Mata Hun taklepas melihat Zea mengunting kulit ketam yang keras untuk mendapatkan isinya di dalam. Setelah dapat isi Zea cicah isi ketam itu dengan kuah masak lemak di pinggan yang sama
"Susahnya nak buka" rungut Hun lalu dia cuba buka seperti yang Zea buat tadi
Zea mengeleng kepala melihat cara Hun mengunting, sado pun macam tak cukup makan je nak gunting kulit ketam itu
"Abang ni lemah ke apa?" Kata Zea sebelum dia ambil ketam di tangan Hun. Isi di bahagian kaki ketam itu diasingkan semuanya sebelum diletak di pinggan Hun semula. Hun pula sekadar melihat gerak geri Zea mengeluarkan isi ketam itu.
"Makan" kata Zea ringkas lalu dia bertukar selera untuk makan kerang bakar pula.
"Sayang tu bukan pencungkil gigi ke?" Tanya Hun apabila Zea mengeluarkan isi kerang itu dengan mengunakan lidi yang panjangnya kecil sahaja.
"Abang ingat lidi ni boleh jadi pencungkil gigi je ke?" Balas Zea manakala Hun mengangguk faham.
"Haih abang ni. Patutnya abang yang tolong kupaskan isi ni untuk saya. Romantik sikit, ni tak. Saya pula yang kupas untuk abang" kata Zea sambil memandang pasangan yang makan di meja sebelahnya.
Pasangan ni sebelah tu lagi romantik, langsung tak benarkan isterinya kupas takut kuku isterinya rosak
"Kalau abang reti, abang boleh buatkan"
"Tapi abang tak beranilah sayang..tajam takut luka pula" sambung Hun lagi manakala Zea mengeleng kepala sambil mengunyah makanan di mulut.
"Macam alasanlah abang ni" balas Zea malas sebelum dia sambung fokus pada makanan sahaja. Manakala Hun berusaha untuk buka kerang ketam yang keras daritadi lagi.
[]
Zea mengeluh kecil sewaktu mengemas beg pakaian Hun, jam 8 pagi esok Hun sudah gerak ke airport untuk outstation
"Sayang" seru Hun lembut lalu dia dekati Zea bersama mangkuk bersaiz kecil di dalamnya pula ada mask sapu untuk memutihkan kulit
"Abang! Kenapa abang kacau mask sapu saya" jerit Zea perlahan apabila dia perasan di tangan Hun sudah siap sedia mask sapu berwarna hijau tua yang sudah di campur air dan di dalamnya juga ada brush milik Zea
"Pakaikan abang sayang, kulit abang dah burn pergi pantai tadi" kata Hun sebelum dia beri benda itu kepada Zea tanpa mempedulikan muka bengis Zea
"Kenapa abang tiba-tiba nak putihkan kulit ni? Abang ada niat lain ke nak pergi outstation tu" balas Zea manakala Hun mengeleng laju untuk respon Zea tadi.
"Abang nak buat untuk diri abang sendiri lah"
"Sumpah sayang, abang tak tipu" balas Hun lalu dia angkat tangan sumpah namun Zea menurunkan semula tangan Hun itu
"Duduk, saya buatkan" balas Zea, Hun pula akur duduk di kerusi meja makeup Zea.
Dengan rapat Hun merapatkan mata dan mengetap bibir untuk mengelakkan bahagian mata dan bibirnya terkena
Sempat Zea tersenyum kecil melihat reaksi Hun, geli hati pula bila Hun sendiri pandai nak bersihkan mukanya semula
"Mengada nak putihkan muka" perli Zea manakala Hun pantas membuka mata kanannya, kiri pula masih tertutup
"Sayang cakap abang ke?"
"Taklah saya cakap dengan dinding bilik ni ha" balas Zea sambil membuat muka selamba.
"Habistu ada orang lain lagi ke kat sini?" Sambung Zea lagi manakala Hun membuat muka bersahaja sebelum dia tutup matanya kembali.
"Jangan kena dengan lubang hidung abang tau sayang, habis bulu hidung abang nanti" pesan Hun manakala Zea sempat tergelak kecil. Macamlah dia kejam sangat nak kenakan Hun begitu. Tak pasal-pasal bergaduh lagi
"Hun awak ingat kan pesan saya"
"Ye ingat kena balik sekurangnya seminggu sebelum baby babah keluar" balas Hun pantas manakala Zea tersenyum lebar apabila Hun ingat dengan pesannya.
Ini kali ke 4 dia tanya, baru harini Hun dapat ingat. Semalam bila ditanya, Hun kata dia tak tau apa yang Zea pesan sampai disuruh tidur luar. Kalau dah ingat baru boleh masuk
Itupun semalam, Bik July yang tolong Hun senyap senyap kalau tak sampai ke sudah Zea merajuk.
"Saya dah dapat nama untuk anak kita nanti"
"Yeke? Apa nama anak kita yang sayang bagi?"
"Rahsia"
"Kalau abang tunaikan janji abang, baru Zea bagitau nama anak kita" sambung Zea hingga Hun memonyok mulut
"Sayang abang takboleh janjilah sayang"
"Kalau takboleh janji, cuba tepati permintaan saya pun takpa. Boleh kan?" Balas Zea sambil berkelip mata kepada Hun manakala Hun kelihatan seperti mengeluh dalam diam
Kalau berjanji nanti Zea kata dia tak tepati janji. Tapi kalau tak cakap pula, nanti Zea merajuk hingga tak sudah.
"Andai kata abang balik ngam ngam masa saya nak mengandung, saya bagi abang tau nama anak kita tapi saya tetap akan merajuk. Tapi kalau abang balik lepas saya dah bersalin"
"Nak tau nama anak kita pun saya takkan bagi, inikan pula nak bagi abang sentuh"
"Abang fahamkan maksud Zea?" Sambungnya sambil tersenyum tenang seperti tiada apa yang berlaku
"Sayang janganlah ugut macam tu dengan abang"
"Mana tau abang balik lewat atas sebab yang tak dikehendaki ke? Yang tu terkecuali dengan hal kerja tau. Takkan sayang masih nak macam tu" balas Hun gelisah.
"Abang ingat Zea peduli ke? Abang dah janji nak teman Zea waktu bersalin kan? Abang masih berpaut pada janji. Jangan buat-buat lupa" balas Zea selamba
"Pandang sini jap saya nak gambar awak" minta Zea lalu Hun toleh ke kamera fon belakang Zea. Belum sempat dia senyum, Zea dah snap terlebih dahulu tanpa berkata apa-apa.
Zea bangun menyapu mask di mukanya pula setelah mengambil gambar Hun.
"Sayang, jangan macam ni sayang"
"Susah hati abang kalau sayang cakap macam tu tau. Nak turun kerja pun susah hati nanti" balas Hun namun Zea buat-buat tak dengar
Perlahan Hun mengeluh di sebelah, dia sekadar melihat wajah Zea dari sebelah yang sudah setengah siap di sapu dengan sedikit mask hijau tua itu.
"Nak biarkan berapa minit ni sayang?" Tanya Hun untuk menukar topik tentang tadi. Kalau terus macam tadi mesti Zea merajuk walaupun patutnya Hun yang merajuk
"20 minit je"
"Jom baring dulu, nanti kita cuci sama-sama" kata Zea sambil dia set 20 minit di telefonnya manakala Hun cepat-cepat memimpin Zea bangun dari kerusi makeup hinggalah di atas katil.
Hun merehatkan tubuhnya di atas katil manakala tangannya memanjang untuk dijadikan bantal kepala Zea.
Seperti biasa Hun akan mengenggam tangan Zea sementara menunggu masker di mukanya kering selama 20 minit
"Sayang"
"Erm apa?"
"Nak kiss" minta Hun tiba-tiba manakala Zea mengeleng tidak mahu
"Naklah sayang"
"Ish tunggulah lepas dah bersihkan muka ni!" Tengking Zea perlahan hingga Hun tergelak kecil sambil mengangguk kepala
"Okay abang boleh tunggu" balas Hun sambil tersengih menampakkan giginta yang putih manakala Zea menaikkan anak mata putihnya ke atas.
"Mengada" balas Zea dalam nada gurauan
"Sayang sepanjang malam ni kita nak buat apa" soal Hun
"First otak jangan kotor, abang minta benda pelik-pelik siap abang eh" ugut Zea terlebih dahulu manakala Hun disebelh memonyok mulut
"Baru nak raba, tau tau je" gumam Hun perlahan namun masih boleh didengari oleh Zea disebelah.
"Miang" balas Zea dalam keadaan kedua mata dia tertutup, Hun juga begitu.
"Jom berjaga malam ni sayang sebelum abang gerak airport"
"Luang masa sama-sama, abang takut rindukan sayang nanti"
"Jadi abang nak pergi airport tu dalam keadaan bawah mata abang bengkak ke?"
"Takpela dalam kapal terbang nanti, abang boleh tidur"
"Erm erm, takde takde. Abang kena tidur jangan susahkan diri sendiri"
"Ala sayang"
"Kalau abang nak luangkan masa, bangun awal sikit pagi nanti" cadang Zea, esok Hun bergerak dari rumah jam 8 pagi. Terbang pula 10.20 pagi dari sini untuk ke Indonesia
"Boleh boleh, sayang bangun jam 5 pagi tau nanti"
"Okay abang kejutkanlah nanti, abang taukan Zea susah bangun awal"
"Boleh aje sayang"
[]
"Hun call ke Milla?" Soal Alvin apabila Charmilla menjawab panggilan telefon dengan menyebut nama Hun di hujung ayatnya
Charmilla sekadar mengangguk sebelum dia dengar suara Hun di telefon
"Ye nanti Milla teman Zea" balas Charmilla sambil mengangguk angguk mendengar suara Hun di telefon
Setelah selesai telefon, Alvin dekati Charmilla. Dia pun nak tau apa yang Hun cakapkan tadi, peliklah biasanya Hun akan telefon dia. Tapi sekarang telefon Charmilla pula
"Haritu kan Milla ada bagitau Alvin yang Hun outstation ke Indonesia"
"Ha ye, esok pagi kan dia gerak" balas Alvin sambil menunggu Charmilla beritahunya
"Hun suruh temankan Zea kat rumah kalau ada masa free takut Zea bosan takde kawan"
"Ohh, Milla je ke Hun suruh?"
"Taklah yang lain pun Hun dah minta tolong, Rania dengan Eiris"
"Tapi Milla macam takboleh nak teman selalu, lagipun Milla mengandung sekarang tak larat nak jalan tambahan lagi rumah Hun tu jauh daripada rumah kita" balas Charmilla sambil mengusap perutnya yang sudah membesar itu.
"Lagi 8 hari sayang nak bersalin dah kan?"
"So duduk je rumah, nanti Alvin minta Eiris dengan Rania tolong temankan Zea" pesan Alvin, bimbang jadi apa-apa. Mana tau baby keluar awal ke hihi.
"Okay"
"Alvin"
"Ye sayang?"
"Milla nak makan ikan patin masak tempoyak" minta Milla sambil menunjuk perutnya, alasannya baby yang minta bukan dia.
"Baby ke atau ibu dia yang nak makan tu" nyakat Alvin manakala Mila menunjuk perutnya lagi, padahal asalnya dia tidak makan ikan patin sungai tapi bila mengandung Charmilla mula rasa teringin.
"Cepatlah beli kan Milla" mintanya lagi manakala Alvin mencubit pipi Charmilla terlebih dahulu sebelum dia bangun mengambil dompet di rak yang dia simpan
"Nak ikan patin tempoyak je ke? Taknak order apa-apa lagi?"
"Nak jambu batu dengan serbuk asam sekali"
"Beli jambu batu yang dah siap potonglah Alvin, Milla malas nak potong" sambung Charmilla lagi manakala Alvin mengangguk faham.
[]
"Sayang bangun sayang dah jap 5 pagi ni" kejut Hun namun Zea mengeliat ke tepi pula. Hun turut mengubah posisinya didepan Zea, rambut depan gadis itu di selit di tepi telinga
"Sayang" kejut Hun lagi hingga Zea berkerut dahi marah apabila tidurnya di ganggu.
"Sayang tadi janji nak bangun kan, ni dah pagi ni sayang" kejut Hun perlahan seperti suara berbisik sambil mengusap pipi Zea dengan halus
"Gelilah" rungut Zea sebelum dia turunkan tangan Hun dan digenggamnya erat hingga Hun sebelah terkelip kelip
Taklama itu Zea peluk pula tangan Hun yang digenggamnya lalu dia letak di pipinya sendiri
"Jom dating kat halaman sebelum jam 8" ajak Hun manakala Zea membuka satu mata kanannya saja lalu dia tutup matanya semula.
"2 minit saya nak tidur kejap, ngantuk" minta Zea manakala Hun mengangguk. Wajah Zea yang kosong tanpa makeup direnung lama oleh Hun
"Rindunya nak tengok muka isteri abang ni nanti" luah Hun sendiri sambil mengusap perut Zea
"Kalau rindu nanti saya send gambar saya tiap 1 jam dekat Whatsapp abang kalau abang dah pergi sana" balas Zea tenang sambil matanya masih tertutup rapat.
Hun tersenyum kecil mendengar jawapan Zea. Sejuk pula hati dengar jawapan Zea tadi
"Janji ke?"
"Tak" balas Zea hingga senyuman Hun mati.
"Apa ni tadi kata nak bagi, pasti tak pula"
"Pembetulan, saya bagi 1 gambar untuk satu hari" balas Zea yang sudah bangun
"Sayang ni.." merajuk Hun sambil memerhati gerak-geri Zea mencari kain mandi
"Jom mandi sekali" ajak Zea hingga Hun terlopong mulut. Dengan laju Hun bangun dari katil dan masuk ke dalam tandas terlebih dahulu daripada Zea
"Laju aja kalau mandi sama-sama" sakat Zea manakala Hun di depan tandas tersenyum makna.
"Terkejut abang bila sayang first time tawar diri nak mandi sama-sama. Jadi abang kena laju secepat mungkin, inilah peluang keemasan yang ada untuk abang. Akhirnya Tuhan dengar doa abang" balas Hun sambil tersenyum nakal
"Eyy abang ni!" Hun ketawa terkekek kekek melihat muka Zea merah
"Hahaha gurau je sayang, dah dah jom mandi nanti masa cepat berlalu pula" balas Hun sebelum dia tarik tangan Zea perlahan.
Setelah selesai membersihkan diri, Zea dan Hun turun ke ruang makan. Beg pakaian pula Hun sudah siap sedia letak di depan pintu rumah untuk memudahkan kerjanya dengan pantas.
Beberapa menu sarapan pagi sudah terhidang di atas meja oleh Bik July manakala Bik Janita pula sibuk mengemas rumah
"Awal bangun harini Cik Zea" tegur Bik July sambil tersenyum sindir. Padahal Zea asalnya selalu bangun lambat tak kira ada Hun atau tidak.
"Bik July ni tak baiklah perli Zea macam tu.." balas Zea sambil memuncung mulut manakala Hun disebelah pantas menarik muncungnya.
"Abang ni kan! Ambik kesempatan lah" tak cukup di usik oleh Bik July, Hun pula yang turut menyakat dia.
"Tinggalkan kami berdua Bik July" arah Hun sebelum Bik July tunduk hormat dan pergi daripada situ meninggalkan Hun dan Zea di ruang makan itu
"Suap abang" minta Hun selamba lalu dia letak sudu di tangan Zea
"Mengada" balas Zea tersenyum kecil sambil menyuap Hun suapan demi suapan hinggalah pinggannya licin
"Sini abang suap sayang pula" tawar Hun hingga kolam mata Zea bertakung. Tiba-tiba saat dia suap Zea untuk kali ke 4, airmata Zea tumpah mengalir ke pipi tanpa dia sendiri sedar
"Sayang kenapa nangis ni?"
"Ah? Mana ada saya nangis" balas Zea lalu dia kesat airmatanya pantas.
"Sayang.."
"Sorry..saya cuma takut. Saya taknak abang pergi outstation tu"
"Saya taknak berjauhan dengan abang, takboleh ke kalau abang buat-buat lupa je biar penerbangan tu terlepas" sambung Zea hingga Hun berubah serba salah
"Sayang jangan macam ni sayang, susahlah hati abang kalau sayang nangis. Abang kena pergi juga sayang, sayang tunggu abang ye?" Balas Hun sambil menyeka airmata Zea yang kian lebat mengalir didepannya.
"Taknak! janganlah, duduklah dengan saya tolonglah abang.." rayu Zea sambil mengenggam tangan Hun dengan kuat
Hun terbungkam, kepala Zea disandarkan di dadanya sebelum dia belai belakang kepala Zea dengan lembut
"Abang minta maaf sayang"
"Abang minta maaf sebab selalu jarang luangkan masa waktu sayang mengandung, abang sibuk kerja tapi abang takboleh nak tundakan dah kali ni"
"Abang serba salah tinggalkan sayang waktu nak dekat-dekat bersalin ni, abang minta maaf sangat-sangat.. patutnya abang kena ada untuk sayang, abang bersalah sangat-sangat sampai abang berat hati nak gerak kerja"
"Walaupun jauh, abang akan perhatikan sayang dari jauh. Abang janji takpandang perempuan lain, abang janji akan ada teman sayang bersalin"
"Tapi sayang kena ikhlaskan abang pergi sayang, doakan abang dapat settlekan semua urusan kerja tu secepat mungkin"
"Abang pun nak sangat berkepit dengan sayang selalu"
"Nak cium nak peluk nak raba sayang senyap-senyap waktu sayang tidur"
"Abang minta maaf sangat-sangat, abang sayangkan Zea sangat-sangat" Luah Hun lalu airmata jantannya tumpah dalam diam sebelum dia kucup dahi Zea dengan lama
Lama Zea menyandar di dadanya, akhirnya Zea sendiri minta makan lagi.
Jam di dinding pula sudah menuju 6.45 pagi. Daritadi Zea asyik usha jam di dinding itu berkali kali.
Setelah selesai makan, Beg bagasi pakaian dimasukkan ke dalam bonet kereta terlebih dahulu lalu dia sambung meluangkan masa dengan Zea hinggalah jam 7.56 pagi.
Sepanjang mereka berdua meluangkan masa bersama, Hun asyik meminta yang bukan-bukan sampaikan Zea bosan dibuatnya.
Zea menghantar Hun di depan rumah, Bik July, Bik Janita dan Fredy juga turut ada di situ. Fredy akan menghantar Hun hingga ke airport manakala kereta itu akan dibawa pulang ke rumah Hun semula oleh Fredy pula.
"Hun dah ke belum dah jam 8.03 minit dah ni" tegur Fredy, punya lama Zea dan Hun ucap selamat tinggal di tepi.
"Jap"
"Abang kena pergi dah ni sayang"
"Jaga diri jaga baby" pesan Hun hingga Zea didepan bertakung airmata, tangan Hun pula langsung tidak dilepaskan
Tangan kiri Hun turun mengusap perut Zea yang menonjol
"Jaga mamah untuk babah ye sayang, jangan bagi mamah stress. Nak tendang pun, tendang slow slow kesian mamah sakit nanti. Nanti tiada yang nak urut mamah kalau mamah sakit tau"
"Babah pergi dulu sayang"
"Abang pergi dulu ye sayang" kata Hun sambil merenung ke mata Zea namun Zea mengeleng tak mahu.
"tunggu abang ye?" Balas Hun sebelum dia berkeras lepaskan tangannya dari Zea. Masuk saja di perut kereta, Zea masih merenung Hun dari luar.
Sempat gadis itu melambai tangan sebelum kereta yang dipandu Fredy keluar dari halaman rumah itu
"Puan Zea jom masuk" kata Bik Janita lembut sambil memimpin Zea masuk ke rumah semula
Share this novel