"sayang bangun sayang, dah sampai rumah ni" kata Hun perlahan untuk kejutkan Zea yang sudah tertidur nyenyak di sebelah.
Hun menoleh memandang Zea, pipi Zea dipegangnya lembut sebelum bibirnya terukir senyuman kecil.
'bidadari dunia' puji Hun dihati manakala Zea mengeliat kecil sebelum dia menoleh ke kiri pula.
"Aduh" rintih Zea apabila tubuhnya terasa sakit saat dia cuba untuk menoleh, mungkin sebab perutnya yang besar.
"Sayang, sayang okay ke?" Tanya Hun lalu dia keluar dari perut kereta. Dengan perlahan dia membuka pintu kereta di tempat duduk Zea supaya Zea tak marah kerana terjaga
"Sayang jom sayang, dah sampai ni" bisik Hun perlahan sambil mengalihkan rambut Zea ke tepi, Zea mengeleng kepala sebelum dia kata tak mahu.
"Abang angkat ye sayang"
"Dukung Hun" kata Zea dengan suaranya serak basah kerana masih mamai. Hun tersenyum manis sebelum tubuh Zea diangkatnya.
"Wah tak sangka anak babah, makin hari makin berat" kata Hun sendiri. Padahal sebelum ni mampu lagi dia angkat Zea, tapi sekarang sampai boleh lenguh tangannya.
"Bukan anak babah yang berat, mamah dia yang gemuk" bisik Zea bersahaja dalam keadaan matanya masih tertutup.
Hun tergelak kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut Zea, makin gemuk pun Hun tetap sayang.
Tapi pelik kenapa lelaki muda yang hensem hensem masih nampak Zea cantik sedangkan dia sudah berusaha untuk buat Zea gemuk sampai tidak akan dipandang orang lain kecuali dirinya sendiri namun makin gemar lelaki melihat Zea.
"Hun"
"Erm?"
"Saya rasa inilah kenangan indah waktu saya mengandungkan anak sulung kita. Saya baru sedar"
Hun berkerut dahi memandang Zea yang maish terlelap, apa maksud Zea. Tiba-tiba saja, mesti ada benda Zea nak bawak dia bergaduh nanti.
"Maksud sayang? Kenangan indah macam mana" tanya Hun, lalu dia menekan butang lift untuk naik ke tingkat biliknya. Dah tak mampu nak naik tangga lagi.
"Kenangan indah yang macam awak tengah buat sekarang" balas Zea lalu dia merangkul leher Hun dengan erat.
"Sejak awal saya mengandung, saya selalu merungut sebab awak takde masa untuk saya. Tapi bila difikirkan balik, awak takpernah merungut masa nak angkat saya saat saya tertidur di tempat yang bukan bilik kita"
"Awak takpernah mengeluh cakap saya berat, saya takpernah dengar awak sebut perkataan penat. Biarpun awak baru balik daripada kerja sampai awak penat, sakit belakang sebab duduk berjam jam dekat office"
"Sayang kenapa tiba-tiba jadi romantik ni, nak ngoda abang ke"
"Kalau nak ngoda, ngodalah lepas pantang nanti sayang. Sekarang takbolehlah sayang" balas Hun hingga Zea membuka mata lalu dia menikam mata Hun tajam.
"Mana ada,saya serius ni. Awak ni kan! Asyik-asyik fikir lain" rungut Zea namun Hun tersenyum nakal. Apa taknya, tiba-tiba je mood romantik Zea datang.
Sampai saja di bilik. Zea dibaringkan di atas katil manakala Hun mengambil kain mandi untuk membersihkan dirinya dulu sebelum dia tidur.
"Nak mandi sekali tak sayang"
"Taknaklah, nanti awak naik bulu pula" balas Zea sebelum dia bungkuskan dirinya dengan selimut tebal. Tunggu dia rasa panas baru dia akan bangun untuk mandi.
"Ala sayang ni, tak romantik lah" kata Hun sambil ketawa nakal manakala Zea menutup kedua telinganya agar dia tak sakit hati sendiri dengan ketawa Hun.
Setelah Hun masuk ke tandas, Zea cepat cepat bangun daripada baring. Buku note yang dia simpan di bawah pakaiannya dia ambil.
"2/4/2019 , sikit lagi" kata Zea sendiri sambil tersenyum kecil. Tarikh itu adalah tarikh dia akan melahirkan anak pertamanya. Ada lagi 2 bulan setengah, Zea akan digelar sebagai ibu.
Buku Note itu diletak semula ke tempat asalnya sebelum Zea menukar pakaiannya dengan pakaian tidur.
"Awh" rintih Zea perlahan apabila tulanh belakangnya mula terasa sakit. Tapi itu sudah jadi kebiasaan sejak mengandung. Zea menoleh ke arah tandas, tiba tiba saja tiada bunyi air di tandas.
'Hun dengar ke tadi?' getus Zea lalu dia menekup mulutnya sendiri dengan matanya membesar sendiri
"Sayang jangan banyak gerak sayang, baring je dekat katil tu" kata Hun dari tandas hingga mata Zea membesar. Memang betul Hun boleh dengar walaupun Zea merintih kecil. Setelah itu barulah bunyi air mengalir kedengaran.
Teliti betul Hun dalam bab bab mendengar, mungkin sebab dia terbiasa dengan kemahiran pertahanan diri. Bunyi derapan kaki, bunyi berbisik, bunyi bernafas dan segala gala bunyi. Hun boleh dengar dengan jelas.
"Okay!" Balas Zea lalu dia terjingkit-jingkit kaki ke arah katil semula setelah siap menukar pakaiannya.
[]
"Fredy, boleh tak stop. Tolonglah luangkan masa dengan Dania dulu, budak tu dari tadi nak bawak kau main tapi kau sibuk dengan urusan kau yang dari tadi tak selesai selesai" bebel Eiris di depan pintu bilik kerja Fredy.
Fredy memandang Eiris sebentar lalu dia kembali fokus kepada kerjanya semula. Kata kata Eiris langsung tidak dipedulinya.
Eiris tersenyum geram lalu dia menutup pintu bilik kerja Fredy dengan kuat namun Fredy masih mengabaikan dia.
Eiris melangkah laju ke bilik anak perempuannya Dania yang sudah berumur 4 tahun itu. Mainan Dania di atas lantai di masukkan ke dalam bakul yang sememangnya khas untuk letak tempat mainan
"Ibu, kenapa ibu ambik mainan Nia" kata gadis itu yang hampir hampir mau menangis melihat Eiris mengemas mainannya dalam keadaan marah.
Eiris tersenyum kecil sebelum dia mencangkung di depan anaknya Dania. Kedua pipi anaknya dipegang manakala matanya tetumpu ke mata Dania.
"Harini kita tidur rumah nenek nak tak? Nia mesti rindu nenek kan?" Kata Eiris manakala Dania tersenyum suka sambil mengangguk laju.
"Ayah ikut juga ke ibu?" Tanya Dania hingga senyuman Eiris mati. Sebenarnya dia kalau boleh dari awal lagi tak mahu kenal Fredy, Fredy sentiasa sibuk dengan kerjanya malah Fredy sering menipu dia juga.
Setiap malam Fredy akan pulang lewat, kerana sibuk lepak dengan kawan kawannya sampai tengah malam. Itupun Eiris tak tau, kawan perempuan atau lelaki.
"Ayah tak ikut sayang, ayah ada kerja sikit" balas Eiris sambil tersenyum manis namun Dania pula mengeluh kecil
"Kenapa ayah selalu dalam bilik kerja bu? Ayah taknak jumpa Nia ke? Ayah tak sayang Nia ke bu?" Tanya gadis itu bertubi tubi hingga air matanya bertakung sendiri
"Tak, bukan macam tu sayang. Ayah memang sayangkan Nia cuma Ayah ada kerja yang kena diselesaikan sekarang" balas Eiris lalu dia memeluk tubuh anak perempuannya.
"Dah jom kita pergi sekarang sebelum hari nak gelap nanti" balas Eiris dengan bergegas menyumbat baju Nia di dalam beg pakaian kecil.
"Jom" ajak Eiris sambil mendukung Dania menuju ke luar dengan pantas bersama beg pakaian di tangannya. Dania di letak di kerusi sebelah manakala Eiris di kerusi memandu.
"Pakai tali pinggang tu sayang, bahaya nanti" pesan Eiris sebelum keretanya bergerak keluar daripada halaman rumah itu.
Eiris mengertak giginya dengan kuat untuk menahan dirinya dari menangis. Sejujurnya dia kecewa dengan sikap Fredy yang kian berubah dengannya.
'Ya Tuhan, tolong aku demi Dania' getus Eiris di hati. Kalau boleh dia takmahu bersama Fredy lagi, cukuplah perangai Fredy selama ini sangat mengecewakan dia.
Mengambil keputusan untuk bebas daripada disakiti itu mudah namun Eiris masih terfikirkan dengan nasib Dania nanti. Dia tak mahu Dania kecewa dan sedih bila Eiris sudah berpisah dengan Fredy nanti.
Eiris menoleh ke arah anaknya saat lampu isyarat menunjukkan merah tanda berhenti.
"Nia"
"Ye bu?"
"Ibu minta maaf" kata Eiris tiba-tiba namun Dania membalas dengan senyuman manis hingga membuatkan Eiris rasa bersalah.
Dia takut senyuman manis itu akan hilang dari wajah Dania.
POV FREDY
"Ris?"
"Nia?"
Hampir satu rumah aku keliling untuk mencari Eiris dan Dania namun batang hidung mereka langsung tidak kelihatan.
"Kau ni Ris suka sangat menyusahkan aku" gumam Fredy sendiri sebelum dia mendail nombor telefon Eiris namun bunyi telefon Eiris berada di biliknya sendiri.
"Bodoh, dia takbawak fon pula" carut Fredy lalu dia bergegas memakai baju biasa sebelum dia keluar meninggalkan rumah itu untuk ke rumah ibunya.
Sampai saja di kawasan rumah ibu, terus Fredy menghela lega. Kereta Eiris ada diparking di situ, maknanya Eiris ada di dalam bersama Dania.
Fredy mengetuk pintu rumah ibunya berkali kali supaya ibunya dengar.
"Eh Fredy pun ada, ingatkan kerja tadi" kata ibu sebelum dia membuka pintu rumah itu luas. Sudah jam 9 malam baru Fredy , baru Fredy perasan yang Eiris dan anak perempuannya tiada di rumah.
"Takdelah bu, Fredy tak kerja pun" balas Fredy sebelum dia membuka kasutnya untuk masuk ke dalam rumah. Matanya sibuk mencari cari kelibat Eiris dan Dania.
"Eiris mana bu?"
"Ada tu kat bilik, baru je dia naik lepas makan malam tadi" balas ibu sambil menutup pintu rumah dengan rapat, tidak lupa juga dikuncinya.
"Nia?"
"Harini Nia tidur dengan ibu. Ibu rindu sangat dengan dia, dia pun cakap tadi yang dia nak tinggal dengan ibu sampai esok" balas Ibu manakala Fredy sekadar mengangguk faham.
"Fredy naik dulu bu, nak jumpa Eiris" kata Fredy manakala ibu mengangguk meninggalkan Fredy terlebih dahulu. Fredy bergegas naik ke bilik yang Eiris selalu tumpang bila datang bermalam ke situ.
Eiris menoleh ke arah pintu saat pintu biliknya di buka oleh seseorang.
Nampak saja Fredy yang masuk terus Eiris berpaling ke arah lain sambil berpura-pura sibuk menyapu losyen pelembap di tangannya.
Fredy mendekati Eiris di birai katil , wajah Eiris di renungnya dari tepi namun Eiris langsung tak pandang.
"Asal kau tak bagitau aku yang kau tidur dekat rumah ibu aku harini?" Tanya Fredy namun Eiris tidak membalas langsung sebaliknya dia bangun mengambil krim malam pula untuk disapu ke wajahnya.
"Ris aku tanya kau ni" kata Fredy lalu dia mendekati Eiris di meja cermin.
"Asal kau diam je ni? Susah sangat ke nak jawab soalan aku" kata Fredy dingin lalu Eiris menoleh menikam mata suaminya itu tajam
"Kalau aku bagitau pun apa gunanya kalau kau sendiri tak peduli" balas Eiris lalu dia menjeling Fredy sebelum dia kembali ke atas katil.
"Sekurangnya informlah supaya aku tak cemas risaukan kau dengan Nia" balas Fredy dan lagi sekali dia ikut Eiris ke mana Eiris pergi.
"Takpayah nak acah-acah cemas lah Fredy, aku boleh jaga anak aku even kau takde sekali pun" balas Eiris dingin hingga Fredy terdiam mendengar ayat yang keluar dari mulut Eiris.
"Apa maksud kau ni, kau fikir Nia tu anak kau sorang jeke? Aku ayah dia mestilah aku cemas bila dia takde dekat rumah" balas Fredy namun Eiris berpaling membelakangi lelaki itu.
"Boleh tak kau jangan biadap sangat Ris? Aku tengah bercakap dengan kau tapi kau tidur membelakangi aku" kata Fredy dingin lalu Eiris bangun daripada baring kepada duduk berhadapan dengan Fredy.
"Boleh tak kau bagi perhatian lebih dengan anak kau sendiri Fredy? Anak kau perlukan kau tapi kau sibuk dengan kerja" balas Eiris dengan mengajuk semula kata Fredy namun menukar sedikit ayatnya.
"Kau pun tau kan aku sibuk kerja Ris, kalau kau tau aku sibuk kau tolonglah bekerjasama untuk layan Nia kejap"
"Kejap kau kata? Selama kita kawin ni kau lebih kepada kerja kaulah Fredy. Macam kerja kau tu anak kau yang sebenar benarnya"
"Apa aku nak jawab bila Nia tanya kenapa kau asyik berkurung dekat bilik, balik lewat sampai tengah malam sebab lepak dengan kawan"
"Apa aku nak jawab bila Nia tanya kenapa aku dengan kau asyik bergaduh bertengkar di rumah"
"Apa aku nak jawab bila Nia tanya samaada kau masih sayangkan dia atau tidak!" Jeritnya tinggi hingga Fredy terkedu.
"Dia anak kau Fredy! Dia akan terkesan kalau kau terus macam ni!" Kata Eiris tinggi sambil jarinya menolak nolak dada Fredy.
"Kalau kau terus macam ni, aku pun akan turut masak dengan perangai kau sekadang"
"Lepaskan aku kalau kau rasa dah hilang rasa tanggungjawab sebagai ketua keluarga" tegas Eiris dengan airmatanya mengalir kerana kecewa hingga Fredy tergamam.
"Ris ak--" baru saja Fredy mahu memegang pergelangan tangan Eiris tiba-tiba Eiris menepis kasar
"Jangan sentuh aku lah!" Eiris menolak tangan Fredy dengan kuat saat Fredy mahu menyentuhnya untuk memujuk.
"Kalau aku tau kau macam ni, dari awal lagi aku takkan pandang kau! Aku menyesal kenal kau sampaikan aku selalu menangis dengan perangai kau sekarang. Kau tau tak"
"Ris aku minta maaf, ak-"
"Aku nak tidur, please jangan ganggu aku. Jangan bagi aku stress please" rayu Eiris lalu airmata dia mengalir merenung mata Fredy manakala Fredy terkilan. Ini kali pertama dia nampak Eiris menangis terang terangan didepannya.
Selalunya Eiris akan menangis diam diam.
Eiris membungkus dirinya dengan selimut dalam keadaan membelakangi Fredy.
Fredy mendekati Eiris, saat dia mahu memeluk pinggang Eiris dari belakang terus Eiris menolak tangan Fredy
"Aku minta maaf, aku betul-betul minta maaf tapi aku cuma nak kau tau yang aku sayangkan kau sayangkan Nia dan keluarga kecil kita" bisik Fredy di telinga Eiris namun Eiris buat tak endah.
'kalau betul kau sayang, kau takkan buat aku menangis macam ni Fredy' getus Eiris lalu dia menangis dalam diam.
Share this novel