II 7 TIYA

Romance Completed 33106

"sayang kejaplah" kata Hun lembut, sepanjang jalan Zea asyik percepatkan langkahnya seolah mahu lari daripada Hun

Zea berhenti tiba-tiba hingga Hun juga berhenti mengejut. orang dibelakang Hun juga hampir hampir terhantuk kepala di tubuh belakang Hun

"Woi kalau nak jalan tu tengok orang lainlah, ni berhenti mengejut macam tu pahal" marah orang di belakang Hun namun Hun menjeling lelaki itu tajam

"Kau boleh rilek tak, kau tak nampak ke bini aku tengah mengamuk sekarang. Jangan sampai kau kau sekali kena terajang nanti" ugut Hun hingga lelaki itu terkebil kebil memandang Zea yang pandang seperti mahu menelannya.

Sudahlah Hun tengah serabut nak fikir apa yang jadi sekarang, lepastu boleh pula lelaki di depannya marah marah Zea. Nanti angin Zea makin tak bagus kalau dibiarkan, yang kena tanggung bebel Zea. Hun juga.

"Err mmg kalau keluarga gila" gumam lelaki itu sebelum dia pergi dari situ dengan kelam kabut namun Hun dan Zea tidak memerhati lelaki itu hingga lelaki itu keluar dari pasaraya makanan mentah itu.

"Sayang marah abang ke? Apa yang abang dah buat pula kali ni sayang" Tanya Hun sambil mengenggam tangan Zea, bahu dia goyangkan seperti budak-budak.

Tiba-tiba Zea tersenyum sinis sebelum dia menyilangkan tangan di depan Hun

"Betul ke apa yang Bardella cakap tadi? Taksangka kan sebelum kau jumpa aku. Kau sempat bersenang senang dengan perempuan lain" kata Zea hingga Hun tergamam sebelum dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

'ya Tuhan perangai Thalia dia dah keluar pula' getus Hun lalu dia mengeluh kecil sambil menundukkan kepala ke bawah

"Aku tanya ni jawablah, asal kau berat mulut sangat" dagu Hun ditolak kasar ke atas

"Ye memang betul sayang tap--"

"Ohh Hahahahaha kejamnya, mesti ramai lagi kan perempuan yang kau bersenang senang selain Bardella" potong Zea apabila Hun mahu menjelaskan apa yang dah jadi

"Zea dengar dulu Zea"

"Dengar apa lagi Hun! Sbb tu lah masa awal-awal kau ambik aku daripada keluarga angkat aku. Aku rasa ragu ragu yang kau ni suami aku"

"Kau tipu aku kan! Sapa kau sebenarnya Hun!" Jerit Zea hingga Hun tergamam lalu Hun tersenyum kecil

"Zea, aku memang suami kau yang sah Zea. Apa lagi yang nak diragukan kalau Alvin, Charmilla, Eiris pun ada bukti yang kau memang isteri aku"

"Semua orang yang kenal aku, turut kenal dengan kau Zea sbb kau memang isteri aku. Kenapa kau terlalu ragu ragu dengan cinta aku" balas Hun hingga hampir hampir dia menangis.

"Suka hati kaulah nak cakap apa pun"

"Zea!" Hun menarik tangan Zea semula, wajah Zea berubah muram apabila Hun mengenggam pergelangan tangannya dengan kuat.

"Kenapa kau nak pukul aku ke" kata Zea apabila dia nampak wajah Hun seperti nak marahkan dia. sedar saja dia terlalu kasar terus Hun menarik tubuh Zea sebelum dipeluknya erat.

"Jangan buat abang macam ni sayang, abang dah sedaya upaya untuk berubah demi sayang. Jangan buat abang jadi macam dulu-dulu lagi please lah" rayu Hun lalu dia merehatkan dagunya di bawah bahu Zea namun Zea terdiam

Tiba tiba rasa sejuk hati bila Hun pujuk begitu.

"Hun awak nak pukul saya ke" bisik Zea ditelinga Hun lalu Hun mengeleng tidak. Nak marah pun taksampai hati inikan pula angkat tangan.

"Pukullah kalau awak nak" kata Zea lalu Hun mendengus geram hingga Zea mengetap bibir terdiam semula

"Pukullah" minta Zea namun Hun mengeleng lagi

"Taknaklah pukul" balas Hun dengan nada suaranya lembut. Zea hanya terdiam lalu dia mengesel pipinya di dada Hun.

"Hun dahlah tu ,perut saya lemaslah kalau awak terus peluk macam ni" ngadu Zea namun Hun masih memeluknya. Cuma itu saja yang boleh meredakan marah Hun kalau tidak dia akan alpa hingga sanggup mengangkat tangan.

"Taknak" balas Hun sepatah manakala Zea terbutang mata apabila budak sekolah menendah tersenyum senyum melihat mereka di tepi

"Hun budak-budak nampaklah" bisik Zea perlahan manakala Hun mengeleng kepala lagi tanda dia tak mahu lepaskan Zea

"Hun , kalau nak mati kau boleh peluk aku sampai tahun depan pun takpe" ugut Zea lalu Hun cepat melepaskan Zea.

"Okay sorry sayang" balas Hun sambil mengenggam tangan Zea untuk meredakan kemarahan gadis itu

"Hun"

"Ye sayang?"

"Tadi saya taksempat makan tomyam lagi" ngadu Zea dengan kembali lembut sambil memeluk lengan Hun dengan wajah yang comel

"Oh yekan, ah jomlah kita makan kat luar lagi"

"Taknak"

"Habistu?"

"Saya nak awak yang masak, baru saya boleh maafkan awak" alasan Zea sambil terkebil kebil bulu matanya memandang Hun

"Sayang, abang bukannya pandai masak pun. Kita makan kat kedai jela eh, jimat masa" balas Hun yang cuba untuk mengelak daripada permintaan Zea itu namun Zea pula memonyok mulut.

"Sayang.." Zea berpaling lalu dia menyilangkan tangan sebelum mengeleng

"Yela yela , abang masak" Zea kembali menoleh Hun sambil tersenyum suka

"Tapi ada syarat"

"Takboleh minta tolong dengan bik July dgn Janita kecuali minta ajar. Awak dibenarkan tengok Google dan yang paling penting saya akan tengok tunggu awak kat dapur" balas Zea manakala Hun menoleh lalu dia mengeluh kecil sebelum dia memandang Zea semula

"Sayang, takde permintaan lain ke untuk maafkan abang? Susahlah masak tu. Tu bukannya kerja lelaki macam abang ni" rungut Hun lalu Zea menampar Lengan Hun

"Ohh sibuk pergi belikan Bardella tu kek blueberry cheese tu sanggup pula, nak masakkan untuk isteri tak boleh"

"Memang jelaslah awak ni takboleh nak buat apa apa untuk saya"

"Asyik-asyik Bardella, menipu demi Bardella. Keluarkan duit pun demi Bardella. Semuanya Bardella"

"Untuk saya awak takpernah nak gembirakan hati saya"

"Abang pergilah kawin dengan Bardella tu kalau suka sangat!" Jerit Zea tinggi manakala Hun menahan dari tersenyum hingga Zea berang sendiri.

"Tengoklah saya cakap awak senyum! Semua tentang Bardella memang boleh buat awak tersenyum macam ni ke" sambung Zea lagi lalu Hun mencubit pipinya.

"Sayang cemburulah"

"Mana ada saya cemburu" gumam Zea perlahan lalu dia menoleh ke tepi.

"Yela yela, abang masak harini. Jom beli bahan-bahan untuk masak nanti" ajak Hun sebelum tangannya turun mengenggam tangan Zea.

"Okay" balas Zea sambil tersenyum manis manakala Hun makin kuat mencubit pipi Zea. Kenapalah comel sangat, geram pula tengoknya.

[]

"Masaklah abang tunggu apa lagi" kata Zea mengoda sambil merenung Hun yang takboleh nak bergerak kerana terpegun dengan ngodaan Zea

"Sayang ni takbolehlah nak masak kalau sayang ngoda abang macam ni" balas Hun sambil mendekati Zea , pipi Zea dikucupnya berkali kali hingga Zea kegelian

"Hun gelilah hehe" terkekek kekek Zea ketawa sambil menolak Hun supaya berhenti namun Hun makin nakal mencium pipinya

"Nak ngoda abang lagi ke tak?"

"Ye tak tak , saya takbuat dah. Awak masak saya tunggu sini okay?" Balas Zea lalu dia mencium pipi Hun sebelum dia lepaskan Hun

"Sayang sini juga" minta Hun lalu dia menunjuk kearah bibirnya yang sudah siap memuncung.

Zea tersenyum kecil, kedua pipi Hun di pegangnya sebelum bibirnya turun menyinggah ke bibir Hun. Namun Hun mengambil kesempatan mengigit bibirnya lama dengan lebih agresif.

"Hun awak ni kan.." gumam Zea perlahan hingga pipinya merah apabila Bik July ternampak perbuatan mereka tadi namun cepat-cepat Bik July beredar dari situ. Sudahlah di dapur.

"Ala takpela, bukannya bik July tak biasa pun" Bisik Hun sebelum dia membuka peti ais. Semua bahan bahan tomyam dikeluarkan dari peti sejuk.

Zea membuat muka kesal, sejujurnya ini bukan kali pertama Bik July dan Bik Janita ternampak. Malah Hun langsung tak fikir di mana tempat dia bermanja , yang dia tau dia seronok usik Zea hingga Zea malu.

Yang membuatnya segan apabila, Bik July dan Bik Janita akan menanya dia tentang apa yang dah jadi. Bagaimana, Apa rasa, dan Perasaan Zea ketika itu. Soalan itulah yang Zea malu nak jawab walaupun dia rapat dengan kedua mereka.

"Sayang tengok betul-betul macam mana lelaki sejati masak" kata Hun sambil mengenyit mata kepada Zea sebelum dia buka Google.

"Hati hati nanti masin" pesan Zea namun Hun mengeleng kepala sambil menunjukkan muka poyo

"Semestinya tidak sayang" balas Hun poyo manakala Zea menjeling ke atas. Hun terlalu yakin dalam melakukan sesuatu perkara.

Zea memerhati gerak geri Hun yang sibuk memotong bawang, ayam dada, sotong, dan membuka kulit udang bagi memudahkan Zea tidak mengupas kulit udang dalam keadaan panas nanti. Itupun kerana dia terlalu berjaga dengan keselamatan Zea.

Zea luka sikit pun, dia marah bagai nak rak padahal kecil saja bukannya melibatkan nyawa ke apa.

Sambil buat kerja, Hun masih sibuk mencuri curi memandang Zea dengan membuat wajah hensem. Biar Zea terngoda, mana tau malam nanti Zea bagi kiss lagi.

"Masak sedap-sedap! Kalau sedap saya bagi kiss 5 hari 5 malam" kata Zea ditepi manakala Hun membesar mata kerana teruja. Itu hadiah yang sangat lumayan, sia-sia kalau dia tak dapat

"Demimu sayang, abang boleh masak lebih sedap daripada masakan Chef Wan" balas Hun bangga. Belum jadi apa apa lagi , sudah confident tinggi.

[]

"Ayah!" Jerit Harley dari jauh di tangannya ada bungkusan dari pos laju yang baru sampai tadi.

"Kenapa ni? Jerit jerit. Ada apa apa jadi ke" tanya ayah dan ibu yang turut keluar apabila jeritan Harley kuat sampai boleh di dengar dari sungai belakang.

Sampai saja di depan ibu dan ayah, Harley duduk bersila di atas lantai berdepan dengan kedua orang tua itu. Bungkusan itu dibukanya kelam kabut , entah kenapa pula dengan Harley yang gembira semacam ni.

"Kak Tiya ada kirimkan kapal terbang bateri dekat adik. Tengok ni ma, mahal tau!" Jerit Harley gembira sambil menunjukkan kapal terbang mainan di depan ibu ayahnya.

"Lah ingatkan apalah tadi, budak-budak ni kan. Pandai buat ibu risau" kata ibu sambil mengosok kepala anak lelakinya.

"Eloklah tu, lepas ni jangan merajuk lagi pula. Tengok kak Tiya belikan kamu mainan, tu maksudnya kak Tiya masih ingat dengan Harley" kata ayah, sejak Thalia iaitu Zea pergi ke bandar bersama Hun. Harley sering mengadu yang dia rindukan Thalia.

Tiya adalah singkatan nama Thalia.

Sudah 7 bulan Zea tiada di kampung itu, Zea langsung tak pulang menjenguk mereka hingga Harley menganggap kakaknya Thalia lupa dengan dia dan tak sayangkan dia lagi.

"Ye Ley yang silap. Kak Tiya tak lupa pun dengan adik!" Jerit Harley gembira sambil memeluk tubuh ibu manakala ayah mengeleng kepala melihat anak lelakinya itu.

"Ayah , jom videocall dengan akak Tiya. Adik rindu kak Tiya" kata budak itu lalu ayah mengangguk sambil mengeluarkan telefon canggihnya yang dihadiahkan oleh Hun secara diam diam semasa Hun berada di kampung itu dan waktu dia mahu mengambil Zea semula

Ayah menelefon Zea dengan panggilan video manakala Harley duduk di tengah-tengah diantara ibu dan ayah.

'Haiii ibu ayah eh Harley pun ada, kenapa call Tiya ni?' Tanya Zea sambil tersenyum manis saat dia lihat ditangan Harley ada hadiah yang dia kirim ke kampung.

Selamat juga bungkusannya sampai di kampung

"Ni hah adik nak sangat ayah call Tiya" balas Ayah manakala Zea mengangguk faham.

"Kak Tiya terima kasih bagi adik mainan ni! Adik suka" kata Harley dengan nada suaranya nyaring kerana kuat. Memang suara Harley semula jadi kuat dan nyaring.

'cantik tak? Kalau tak okay. Bagitau akak eh, nanti akak beli baru'

"Eh janganlah Tiya, membazir je beli mainan untuk Harley ni. Simpan je duit kamu tu" celah ibu manakala Harley buat muka di sebelah.

'takpela bu, lagipun Tiya memang nak beli untuk Harley lagipun Hun okay kalau Tiya minta dengan dia' balas Tiya manakala ibu hanya mengangguk iya. Takboleh nak tolak nanti Tiya membebel mengalahkan ibunya sendiri yang ibu.

"Terima kasih Tiya sebab kirim duit dekat ayah semalam, ayah lupa nak cakap semalam sebab fon ayah habis bateri" kata ayah. Semalam waktu malam, tiba tiba saja isi banknya ada sejumlah RM1500. Rupanya Zea yang kirim

"Tiya lain kali kirim RM500 pun ibu okay. Jangan banyak banyak sangat, nanti habis pula duit suami Tiya. Menyusahkan Tiya je nanti" kata ibu pula, bagi ibu RM1500 yang dikirim hampir setiap bulan itu terlalu banyak.

Kadangkala ibu dan ayah berasa segan, seolah Zea pula yang tangguh hidup mereka sedangkan mereka sendiri sudah ada duit yang cukup untuk tampung makan dan minum di kampung walaupun Zea tak kirim wang.

'takpela bu, Tiya memang ikhlas nak bagilah. Anggap jela tu, jasa ibu ayah sebab jaga Tiya wlaupun Tiya bukan anak ibu ayah yang kandung'

"Tapi kami tak minta pun kamu bayar Tiya, ibu ikhlas nak jaga Tiya bukan nak duit Tiya"

'ibu! Ish, Tiya dah kata kan Tiya ikhlas nak bagi juga. Ibu ni kan suka buat Tiya sedih tau' jerit Zea manja hingga ayah tersenyum kecil.

"Ye ye lah ibu terima"

"Ah ye, suami Tiya mana? Kenapa Tiya duduk sorang-sorang je tu" kata ibu apabila cuma Tiya yang dari tadi di kamera

'ada je ni bu, Tiya teman dia masak kat dapur' kata Zea lalu dia menekan simbol kamera belakang di skrin telefonnya.

"Amboi Tuan Hun, masak pun masih segak bergaya" puji ayah manakala Hun tersenyum bangga memandang Zea di depannya.

'biasanya ayah mertua, ni hah Tiya mengidam nak makan tomyam. Suruh beli luar taknak , katanya nak makan masakan suami yang terhensem dia ni ah' kata Hun manakala ayah tergelak besar. Disetiap perkataan Hun mesti akan terselit dia memuji dirinya sendiri

"Bagitau ibu ye Hun kalau Tiya nakal dengan menantu ibu ni. Nanti ibu bebel dia sampai telinga dia bernanah"

'bereh bu, jangan risau bu. Lagipun Tiya ni suka nakal manja dengan Hun, Hun okay je. Tak sangka anak ibu ni gatal kan' perli Hun manakala di dalam kamera terlihat Zea menjentik dahi Hun namun Hun masih mampu tergelak jahat.

"Aip Tiya tangan tu, jangan pukul suami macam tu. Derhaka jawapnya nanti"

'takpe bu lagipun Hun kuat, kulit dia macam tulang lembu. Pukul macam mana pun tak sakit' balas Tiya tenang hingga Ibu mengecilkan mata merenung anak perempuannya di dalam panggilan.

"Okaylah Tiya, ayah letak dulu ye. Nak pergi tengok kebun dgn hotel jap" kata ayah apabila jam sudah menunjuk 4 petang.

'okay yah, hati hati kat kebun tu. Ibu juga elok elok kat rumah tu, adik jangan nakal nakal eh. Jaga ibu tu untuk akak, akak dah belikan mainan kan? So jaga ibu' balas Zea panjang lebar namun Harley membuat muka sebelum dia berlari keluar dari rumah.

Biasanya budak-budak, ada mainan baru mesti nak tunjuk dengan kawan kawan yang lain

'kirim salam dengan Alana tau bu, cakap dengan Alana nanti Tiya datang sebelum majlis perkahwinan dia mula' tambah Zea lagi lalu ibu mengigya iyakan saja

"Tiya pun jaga diri kat sana, jangan nakal nakal dengar cakap Hun. Jaga kesihatan diri dengan baby kat perut tu. Nanti dah habis pantang, jangan lupa bawak cucu ibu balik kampung" kata Ibu dengan airmatanya mula bertakung kerana rindukan Zea.

'ye bu, byee Tiya sayang ibu ayah dengan adik' kata Zea lalu ibu melambai di kamera manakala ayah cepat-cepat menekan butang end.

"Abang ni kan saya tak habis cakap lagi dengan Tiya" marah ibu sambil memukul lengan suaminya perlahan

"Awak tu kalau dibiarkan lama ,nanti nangis pula. Dah dah saya nak pergi kebun jap" kata ayah sebelum ayah bangun dari duduk.

'ish orang tua ni' rungut ibu sambil menjeling ayah sebelum ibu masuk ke rumah lalu menutup pintu rumah dengan rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience