II 12 CHANCE

Romance Completed 33106

"sayang"

"Ermm awak dah sampai? Cepatnya" kata Zea dengan mulutnya penuh dengan makanan.

"Zea ni ada lagi makanan yang i ambik untuk u" celah Bardella yang baru sampai dari tempat makanan, makanan yang sedap-sedap semua dia letak di atas meja makan Zea manakala Dato Fikry dan Hun berkerut dahi hairan dengan sikap Bardella tiba-tiba.

"Erm thanks Bardella" balas Zea sambil tersenyum manis manakala Bardella juga begitu.

Dengan selamba Bardella menolak Hun manakala dia mengambil tempat Hun hingga Hun mencebik bibir

"Sayang u okay ke?" Tanya Dato Fikry lalu dia mendekati isterinya yang berada di sebelah Zea hingga Hun diletak di hujung apabila Dato Fikry juga menolaknya ke tepi untuk mendapatkan isterinya Bardella

"I okay je, u kenapa? Okay ke?" Tanya Bardella semula manakala Dato Fikry mengusap rambut isterinya manja

"Okay je, duduk dengan i jom" ajak Dato Fikry lalu Bardella bangun mengenggam tangan Dato Fikry manakala Hun cepat-cepat mendapatkan Zea sebelum tempatnya diambil lagi.

"Sayang apa dah jadi ni?" Tanya Hun risau, kedua pipi Zea diusapnya lembut. Tiba-tiba saja Bardella baik semacam. Bimbang pula kalau Bardella sapu sihir dengan Zea. Lepastu Zea tiba-tiba minta cerai, tak ke sakit jantung Hun dibuatnya.

"Takde apa, kenapa? ada apa apa yang dah jadi dengan awak ke tadi?" Tanya Zea semula kepada Hun lalu Hun mengeluh kecil sebelum bibirnya mengucup dahi Zea

"Takde abang okay je, ingatkan apa apa jadi dengan sayang tadi. Risau abang" kata Hun sebelum dia genggam tangan Zea manakala Zea curi curi untuk melepaskan tangannya dari Hun. Nak makan pun susah oleh Hun ni.

"Awak saya nak makan" kata Zea sambil membuat muka comel manakala Hun mengangguk lalu dia lepaskan tangan Zea. rambut Zea dibelainya lembut, kesian tengok Zea makan dalam keadaan satu tangannya mengusap perutnya sendiri.

'haih macam mana nak bagitau Zea ni..' getus Hun yang dari tadi rasa bersalah, Dato Fikry di depannya sekadar tersenyum nipis. Sedangkan Dato Fikry juga berat hati nak bagitau hal mesyuarat tadi kepada Bardella.

Hun mengigit jarinya sendiri lalu dia mengeluh kecil. Dalam keadaan Zea mengandung dia memang tak boleh nak tinggalkan Zea walaupun ada bik July dan Janita yang boleh tolong jagakan.

'yang jadi masalah nanti Zea yang taknak aku pergi' getusnya lagi, rasa bersalah terus membuak pada dirinya.

"Awak, kenapa dengan awak?" Tanya Zea apabila dia menyedari yang Hun jadi pendiam semacam sejak minta dilepaskan tangannya.

"Takde apa sayang, nanti kita bincang dekat rumah"

"Bincang? Bincang apa?"

"Benda ni kena bincang dekat rumah sayang, dekat sini susah sikit" balas Hun sambil tersenyum tenang.

"Kalau macam tu jom balik sekarang" ajak Zea lalu dia cepat-cepat menghabiskan air carrot kegemarannya sejak mengandung ini

"Janganlah macam tu, makanlah lagi nanti sayang lapar. Abang nak sayang gemuk" kata Hun hingga Zea cemberut mulut. Dia nak jaga badan tapi Hun pula nak sangat dia gemuk

"Nanti saya gemuk, awak tinggalkan saya.."

"Taklah eyy dia ni suka sangat fikir yang bukan bukan. Abang takkan tinggalkan sayanglah, macam mana abang nak hidup tanpa sayang nanti?" Kata Hun lalu Zea membuat muka tak percaya.

"Yeke?"

"Ye sayang betul" balas Hun yakin lalu dia menyuap mihun goreng ke mulut Zea supaya Zea berhenti berkata lagi

"Nanti lepas sayang dah bersalin abang janji akan kuruskan sayang balik biar sayang cantik selalu" kata Hun sambil menyuap Zea makan manakala Zea tersenyum suka.

"Abang taknak rosakkan kecantikan sayang, selagi masih boleh cantik. Abang akan jaga sampai sayang tua supaya abang tak digelar suami yang tau nak puaskan nafsu je" kata Hun lagi lalu Zea membuat muka terharu. Tiba-tiba saja Hun jadi romantik semacam ni.

"Tapi dekat mata abang, sayang tetap cantik walaupun ada kekurangan yang sayang ada" sambung Hun lagi manakala Bardella di sebelah terdiam.

'kenapa aku cemburu bila suami orang lain boleh cakap semanis itu dengan isteri dia' getus Bardella sambil tersenyum kelat memandang suaminya yang sedang makan. Dato Fikry takpernah bagi ayat-ayat manis.

"Hun awak kenapa cakap macam ni? Ada sesuatu ke.. janganlah buat saya suspen" kata Zea setelah habis mengunyah, sudu di tangan Hun diletak di atas pinggan terlebih dahulu

"Mana ada apa-apa, suami nak romantik sikit pun nak suspen ke sayang? Takde apalah. Janganlah fikir yang bukan-bukan pula" balas Hun sambil mencubit pipi Zea perlahan.

"Saya takcakap pun saya fikir bukan-bukan, kenapa awak tak suruh saya fikir bukan-bukan? Ke ada something yang awak sorok dari saya ni?"

"Mana ada sayang, tak sorok apa apa pun" balas Hun bagi menyakinkan Zea semula. Takkan dia nak bagitau sekarang, tak pasal-pasal dorang bergaduh di sini juga.

Zea mengangguk angguk tiba-tiba matanya mengecil melihat seorang perempuan yang dari tadi memerhati ke arah Hun

"Hun sapa tu Hun?" Kata Zea lalu dia memuncung mulut ke arah perempuan itu yang mula tersenyum manis kepada Hun apabila Hun sudah memandangnya

"Ohh tu anak Dato, Dato ada jodohkan dia kawin dengan aku. Aku nak terima tapi lepas kau bersalin lah" balas Hun nakal manakala Zea bangun menuju ke arah perempuan itu.

"Sayang sayang, abang gurau jela" kejar Hun lalu dia kembali bawa Zea duduk di tempat mereka

"Gurauan maut tu Hun, awak nak saya bunuh perempuan tu ke" kata Zea sambil ye tersenyum penuh makna.

"O--okay tak gurau dah" balas Hun tergagap gagap melihat senyuman Zea yang menakutkan itu.

[]

"Hun apa yang awak nak bincangkan tadi? Masa dekat majlis makan malam" kata Zea yang baru nak terlena itu. Tiba-tiba dia teringat yang Hun nak bagitau sesuatu dengannya lepas pulang dari majlis makan malam tadi

Hun berhenti membelai rambut Zea, lidahnya tiba-tiba menjadi kelu. Taksanggup dan tak sampai hati nak buat Zea kecewa sebenarnya.

"Sayang janji kalau abang bagitau ni jangan marah abang tau. Abang takut kalau sayang marah" kata Hun terlebih dahulu manakala Zea tergelak kecil

"Awak tak bagitau lagi, macam mana saya nak marah?" Balas Zea semula namun Hun sekadar tersenyum nipis. Zea akan marah, dia tau sikap Zea bagaimana.

Hun duduk bersila diatas katilnya manakala diikuti oleh Zea.

"Sebenarnya minggu depan abang ada outstation" kata Hun hingga Zea yang tersenyum manis itu berubah muram.

"Berapa lama?"

"2--"

"2 minggu ke?" Potong Zea apabila Hun tergagap nak membalas.

"2 bulan" balas Hun hingga Zea tergamam sebelum dia terdiam menundukkan kepalanya ke bawah

"Projek abang tu sebenarnya dekat Indonesia, abang takboleh nak tolak sebab tu usahasama dengan banyak syarikat"

"Habis saya macam mana Hun?" Tanya Zea dengan kolam matanya mula bertakung

"Kalau 2 minggu atau 2 hari saya boleh terima lagi Hun tapi ni 2 bulan.." sambung Zea yang kecewa dengan apa yang disampaikan oleh Hun tadi

"Sayang, abang janji akan settle kan secepat mungkin, abang pun taknak berlama lama dekat sana. Sayang pun tau kan abang rindukan sayang kalau berjauhan terlalu lama"

"Saya nak bersalin dah Hun lagi 2 bulan, awak janji nak teman saya waktu saya bersalinkan anak pertama kita" kata Zea lalu airmatanya tumpah ke pipi

"Ye abang tau, sebab tu abang akan balik secepatnya. Sayang tunggu abang boleh kan?" Kata Hun sambil memegang kedua pipi Zea untuk menenangkan hati gadis itu.

"Tapi Hun, saya taknak berjauhan dengan awak. Saya rindu awak Hun, tak boleh ke awak tangguhkan je projek tu?"

"Takboleh sayang, semua peserta dah setuju. Abang dah takboleh nak buat apa dah" balas Hun tatkala itu tangannya mengusap airmata Zea yang tumpah di pipi

"Kalau macam tu saya ikut" cadang Zea lagi namun Hun mengeleng lemah hingga wajah Zea berubah kecewa

"Saya taknak awak pergi Hun, saya nak tidur dengan sapa nanti. Sapa yang nak belai rambut saya sampai saya tertidur nanti. Sapa yang nak angkat saya kalau saya tertidur dekat sofa. Sapa yang nak teman saya makan. Sapa yang nak mandi sama-sama dengan saya nanti. Sapa yang boleh peluk cium saya sebelum kerja dan selepas kerja. Sapa yang nak teman saya beli barang baby. Sapa yang boleh teman saya jalan jalan kalau bukan awak Hun"

"Sayang, jangan macam ni sayang? Abang janji akan balik sebelum sayang bersalin. Abang tetap akan teman sayang bersalin, abang janji sayang tapi sayang kena sabar sikit"

"2 bulan tu patutnya awak luangkan masa dengan saya Hun. Deco bilik baby sama-sama, beli barang baby sama-sama, checkup baby sama-sama. Patutnya itulah masa yang patut kita buat bersama"

"Tapi awak selalu bersama dengan kerja awak, macam kerja awak tu bini awak dah"

"Sayang abang.."

"Saya benarkan awak pergi walaupun lagi 3 minggu kita patut pergi scan baby sama sama. Saya ikhlaskan awak pergi tapi"

"Tapi apa sayang?"

"Tapi kalau awak takde waktu saya bersalin, saya takkan bercakap dengan awak. Saya takkan benarkan awak sentuh anak saya"

"Sayang apa ni sayang..? Takkan sampai macam tu sekali kot.." balas Hun seakan takpercaya dengan kata kata Zea.

"Kalau saya tak buat macam tu, awak takkan balik dengan cepat. Awak ingat saya percaya ke yang awak boleh buat kerja dengan cepat? Saya dah serik Hun. Banyak kali awak cakap macam ni tapi semuanya kata-kata manis untuk saya" balas Zea hingga Hun terdiam tanpa kata.

Ye memang betul apa yang dikatakan oleh Zea, dia juga banyak berjanji tapi tak semua janji itu dia tepati dan berulang kali juga Zea maafkan dan tak marah bila Hun terulang benda yang sama.

"Suami tiada disamping isteri mengandung tu menyedihkan Hun, macam tulah saya bila awak selalu takde masa untuk saya"

"Due saya 2/4/2019, awak kena balik sekurangnya seminggu sebelum saya bersalin. Kalau tak awak taulah apa yang akan jadi" tegas Zea lalu dia baring semula dan membelakangi Hun ketika tidur.

"Sayang--" panggil Hun sambil menarik pergelangan tangan Zea namun Zea menepis dengan kasar

"Saya nak tidur" kata Zea perlahan sebelum dia tutup matanya rapat.

Hun mengeluh kecil, tidurnya terus jadi tak lena bila Zea tidur membelakangi dia. Zea tak marah cuma Zea kecewa bila Hun selalu tiada. Padahal Hun janji akan teman Zea pergi checkup baby 3 minggu lagi.

'haish apa aku nak buat ni' getus Hun yang susah hati dari tadi.

[]

Ibu bergilir ganti memandang anaknya Fredy dan menantunya Eiris, dari tadi tegang saja muka mereka berdua di depan rezeki tu.

"Fredry dengan Eiris, ada problem ke?" Tanya ibu manakala Fredy mengangkat kepala dengan laju sebelum dia melihat Eiris di sebelah.

Eiris tersenyum manis sambil menggeleng kepala.

"Kitaorang okay je, kenapa ibu?" Tanya Eiris semula manakala Fredy menghela lega.

"Yeke? Ibu tengok macam tegang je muka korang dua ni dari tadi" balas ibu yang ragu ragu dengan jawapan Eiris. Biasanya sewaktu makan, Fredy dan Eiris ceria bermanja manja lagi di depan ibu.

"Takde okay je, cuma Eiris senggugut harini tu yang dia diam je dari tadi. Kan sayang?" Balas Fredy tipu manakala Eiris disebelah mengangguk angguk. Period pun tidak, inikan pula senggugut

"Lah yeke? Kenapa tak cakap tadi, boleh ibu ubatkan"

"Takpe bu sikit je sakit" balas Eiris segan lalu dia menyuap mulutnya dengan makanan.

"Sikitpun tetap sakit kan? Nanti masuk bilik ibu. Ibu urutkan Ris macam biasa" balas ibu lalu Eiris terpaksa mengalah dan mengangguk dengan arahan ibu.

"Bu.."

"Erm apa?" Tanya ibu sambil menunggu Fredy berkata

"Dania mana bu?"

"Dania jalan dengan sepupu kamu Daniel tu, dia ada datang sini tadi lepastu Dania tu nak sangat ikut Daniel pergi taman dengan anak anak Daniel sekali"

"Katanya kamu dah lama tak bawa dia pergi taman cuma Eiris je selalu bawa" sambung ibu lagi sambil membuat muka selamba.

"Yela bu kan, orang busy dengan kerja sampai anak sendiri pun terabai" celah Eiris dalam nada memerli hingga ibu dan Fredy terdiam lama.

"Ris dah kenyang, Ris naik dulu ye bu" kata Eiris lalu dia bangun bersama pinggan makanan yang sudah kosong untuk ke dapur. Setelah selesai membersihkan pinggan terus dia naik ke biliknya semula

"Betul ke apa yang Eiris cakap tu Fredy?" Tanya ibu namun Fredy sekadar tersenyum nipis sebelum dia bangun bersama pinggannya juga

"Fredy dah bu, nak naik jap" kata Fredy manakala ibu menggeleng kepala. Macam macam hal yang dah jadi dengan rumahtangga anak dan menantunya sekarang.

Dengan tenang Fredy masuk ke dalam bilik yang ada Eiris di dalamnya. Eiris yang duduk di birai katil itu membelakangi Fredy, saat Fredy masuk. Eiris langsung tak menoleh belakang.

"Ris" panggil Fredy sebelum dia mendekati Eiris.

"Apa?" Tanya Eiris dingin lalu dia menoleh memandang Fredy di sebelah

"Keluar dating jom, dah lama tak keluar berdua" ajaknya sambil tersenyum manis kepada Eiris namun Eiris tidak menunjukkan apa apa reaksi langsung.

"Dahlama kau tak bawa Dania jalan kan? Dania pun dah pandai cakap macam tu. Mesti ibu dah perasan" Kata Eiris lalu dia tergelak sindir di hujung bibirnya.

"Kau marah aku lagi ke?" Tanya Fredy namun Eiris merenung ke depan. Mata Fredy langsung tak dipandang ketika Fredy sedang bercakap sedangkan dia tau Fredy tak suka bila dia bercakap tapi Eiris tidak pandang matanya.

"Bila kau nak turunkan talak dengan aku" tanya Eiris dengan nadanya serius dan keras hinggakan Fredy tersentak dengan soalan Eiris

"Jangan mengarut boleh tak, aku taknak cerai jadi jangan paksa aku turunkan talak" balas Fredy dengan nadanya hampir hampir nak tinggi.

"Apa guna teruskan perkahwinan kalau takde tanggungjawab Fredy" kata Eiris lagi.

"Kau tak nampak apa yang aku dah buat Ris, apa aku buat selama ni demi kau dengan Dania. Takkan kau takboleh nak faham aku?"

"Kau nak aku faham kau, tapi kau takpernah nak faham aku Fredy"

"Aku isteri kau tapi kau layan macam kawan kau sendiri"

"Tiap malam tinggalkan aku tidur sendiri, bila aku merajuk marah dengan kau baru kau nak tidur dengan aku. Sibuk buat kerja sampai tertidur"

"Lupa nak bagi kasih sayang dengan Dania. Kau fikir semua benda boleh diberi alasan lupa ke Fredy?"

"Kau bagi alasan lupa seolah kau tak sedar yang kau dah jadi ayah. Kau tak sedar yang kau dah jadi suami"

"Aku perlukan belaian daripada seorang suami Fredy , Dania pun perlukan kau untuk bermanja"

"Kalau kau takboleh nak bagi"

"Lepaskan aku, bebaskan Dania"

"Aku boleh jaga dia tanpa ada kau sebab waktu kau ada pun. Kau langsung taknampak macam seorang ketua keluarga" kata Eiris lalu dia tolak dada Fredy berkali kali dengan hujung jarinya.

"Eiris jangan macam ni boleh tak? Takkan sampai nak bercerai?" Tanya Fredy sambil dia mengenggam tangan Eiris namun Eiris tidak menolaknya.

"Habistu apa lagi aku boleh buat kalau kau sendiri takboleh nak berubah" balas Eiris dengan dahinya berkerut memandang Fredy

"Bagi aku peluang, aku janji aku akan ubah segalanya"
"Please" rayunya lalu dia kucup tangan Eiris dengan lama hingga Eiris terdiam. Sejuk hatinya bila Fredy begini.

"Please Eiris, bagi aku peluang. Selama ni aku takpernah minta sesuatu dengan kau, tapi kalini bagilah aku peluang. Cuma ni je aku nak" rayu Fredy lagi sekali namun Eiris sekadar diam.

"Okay"

"Okay apa?" Tanya Fredy sambil tersenyum nakal

"Ish takde apa lah" balas Eiris lalu dia tarik tangannya semula. Dah okay sikit , Fredy kembali berani bergurau dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience