Hun tersenyum kelat memandang gerak geri Zea yang sibuk menyiapkan diri dengan pakaian yang tidak sesuai untuk keluar. Zea dipandang dari bawah ke atas semula lalu dia garu kepalanya yang tidak gatal
"Sayang betul ke nak pakai sarung pergi mall ni?" Kata Hun sambil mendekati Zea di depan almari pakaian.
Zea mengerling tajam ke arah Hun, sudahlah jarang bawak Zea keluar sekarang nak merungut pula bila Zea pakai begini
"Kenapa awak malu ke ada isteri macam saya"
"Taklah cakap je janganlah marah marah sayang" balas Hun sambil tersenyum manis, takpela nak buat macam mana kalau Zea dah mahu begitu apa boleh buat kan.
"Kalau awak malu sangat biar saya pergi beli barang baby sorang sorang, nanti angkat barang pun sorang sorang lepastu jalan pun sorang sorang dengan bawak perut pun sorang sorang juga" perli Zea sambil membuat muka merajuk
"Sayang ni terus cakap macam tu, taknaklah sayang" balas Hun lalu dia datang memeluk tubuh Zea dari belakang , dagunya diletak di atas bahu kanan Zea manakala wajah Zea diperhati dari tepi tapi Zea sikitpun tidak menoleh.
"Sayang janganlah merajuk"
"Awak ni takbest lah Hun, macam tak suka je teman saya. Kalau awak tak ikhlas nak teman, awak duduk jela kat rumah saya boleh pergi sendiri" balas Zea acuh tak acuh namun Hun mengeleng sambil tersenyum comel di sebelah.
Dia tak boleh nak marah Zea , memandangkan Zea mengandung sekarang mesti gadis itu sering overthinking macam macam tentang sekecil zarah kesalahannya.
"Mana ada, tak baik tau fitnah suami macam tu"
Zea membuat muka ,mulutnya pula memuncung seperti itik.
Hun mendekatkan mulutnya ke muncung Zea, dengan sekilas dia mencium bibir Zea sebelum tangannya turun mencium tangan Zea.
"Jom sayang" ajak Hun manakala Zea dibelakang jalan terkedek kedek seperti penguin.
Sampai saja di mall Zea jalan terlebih dahulu melebihi Hun hingga Hun tertinggal di belakang.
Hun mengeleng kepalanya kecil, macam macam ragam orang mengandung ni. Tadi masa di kereta, Zea mengadu yang dia teringin nak naik bot air lepastu Zea mengadu lagi yang dia teringin nak naik kapal terbang.
Lepastu selang beberapa minit Zea kata tak jadi pula sebab dia kata dia teringin nak naik motor dalam keadaan mengandung begini langsung Hun menolak permintaan Zea itu.
Tak ke bahaya naik motor masa mengandung, seram sejuk Hun tengok Zea yang berperut besar itu naik di atas motor. Kalau apa apa jadi, lagi menakutkan Hun.
Cukuplah lama dia kehilangan Zea dulu, sekarang dia tak mahu perkara itu terulang lagi
"Sayang bahaya tu" tegur Hun di belakang hingga orang orang di lif bertangga itu memandang ke arah Hun hingga Hun tersenyum kelat.
Lupa pula sekarang di luar, baru sebut sayang semua dah pandang. Bahaya betul kalau perempuan muda yang tengok , mesti balik nanti diajar dia cukup cukup oleh Zea.
Hun mendekati Zea dengan cepat, sarung yang dipakai Zea diselak sedikit apabila sarungnya mula melabuh dengan pantas juga Hun melindung kaki Zea dengan kakinya. Takmahu lelaki lain yang pandang , cuma dia je boleh
"Labuh lah sayang, nasib tak terbuka tau"
"Mana ada terbuka , inikan seluar sarung yang ada getah kat pinggang bukannya sarung biasa tu" balas Zea manakala Hun mengangguk angguk, tak tau pula di almari pakaian Zea ada skirt sarung. Padahal dia tak pernah belikan Zea skrit itu.
"Mana dapat skirt ni? Macam takpernah nampak pun"
"Ni Deni belikan masa birthday saya, cantikkan?"
Hun berubah wajah, lelaki itulah yang hampir hampir mengahwini Zea masa Zea tidak mahu Hun balik ke bandar. Dan sekarang Zea masih menyimpan barang dari pemberian lelaki itu.
"Jom aku belikan kau seluar lain" dengan kuat Hun menarik tangan Zea hingga gadis itu merintih kecil, tiba tiba saja Hun kasar begini.
"Hun apa ni, sakit tau tak"
"Aku kata jom, beli seluar lain aku tak suka kau pakai skirt daripada Deni" tegas Hun yang masih menarik tangan Zea manakala Zea berusaha meloloskan dirinya.
"Saya taknaklah Hun!" Balas Zea tinggi hingga wajah Hun berubah merah dengan tepi pipinya menegang.
"Susah sangat ke, aku kata aku tak suka kau pakai seluar tu maksudnya aku memang tak suka lah! Aku boleh belikan seluar lagi mahal daripada seluar ni lah Zea!" Jerit Hun tinggi hingga orang orang di sekeliling mereka mula memerhati Hun dan Zea
Zea tergamam, mata Hun direnung lama hingga matanya berair di depan lelaki itu. Lama mereka termenung antara satu sama yang lain akhirnya Hun mengeleng kepala seperti baru tersedar dengan tindakannya tadi.Â
'apa aku dah buat ni' getus Hun lalu dia picit kepalanya lembut, kenapa dia perlu marah Zea sampai begitu sekali.
"Zea aku minta maaf--" baru saja Hun mahu memegang lengan Zea dengan pantas Zea mengelak daripada disentuh.
Hun terdiam sebelum dia mengeluh kecil, tengok sekarang Zea dah lain pasti gadis itu tak mahu bercakap dengan dia nanti.
"Zea aku betul betul tak sengaja" kata Hun yang masih tak berputus asa namun saat dia cuba untuk memegang Zea, Zea dengan pantas menepis dan mengelak daripada disentuh.
"jangan sentuh aku! Aku benci kau Hun!" Jerit Zea lalu dia lari meninggalkan Hun disitu
Hun mengeluh kecil, kalau Zea dah biasakan dirinya dengan panggilan kau aku itu maknanya sikap garangnya daripada Thalia sudah muncul semula. Sikap Thalia yang satu satunya Hun takut untuk berdepan.
Zea berlari ke bilik tandas yang paling hujung bilik tandas itu dikuncinya rapat sebelum dia menyandarkan tubuh belakang ke dinding tandas, airmatanya tumpah setitis mengingatkan waktu Hun menjeritnya didepan orang ramai tadi.
"Sial" carut Zea lalu tangannya turun mengusap perutnya. Waktu waktu beginilah perut dia nak sakit lagi, mungkin sebab terlalu banyak berlari tadi.
Setelah hampir 6 minit di tandas, akhirnya Zea keluar dari tandas. Sempat muka dibasuh dengan air bersih sebelum dia benar benar keluar dari tandas perempuan itu.
Zea berjalan perlahan menuju ke restoren berdekatan, yang dia tau sekarang adalah makan sebab lapar dan kerana baby sudah meminta untuk makan.
Hun letak tepi dulu, apa apa jadi dengan baby barulah Hun dipersalahkan semula.
"Makan Puan?" Ramah pekerja perempuan yang kelihatan seperti masih bujang itu sambil tersenyum manis apabila matanya turun ke perut Zea.
"Erm bawakkan makanan yang sedap sedap termasuk seafood, dessert saya nak kek strawberi, air jus carrot and sup ayam yang masih panas-panas tu" minta Zea manakala pekerja kedai itu tersenyum senyum sendiri
"Itu je?"
"Ye tu je" balas Zea lalu pekerja itu segera menyampaikan pesanan ke tukang masak dan kembali ke tempat Zea semula
Zea berkerut dahi apabila perempuan itu duduk di depannya
"Dah berapa bulan kandungan tu Puan?" Tanya dia hingga Zea tersenyum kelat, dah kenapa pula orang ni. Dahla baru kenal tapi buat macam dah lama kenal pula
"Nak masuk 7 bulan dah" balas Zea
"Yeke? Lagi 2 bulan akak nak bersalin dah kan?"
Zea mengangguk lagi, sejujurnya dia sikit rasa janggal dengan gadis di depannya sekrang
"Sorry lah kak kalau saya menganggu, saya memang tak boleh tengok perempuan mengandung ni sbb nampak cute sangat. Dari jauh saya nampak akak comel je bawak perut tu dengan pakai sarung lagi, tertarik saya tengok akak" jelas gadis itu manakala Zea mengangguk angguk.
Patutlah gadis tu beria nak ambik order sedangkan Zea nampak yang dia sibuk mengelap meja tadi, padahal ada je pekerja lain yang masih boleh melayan Zea
"Suami akak tak teman ke?" Tanya gadis itu hingga Zea tersenyum kecil, mana mana je dia pergi mesti orang akan tanya soalan itu. Namun saat Hun bersama dia tiada pula yang persoalkan begitu
"Suami akak ada kat toilet tu tengah sakit perut, biarlah dia akak tak kisah pun" balas Zea seperti nak marah pun ada.
Gadis itu mengangguk kecil lalu wajah Zea dilihatnya dengan teliti hingga Zea tersenyum segan di situ
"Kenapa pandang akak macam tu?"
"Takdelah muka akak nampak penat sangat, akak selalu stress ke?" Tanya gadis itu hingga Zea tergamam, macam mana perempuan ni boleh tau dengan hanya sekali pandang
"Takdelah, akak tak stress pun cuma biasalah hal rumah tu ada lah stress sikit" balas Zea mahu tak mahu, takkanlah dia nak cerita semua yang dah jadi kan? Lagi lagi dengan orang yang baru dia kenal.
Namun jawapan Zea membuatkan mata gadis itu membesar , dengan tiba tiba dia mengenggam tangan Zea erat sambil membuat muka gelisah.
"Akak jangan stress semua ni tak baik untuk kandungan akak tau, sebab banyak kes sekarang isteri selalu meroyan lepas bersalin sebab stress dengan hal rumah kalau boleh akak kena bijak selesaikan untuk kesihatan akak juga" balas gadis itu hingga Zea tersenyum manis.
Hebat betul gadis seperti ini, terlalu pedulikan orang lain tak macam Hun. Hun takpernah sekali risaukan Zea seperti ini , yang ada pun Hun cuma akan bermanja.
"Thanks"
"Untuk?" Tanya gadis itu pelik
"Sebab risaukan akak, takpernah ada yang risaukan akak walaupun baru berjumpa macam ni" balas Zea lalu dia mengenggam semula tangan gadis itu sebelum dilepasnya hingga gadis itu membuat muka terpegun.
Zea tersenyum kecil saat gadis itu mula bangun dari kerusi ketika makanan yang diorder tadi sudah siap dihidang di atas meja.
"Silakan makan kak" kata gadis itu sambil menundukkan sedikit kepalanya sebelum dia pergi dari situ.
Setelah selesai makan dan buat pembayaran di kaunter, terus Zea keluar dari kedai makan. Niat sekarang mahu beli persiapan anaknya tapi duit yang di pegang cuma berapa puluh saja. Selebihnya Hun yang pegang.
Zea mengeluh kecil, dia yang salah ke atau Hun. Sekarang sudah di tengah mall pun Zea masih tak tau nak prgi mana lagi.
Telefon pula Zea letak di beg tangan, tapi beg tangan itu pula dipegang oleh Hun.
'Perhatian Perhatian' Zea berhenti melangkah tiba tiba dahinya berkerut apabila bunyi mikrofon seperti terjatuh oleh seseorang.
'Sayang, sayang janganlah marah. Penat tau aku cari kau ni, datang sini sayang dah janjikan nak beli barang baby sama sama. Aku tunggu dekat kaunter depan' Zea menekup mulutnya cepat cepat. Tu kan suara Hun, kenapa sampai kena macam tu sekali
Zea tersenyum kelat sendiri. Kebodohan Hun betul betul memalukan dia, apa taknya sampaikan pengunjung di situ memandang antara satu sama yang lain. Mungkin mereka tertanya siapa yang Hun tujukan dan siapa 'sayang' yang dimaksudkan oleh Hun tadi
Sampai nak guna cara macam tu untuk cari Zea
Zea bergerak perlahan ke kaunter depan, dari jauh dia nampak Hun ke hulur ke hilir menunggu kehadiran Zea. Sempat Zea mengeleng kepalanya kecil sebelum dia dekati Hun.
Disebabkan mengandung ni Zea agak susah untuk bergerak laju tapi pelik tadi boleh pula lari mungkin sebab baby menyokong hehe.
Tambahan lagi pinggang dan tulang belakangnya sering sangat sakit.
"Sayang!" Jerit Hun apabila dia sudah nampak Zea hingga pengunjung disitu terfokus ke arah Zea namun Zea membalas dengan senyuman kelat.
'suami takguna! Takboleh ke kalau sebut perlahan sikit!' sumpah Zea di dalam hati, kalau boleh nak juga dia pijak pijak Hun ni.
"Zea sorrylah" kata Hun lagi sekali dia cuba untuk pegang Zea namun Zea menepis sebaliknya Zea terus berjalan ke depan lebih tepat lagi ke kedai barangan bayi manakala Hun mengikut saja dari belakang
"Zea aku minta maaf"
"Cepat lah, jangan nak terhegeh hegeh sangat. Siap beli barang, hantar aku balik. Aku penat" balas Zea tinggi hingga Hun terdiam lalu mengangguk dengan permintaan Zea.
Zea mendekati katil bayi lalu Hun mengejarnya pantas.
"Sayang nak beli katil baby yang macam mana?"
"Warna hijau pun okay juga sayang, ceria sikit"
"Harga pun okay tu"
"Sayang nak yang mana" tanya Hun namun Zea langsung tak beri apa apa reaksi.
"Ambilah yang mana kau rasa sesuai" balas Zea lalu dia ke besen tempat mandi bayi.
"Cik ambik yang ni letak terus kat kaunter nanti saya bayar" minta Hun kepada pelayan pekerja itu lalu dia cepat cepat mengejar Zea ke depan.
Zea membelek maklumat besen mandi bayi manakala Hun menunggu Zea memilih.
"Nak yang mana sayang?"
Zea tidak membalas lama begitu baru dia menuding jari ke arah besen yang berwarna biru muda kepada Hun menandakan dia mahu yang itu
"Yang tu ke?"
"Yelah habistu yang mana lagi? Dah nampak aku tunjuk yang tu kan" balas Zea dingin manakala Hun sekadar tersenyum tenang.
"Sorry" balas Hun namun Zea sekadar menjeling lalu dia pergi ke bahagian lain.
Hun berhenti sebentar apabila ada orang menelefonnya, dengan pantas Zea menjeling ke arah Hun yang sedang membelakangi untuk menjawab telefon.
'Hun asal kau takdatang? Klien dari Penang tu tunggu kau kot. Gila ke kau ni, apa aku nak jawab sekarang ni?' Hun mengaru kepalanya yang tidak gatal. Sekarang Lim dah garang semacam, dah macam Lim pula Boss dia.
"Tangguhkan dulu dekat tarikh lain Lim, aku ada hal sikit ni"
'takboleh Tuan Hun oi, ni kali ke berapa dah kau suruh tangguh?'
"Kau jela layan klien tu, ganti aku kejap aku memang takboleh nak pergi sana aku ada hal lagi penting ni"
'aduh kau ni Hun, asal pula aku kena? Aku cuma PA. Dorang tu berdaftar ats nama kau, aku takboleh nak campur tangan' balas Lim hingga Hun mengeluh kecil.
"Aku teman bini aku lah Lim, tolonglah. Suruh dorang balik dulu lah, aku memang tak boleh nak gerak ni"
'aku nak bagi alasan apa ni?'
"Cakap je bapa aku mati, aku nak kebumikan dia"
'merepek apa kau ni Hun oi, bapa kau dah mati bertahun yang lama dulu. Semua orang tau lah oi'
"Arhh cakap jela bini aku tengah beranak"
'oi Hun haritu aku dah bagi alasan tu dengan klien tu, berapa bini kau ada sebenarnya ni'
'tahan betul Zea beranak bersalin sampai 3 kali ni' balas Lim, ini ketiga kali dia bagi alasan Zea bersalin dengan klien Hun yang datang bila Hun cuti. Hun ni pula ambil cuti pun takkena dengan waktu
Hun mengeluh berat, nak balas apa ni.
"Nantilah aku fikir Lim, mungkin lambat sikit aku datang. Suruh jela dorang tunggu" balas Hun, mahu tak mahu dia kena pergi turun kerja juga.
Hun mematikan telefon lalu dia menoleh ke depan semula. Tiba tiba Zea ada di belakangnya. Mesti gadis itu dengar apa yang Hun kata tadi.
Hun terdiam melihat riak wajah Zea seakan bosan memandangnya manakala Hun tersenyum kecil macam mana pula Zea ada di situ padahal dia yakin Zea dah gerak ke depan tadi.
"Zea err"
Zea melepaskan keluhan kecil di depan Hun, macam macam halangan bila dia nak keluar dengan Hun.
"Hantar aku balik" kata Zea ringkas lalu dia keluar daripada kedai itu. Kalau dah begitu jelas jelas nada merajuknya sudah keluar.
"Zea tunggu jap Zea"
Zea menepis tangannya daripada tangan Hun.
"Aku letih Hun aku nak balik. Kau faham bahasa tak?" balas Zea dengan dahinya berkerut kepenatan dengan semua yang jadi.
Seolah langsung tiada masa untuk dia bersama dengan Hun.
Barang barang tadi terpaksa dibiarkan saja disitu padahal janji Hun akan membawa Zea beli barang kelengkapan baby harini
Zea masuk ke perut kereta lalu diikuti oleh Hun. Sempat Hun memandang wajah isterinya yang masam semacam. Namun gadis itu menoleh ke tingkap, langsung tak ditunjuk wajahnya.
"Zea aku minta maaf" ucap Hun lagi sekali namun Zea membalas dengan gelengan lalu dia memandang ke tepi semula.
Hun mengeluh kecil, kalau diikutkan dia juga mahu berlama lama dengan Zea. Tapi macam macam benda yang menghalang. Zea pula cepat sangat sensitif.
'siallah Lim ni, asal susah sangat nak tolong aku. Aku tembak jugalah laki tu kang' getus Hun geram lalu keretanya bergerak pulang ke rumah semula.
Share this novel