun yang cuba untuk mengegarkan iman Zea namun Zea sikitpun tak tertarik.

"Hun awak nak mandi ke nak ngoda saya ni? Kalau nak ngoda lupakan jela. Saya takde perasaan nak layan awak sekarang ni" kata Zea lalu dia basahkan tubuhnya dengan air. Hun yang masih merajuk di tepi di biarkan saja

Pandai pandailah Hun pujuk diri dia sendiri.

[]

"Hun tinggi lagi ke nak sampai office kau" tanya Zea namun Hun mengecilkan matanya apabila Zea kembali memanggilnya kau aku.

"Sayang, dah janji kan?" Balas Hun dengan suaranya menderet, Zea janji akan ubah semula panggilannya kepada yang lebih sopan. Kan taksopan kalau panggil suami dengan panggilan kau aku.

"Awak pun masih panggil saya 'kau aku' tak pula awak sedar yang awak pun nak mungkir janji" balas Zea semula dengan mulutnya memuncung.

Hun mengetap bibir lalu dia tersenyum kelat kepada Zea. Awalnya dia rancang nak gelar dirinya abang tapi rasa janggal pula sebab dari awal dia jumpa Zea, memang dia dah biasa panggil Zea kau namun Zea dari awal memanggilnya awak saya cuma sejak Zea hilang dulu. Zea kadangkala tersebut Hun dengan panggilan kau atau aku ketika marah atau merajuk.

"Awak pun mestilah janji yang awak tak sebut saya dengan panggilan kau aku. Saya terasa tau, ingat awak sorang je ke akan terasa hati" balas Zea lalu Hun mengenggam tangannya.

"Ye janji sayang, nanti aku cuba" balas Hun manakala mulut Zea memuncung lagi apabila Hun mengelar dirinya dengan panggilan 'aku' lagi.

"Hehe jom sayang, dah sampai ni" kata Hun apabila lift di tingkat atas sekali sudah terbuka. Hun dan Zea jalan beriringan dengan berpegangan tangan, sampai saja di dalam offices

Hun dan Zea berhenti serentak apabila Bardella ada di dalam offices itu lebih menyakitkan lagi Bardella duduk seperti boss di kerusi office Hun

Zea terdiam memandang Hun.

"Zea aku boleh jelaskan" baru saja Hun mahu memegang tangan Zea namun Zea menepis tangan Hun semula. Zea memandang Bardella yang langsung tiada rasa bersalah.

"Hun, u ni kan tiap kali i datang tengok u waktu pagi mesti u lambat masuk office. Harinikan u ada lunch dengan suami i. U lupa ke?" Kata Bardella lalu dia mendekati Hun. Tie leher Hun dibetulkannya di depan Zea

"Aku ingatlah, kejap lagi aku datanglah. Takperlu susah susah nak ingatkan" balas Hun lalu dia memandang ke arah Zea yang hanya menundukkan wajah ke bawah.

Zea terdiam, jadi selama ni Bardella selalu datang sinilah sebenarnya.

"Zea , u ni takpandai pakaikan tie leher untuk suami sendiri ke? Kalau i yang buat mesti Hun nampak kemas" perli Bardella namun Zea sekadar memandang Hun dan Bardella.

"Zea boleh betulkanlah, jangan susah nak kemaskan" balas Hun lalu tangan Bardella ditepisnya sebelum dia menyapu tie dia agar sentuhan Bardella tiada.

"Ehem"

"Betul ke suami i ada lunch dengan suami u Dato Fikry?" Tanya Zea lalu Bardella mengangkat keningnya.

"Ohh kalau macam tu sayang nak ikut abang lunch sekali lah, boleh kan?" Kata Zea manja didepan Hun hingga Hun hampir lemas dengan kecomelan Zea lalu pipi Zea dicubitnya manja.

"No!" Bantah Bardella , nafasnya turun naik melihat kemesraan Zea dan Hun di depannya.

"Why? Dato Fikry mesti okay je kan" balas Zea dan Hun disebelah mengangguk iya.

"Ini urusan kerja, suami i dengan suami u ada perbincangan kontrak. Sebab tu suami i ajak suami u lunch sbb nak bincang sekali nanti. And u orang luar, tak boleh masuk campur" balas Bardella lalu dia menyilangkan tangan di depan Zea.

"U pun orang luar kenapa u perlu ikut lunch sekali? Sedangkan u takde kena mengena dalam urusan kerja suami u dengan suami i" balas Zea hingga Bardella terdiam tak tau nak membalas apa lagi.

Bardella ingat Zea yang sekarang selemah yang dia boleh pijak pijak ke?

"And lagi satu kenapa u perlu sambut suami i untuk lunch sekali sedangkan u patut tunggu dengan suami u di tempat yang dah dijanjikan" balas Zea

"I jemput Hun sebab i takut kalau dia lupa lagi, lagipun suami u selalu sangat lupa dengan perjumpaan penting macam ni" balas Bardella tak mahu mengalah sambil membuat muka menyampah.

"U tak perlu takut atau risau Bardella. Hun suami i bukan suami u. I boleh ingatkan dia kalau dia lupa, sebab i isteri dia" balas Zea manakala Hun membuat wajah teruja.

"Sepatutnya baru kawin macam ni, u patut teman suami u. Ke u malu sebab dapat suami tua?" Sambung Zea yang mahu mencabar kesabaran Bardella.

"Zea u melampau!" Marah Bardella namun membuatkan Zea tersenyum sindir.

"U tak perlu malu Bardella walaupun suami u tua. Tapi poket dia tebal, kan itu yang paling menarik pada suami u" sindir Zea lagi hingga wajah Bardella berubah merah.

"U! Berani u kan! Apa apa pun u takboleh ikut lunch dengan Hun!"

Zea memuncung, dengan manja dia memeluk lengan Hun sebelum dia tunjuk muka kesian pada Hun.

"Abang..." Panggil Zea sambil menempelkan pipinya di otot lengan Hun hingga Hun tersenyum senyum suka

"Ye sayang?" 

"Sayang nak ikut. Tapi orang tu tak bagi!" Kata Zea lalu dia menuding jari ke arah Bardella hingga Bardella mendengus geram

"Dia takboleh buat apa apa pun sayang, sayang jangan risau. Sayang tetap akan ikut abang okay" pujuk Hun lalu Zea mengangguk sebelum dia tersenyum puas di depan Bardella.

'comelnya Zea, nasib aku kawin dengan dia dulu' getus Hun yang masih terkhayal dengan manja Zea tadi.

"Abang bagitau perempuan tu. Dia masih tak puas hati dengan sayang lah.." rungut Zea sambil memuncung mulut hingga Hun terpesona.

Hun berdehem kecil lalu dia menoleh memandang Bardella. Sekarang dia kena serius demi Zea.

"Nanti aku bagitau Dato Fikry yang aku bawa isteri aku. Rasanya tiada masalah lagipun dalam perbincangan ni, aku yang berhak lagipun suami kau yang memohon persambungan kontrak bukannya aku. Aku yang akan kendalikan and why suami kau yang berani adakan lunch dengan syarat orang luar tak boleh ikut" balas Hun hingga Bardella terdiam sambil menjeling Zea di sebelah Hun.

"Zea tetap akan ikut, kalau kau halang Zea ikut. Serta merta aku akan batalkan kontrak" kata Hun setelah itu barulah Bardella mengangguk kerana mengalah.

"Jom sayang" ajak Hun kepada Zea. Zea dibawa keluar dari situ manakala Bardella di biarkan sendiri di office.

"Hun i nak naik apa!" Jerit Bardella lalu dia kejar Hun hingga ke tempat parking.

"Pandai-pandai kau lah, macam lah aku yang suruh kau datang sini" balas Hun lalu keretanya bergerak meninggalkan Bardella sendiri.

"Hun!!!" Jerit Bardella, nak kejar pun dah takboleh lagi lagi dengan berkasut tumit sekarang

"Ish tak pasal pasal kasut tumit aku yang mahal rosak" rengek Bardella lalu dia duduk di tepi parking sebentar. Kasut tumit itu dibeli oleh Dato' Fikry ketika dia outstation ke Paris. Kalau diikutkan dengan harga sini, lumayan tinggi harganya.

"Zea u memang tak guna!" Jerit Bardella sendiri. Tak pasal pasal pengunjung di hotel  yang lalu situ menyangka dia pengemis kerana Bardella duduk di tepi parking.

[]

"Sayang kenapa monyok je ni? Abang ada buat salah ke" kata Hun tiba tiba, sejak naik kereta tadi terus manja Zea menghilang. Padahal niat Hun tadi nak bermanja dengan Zea namun bila tengok Zea macam tiada mood terus tak jadi.

"Fikirlah sendiri salah awak apa dengan saya" balas Zea yang hanya memandang ke depan, wajah Hun langsung tak dipandangnya. Hun bergilir gilir memandang Zea dan memandang depan.

"Apa yang abang dah buat? Cakaplah" balas Hun dengan membiasakan dirinya dengan panggilan abang. Start Zea panggil dia abang tadi terus Hun jadi semangat nak biasakan diri.

"Ingatlah apa yang awak cakap dengan saya masa mandi sama-sama kat tandas pagi tadi" balas Zea hingga Hun berkerut dahi. Apa yang dia dah cakap? Dia sendiri pun dah lupa apa yang dia cakap

"Tak ingatlah sayang, apa dia eh?" Tanya Hun lalu Zea mengeluh kecil.

Dengar saja Zea mengeluh kecil dengan cepat Hun berhentikan keretanya di tepi jalan. Kalau dah mengeluh tu dah tanda tanda bahaya.

"Jap bagi abang 5 minit untuk ingat balik" kata Hun namun Zea mengeleng kepala sebelum dia mengiyakan saja dengan malas.

Hun ni nak dikatakan tua, tak juga tua sangat tapi lupa ingatan macam baru lepas lumpuh pula.

'Awakkan banyak peminat kenapa tak minta je awek awek awak teman kat office tu?'

'Mana ada, kau jelah yang pernah masuk office aku mana ada perempuan lain'

Hun menekup mulutnya apabila dia sudah ingat apa yang dia kata dengan Zea tadi pagi. Dengan rasa bersalah Hun memandang ke arah Zea yang lama terdiam kecewa dengannya.

"Zea eh tak sayang sebenarnya pasal tu--" belum sempat Hun menghabiskan ayatnya tiba tiba Zea memotong.

"Takpela Hun , saya faham awak tipu saya sebab nak pertahankan Bardella. Sebab awak takutkan kalau saya serang Bardella bila tau yang dia sentiasa datang ke office awak"

"Mana ada sayang, bukan macam tulah. Tadi abang tak tau pula dia ada dekat office" balas Hun namun Zea mengeleng kepalanya perlahan.

"Tapi dia sendiri kata yang dia selalu tengok awak waktu pagi pagi kan masa nak masuk office" balas Zea hingga Hun terdiam tidak tau mau membalas apa lagi.

Apa yang dikatakan oleh Zea adalah benar. Bardella selalu datang ke officenya setiap hari walaupun sudah bersuami. Alasannya untuk memantau sama ada Hun buat kerja dengan baik atau tidak,memandangkan ayahnya ada kontrak dengan Hun. Jadi dia guna kesempatan itu untuk jumpa Hun.

"Saya taknak mudah terpercaya dengan mulut orang Hun, saya nak awak sendiri jujur. Betul ke apa yang Bardella cakap tadi?" Tanya Zea sungguh-sungguh namun Hun terdiam kerana rasa bersalah.

"Ye memang dia selalu datang" balas Hun hingga Zea tersenyum kecil

"Tapi abang dah halau dia dah sayang, abang dah bagi amaran kalau dia terus macam tu nanti abang laporkan hal tu dengan ayah dia. Kalau tak percaya tanya Lim" balas Hun sambil mengenggam tangan Zea erat, harap kali ni Zea percaya.

"Saya percaya awak Hun" balas Zea hingga Hun tersenyum lega

"Tapi perlu ke awak tipu saya dan bagi saya harapan tinggi" sambung Zea hingga Hun terdiam melihat mata Zea merah dengan airmatanya bertakung hanya tinggal tumpah.

"Sayang abang minta maaf, lepasni abang janji akan halau dia dan tak tipu lagi. Abang janji abang tak ulang dah" balas Hun sungguh sungguh. Tangan kanannya naik mengusap pipi Zea.

"Kadang kadang saya penat Hun, saya penat nak fikir sama ada awak ikhlas suka saya atau tidak" kata Zea hingga airmatanya tumpah ke pipi.

"Sayang apa cakap macam tu, mestilah ikhlas. Sayang janganlah fikir bukan-bukan tak baik untuk kesihatan sayang dengan baby. Pasal tadi tu ye abang mengaku, abang yang salah. Abang minta maaf sangat-sangat"

Zea terdiam lama.

"Awak ada perasaan istimewa dengan Bardella ke Hun?" Tanya Zea tiba tiba hingga Hun terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut Zea.

"Sayang merepek apa ni? Mestilah tak. Lagipun dia tu isteri orang takkan abang nak suka dia" balas Hun sebelum dia tergelak kecil

"Kalau dia bukan isteri orang, awak suka ke dia? Yela awakkan lelaki. Mestilah awak suka dengan benda-benda yang masih fresh" balas Zea manakala Hun mengeleng kepala dengan perlahan. Jauh betul Zea berfikir.

"Zea dengar sini sayang, siapapun Bardella. Abang takkan suka dia kalau abang dah ada isteri yang lebih baik dari dia" balas Hun sambil dia menyeka airmata Zea yang tumpah lagi sekali.

Zea merenung mata Hun lama

"Awak dah tipu saya Hun, macam mana saya nak percaya yang awak tak cintakan dia. Mustahil awak takde rasa tersuka bila dia ada ciri ciri perempuan yang awak suka" balas Zea lalu dia melepaskan tangannya dari genggaman Hun.

"Zea jangan cakap macam ni sayang, abang sedihlah kalau sayang tuduh abang dengan perkara yang abang tak suka" balas Hun namun Zea hanya diam memandang ke arah lain.

"Sayang"

"Sayang janganlah merajuk" pujuk Hun sambil mengoncang tangan Zea namun Zea buat-buat tak tau.

"Geraklah Hun, nanti lambat pula kita sampai" kata Zea perlahan hingga Hun terdiam sebelum dia akur dengan kata Zea.

Sempat wajah Zea dari tepi dipandangnya. Riak wajah Zea yang kecewa itu membuatkan Hun tak senang hati untuk memandu.

'haih apa yang aku dah buat ni sampai Zea selalu kecewa dengan aku' getus Hun di hati. Dia tipu pun supaya Zea tak cemburu, bukan kerana dia bimbang kalau Zea menyerang Bardella.

Cuma Zea sangka lain tentangnya. Tapi salah dia juga kerana menipu dan beri harapan kepada Zea. Mesti Zea gembira pada awalnya namun bila dah tau, ini pula yang jadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience