II 25 BOY@GIRL?

Romance Completed 33106

"what?"

"Mengandung?" Kata Zea sambil terkebil-kebil melihat Ellyna dan Sadly di depan. Tak lama itu Zea membuat muka sambil menyilangkan tangan di depan mereka

"Akak tak percaya, haritu pun Ellyna prank akak macam ni. Jangan harap akak boleh lupa" balas Zea sambil menarik mukanya

Pregnant test yang digunanya di letak di atas meja berhadapan depan Zea dan Hun. Hun terbutang mata sambil bergilir gilir memandang Sadly dengan Ellyna

"Aku dah agak sperma kau ni memang kuat" kata Hun kepada Sadly hingga Ellyna membesar mata lalu dia pukul riba Hun kuat

"Hehe abang gurau je" balas Hun sambil melihat benda itu, Zea pula masih memandang ke arah lain tak mahu melihat benda itu takut di prank seperti haritu.

"Sayang tengoklah dulu, memang betullah Ellyna ni pregnant" kata Hun lalu dia selamba menunjukkan alat itu di depan muka Zea kalau boleh sampai terkena mata pun jadi

"Eh"

"Serius ke ni Ell?"

"Ye seriuslah, takkan akak tak percaya Ell?"

"Macam mana nak percaya,Ell dah tipu akak haritu eyyy! Dah la akak gembira teruk masa tu last-last prank" dengus Zea geram lalu dia genggam tangan Ellyna

"Tak nak cakap apa apa untuk Ell ke?"

"Eiii yela, congrats!" Balas Zea sambil memuncung mulut

"Dah berapa bulan? Berapa minggu? Berapa hari? Saat dan minit?" Tanya Zea bertubi tubi hingga Hun dan Sadly di sebelah tergelak kecil

"Baru 4 minggu je kak" balas Ellyna lembut

"Akak tak rancang nak ada anak lagi ke?" Soal Ellyna manakala Hun disebelah berdehem kuat

"Tengah lah ni Ell ehem, kejap lagi pregnant lah tu" balas Hun sambil tersenyum nakal melihat Zea dari tepi manakala Sadly buat-buat tak dengar supaya Zea tak malu.

"Abang jangan nak celupar sangat boleh tak? Tidur luar nanti baru tau" ugut Zea manakala Hun cepat-cepat membuat muka serius

"Akak rasa baby boy ke baby girl anak akak nanti?"

"Of course lah baby girl" balas Zea sambil membuat muka bangga

"Abang rasa boy lah sayang" potong Hun hingga mood Zea berubah benggang. Zea merenung Hun lama manakala Ellyna dan Sadly saling berpandangan antara satu sama yang lain

"Haah betul tu abang pun rasa anak kita nanti baby girl. Pandai sayang teka" balas Hun sambil ketawa hambar manakala Ellyna dan Sadly turut ketawa walaupun tiada benda yang lucu untuk di ketawa.

"Dah la jom minum petang, rasanya Bik July dah siap buat air dah tu" ajak Zea lalu dia bangun untuk mengambil air di dapur manakala Hun pula menghela lega. moodnya boleh berubah bila-bila waktu saja sama seperti tadi

"Takut betul eh abang dengan kak Zea tu hihi" ketawa Ellyna kecil, padahal Hun tu di luar nampak gengster cuba kalau dengan Zea terus jadi kucing pemalu

"Sapa je tak takut, Zea kalau dah ugut dia memang serius buat. Kalau abang tidur luar macam mana abang nak raba dia waktu tidur kan?" Balas Hun selamba sambil mencuri curi memandang Zea di dapur ketika itu Sadly pula terkejut mendengar kata-katanya itu.

"Abang ni, ke situ pula"

"Ell , Ell tau tak. Abang boleh mati kalau sehari tak pandang muka, tak bercakap, tak sentuh kak Zea tu. Mesti kak Zea tu buat-buat abang sampai abang ketagih sangat dengan kak Zea tu"

"Apa abang cakap!!!" Jerit Zea tinggi, dia yang berada di belakang Hun sambil membawa dulang minuman itu turun naik nafas mendengar Hun mengutuknya seperti itu.

"Eh sayang, mana ada abang tak cakap apa apa pun"

"Sini abang tolong bawakan" kata Hun sambil tersenyum kecil lalu dia ambik dulang minuman dari tangan Zea. Zea yang tengah marah itu, dia buat macam tiada salah

"Duduklah sayang, mesti sayang penatkan?" Kata Hun sambil menarik tangan Zea lembut hingga Zea duduk di sofa. Sadly dan Ellyna pula menahan ketawa di depan. Tau juga takut.

"Nak mati cakap ye bang, Zea ni tak takut pun jadi janda" ugut Zea sambil memandang Hun dari atas ke bawah semula, Hun pula sibuk mengusap belakang Zea supaya lembut hati semula

"Taklah sayang, sayang salah dengar tadi tu. Abang tak kata apa pun, serius sayang.."

"Ulang lagi, saya potong abang punya tu..." Kata Zea lalu matanya turun di bahagian tengah seluar Hun manakala Hun pula pantas menutup bahagian itu.

"Sayang ni..janganlah.."

[]

"Sayang, Bardella call ni" kata Hun lalu dia cepat-cepat memberi telefon di tangan Zea. Zea yang baru selesai mandi itu kelam kabut menyambut panggilan daripada Bardella.

Zea duduk sebentar di tepi birai katil manakala Hun pula senyap senyap membaringkan kepalanya di riba Zea.

"Hello? Bardella ye kenapa u call?" Tanya Zea sambil terkejut melihat Hun di ribanya. Sudahlah dia hanya bertuala, suka betul Hun ambil kesempatan waktu-waktu begini

'i nak bawak u shopping, u free tak esok?'

"Yes i free"

'so boleh u ikut i? Hun bagi tak kalau u ikut i ni?'

"Hun bagi je lagipun esok Hun cuti so adalah yang tolong jagakan Lud nanti"

'okay, i set masa and location kat whatsapp tau. Apa apa perubahan i chat u back okay?'

"Okay i faham, bye" telefon di letak lalu mata Zea turun memandang Hun di ribanya

"Esok saya nak shopping"

"Boleh sayang, nanti abang bagi kad bank" balas Hun sambil mencuit dagu Zea. Mata dia dan mata Hun ketika itu saling bertembung tanpa kelipan langsung.

"Sayang kenapa pandang abang lama macam tu?" Tanya Hun sambil tersenyum poyo di depan Zea manakala Zea pula masih tersenyum tenang

"Takboleh ke saya pandang muka suami saya yang hensem ni?" Balas Zea sambil memuji Hun di dalam ayatnya.

Tangan Hun naik memegang pipi kanan Zea sebelum dia mendaratkan bibirnya di bibir Zea, manakala Zea pula merendahkan kepalanya ke bawah.

"Hun.." dengan perlahan Hun membaringkan tubuh Zea sebelum dia menukar posisi di atas Zea manakala Zea di bawah pula

Perlahan-lahan Hun melonggarkan kain mandi di tubuh Zea sebelum tangannya meliar di pehanya. Zea pula membuka butang baju Hun di atas.

Batang leher Zea dicium perlahan

"Mamah babah!!"

"Lud dah sampai!"

Zea dan Hun tersentak, kedua mereka saling berpandangan. Dengan pantas, Zea menolak Hun ke tepi lalu dia pakai baju pakaian dalam dan baju tidur yang mudah di sarung ke tubuh.

Hun pula memasang butang bajunya semula lalu dia kemas katil mereka supaya rapi seperti awal.

"Haish Lud ni tak baik chance la, pagi tadi kata nak tidur rumah ibu" bebel Hun sendiri manakala Zea sudah siap sedia membuka pintu bilik.

"Mamah" jerit Lud perlahan lalu dia peluk tubuh Zea manakala Zea mendukung Lud sebelum di baringkan di atas katil, Hun pula siap sedia baring di atas katil

"Lud dah fikir masak-masak, Lud tak jadi nak tidur rumah ibu sebab takut mamah rindu Lud" kata Lud sambil mencium pipi Zea

"Mamah tak rindu Lud pun, Mamah dah bahagia pun tadi masa Lud takde" kata Hun di sebelah dalam nada perlian

"Babah sibuk! Pergi lah sana tidur kat luar! Biar Lud dengan mamah je!" Jerit Lud geram sambil menendang pinggang Hun berkali kali namun bagi Hun langsung tak sakit

"Werk tak sakit pun" ejek Hun sambil ketawa jahat hingga Lud nak menangis dengan ejekan ayahnya sendiri Hun.

"Ihh bencilah babah ni, babah keluarlah sana! Lud tak sukalah babah ni"

"Mamah tengoklah babah ni"

"Suka ejek orang"

"Abang dah lah tu"

"Abang!" Jerit Zea lagi apabila Hun masih ketawa nakal hingga Lud menangis

"Okay abang berhenti" balas Hun sambil mengetap bibir, Zea pula sibuk memujuk Lud yang sudah menangis tersedu sedan itu

[]

"U nak sambung shopping lagi ke or u nak balik lepas ni?" Soal Bardella sambil mengunyah makanan, Zea pula kelam kabut mengambil telefon di beg tangannya

"I rasa kena baliklah Bardella, Hun asyik call dari tadi. Mesti Lud yang menangis" teka Zea sambil memutar mutarkan spaghetti dengan garpu

Dari jam 11 pagi dia keluar hinggalah 6 petang macam ni mestilah Lud di rumah merengek rindukan dia.

"Okay i ikut u, kalau u balik i pun nak balik" balas Bardella sambil tersenyum manis, sejak 4 tahun yang lalu.

Hubungan dia dan Zea makin akrab bila rancangan Zea untuk Bardella mengoda Dato Fikry menjadi hingga tanpa mereka sedar. Mereka sudah jadi sahabat yang rapat.

Anak Bardella pula satu tahun muda daripada anak Zea iaitu anak lelaki juga. Nama di beri olehnya ialah Fikry Lokman , nama depannya sama dengan anak suaminya sendiri

"Jap Hun call" kata Zea manakala Bardella mengangguk faham lalu dia sambung makan semula

"Hello?" Telefon di kepit di atas bahu sampai dikenakan di bahagian telinga supaya dapat mendengar suara Hun manakala kedua tangan Zea masih sibuk memutar mee besar spaghetti itu.

'sayang bila nak balik..?' tanya Hun sambil membuat suara manja di telefon manakala Bardella pula curi-curi mengambil video Zea sedang bertelefon sambil menelefon Hun

"Kejap lagi? Kenapa Lud nangis ke?"

'taklah Lud tak nangis pun, abang yang rindu' balas Hun hingga Zea mendengus kecil. Call banyak kali tadi rupanya Hun yang rindu bukannya Lud.

'sayang tau mandi abang tak basah tadi sebab sayang takde teman abang mandi sekali, nak makan pun tak terkunyah sayang. Pelik betulkan'

'ni sebab badan abang ni memang perlukan sayang sangat sangat'

'abang rindu tau..'

"Lebih-lebihlah abang ni" balas Zea perlahan supaya Bardella tidak mendengarnya. Sempat Zea tersenyum lebar saat dia sedar yang Bardella sedang merakamnya

'sayang baliklah..abang rindu..takboleh berjauhan lama-lama dengan sayang..' ngadu Hun manakala di dalam telefon itu ada suara jeritan Lud sedang berseronok

"Abang, Lud jerit-jerit tu. Tengah main makeup saya ke?" Teka Zea, biasanya tengah jerit seronok tu mesti tengah rosakkan makeup mahal dia.

'eh haah lah sayang'

"Abang!" Jerit Zea perlahan

'okaylah abang uruskan Lud jap, sayang sambunglah dulu bye!' balas Hun supaya Zea tak membebel di telefon lalu dia letak telefon dengan selamba hingga Zea bercakap sendiri di buatnya

"Kenapa?" Soal Bardella

"Anak i main makeup i, dah berapa kali dah i beli baru tau" balas Zea sambil tersenyum kecil manakala Bardella ketawa perlahan

"Biasalah tu budak-budak kan"

"Nasib anak i tak nakal, kalau tak. Taulah dia kena marah dengan mummy dia yang macam dinosaur ni" balas Bardella sambil ketawa kecil begitu juga Zea

"Fikry macam mana? Okay tak?"

"Okay je, dia baru balik dari outstation semalam"

"Yang paling penting dia tak bawak perempuan dah" tegas Bardella.

2 tahun yang lalu, Fikry berani bawa kawan perempuannya masuk di rumah mereka kononnya nak bagi perempuan tu tumpang sebentar sebelum perempuan itu pulang ke London untuk esok harinya kerana perempuan itu tak cukup duit untuk sewa hotel

Tapi bila Bardella bertegas tak benarkan, Fikry terpaksa menyuruh perempuan itu cari hotel untuk tinggal sebentar. Duit juga sempat di beri sebagai wang kecemasan untuk gadis itu oleh Bardella sendiri

Dia juga tak sanggup cuma dia terpaksa pentingkan rasa cemburunya terhadap gadis itu

[]

7 months later,

"Kalau anak kita baby girl, kiranya saya menang dan abang kena batalkan semua projek atau program kerja abang selama saya mengandung"

"Tapi kalau anak kita lelaki, abang kena mati" ugut Zea sambil membesar mata hingga Hun kecut perut melihat wajah seram Zea

"Ala sayang, dengarlah dulu doktor nak umumkan jantina baby. Jangan serang abang dulu" balas Hun sambil memegang kedua pipi Zea supaya Zea sejuk hati

"Boleh saya umumkan?"

"Boleh Doktor pastikan anak perempuan ye" balas Zea lembut sambil tersenyum manis kepada doktor itu

"Anak Puan dan Tuan Hun.."

"Adalah baby perempuan"

"Ya Tuhan bersyukur, engkau masih beri kesempatan aku untuk hidup" lega Hun di sebelah sambil mengangkat tangan setinggi tingginya

"Selamat abang ye.." kata Zea di sebelah

"Tapi tengok wajah Puan Zea macam penat sangat, Puan Zea banyak bekerja ke? Atau Puan Zea masih bekerja?" Tanya doktor itu lalu Hun memandang Zea lama.

"Mana ada doktor, isteri saya 24 jam kat bilik je" jujur Hun hingga Zea di sebelah membesar mata.

"Ohh patutlah, Puan Zea kena selalu keluar ambil udara segar tau nanti badan Puan Zea jadi lemah kalau selalu baring je"

"Tak taulah doktor, masa mengandung anak pertama tu takde pula macam ni. Tapi time saya mengandung kali ni, rasa berat nak bangun" balas Zea sambil tersenyum kelat lalu dia cubit peha Hun dalam diam

"Mungkin ragam baby dalam perutlah ni, mesti Puan Zea jarang mengidam kan?"

"Haah betul tu macam mana doktor tau?"

"Taulah saya kan doktor"

"Okaylah itu saja untuk harini, terima kasih ye. Tuan Hun jaga isteri baik-baik, bagi makan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan baby kat perut juga

"Baiklah doktor"

"jangan bagi Puan Zea mengandung tiap tahun pula. kesian Puan Zea, lesu je muka" Pesannya hingga muka Hun di depan berubah.

"baiklah doktor, tiap tahun saya bagi isteri saya mengandung"

"abangggg..." kata Zea meleret di sebelah.

"hehe gurah je"

"Kami minta diri dulu ye.." kata Hun lalu dia dan Zea keluar bersama dari bilik pemeriksaan itu

"So abang kena batalkan program dan projek kerja abang sebab anak kita baby girl. Ingat tu, abang dah janji akan ada masa saya bersalin nanti jangan cuba nak ubah cadangan" kata Zea setelah mereka di dalam kereta.

"Ye sayang abang taulah"

"Kali ni abang janji akan ada"

"Teman sayang sampailah sayang habis berpantang nanti"

"Maafkan abang ye pasal 4 tahun yang lalu sebab tak dapat teman sayang bersalin dulu"

"Takpela saya dah maafkan"
"Janji jangan ulang ye?"

"Okay sayang"

"Sayang jom makan abc special" ajak Hun

"Tiba-tiba abang teringin nak makan abc yang kat warung tu"

"Eh abang ni, saya ke atau abang yang mengandung? Dari bulan lepas abang asyik teringin nak makan makanan yang abang tak pernah cuba"

"Taktaulah sayang entah-entah abang mengandungkan lemak kot" balas Hun sambil ketawa nakal hingga Zea di sebelah ketawa kecil dibuatnya

"Dahla jom, saya pun teringin nak makan"

"Mesti baby girl babah yang nakkan? Nak ikut-ikut babah lah tu" kata Hun sambil mengusap perut Zea yang menonjol bulat itu

"Mamah dia pun nak" balas Zea sambil membuat muka comel, Hun pula mendengus geram

"Sayang kenapa comel sangat ni? Makin bulat tau" kata Hun sambil menarik narik pipi Zea dengan lembut. Waktu mengandunglah dia kesempatan tengok diri Zea yang berisi, kalau habis berpantang mulalah Zea kuruskan badan lagi kononnya nak jaga badan

"Ahh ahh" rintih Zea lalu Hun berhenti menarik pipinya. Sakit sangat ke dia cubit tadi? rasanya perlahan je

"Ahh ai love you abang" kata Zea sambil tersenyum manis

"Ahh sayang i love u to" balas Hun terharu lalu dia cium tangan Zea dengan lama. Buat dia takut je tadi.

"I love you sayang"

"Tau dah, Zea love abang moree" balasnya lalu kedua mereka saling senyum kerana sudah dilengkapi dengan kebahagiaan.

-TAMAT-

THANKS FOR ALL READERS HUN II, AUTHOR LOVE YOU ALL. THANKS VERY MUCH. SEE U ALL AT MY NEW NOVEL "ISTERI YANG DIBELI" SOON INSYAALLAH.

START ; 2/11/2020
END ; 13/12/2020

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience