"ibu ke yang wakilkan untuk buat dokumen anak Hun?" Tanya Hun di telefon
'haah ye kenapa, Zea masih dalam pantang tu takkan nak suruh dia pula yang pergi daftarkan'
'dah lama dah pun, ibu yang daftarkan. Hun je baru tanya harini. Kenapa'
"Ibu kenapa tak bagitau Hun je? Hun boleh buatkanlah" balas Hun sambil mengeluh dalam telefon, Zea nak berahsia pun sampai tak bagi Hun tolong daftarkan dokumen anaknya sendiri
'kamu tu masih dalam denda, ibu tak nak mungkir janji dengan Zea'
"Ibu takkanlah ibu pun nak sokong Zea? Hun nak taulah bu apa nama anak Hun" balas Hun sambil menghentak kaki walaupun ibunya tak nampak.
'ahh takde takde, ikut denda Zea tu jangan nak melawan' balas ibu sebelum ibu selamba meletak telefon hingga Hun bercakap sendiri tanpa dia sendiri sedar
"Hun!! Ambilkan saya air putih" jerit Zea dari bilik hingga boleh di dengari oleh Hun yang berada di ruang tamu itu.
"Ye kejap sayang!" Balas Hun semula lalu dia bergegas mengambil air putih ikut dengan kehendak Zea.
Sejak balik dari hospital 3 minggu yang lalu, Zea tidak banyak bercakap malah dia sering menyuruh nyuruh Hun walaupun sebenarnya dia boleh minta tolong dengan Bik July dan Janita.
Saat Hun nak turun kerja seperti biasa pula, Zea sengaja menyuruh Hun beli sesuatu untuknya agar Hun tidak dapat ke kerja. Tapi bila Hun nak sentuh anaknya sendiri, Zea tak bagi langsung. Nama anaknya sendiri pun dia masih tak tau.
Hun naik ke bilik semula, gelas yang berisi air putih itu di letak di atas meja bersebelahan dengan katil Zea
"Sayang kenapa ni?" Soal Hun apabila Zea lama merenungnya. Fon Hun di lempar ke atas katil berhadapan dengan Hun. Gambar Hun dengan seorang wanita di buka oleh Zea tadi
"Sapa perempuan tu?" Soal Zea dengan nada perlahan supaya anaknya yang tidur tidak terjaga
"Sayang, sayang tak kenal ke dia siapa?"
"Hun awak ingat saya benarkan awak ke outstation tu untuk perempuan ni ke Hun?"
"Sayan--"
"Awak ingat saya akan suka ke tengok gambar awak dengan perempuan tu?" Kata Zea sambil tersenyum bengang
"Sayang, perempuan tu kawan sayang lah"
"Jadi kalau itu kawan saya, awak boleh bergambar dengan perempuan tulah? Siap rapat-rapat lagi. Bukan 1 gambar yang saya nampak tu, ada 3 gambar di tempat yang berlainan"
"Sempat lagikan awak ni? Time saya mengandung dekat sini rindukan awak hampir tiap hari lepastu awak dekat sana boleh bergambar dengan perempuan lain"
"Saya ni apa Hun?"
"Tunggul ke kena tunggu awak sampai 2 bulan"
"Bukannya abang jumpa perempuan tu selalu pun sayang, abang selalu terserempak dengan dia sebabtu abang ajak dia gambar sebab nak tunjuk dengan sayang yang abang terserempak dengan kawan sayang"
"Takkan sayang dah lupa dia siapa?"
"Kawan atau tidak, awak tak patut bergambar dengan perempuan lain selain saya!"
"Sayang"
"Diamlah aku taknak dengar apa-apa"
"Sayang takkan tak percaya abang pula sekarang"
"Kau tak suka aku kan?"
"Ya Tuhan sayang, cakap apa ni sayang. Takkan abang tak suka sayang pula, mestilah abang suka"
"Kau cinta aku atau tidak Hun?" Tegas Zea lagi sekali hingga Hun tersentak.
"kau selalu sangat beri perhatian dengan kerja kerja kau berbanding aku yang lebih memerlukan, itu ke yang buat kau bahagia? Harta dan kemewahan? Perempuan? Atau kawan aku sendiri" kata Zea sindir
"Ya tuhan, Sayang ingat abang ni pergi sana untuk berfoya foya ke?" Balas Hun seolah tak percaya dengan sangkaan Zea kepadanya.Â
"So kalau bukan berfoya, sebab apa lagi?"
"I just need love, why do you find it difficult to give me enough love, have you ever thought of my longing for you when you are busy with your affairs"
"Sayang cakap apa ni? Ofcourse i love you so much Zea. Kenapa kau ragu dengan cinta aku" balas Hun hingga panggilannya dengan Zea bertukar kasar.
"Kalau betullah aku ni takcintakan kau, aku takkan berusaha cari kau sampai aku sendiri tak jumpa di mana penghujung dunia yang sebenar Zea"
"Kalau aku tak fikir nak mewahkan kau dan anak kita macam orang lain, aku takkan kerja keras sampai macam ni sekali Zea. I do all this because I love our little family and the little ones who will grow up later"
"Tolonglah sayang jangan fikir bukan bukan"
"I will do whatever you ask, but please give me time to fulfill your request. Please sayang.." kata Hun sambil mengenggam tangan Zea namun Zea pantas menarik tangannya daripada Hun.
"Saya tak suka awak bergambar dekat atau berkawan dengan perempuan. Kenapa awak susah sangat nak fahami saya"
"Saya perempuan Hun, hati saya lembut. Cepat terasa, cemburu dan ambik hati dengan apa yang awak buat terhadap saya"
"Walaupun orang tu kawan saya sekalipun, saya tetap cemburu. Sebab kawan saya pun perempuan, sama macam saya. Cepat terasa bila awak selalu ajak dia bergambar, dia akan sangka yang awak tu ada hati dengan dia sebab dia perempuan sama macam saya"
"Itu pun awak tak boleh nak fikir ke?"
"Awak bawa saya ke rumah awak waktu saya tak suka dan tak cintakan awak, then saya terjatuh hati sebab awak layan saya baik-baik dan personaliti diri awak"
"Dahlah hensem, baik, tinggi, kaya pula tu. Itulah yang saya fikir, perempuan lain pun fikir benda yang sama macam apa yang saya fikir"
"Sayang okaylah abang minta maaf"
"Dahlah jangan cakap dengan saya lagi" balas Zea sambil menepuk nepuk punggung anaknya yang terjaga kerana suaranya tadi
"Zea abang minta maaflah, abang tak sengaja. Lepasni abang tak buat dah" kata Hun sambil mengenggam tangan Zea namun Zea mengelak
"Tinggalkan saya sendiri dengan anak saya" balas Zea sebelum dia baringkan tubuhnya sambil mengusap anaknya di sebelah
Hun mengeluh kecil, gambar dia dan kawan Zea serta merta di padam sebelum dia selamba melempar telefonnya di lantai hingga pecah berkecai. Zea yang pura-pura tidur itu terus terhinjut bahu kerana terkejut
"Suka hati kaulah nak percaya ke tak"
"Jujur salah, tak jujur salah"
"Macam sial" carut Hun lalu dia keluar daripada bilik itu manakala Zea terkilan dengan tindakan Hun.
Airmata yang mula jatuh, dikesat laju oleh Zea sambil anak kecilnya mengenggam jari manis Zea hingga membuatkan Zea tersenyum semula.
"Pujuk mamah ye" kata Zea perlahan sambil mencium tangan kecil anaknya itu lalu dihidunya lama. Salah satu kelemahan Zea, ketika marah pasti dia akan terpujuk selepas terhidu bau badan anaknya sendiri
"Babah jahatkan sayang?"
"Suka buat mamah kecewa" kata Zea sendiri
"Anak mamah jangan buat macam tu ye dengan perempuan lain kalau dah besar nanti. Jangan jadi macam babah" pesan Zea di telinga anaknya perlahan manakala anaknya mengeliat kecil mendengar suara Zea di telinga
Dompet dan kunci motor di ambil di rak tempat Hun menyimpan barang-barangnya. Bik July dan Bik Janita saling berpandangan apabila wajah Hun merah seakan marah
"Tuan Hun nak pergi mana?"
"keluar minum jap, jaga Zea" balas Hun ringkas dan pantas sebelum dia keluar daripada rumah itu dan menutup pintu rumah hingga menghasilkan bunyi yang kuat
"Tuan Hun bergaduh dengan Zea lagi rasanya" teka Bik July manakala Janita mengangguk angguk kepala
"Puan Zea pun ego, apa taknya Tuan Hun marah macam ni" balas bagi pendapat Janita tentang Zea
"Puan Zea tak salah pun, cuma dua-dua mereka tak saling memahami. Puan Zea pun perempuan sama macam kita. Mustahillah dia marah tanpa sebab" balas July pula bagi pendapatnya tentang Zea
"Hmm entah, yang penting sekarang sapa nak jagakan Zea ni?"
"Biar aku jaga, kau kemas dapur. Dah pergi pergi" halau July hingga Janita membesar mata melihat orang tua itu hinggalah Bik July sampai di tingkat atas
Sampai saja di bilik Zea, pintu diketuk terlebih dahulu sebelum dia masuk. Zea duduk separa di atas katil apabila Bik July masuk.
"Puan Zea okay?"
"Okay je kenapa?"
"Takde apalah, Tuan Hun keluar minum tadi" balas Bik July mahu tak mahu. Kalau dia tipu pula nanti Zea akan tau juga, Hun pergi ke mana
Dengar saja jawapan Bik July terus Zea mengeluh kecil sebelum dia capai telefon canggihnya.
Nombor Hun ditelefon lama ditekan kerana telefon Hun yang baru tadi sudah rosak mungkin Hun guna telefon lamanya semula. berkali kali Zea telefon namun Hun tidak angkat satupun panggilannya
"Tuan Hun matikan telefon rasanya" balas Bik July sambil tersenyum kelat melihat Zea tak putus asa menelefon Hun.
"Haish tak guna betul" carut Zea benggang
"Puan Zea janganlah menghukum Tuan Hun macam tu sekali" tegur Bik July manakala Zea merenung tajam ke arah Bik July
"Bik ni bukannya nak masuk campur tapi kamu dua tu masih muda. Kalau keduanya saling tak memahami macam mana hubungan nak bertambah baik, waktu-waktu macam ni ramai tau orang luar sana nak rosakkan lagi keadaan rumahtangga. Seeloknya Puan Zea pun kena bertimbang rasa dengan Tuan Hun"
"Bukan Puan Zea je, Tuan Hun pun kena macam tu juga" pesan Bik July lembut
"Macam mana Zea tak marah Bik July, Tuan Hun pergi outstation sempat pula dia bergambar rapat-rapat dengan kawan Zea sendiri. Malah bukan satu gmbr, 3 gmbr di tempat yang berbeza"
"Sakit tau tak hati Zea ni bila Hun tu buat Zea macam ni sedangkan Zea kat sini rindukan dia sangat-sangat dalam keadaan Zea mengandungkan anak dia" luah Zea lalu airmatanya mengalir jatuh
"Ye Bik July faham, Bik July memang takde kat tempat Zea dan Bik July tak faham apa yang dah jadi. Tapi sekurangnya dengar dulu penjelasan Tuan Hun kalau dia ada benda nak jelaskan" tegur Bik July manakala Zea kelihatan seperti mengeluh dalam diam.
"Zea tak taulah kenapa dengan Zea. Kadangkala Zea tak faham, Zea yang takfaham Hun ke atau Hun yang takfaham Zea"
"Zea cuma cemburu..tu je" sambung Zea lagi sambil tersenyum nipis memandang anaknya di sebelah. Dia yang bersarung itu menangis teresak kecil di depan Bik July tanpa rasa malu.
[]
Hun tersenyum sengit sewaktu dia membuka telefon lamanya banyak notification yang masuk terutamanya panggilan terlepas daripada Zea.
'tau pula nak mencari aku' getus Hun nakal sebelum dia telefon semula nombor Zea namun Zea pula tidak angkat setelah itu Hun cuba mendail nombor Sadly pula
"Woi Sadly, kau free tak?"
'ah? Ada kerja sikit ni. Dalam 3 minit nak settle dah' balas Sadly di telefon
"Habis kerja kau datang tempat biasa, teman aku minum" ajak Hun sambil menghidupkan pemetik api di hujung rokoknya hingga menyala merah
'kau minum lagi ke ni? Pahal ni weh takkan tak ngam dengan Zea lagi kot'
"Ala takyahlah fikir pasal Zea tu. Aku nak enjoy sikit kat luar ni, orang kat rumah tu buat aku pening je malas aku nak balik" balas Hun lalu dia letak rokok di tepi bibirnya
'haish kau ni buat hal lah, nanti mabuk tak pasal-pasal aku kena tebalkan muka untuk minta tolong dengan kawan sekerja aku'
"Jangan risaulah, harini aku tak minum banyak pun. Sikit je. Aku janji" balas Hun sambil mengangkat tangan sumpah
'hak alah kau ni mana boleh percaya, haritu pun kata nak minum sikit last-last sampai mabuk'
"Itu kan hal lepas, sekarang hal lain pula. Dah la cepat sikit datang"
'haih yela yela kejap lagi aku datang'
[]
Jam dinding di pandang lagi sekali, sudah jam 11 malam Hun masih tak pulang pulang. Biasanya kalau mabuk pun dia takkan pulang selewat itu
Masa di ke tandas tadi, tak perasan pula yang Hun ada telefon sampaikan bila Zea nak telefon balik. Hun sudah mematikan telefonnya, macam sengaja nak sakitkan hati Zea.
Anaknya pula dijaga oleh Bik July sekarang. Bik July sendiri yang tawar diri nak jagakan sementara untuk memberi ruang kepada Hun dan Zea berbincang nanti
"Ah ye Sadly, mesti Hun dengan dia sekarang" ingat Zea tiba-tiba, nombor telefon Ellyna didail. Disebabkan telefonnya terpadam nombor Sadly, terpaksalah dia telefon di Ellyna pula
'hello kak Zea?'
"Ell, Sadly ada kat rumah tak sekarang?"
'ada je kak, kenapa?'
"Cuba tanya dia, ada tak Hun dengan dia tadi"
'jap eh kak' balas Ellyna lalu dia bertanya kepada Sadly sebentar
'sadly cakap ada, dia teman Hun minum dari petang sampai jam 9 malam tadi'
"Lah yeke? Tapi abang Hun tak balik lagi ni Ell. Risau akak" balas Zea gelisah, ke mana pula Hun pergi sampai tak balik balik jam 11 malam ini
'abang Hun tak balik? Seriuslah kak. Tadi Sadly kata, yang Hun tak mabuk pun. Dia okay je masa Sadly ikut motor dia waktu balik tadi. Hun dah sampai depan rumah dah pun masa tu' balas Ellyna hingga Zea tergamam
"Okaylah Ell, akak tutup dulu"
'okay, apa-apa hal call Ell nanti Ell tolong' balas Ellyna manakala Zea selamba meletak telefon sebelum dia bangun dengan memakai singlet hitam dan sarung sahaja.
Zea keluar ke pagar halaman rumah, matanya membesar melihat Hun duduk di tepi jalan rumah bersama botol arak di tangan
"Laki tak guna, boleh pula kau sambung minum kat sini" carut Zea lalu dia rampas botol di tangan Hun sebelum di lempar ke longkang depan rumahnya sendiri
Hun mengangkat kepala, nampak saja Zea di depan terus dia tersenyum lebar sebelum dia bangun berdiri di depan Zea
"Sayang, dah lama abang tunggu sayang buka pintu ni" kata Hun sambil ketawa nakal manakala Zea mengeleng kepala melihat gelagat suaminya itu
"Dah jom masuk" ajak Zea sambil menarik tangan Hun namun Hun tiba-tiba datang memeluk pinggangnya sambil menghisap batang lehernya yang terdedah itu
"Hun! Mabuk mabuk pun sempat nak menggatal!" Jerit Zea tinggi sambil mendorong Hun hingga kedua mereka masuk dalam keadaan bibir Hun masih melekat di lehernya.
Zea menolak kepala Hun lembut, Pagar rumah di tutup terlebih dahulu manakala Hun menunggu Zea siap menutup barulah dia sambung semula
"Sayang, abang nak sayang" kata Hun sambil mencium tangan Zea kali kali lalu bibirnya naik mencium leher Zea semula
"Hun saya masih dalam pantang, jangan nak buat alasan!" Jerit Zea hingga nafasnya turun naik menolak mulut Hun dari lehernya namun Hun makin kuat menahan tangan Zea daripada menganggunya.
"Abang.." panggil Zea menderet deret manakala Hun lepaskan Zea, mata Zea dipandangnya redup sambil Zea memegang kedua pipi Hun
"Ye sayang..?"
"Nanti saya bagi ye? Sekarang takboleh tau. Saya masih dalam pantang, abang faham kan..?"
"Tak sayang, abang tak faham" balas Hun selamba hingga Zea mendengus geram
"Nanti lepas saya pantang ye, abang boleh tunggu kan? Taknak tunggu takpe. Jangan tanya kalau abang tak dapat apa-apa nanti" pujuk Zea sambil mencium kedua pipi Hun manakala Hun mengangguk lemah
"Ye sayang abang tunggu"
"Sayang masuk jom sayang"
"Abang nak peluk" minta Hun dalam keadaan mabuk teruk
"Takboleh abang, tunggu lepas saya habis pantang"
"Sebab ni lah saya tak suka abang mabuk tau, miang abang mula datang menyerang"
"mana ada abang yang miang, sayang yang ngoda abang" balas Hun manakala Zea membesar mata apabila dia pula dipersalahkan
"Peluk je sayang, tak buat apa pun"
"Tetap tak boleh, saya tak percaya"
"Sayangggggg...."
"Takboleh......" Balas Zea tegas manakala Hun mengangguk kepala tanda dia mengalah dengan Zea.
"Okay okay lepas pantang"
Share this novel