II 15 AISKRIM DATE

Romance Completed 33106

Setelah selesai membersihkan badan, Hun kembali datang ke ruang makan. Makanan di atas pinggan Zea masih sama seperti tadi

Hun tersenyum-senyum kambing apabila Zea tidak mula makan makanannya seakan akan menunggu Hun selesai mandi untuk makan bersama

"Cepatnya mandi, baru 2 minit. Mandi apa awak ni" kata Zea dalam nada perli namun Hun tersenyum tanpa henti melihat Zea

"Kalau tak mandi cepat-cepat, mesti sayang tertunggu abang kan kan? Sayang tunggu abang siap kan?" Balas Hun nakal hingga Bik July dan Janita tersenyum mengusik kepada Zea

"Mana ada saya tunggu awak" balas Zea sambil mengaru keningnya yang tidak gatal manakala Bik Janita didapur tersenyum makna

"Betul ke Zea tak tunggu saya bik Janita?"

"Tak tunggu apa nye, daritadi tak sentuh makanan tu nampak sangatlah tengah tunggu" balas Janita manakala Zea mengeleng tidak namun Hun di sebelah mengangguk angguk.

"Sayang sayang pun masih nak jual mahal" usik Bik July pula sebelum mereka berdua meninggalkan Hun dan Zea berdua di situ. Saja nak bagi line mereka berdua saling bermesra.

Tersenyum senyum Hun melihat Zea makan di sebelah. Kedua pipi Zea kempam kempis mengunyah makanan, kalau boleh sepenuh penuhnya Zea nak sumbat

Perlahan lahan Zea melihat Hun disebelah, keningnya diangkat sedikit apabila Hun masih tak mula makan sebaliknya dia renung gadis itu makan.

"Sini abang suapkan" tawar Hun sebelum dia ambil sudu garpu di tangan Zea tanpa menunggu jawapan dari Zea.

Mihun goreng disuap sedikit demi sedikit

"Hun awak ni nak balas dendam dengan saya ke? Suaplah banyak sikit"
"Awak ingat saya baby ke makan sikit macam tu" rungut Zea hingga Hun tersenyum senget dibuatnya

"U are my babby.." nyanyi Hun hingga Zea berubah jadi malu malu

"Saya nak makanlah, janganlah ngorat saya" balas Zea perlahan hingga Hun tersenyum lagi sekali. Dia sorang je ke rasa yang Zea makin hari makin comel

"Okay okay, nak ngorat lepas ni boleh kan?" Tanya Hun manakala Zea mengangguk perlahan setelah lama dia diam tadi hinggakan Hun tertunggu jawapan dari Zea

"Hun.."

"Ye saayang?"

"Minta mc seminggu ni boleh tak" minta Zea hingga air muka Hun berubah muram.

"Kenapa pula?"

"Temanlah saya seminggu sebelum awak gerak outstation, takkanlah nak pergi outstation pun awak masih kena uruskan hotel" balas Zea sambil mulutnya memuncung ke depan seperti itik.

"Err abang kena fikir dulu sayang, nanti abang bagi jawapan kalau dah dapat mc" balas Hun sambil tersenyum kelat. Rasa bersalah juga nak tolak, tapi kalau dia iyakan mesti Zea kata yang Hun menipu.

Kerusi dialih ke tepi sedikit hinggalah dia kelihatan terlalu rapat dengan Hun.

Tiba-tiba lengan Hun dipeluknya rapat sebelum dagu Zea disandar di dada Hun tatkala itu Zea mendongak ke atas memandang Hun dengan matanya terkebil-kebil comel.

"Erm abang? Bolehlah. Kejap je seminggu je. Erm? Awak? Boleh kan? Awakkk.. awak sayang sayakan? Mintala mc untuk saya. Erm? Awak? Abang..bolehkan? Pleaseee Hun.." pujuk Zea sambil membuat muka comel manakala Hun di depan sudah lemas dengan pujukan Zea.

"Sayang janganlah ngoda abang.." balas Hun perlahan

"Erm? Abanggg... boleh lah..minta mc please? Seminggu je? Erm? Awak? Awak sayang saya kan? Jadi buatlah demi saya dengan baby.." pujuk Zea lagi hingga Hun jadi tak keruan dibuatnya

"Mestilah abang sayangkan sayang, tapi abang takboleh janji lah sayang. Kita tengok dulu ye nanti"

"Kalau dah dapat apa-apa perkembangan, abang bagitau sayang" balas Hun manakala Zea berhenti memujuk. Kerusi di alih jauh daripada Hun semula manakala Hun mendekati Zea pula

"Cuba sayang buat macam tadi"

"Mana tau abang boleh pertimbangkan" balas Hun sambil tersenyum nakal manakala Zea cemberut muka membalas senyuman lelaki itu

"Awak ni suka sangat ambik kesempatan atas kesempitan dekat saya kan!" Balas Zea dengan nada keras sebelum dia bangun membawa pinggannya yang sudah licin.

Dengan cepat Hun menghabiskan mihun goreng untuk menyuruh Zea cucikan pinggannya sekali. Dalam masa yang sama boleh usik Zea

Setelah selesai makan, Hun berlari mendekati Zea di dapur. Pingan diletak didalam singki sebelum dia pergi ke arah Zea yang sedang menulis senarai makanan keperluan yang sudah habis di rumah

"Jom sayang, keluar scan baby" ajak Hun hingga Zea berkerut dahi memandang Hun

"Apa awak merepek ni, kan saya dah cakap. Temu janji saya 3 minggu lagi untuk tau jantina baby" balas Zea sebelum dia mengeleng kepala melihat gelagat Hun yang tak sabar sabar nak tau

"Tak kita scan baby dekat hospital swasta. Abang dah buat temu janji dekat online semalam sebelum abang minum bir dengan Sadly" balas Hun sambil tersenyum bangga dengan dirinya sendiri

"Yeke??" Tanya Zea seakan akan masih ragu dengan kata-kata Hun tapi. Kalau betul, alangkah gembiranya dia.

"Ye lepas dah tau jantina, kita beli barang baby sama-sama" balas Hun hingga Zea memandangnya dengan terharu.

"Hun..awak ni..kenapa romantik sangat.." balas Zea menderet deret, bukannya romantik mana tapi bagi dia romantik juga sebab Hun terfikir untuk buat sesuatu kerana outstation menganggunya untuk bersama Zea.

"Ala biasa je, taklah romantik mana" balas Hun malu malu hingga Zea meluat di depan

Zea bangun dari duduk, nota yang dia dah siap tulis di beri kepada Bik July berserta dengan wang belanja sebelum dia tarik pergelangan tangan Hun untuk naik bersama ke bilik

"Jom" ajak Zea dengan nada manja manakala Bik July dan Bik Janita menunjukkan thumbs up kepada Hun, Hun pula membalas dengan mengenyit mata kepada kedua orang gajinya.

"Zea tu jual mahal je tau, padahal dalam hati penuh dengan taman" bisik Bik Janita sambil tersenyum sumbing di sebelah Bik July

"Ha yela kau, dah jom beli belanja. Pergi siap-siap cepat" balas Bik July manakala Bik Janita mencebik kerana July seakan tak mahu melayannya

"Ish July kau ni macam malas je nak layan aku" rengek wanita tua itu sambil menghentak kaki mengikuti jejak Bik July yang sudah jauh di depan

[]

Hun mengenggam tangan Zea dengan erat sebelum doktor di depannya mengutuskan jantina anak mereka

Sempat Zea tersenyum manis kepada Hun sebelum kedua mereka kembali memandang doktor itu manakala doktor itu tersenyum lebar kepada pasangan di depannya sekarang

"Sebelum tu jom kita vote"

"Tuan Hun dan Puan Zea boleh vote serentak samada baby lelaki ataupun perempuan" cadang doktor itu

"Saya kira dari 3 undur ke belakang ye. Bagi jawapan dengan serentak" jelasnya lagi manakala kedua mereka mengangguk faham

"3"

"2"

"1"

"Lelaki!" Hun

"Perempuan!" Zea

Serentak mereka memberi jawapan dalam masa yang sama.

Zea menjeling Hun tajam

"Sapa suruh awak vote lelaki?" Tanya Zea dingin manakala Hun mengetap bibirnya rapat

"Saya nak perempuan"

"Taknaklah perempuan" bantah Hun hingga Zea membesar mata kepada Hun

"Nanti dia sama perangai dengan sayang kuat merajuk, letihlah abang nak pujuk dua dua" balas Hun hingga Zea terlopong mulut.

"Eyy berani awak mengata saya depan depan kan!!" Jerit Zea tinggi sebelum dia tarik cuping telinga Hun.

"Sekurangnya anak saya nanti cantik macam saya!" Puji Zea sendiri.

"Arh ah sayang sakit sayang, sorry..okay okay abang mengalah" balas Hun sambil merintih kesakitan, kuat juga Zea tarik sampai nak putus telinganya.

"Okay good, macam tu suami yang baik" balas Zea sambil membelai rambut Hun dengan perlahan

"Tapi sayangnya anak Puan Zea dengan Tuan Hun adalah lelaki" balas doktor itu hingga senyuman Zea mati manakala Hun di sebelah dalam diam tersenyum panjang.

"Baby menyokong babah nampaknya" sambung doktor itu lagi hingga Zea memuncung mulut, Hun pula mula tersenyum jahat disebelah Zea. Dia tau yang Zea boleh nampak

"Ish jangan senyum lah!" Jerit Zea sambil merenung maut kepada Hun hingga senyuman Hun menjadi pudar.

"Okay abang diam" balas Hun sambil membuat isyarat zip dimulutnya dengan tangan.

Doktor di depan mereka tersenyum kecil melihat gelagat pasangan itu. Lain macam cara mereka berdua bergurau. Nampak kasar tapi sebenarnya tidak.

"Rasanya itu saja untuk harini, tuan dan puan boleh balik" kata doktor itu lalu Zea mengangguk kecil sebelum dia tarik lengan Hun dengan kasar untuk keluar dari bilik pemeriksaan itu

Keluar saja dari bilik pemeriksaan, Hun berdiri sopan di depan Zea manakala Zea memandang Hun dari atas ke bawah semula

"Siap awak nanti lepas kita balik rumah ni" ugut Zea lalu dia jalan keluar terlebih dahulu daripada hospital itu

"Sayang..abang minta maaf sayang.."

"Sayang abang belanja aiskrim jom.."

"Sayang mesti tengah panas kan..jom sayang" pujuk Hun di belakang manakala Zea buat-buat tak dengar

"Memang saya tengah panas! Awak tu kalau tau saya kalah. Diam diam jela, jangan malukan saya depan doktor cantik tu"

"Ohh mentang mentang cantik, jadi awak beranilah nak malukan saya" bebel Zea

"Mana ada sayang ni kan, suka fikir bukan-bukan tau" balas Hun lembut lalu tangannya turun mendapatkan tangan Zea untuk dipimpin erat.

"Habistu kenapa awak gelak tadi?" Kata Zea tak puas hati lagi

"Sebab abang suka lah, mana ada abang ejek sayang"

"Lelaki pun okay kan sayang? Mesti hensem macam babah dia nanti"

"Tak hensem pun, janggut je lebat" balas Zea dengan mulutnya memuncung ke depan manakala Hun di sebelah sudah tersenyum kecil melihat gelagat Zea

"Yeke tak hensem?" Balas Hun sambil mengenyitkan mata di depan Zea.

"Ehem"
"Memang tak hensem apa lagi yang awak nak nafikan" balas Zea tak mahu mengaku lalu dia pura-pura memandang ke arah lain. Wajah Hun langsung tak dipandang

"Sayang macam ragu-ragu je dengan jawapan sayang tu" balas Hun lagi seperti mahu menguji Zea

"Sayang tengok ni" kata Hun sebelum dia pandang ke arah wanita muda di depan mereka.

Saat gadis itu memandang ke arah Hun, dengan tiba-tiba Hun mengenyitkan mata kepada mereka hingga mereka tersenyum senyum sendiri.

"See perempuan lain pun boleh terngoda. Ini pulakan sayang" bisik Hun di telinga Zea namun Zea tetap macam tadi

"Suami miang, kalau awak nak sangat dengan dorang tu! Pergi jela!! Ish menyampah betul" rungut Zea sebelum dia lepaskan tangannya dari genggaman Hun tanda tunjuk protes.

"Hehehe sa..yanggggg...."
"Bau aroma kecemburuan lahhh" kata Hun menderet deret, Zea yang sudah di depan kereta pula menutup kedua telinganya dengan tangan sendiri

"Tak dengar tak dengar" balas Zea manakala Hun tergelak nakal sambil menekan alat pengawal jauh untuk membuka kereta

[]

"Sayang nak rasa ke" tanya Hun apabila Zea asyik mencuri curi pandang aiskrim miliknya.

Perlahan-lahan Zea mengangguk sambil tersenyum kecil. Menyesal pula dia ambil aiskrim perisa latte oreo, Hun punya pula chocolote pudina.

"Nah" satu sudu kecil aiskrim di suap ke mulut Zea. Sekali habis lagi sekali Zea memandang aiskrim milik Hun

"Hun kita tukar Hun, saya taknak yang ni..saya nak awak punya" minta Zea lembut manakala Hun mengecil mata memandang Zea

"Please.." minta Zea lagi sekali sambil tersenyum senyum comel di depannya

"Haih sayang ni, dekat sini pun nak ngoda abang" balas Hun mengeluh, tiap kali dia asyik lemas dengan pujukan Zea. Memang tak boleh jadi hm.

"Nah tukar" balas Hun sebelum dia ambil aiskrim Zea dan aiskrimnya pula dia letak di depan Zea.

"Thank awakk sayang awakk" balas Zea sambil tersenyum manis manakala Hun tersenyum mengeleng kepala dengan gelagat Zea.

'comel' gumam Hun perlahan hingga Zea di depan terus tersenyum kepada Hun.

"Haish sayang janganlah senyum, saja nak buat abang lemas kan" rungut Hun apabila Zea masih senyum semasa makan aiskrim, Zea pula membalas dengan menjelir lidah kepada Hun.

Peduli apa dia, selagi boleh buat. Kena buat sampai Hun sayangkan dia hihi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience