"katil baby dan beli warna apa wak?" Tanya Zea, banyak betul pilihan warna yang menarik hatinya sampai dia tak boleh nak pilih mana satu lebih sesuai dengan citarasanya
"Beli warna hitam" balas Hun lalu Zea menjelingnya tajam
"Awak ni tak harmoni langsung lah, takkanlah katil anak sendiri pun warna hitam. Gelap masa depan anak saya" balas Zea sebelum dia berfikir lama sebelum memilih
"Kalau macam tu beli warna kelabu" balas Hun pula dan lagi sekali Zea menjeling tajam
"Hidup awak ni langsung takpenuhi dengan warna warni kan? Fikirlah warna ceria sikit" balas Zea manakala Hun kelihatan sedang memikirkan sesuatu
"Habistu, warna tu je yang cantik bagi abang" balas Hun sebelum dia mengeluh. Penat fikir , tapi warna hitam dengan kelabu juga cantik baginya.
"Bukan awak pun yang guna nanti, anak saya"
"Anak kita sayang" balas Hun untuk betullah semula ayat Zea itu
"Ye ye anak kita"
"Beli warna birulah sayang, anak kitakan lelaki"
"Yess itu yang saya nak dengar, betul-betul. Warna biru sesuai untuk baby lelaki" balas Zea lalu dia kembali melihat tag harga yang di lekat.
'Rm879, promosi hingga 30.3' baca Zea perlahan lalu mulutnya terlopong besar. Promosi apa macam tu? Masih macam harga asal. Cuma dipotong sebanyak 15 ringgit sahaja.
"Mahallah Hun, takde kedai lain ke?" Bisik Zea di telinga Hun, sekarang baru dia perasan harga barang bayi di situ semuanya mencecah ratus ringgit
Paling murah botol susu tapi itu pun Rm30. Inikan pula katil bayi, belum lagi tilam. Baru perabotnya saja sampai 800 lebih.
'30 ringgit tu boleh beli jus carrot sampai 25 cawan' getus Zea di hati.
"Murahlah, apa yang mahalnya" balas Hun selamba manakala Zea di sebelah terkebil-kebil melihat Hun
"Kenapa? Abang salah cakap ke?" Balas Hun apabila Zea merenungnya lama di sebelah.
"Jom pergi kedai lain, sini mahal" kata Zea seperti berbisik supaya pekerja disitu tidak kecil hati.
"Mana ada mahal, bukannya berjuta pun harga dia" balas Hun lagi
"Dalam bank abang banyak duit simpanan lah sayang, beli jela apa apa" balas Hun sebelum dia mendekati pakaian bayi di depan
"Lupa pula, orang kaya mana tau mahal. Semua bendalah dia nampak murah" gumam Zea perlahan lalu dia mengekori jejak Hun setelah dia sudah menunjuk katil bayi yang menjadi pilihan hatinya kepada pelayan pekerja disitu.
"Beli baju banyak sikit sayang, nanti sayang pantang. Takboleh nak gerak banyak"
"Beli 15 pasang dulu Hun" balas Zea namun Hun mengeleng kepala membalas jawapannya.
"Excuse me" kata Hun kepada pelayan kedai itu
"Tolong kumpulkan pakaian bayi lelaki dari umur awal bulan sampai 5 bulan. Asingkan semua baju ikut umur. Satu umur sekurangnya 15 helai baju, lepastu letak dekat tepi kaunter dalam bakul ye" arah Hun manakala pelayan itu mengangguk hormat.
"Isteri saya mengandung jadi dia takboleh nak gerak banyak" alasan Hun hingga Zea disebelah terlopong mulut. Dia tak cakap apa apa lagi, Hun dah pandai-pandai gunakan dia.
'15×5=75..'
"Hun awak nak beli barang ke atau nak borong satu kedai ni. 15 darab umur 5 bulan semuanya 75. Anak kita satu je Hun bukannya 3 orang" bebel Zea di tepi namun Hun membalas dengan senyuman manis.
"Apa salahnya buat persiapan awal-awal, ni anak pertama kita jadi saya taknak dia pakai baju yang sama tiap hari" balas Hun hingga Zea meluat mendengarnya. Mata anak putihnya di naikkan ke atas.
"Tilam dah ambik ke tadi sayang?"
"Dah satu set dengan katil tadi" balas Zea lalu dia ekori lagi langkah Hun disebelah pula
"Ambilkan baby highchair portable with cushion wheels booster seat tu" kata Hun kepada pelayan yang menjaga dibahagian situ.
"Set warna apa Tuan nak?" Tanya pelayan itu lalu Hun menoleh memandang Zea
"Nak warna apa sayang?"
"Warna Cyan" balas Zea tidak menolak walaupun dia sudah nampak tag harganya sampai mencecah 500 ringgit.
"Pandai-pandai Hunlah, nanti dia juga yang bayar" gumam Zea sendiri supaya Hun tak dengar ngumpatnya tentang suaminya sendiri.
Dia pula yang rasa seram sejuk tengok harga barang yang diambil oleh Hun. Kalau boleh paling mahal juga lelaki itu ambil
"Hun jimatlah sikit, jangan main ambik je tengok harga tu dulu sebelum buat pilihan" kata Zea
"Mana ada main main, tengah seriuslah ni"
"Lagipun duit kat bank abang, banyak sangat sampai abang tak tau nak buat apa dengan duit tu"
"Tapi biasanya yang mahal tu kualitinya tinggi" balas Hun lagi sambil tersenyum tenang sedangkan Zea dalam keadaan ragu-ragu sekarang.
"Kualiti tinggi apanya. Membazir lagi adalah" balas Zea namun Hun tidak peduli langsung dengan kata-kata Zea, sebaliknya dia beli sebanyaknya seolah dia pula yang akan guna.
Setelah selesai memilih barang, Hun dan Zea serentak ke kaunter pembayaran.
"Semuanya RM4058 Tuan, bayar tunai atau guna kad?" Tanya pelayan itu hingga mata Zea membesar mendengar jumlah keseluruhan harga barang yang akan dibayar.
Hun tersenyum kecil melihat gelagat Zea gelabah tak tentu pasal di sebelah. Perlahan Hun menyiku lengan Zea.
"Rilex sayang, jangan cuak sangat" bisik Hun di telinga Zea manakala Zea sekadar tersenyum kelat.
"Kad" balas Hun ringkas sambil mengeluarkan kad bank daripada dompet sebelum diberi kepada pelayan yang bertugas di kaunter itu
Setelah selesai kad bank diberi kepada Hun semula bersama resit pembayaran sebagai bukti
Serentak itu, ada beberapa lelaki yang datang mengangkat barang barang yang dibeli Hun tadi dibawa keluar daripada kedai itu manakala Zea terkebil-kebil, begitu juga pekerja di kedai itu.
"Bila awak panggil orang-orang tu?"
"Sebelum kita masuk kedai lagi" balas Hun tenang sebelum tangannya turun mengenggam tangan Zea
"Jom makan petang dulu" ajak Hun manakala Zea tersenyum manis.
'smartnya suami aku' getus Zea dihati lalu dia lepaskan tangannya dari genggaman Hun sebelum dia peluk lengan Hun dengan erat.
"Sayang abang.." kata Zea tiba-tiba hingga Hun di sebelah memandangnya dengan riak wajah tidak percaya.
"Mestilah sayang sayangkan abang, takkan tak sayang pula" balas Hun sebelum dia cubit hidung mancung Zea.
"Nanti lepas dah dapat nama anak kita. Abang rancang nak tukar nama hotel dengan nama anak kita" kata Hun tiba-tiba hingga Zea disebelah tergelak kecil
"Abang ni dah kenapa tiba-tiba je nak tukar? Dulu kata nak kekalkan nama hotel ayah abang tu. Takkan dah ubah fikiran pula" balas Zea sambil mengeleng kepala kecil
"Saja untuk peringatan anak pertama abang nanti" balas Hun hingga Zea tersenyum kecil dan mengangguk
"Ikut abanglah, Zea okay je" balas Zea
"Jap abang macam perasan sesuatu lah"
"Perasan apa?" Balas Zea sambil keningnya diangkat ke atas
"Sayang panggil abang dengan panggilan 'abang' berterusan tadi" balas Hun
"Apa awak ni? Itu pun nak pelik sangat ke"
"Ala sayang teruslah panggil abang"
"Melting teruklah dengan panggilan tu" kata Hun lagi hingga Zea tersenyum makin lebar.
"Abang ni ada-ada jelah" balas Zea sambil tergelak kecil
"Tengoklah sayang panggil macam tu lagi terus abang makin bersemangat nak jalan" balas Hun sebelum dia terjerit kecil kononnya gembira manakala Zea pantas menekup mulut Hun apabila orang ramai mula perhatikan mereka.
"Sayang..abang sesak nafas dah ni" rungut Hun sambil berusaha melepaskan tangan Zea daripada mulutnya.
[]
"Sayang abang kenapa ni? Muram je" Sadly mendekati Ellyna setelah selesai membersihkan badan. Dari dia balik tadi, Ellyna banyak mendiamkan diri
"Takde apa" balas Ellyna sambil tersenyum kecil mengenggam kasut bayi kecil yang dihadiahkan oleh kawannya tadi
Mata Sadly turun memandang kasut di tangan Ellyna, dengan perlahan dia ambil kasut itu
"Sebab tu ke? Sayang abang ni muram aja dari tadi" kata Sadly manakala Ellyna diam tak menjawab. Kalau sudah diam itu maksudnya iya.
"Kawan sayang bagi hadiah tu tadi, dia ingat yang sayang akan mengandung nanti sebab perkara tu akan terjadi untuk pasangan yang dah berkahwin" balas Ellyna sambil tersenyum kelat.
"Abang akan tinggalkan sayang ke kalau sayang takboleh nak bagi abang anak langsung?" Tanya Ellyna hampa namun Sadly didepan terdiam lama.
"Sayang, apa pun jadi abang takkan tinggalkan sayang. Abang dah janji kan?"
"Sayang janganlah cakap macam tu, abang tak suka sayang sedih pasal takboleh mengandung tu. Rezeki Tuhan mana kita tau kan?" Pujuk Sadly namun airmata Ellyna malah tumpah ke pipi
"Jangan macam ni sayang? Abang taknaklah tengok orang yang abang sayang sedih macam ni" kata Sadly lalu dia seka airmata Ellyna dengan tangannya yang kasar.
"Macam mana kalau saudara abang mengata yang sayang ni mandul nanti?" Kata Ellyna lagi lalu Sadly kelihatan seperti mengeluh kecil.
"Mulut orang kita takboleh nak tutup, tapi kita boleh buat buat tak dengar. Anggap je orang yang mengata kita tu, orang yang suka dengan kisah hidup kita"
"Kenapa perlu sibuk dengan rumahtangga orang lain? Nampak sangatlah orang tu ada penyakit hati"
"Betul tak?" Sambung Sadly lagi, setelah mendengar itu barulah terbit senyuman kecil di bibir Ellyna.
"Sayang minta maaf sebab takboleh bagi abang anak..sayang betul-betul minta maaf abang.." ucap Ellyna lalu dia peluk tubuh Sadly dengan erat, tangisannya dilepaskan dengan pelukan.
"Takpela, takde anak pun abang okay je. Boleh berdua 24 jam macam ni kan?" Kata Sadly lagi manakala tangisan Ellyna menjadi lebih kuat pula
"Tipulah kalau abang tak teringin nak ada anak..abang tipu je tahu tau! Benci lah abang ni" balas Ellyna sebelum dia tampar dada Sadly perlahan hingga lelaki itu tergelak kecil di buatnya.
"Yela yela, ambik anak angkat pun abang okay juga. Janji sayang tak sedih" balas Sadly manakala Ellyna laju meleraikan pelukan.
"Abang okay ke? Sayang ambik anak angkat"
"Ye okay" balas Sadly hingga Ellyna ternangis tanpa sengaja.
Haritu Sadly tak bagi dia ambil anak angkat, kononnya lelaki itu okay hidup tanpa anak. Padahal Ellyna tau yang Sadly, siang malam memikirkan cara untuk ubati Ellyna biarpun dia tau peluang Ellyna untuk mengandung sangat tipis.
[]
Zea mencucuk belakang Hun lembut berkali kali dengan hujung kukunya yang pendek.
"Abang.." panggil Zea menderet deret hingga belakang Hun tegak mendengar Zea memanggilnya dengan panggilan abang.
Hun yang tidur membelakanginya terus kembali menoleh ke depan Zea semula.
"Sorry abang tak perasan tertidur membelakangi sayang" kata Hun, padahal dia dan Zea janji takkan tidur begitu sebab nampak biadap.
"Takpe"
"Sayang kenapa tak tidur lagi?"
"Nak ajak abang berjaga lagi ke" kata Hun perlahan sambil matanya masih tertutup. Zea pula tergelak kecil, tau tau je Hun ni yang Zea nak Hun turut tidur lewat bersamanya.
"Abang rasa nama apa yang sesuai dengan nama anak kita nanti?"
"Apa apa je yang sayang rasa sesuai, abang ikutkan aje" balas Hun yang masih mamai manakala Zea terdiam lama sambil merenung lama kepada Hun yang menutup mata itu.
Lama Zea mendiamkan diri, terus Hun membuka mata. Buka saja mata, Hun terbutang mata melihat Zea yang berambut panjang di seluruh mukanya seperti pontianak.
Hampir-hampir dia mahu menolak Zea jatuh ke katil namun dia sendiri yang mengundur ke belakang terlebih dahulu hingga badannya hampir jatuh dari katil itu
"Sayang, terkejutlah abang macam ni..." Kata Hun sambil dia mengurut dadanya yang terasa sesak.
Zea kembali mengalihkan rambutnya ke belakang semula lalu dia kembali merenung Hun tajam
"Abang ni macam taknak layan saya je.."
"Mana ada, abang ngantuk sikit tadi. Sekarang tak ngantuk dah" balas Hun supaya Zea tak ambil hati.
"Saya nak awak cadangkan nama huruf anak kita nanti..saya nak awak juga.."
"Sayang panggillah 'abang' tak romantik lah macam tu"
"Ish apa apa jela! Cepatlah cadangkan huruf yang abang suka" balas Zea manakala Hun kembali tersenyum suka apabila Zea memanggilnya abang.
"Abang rasa abang suka huruf L, sayang pula?" Tanya Hun kembali manakala Zea kelihatan seperti berfikir sesuatu
"Kalau abang suka, saya pun suka huruf tu juga" balas Zea sambil tersenyum manis manakala Hun mencubit pipinya geram
"Abang apa ni, tiba-tiba je cubit pipi saya" rungut Zea sambil memandang bengang kepada Hun manakala Hun ketawa nakal tanpa sebab.
"Comel, rasa nak kunyah je" balas Hun hingga mata Zea membesar
"Eyy geram pun janganlah sampai nak makan saya. Gila ke" balas Zea tinggi sebelum tangannya turun mencubit perut Hun yang berotot hingga Hun ketawa kegelian di depannya.
"Ah hahaha geli sayang" gelak Hun nakal sambil mengambil kesempatan memegang punggung Zea.
"Arhh abang ni ambik kesempatan lah!"
"Dahla tidur balik"
"Taknaklah tidur, sapa suruh kejutkan harimau gatal tidur tadi"
"Ahh yela yela, saya dah menyesal. Pergilah tidur, saya nak tidur byee!"
'nama huruf L apa yang smart dengan anak aku nanti..'
'yang penting nama tu aku sendiri yang cadangkan' getus Zea di hati. Kalau bagi Hun yang cadangkan mesti pelik-pelik dia bagi.
cadangkan nama lelaki huruf L hihi. Zea buntu <3
Share this novel