II 13 BIR

Romance Completed 33106

"sayang takkan marah abang lagi kot" kata Hun dengan nada memujuk, dari bangun pagi tadi Zea langsung tak bercakap dengannya. Hun dah macam bercakap sendiri dengan dinding rumah

"Sayang" kata Hun lagi namun Zea buat tak endah, selesai saja memakai pakaian terus Zea keluar dari bilik tanpa pedulikan Hun di bilik itu.

"Sayang kejaplah sayang" Hun mengejar Zea yang sudah di depan. Satu senyuman dari Zea pun Hun takdapat tengok, nak bercakap dengan dia lagilah tiada.

'haih macam mana aku nak pergi outstation kalau macam ni' getus Hun sebelum dia mengeluh kecil, takkan nak batalkan projek begitu saja kot.

Semua peserta dah bayar beratus ribu duit untuk projek itu. Kalau di batalkan mesti akan menimbulkan rasa marah dan tak puas hati.

Bik July dan Janita saling berpandangan apabila Zea buat-buat tak tau bila Hun panggil. Zea tak pernah merajuk begitu sekali, sekurangnya dia akan bergurau senda dengan Hun walaupun tengah merajuk

Bik July mendekati Hun yang masih berdiri susah hati di anak tangga terakhir. Manakala Janita sibuk menghidangkan makanan untuk Zea sarapan, mata Janita pula tak henti mencuri-curi memandang July dan Hun.

"Tuan Hun, kenapa dengan Zea tu? Tegang je muka" kata Bik July dengan nada berbisik.

"Zea merajuk" balas Hun lalu dia mengeluh lagi sekali.

"Kenapa Zea merajuk pula? Mesti ada sebab kan?" Kata Bik July manakala Hun tersenyum kelat. Kalau dia bagitau Bik July pun mesti Bik July marahkan dia.

"Sebenarnya minggu depan saya ada outstation ke Indonesia"

"Lama ke?" Tanya Bik July lagi

"2 bulan Bik July, lama ke 2 bulan tu?" Tanya Hun kepada Bik July manakala tangan Bik July laju menampar lengan Hun

"2 bulan tu lama lah! Patutlah Cik Zea merajuk. Hmm dah la Bik July pun nak merajuk macam ni" balas Bik July sedikit tinggi. 2 bulan lama tu, sampaikan Zea dah bersalin nanti

"Ala Bik July ni, kalau Bik July pun merajuk. Sapa nak tolong pujukkan Zea untuk Hun?"

"Bik July pujuklah Zea. Hun tak tau macam mana nak pujuk Zea lagi" sambung Hun lagi namun Bik July membalas dengan jelingan sebelum dia pergi daripada situ.

Patutnya Hun lah yang kena pujuk sendiri, kalau harapkan Bik July mesti tak jalan punya.

"Bik Julyyy, tolonglah Hun.." kata Hun lalu dia menghentak kakinya perlahan seperti budak kecik yang merajuk sail mengikut jejak Bik July ke dapur.

"Bik Ita, nak air putih yang sejuk" pesan Zea manakala Hun yang baru sampai di sebelahnya turut duduk di sebelah Zea

"Harini abang cuti, kita beli barang baby nak tak?" Kata Hun namun Zea mengeleng tidak mau

"Habistu nak beli bila?" Tanya Hun lalu Zea mendengus kuat. Tengah makan macam ni, Hun sibuk nak bawa dia berborak.

Hun terdiam menundukkan wajahnya ke bawah.

"Saya beli online je" balas Zea ringkas namun padat. Hun sekadar terdiam apabila makanannya sudah terhidang di depannya.

Telur goreng kuning dan putih di asing, manakala isi putihnya di letak di pinggan Zea

"Sayang suka telur putih kan, sayang makanlah abang punya" kata Hun sambil tersenyum manis namun Zea tidak menunjukkan apa apa reaksi. Padahal sebelumnya dia akan buat muka terharu jika Hun berbuat begitu.

"Sayang, abang cuti ni nak tak kita jalan-jalan kat pantai? Sayang sukakan juadah yang dijual dekat pantai haritu yang kita pergi. Kita keluar cari makan nak tak?" Kata Hun beria

"Saya taknak keluar, panas" balas Zea endah tak endah

"Erm kalau macam tu, kita pergi muzium muzik nak? Abang dengar muzium muzik  baru dibina dekat berdekatan dengan jalan simpang tiga dekat je dengan Hotel abang" ajak Hun yang masih tak putus asa.

Zea mengeluh kecil lalu dia letak sudu di atas pinggannya semula

"Saya tengah makan boleh tak awak diam? Awak ni suka rosakkan mood selera makan saya" balas Zea dingin sebelum dia bangun bersama pinggannya. Makanan di pinggan belum lagi habis tapi Zea dah bangun mencucinya.

July Janita saling berpandangan antara satu sama yang lain kemudian mereka memandang Hun yang masih mampu untuk tersenyum tenang. Seolah tak sakit hati dengan tindakan Zea tadi.

'senyuman jenis apa tu, masih mampu sabar dan tersenyum walaupun ditengking oleh orang yang disayang' getus Bik Janita, Hun yang ditengking. Dia pula rasa terkesan. Kadangkala, Hun nampak kesian bila Zea merajuk.

Lelaki itu nampak macam orang bodoh untuk dapatkan perhatian dari Zea. Namun bila Hun yang merajuk, senang saja Zea pujuk tanpa membuatkan dirinya beria tapi Hun lagi pula.

Dengan selamba Zea lalu Hun tanpa menegur. Hun ditinggalkan sendiri di meja makan manakala dia terus naik ke bilik semula

Hun terdiam mengenggam tangannya sendiri. Makanan didepan langsung tidak disentuhnya lagi, kadangkala rasa sakit hati dengan isteri sendiri tapi dia tak boleh nak buat apa.

Kerana personaliti Zea sekarang masih melekat dengan dirinya dulu iaitu Thalia. Perwatakan Zea dan Thalia sangat berbeza biarpun orangnya adalah orang yang sama.

Zea seorang yang sopan santun dan takkan melenting tinggi pada Hun hanya kerana hal yang remeh namun Thalia pula seorang yang suka membesarkan hal yang kecil dan kasar.

'salah aku'

'Zea jadi macam tu pun semua sebab aku'

'aku takboleh nak marah kalau punca Zea jadi biadap begitu sebenarnya dari diri aku sendiri'

'kalau aku dapat halang Bob daripada culik Zea ketika itu pasti Zea tetap Zea yang dulu'

'aku dah tersilap langkah' getus Hun terus menerus sambil tangannya mengurut kepalanya sendiri.

'patutnya aku kuatkan diri untuk bangun, kenapa aku terlalu lemah masa tu'

Bik July dan Janita pula masih memandangnya dengan pandangan simpati.

'haih Hun ni, kadangkala dia juga yang nampak lebih kesian berbanding Zea' getus Bik July yang turut rasa bersalah atas pihak Zea. Walaupun Hun bukan anaknya, tapi dia sangat menyayangi Hun seperti anaknya sendiri

"Bik July kalau bersihkan, saya nak keluar jap"

"Tuan Hun nak pergi mana?"

"Saya nak tenangkan diri jap" balas Hun perlahan, kalau Hun sudah kata nak tenangkan diri itu maksudnya dia nak elak daripada angkat tangan dengan Zea kerana kesabaran sudah melampaui batasnya. Tak pasal-pasal makin teruk keadaan.

"Tolong pujukkan Zea, jaga dia. Ikut apa yang dia minta" minta Hun

"Baiklah Tuan, jangan lupa balik" pesan Bik Janita manakala Hun mengangguk lemah. Dompet, kunci kereta dan telefon di bawa bersama sebelum dia keluar daripada rumah itu.

"Janita kau jaga Zea, aku kemas-kemas dapur jap" arah July sebelum mereka berdua bersurai untuk melaksanakan tugas mereka masing masing.

Perlahan lahan Janita mendekati Zea, dari belakang Zea kelihatan seperti menangis terhinjut bahu.

"Puan Zea.." panggil Janita perlahan manakala Zea pantas menyeka air matanya dengan tangan sebelum dia menoleh ke arah Janita dan tersenyum manis

"Okay ke ni?" Tanya Janita risau sambil mengusap belakang Zea perlahan

"Okay je, bik Ita kenapa datang sini?" Tanya Zea semula manakala matanya masih ada kesan merah kerana menangis tadi mungkin dia tak perasan juga.

"Tuan Hun keluar kejap tadi, dia pesan suruh jaga Puan Zea" balas Janita lalu Zea tersenyum kelat sebelum dia ketawa kecil tanpa sebab hinggakan Janita di depan pelik memandangnya.

"Kenapa?"

"Bik Ita tengoklah, ada problem pun masih boleh keluar. Macam takde apa yang jadi langsung" balas Zea dalam nada sindir.

"Puan Zea jangan macam tu, apa-apa pun Puan Zea kena dengar penjelasan suami terlebih dahulu kalau ada masalah yang berlaku. Settlekan masalah sama-sama, turunkan ego sekejap untuk kepentingan rumahtangga juga" tegur Janita namun Zea mengeleng kepala

"Macam mana tak ego Bik Ita, Hun asyik nak tinggalkan Zea sorang-sorang. Tambahan lagi time Zea mengandung sekarang, Zea nak dia temankan Zea macam pasangan orang lain" balas Zea perlahan sebelum esakannya kedengaran kecil

"Tapi Hun selalu nak utamakan kerja, dah balik lewat, tipu Zea, sembunyikan hal yang penting dari Zea sendiri and now dia nak pergi outstation pula. 2 bulan pula tu"

Mata Bik Janita membesar mata

"2bulan outstation? Biar betul. Dekat mana Tuan Hun pergi?"

"Indonesia"

"Bik Ita rasa salah ke kalau Zea kecewa dan ego dengan apa yang dah jadi sekarang?" Tanya Zea manakala Bik Ita terdiam. Tapi tetap salah, cuma Bik Janita terpaksa diam supaya Zea tak makin sedih.

Lagipula bukannya Hun pergi berfoya-foya, selama 2 bulan tu sudah tentu atas alasan kerja.

"Hun janji nak teman Zea scan baby sama-sama untuk tau apa jantina baby Zea, Hun janji nak beli barang baby sama-sama tapi lagi seminggu dia dah gerak sana. Hun janji nak ada masa Zea bersalin, tapi Hun dekat sana tepat tepat 2 bulan"

"2 bulan dari sekarang jugalah , Zea akan bersalin"

"Kenapa Hun jahat layan Zea, Hun tak sayang Zea ke Bik Ita?"

"Puan Zea jangan macam ni. Tuan Hun pergi pun bukannya sebab nak melancong atau berfoya foya pun. Puan Zea kena faham Tuan Hun juga. Tadi masa Puan Zea tinggalkan Tuan Hun, Tuan Hun muram je sebabtu dia minta keluar sebab nak tenangkan fikiran dia semula"

"Tuan Hun keluar tu mesti cari idea cara nak pujuk Puan Zea tau. Mana ada sebab lain, Puan Zea ingat Tuan Hun tu akan balik dengan tangan kosong ke?" Kata Bik Ita untuk menyakinkan Zea semula

"Habistu Zea nak buat apa?" Tanya Zea perlahan

"Selama 1 minggu yang masih ada ni, Puan Zea pergi beli barang baby dengan Hun. Pujuk Tuan Hun minta mc, Puan Zea kan pandai dalam bab bab memujuk ni. So pujuk sampai dapat"

"Luangkan masa bersama Tuan Hun, jangan bagi dia gerak ke outstation dalam keadaan sedih. Puan Zea tak kesian ke kalau Tuan Hun pergi kerja dalam keadaan bersalah?"

"Sampaikan hal hal buruk pun boleh terjadi kalau Tuan Hun terlalu banyak berfikir tentang rasa bersalah dia dengan Puan Zea" jata Bik Janita panjang lebar manakala Zea terdiam

"Okay Zea cuba" balas Zea setelah lama dia diam sebentar tadi. Bik Janita tersenyum lebar sebelum dia mengusap kepala Zea

"Macam tulah isteri yang baik, turunkan ego adalah benda yang paling susah nak buat tapi banyak manfaatnya kalau kita sebagai pasangan turunkan ego dengan pasangan sendiri"

"Terima kasih" balas Zea tiba-tiba hingga Bik Janita tergelak kecil

"Sebab apa pula?"

"Sebab dah legakan hati Zea" balas Zea lagi sambil tersenyum kecil.

Janita sekadar mengangguk, satu gugusan kunci daripada poket seluar dikeluarkan lalu dia tunjuk di depan Zea hingga Zea terlopong mulut dan membesar mata memandang Bik Janita semula

"Tuan Hun tak minta balik kunci garaj ni"

"So..."

"Jom race!" ajak Bik Janita manakala Zea tersenyum terharu sebelum dia tarik pergelangan tangan Bik janita untuk keluar dari bilik.

"Jom!"

[]

Sadly mengecilkan mata mencari batang hidung Hun. Tiba-tiba saja petang begini, Hun ajak minum bir bersama. Jarang sangat Hun begitu, biasanya kalau Sadly ajak mesti Hun menolak

Kerusi di depan Hun ditarik perlahan sebelum Sadly melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdepan dengan Hun.

Satu cawan kaca diletak di depan Sadly, air bir dituang ke dalam cawan Sadly sebelum dia tuang ke dalam cawannya sendiri.

"Cheers jom" ajak Hun sambil tersenyum nipis manakala Sadly masih pelik dengan kelakuan Hun didepannya

"Kau asal?" Tanya Sadly manakala Hun mengeleng tidak lalu dia tenguk air bir sehingga habis lalu dia ulang semula tuang di cawannya sendiri.

Di cawan Sadly pula masih penuh tidak di sentuhnya langsung.

"Minum lah jangan tengok je" kata Hun apabila Sadly dari tadi merenungnya lama dah macam suka antara satu sama yang lain pula

"Kau pahal sebenarnya? Tiba-tiba jadi macam ni? Apa dah jadi"

"Takde apa lah, aku cuma nak ajak kau minum itu pun salah ke?" Balas Hun lalu dia tersenyum senyum sendiri

"Zea merajuk dengan aku"
"Tapi cara dia merajuk terlampau melampaui batas sampaikan aku rasa nak pukul haish"

"Sebabtu aku lari ke sini, sebab aku nak kawal diri aku sendiri" sambung Hun manakala Sadly terdiam terus lalu dia pula yang minum air bir hingga habis

"Kalau macam tu aku join" balas Sadly sebelum dia tuang air bir ke dalam cawannya sendiri dan untuk Hun.

"Thanks faham aku" kata Hun sambil tersenyum sinis.

"Kau dengan Ellyna macam mana?"

"Dia okay cuma dia masih tak boleh nak mengandung. Doktor kata peluang untuk Ellyna mengandung sangat tipis sebab dia pernah keguguran dulu. Tapi kalau dia boleh mengandung mungkin rezeki aku yang paling berharga" balas Sadly hampa.

Dia takpernah salahkan Ellyna kerana tak dapat mengandung tapi Ellyna selalu sedih bila tengok keluarga lain ada anak. Malah Ellyna akan meminta maaf berkali kali kepada Sadly biarpun Sadly tak marah.

"Kesiannya kau, mesti kau sedih kan" balas Hun yang sudah dalam kondisi mabuk

"Taklah sedih mana, sekurangnya aku dapat enjoy lama sikit dengan Ellyna" balas Sadly tenang namun wajahnya berubah benggang apabila Hun sudah tertidur didepannya.

"Aku bercakap sendiri rupanya" gumam Sadly sebelum bibirnya tergelak kecil melihat Hun di depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience