"sayang, wallet abang tertinggal kat rumah lah" kata Hun sambil tersenyum kelat manakala Zea terlopong mulut
"Abanggg.."
"Kenapa boleh tertinggal pula.." kata Zea menderet deret, sudahlah mereka dah sampai pantai.
Tadi Hun kata nak bawa dia makan-makan di medan selera pantai itu tapi sekarang wallet pun tak bawa macam mana nak makan.
Tambahan lagi pantai dan rumah mereka sudah terlalu jauh daripada sini. Kad bank pun di wallet juga sekarang
"Macam mana ni sayang?" Tanya Hun binggung namun Zea kelihatan seperti mengeluh sambil melabuhkan punggungnya di batu pantai.
"Nak buat macam mana lagi, dari rumah ke sini pun makan masa 2 jam takkan abang nak patah balik ambik wallet lepastu dah senja baru kita dapat beli makanan kat situ" balas Zea manakala Hun sibuk mencari idea
Di kawasan pantai itu pula tiada orang yang Hun kenal. Kalau ada sekurang dia boleh minta pinjam sedikit untuk makan Zea saja.
"Haih terpaksalah saya tengok je orang makan" kata Zea dalam keadaan mengidam. Masa dalam perjalanan dia ingat nak beli sotong gunting, takoyaki, kerang bakar, dan tomyam campur.
"Ahh kempunanlah saya macam ni" rungut Zea sambil memegang perut bulatnya
"Jap abang cuba cari duit"
"Dekat mana abang nak cari? Rompak kedai warung tu ke?"
"Ish abang bukannya teruk mana pun. Mana tau ada orang yang abang kenal, mintalah pinjam dulu nanti abang bayar lebih lepas dah balik" balas Hun bijak manakala Zea sekadar angguk malas
Hampir 15 minit Hun pusing-pusing mencari seseorang yang dia kenal tapi langsung tiada yang dia kenal. Kerana itu Hun ambil keputusan kembali dekati Zea di tempat yang sama Zea duduk tadi
"Kenapa tak jumpa ke?" Soal Zea manakala hujung bibirnya senget ke atas seperti mahu memerli
"Haah tak jumpa"
"Macam mana ni sayang" tanya Hun sebelum dia duduk di sebelah Zea atas batu yang sama
"Bergambar dulu jom, sebelum kita balik" ajak Zea sambil tersenyum manis hingga Hun kelihatan lega apabila Zea tak marah
"Sayang tak marah abang ke?" Soal Hun lalu Zea mengeleng kepala tanda dia tidak marah
"Buat apa nak marah, benda dah jadi kan" balas Zea sebelum dia bangun sambil mengeluarkan telefon canggih daripada beg silangnya
Kamera depan dihalakan dengan mereka berdua
"Abang rendahkan badan abang jap, nanti saya nampak pendek kalau abang macam tu" kata Zea sebelum dia menekan butang photo.
Sempat Hun tersenyum sindir
"Sapa suruh pendek sangat"
"Abanglah sapa suruh makan tiang banyak sangat" perli Zea semula sebelum dia tersenyum manis di depan kamera begitu juga Hun lalu dia ambil gambar seberapa yang banyak.
"Dah"
"Jom balik"
"Sayang sorry tau, abang janji esok kita pergi lagi" kata Hun lembut seperti mahu memujuk. Walaupun Zea nampak tak marah, mustahil Zea tak kecil hati dengannya.
"Abang tak siap-siap ke esok? Lagi 2 hari abang nak outstation dah kan" kata Zea namun Hun mengeleng
"Lama lagi 2 hari tu, malam sebelum gerak baru abang kemas" balas Hun sambil menunjukkan baris giginya yang putih di depan Zea
"Buat apa nak siap awal-awal, kalau boleh lambat-laun kan. Janji selamat sampai" sambung Hun lagi.
Tipulah kalau Hun semangat siapkan beg bagasi awal-awal, biasanya nak bercuti atau pergi mana-mana jauh daripada rumah mesti Hun orang yang paling lewat bersiap.
"Takpela nanti saya kemaskan beg abang ye" pelawa Zea manakala Hun buat terkejut
"Sayang tak demam ke ni? Tiba-tiba je baik" balas Hun sambil tangannya memegang dahi dan leher Zea. Kot kot panas ke
Zea merenung Hun tajam
"Jadi selama ni saya jahat ke?" Tanya Zea manakala Hun tersenyum kecil di depan
"Adalah jahat sikit" balas Hun tanpa takut, Zea pula membesar mata mendengar respon daripada Hun.
"Eyy sampai hati cakap saya jahat depan-depan kan?"
"Ah ahaha, abang gurau je sayang"
"Dah jom balik" ajak Hun sebelum dia pimpin Zea hinggalah Zea masuk ke dalam kereta semula
Baru saja kereta Hun mahu keluar daripada pagar utama kawasan itu, tiba-tiba Hun buat pusingan U dengan mengejut hingga Zea di sebelah membesar mata melihat muka Hun bengis semacam
"Abang kenapa ni?" Tanya Zea namun Hun diam, kereta Hun terus mengejar kereta yang berwarna putih di depan.
Dengan cepat Zea memakai tali keledar, bimbang kalau apa apa jadi. Hun bawa kereta pun dah lain macam lajunya
"Hun awak kejar sapa ni! Jangan bawa laju sangat boleh tak!" Jerit Zea tinggi hingga dia mahu mual dibuatnya
Dengan kuat kereta Hun melanggar bonet belakang kereta yang berwarna putih itu. Hun bergegas keluar daripada keretanya, tak lama itu pemilik kereta itu juga keluar daripada keretanya sendiri
"Aik Edwark?" Gumam Zea pelik, pemilik kereta itu ialah Edwark tapi kenapa Hun sengaja langgar kereta Edwark hingga kemek begitu
"Woi Hun kau ni pahal tiba-tiba je"
"Aku tengah dalam susah ni Ed, tolong aku" kata Hun kelam kabut seketika itu Zea berkerut dahi memandang Hun di luar. Apa yang Hun borakkan pun dia tak dengar.
Rania di dalam kereta pula kelihatan sedang mencuri curi pandang Zea di kereta. Jelas muka Rania terkejut melihat orang yang melanggar kereta Edwark tadi ialah Hun sendiri kawan baik suaminya.
Rania keluar daripada kereta lalu dia dekati Zea, Zea pula siap sedia menurunkan cermin tingkap.
"Tolong apa? Asal ada orang pelik kacau kau dengan Zea lagi ke?" Risau Edwark sambil memandang ke kiri dan kanan namun tiada yang mencurigai dia
"Tak bukan tu"
"Aku nak pinjam duit kau sikit" balas Hun hingga wajah Edwark berubah, taklama itu Edwark tampar lengan Hun
"Nak pinjam duit aku pun, masih sempat nak langgar kereta aku. Macam ni ke kau nak pinjam duit" balas Edwark sambil mengeleng kepala
"Dah tu kau taknak berhenti kereta, tu yang aku terpaksa langgar"
"Aku terlupa nak bawa pun wallet ni, aku janji dengan Zea nak bawa dia makan dekat medan selera pantai tu. Aku takut Zea kempunan"
"Bagi ah duit kau sikit" minta Hun kasar hingga Edwark memandang Hun dari atas ke bawah semula
"Kau ni tak berubah lagi kan, nak minta pinjam pun macam aku pula yang nak meminjam" bebel Edwark sambil mengeluarkan dompet dari poket seluarnya.
"Aku mana pernah pinjam duit orang, takkan aku nak minta manja manja dengan kau pula" balas Hun hingga Edwark menjelingnya tajam
"Yelah sorry ah nanti aku bank in duit ganti rugi dekat akaun bank kau"
"Nah Rm100" kepingan duit 100 ringit dihulurkan kepada Hun
"100 je ke? Bagilah rm500" minta Hun tanpa malu
"500 kau nak beli apa bongok. Kau fikir medan selera tu macam dekat mall yang mahal-mahal kau pergi tu ke? Dekat mall pisang goreng rm10 ringit untuk 5 pisang goreng je kau boleh dapat"
"Kat sini lain rm10 kau boleh dapat 20 pisang goreng tau" kata Edwark manakala Hun buat muka terkejut
"Yeke? Takkan sampai 20 boleh dapat" balas Hun takpercaya hingga Edwark didepan mengeleng kepala melihat gelagatnya.
"Tulah"
"Lain kali belajar sikit hidup dengan duit sikit"
"Kau ingat aku kaya macam kau ke sampai rm500 guna untuk makan je. 500 tu aku boleh beli barang motor dah tau" bebel Edwark panjang lebar sambil menghulurkan 100 lagi ke tangan Hun
"Rm200 cukuplah tu untuk bagi Zea makan makanan yang dia mengidam" kata Edwark tanpa diberitahu oleh Hun terlebih dahulu.
"Mana kau tau Zea mengidam?"
"Taulah isteri aku pun pernah macam tu, lagi-lagi time Zea mengandung sekarang mesti macam-macam benda dia teringin nak makan" balas Edwark manakala Hun mengangguk angguk
"Thanks weh"
"Nah tolong taip nombor akaun bank kau. Aku nak masukkan duit ganti rugi kereta dengan duit yang aku pinjam ni"
"Aku bayar lebih, kau jangan risaulah" balas Hun sambil menepuk bahu Edwark berkali kali manakala Edwark mengeleng kepala melihat Hun
"Zea buat apa kat sini?"
"Taktau, tadi nak balik dah tiba-tiba Hun kejar kereta Edwark"
"Mungkin Hun nak pinjam duit kot" sambung Zea lagi sambil tersenyum segan di depan Rania namun Rania membalas dengan senyuman manis
"Mesti Zea mengidam nak makan dekat medan selera tu kan? Rania dengar makanan kat sana sedap-sedap" kata Rania manakala Zea mengangguk perlahan lahan
"Rania pun macam tu juga dulu, masa Rania mengandung. Rania selalu pergi medan selera tu sebab mengidam"
"Rania selalu makan apa kat sana? Kalau ada makanan sedap-sedap bagitaulah Zea. Zea nak rasa" balas Zea
"Paling sedap kerang bakar cicah sambal kicap"
"Ah yang tu pun Zea paling suka. Ingat nak makan tu tadi tiba-tiba Hun tak bawa wallet pula" balas Zea sambil memonyok hingga membuatkan Rania tersenyum kecil melihat reaksi comel dari Zea.
"Zea jangan lupa makan ketam masak lemak cili api nanti. Rania bagi 100/10 untuk tu. Sebab memang sedap giler tau sampai nak tambah lagi nanti" kata Rania hingga Zea di depan makin teringin nak makan
"Berapa harga dia?"
"Dekat medan selera tu murah je sbb tu Rania suka pergi. Satu ketam besar masak cili api tu cuma RM59 dengan tambahan air free, ikan siakap tiga rasa sekali. Berbaloi gila kalau Zea beli set tu" tawar Rania manakala Zea tersenyum lebar
"Teringinnya.."
"Maklumlah Rania ni suka dengan benda promosi dengan murah jadi Rania taknak tau sorang diri. Nanti kalau Rania tau apa apa lagi, Rania inform dengan Zea"
"Thanks Rania jangan lupa inform tau.."
"Rania jom nak gerak dah ni" panggil Edwark sambil tersenyum manis kepada Zea di dalam kereta. Taklama itu Hun pula yang kembali masuk ke dalam kereta
"Hun awak ni buat malu saya je kan? Kenapa sampai nak langgar kereta Edwark tu"
"Sayang, abang buat ni demi sayang okay. Malu tak malu sayang kena tebalkan muka juga" tegas Hun hingga merajuk Zea disebelah
"Orang tanya baik-baik kan, itupun nak marah" balas Zea perlahan sambil menyilangkan tangan di tepi
"Tak marah lah sayang, abang cuma nak sayang makan apa yang sayang nak"
"Abang dah janji kan? Jadi tak kisahlah dari mana duit ni, janji sayang dapat lepaskan ngidam sayang"
"Rasa bersalah lah abang kalau isteri sendiri nak makan tu tapi abang tak dapat nak tunaikan" sambung Hun lagi sambil mengenggam tangan Zea erat
Perlahan lahan Zea memandang Hun namun mulutnya masih memuncung ke depan
"Maafkan abang ye? Erm?" Kata Hun lalu dia cium tangan Zea
"Yela yela, abang ni suka buat Zea terpujuk kejap je kan" balas Zea sebelum dia cium bibir Hun mengejut lalu dia pandang ke depan semula
"Abang kan hensem tu yang sayang cepat terpujuk" balas Hun berlagak lalu dia pandu ke pantai semula.
Share this novel