II 14 BEAUTY

Romance Completed 33106

Zea bergegas mendapatkan telefonnya di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Sudah jam 9 malam Hun tidak pulang sedangkan dia keluar tadi petang, takkanlah fikir cara nak pujuk pun memakan masa selama itu.

'Sadly' gumam Zea perlahan dengan dahinya berkerut hairan. Kenapa Sadly pula yang call, ke Ellyna lari daripada rumah sebab itulah Sadly call sini.

"Hello?"

'Zea buka pagar rumah cepat'

"Kenapa? Ada apa apa ke?" Tanya Zea sambil bangun daripada baring dan keluar daripada bilik itu

'Hun mabuk'

Langkah Zea kian perlahan apabila jawapan itu yang keluar daripada mulut Sadly. Ingatkan tenangkan fikiran rupanya pergi enjoy dengan arak

"Mabuk?"

'haah banyak sangat Hun minum skrg ni dah pengsan. Cpt weh, lenguh tangan aku'

"Erm jap" balas Zea sebelum dia letak telefon. Terkedek kedek dia berlari ke pagar utama. Lantak Hun lah dah pengsan ke mati ke, siapa suruh dia mabuk dan menyusahkan Zea.

Sampai saja di depan pagar utama, katalaluan dimasukkan terlebih dahulu barulah pagar itu dibuka secara automatik.

Mata Zea terbutang melihat Sadly dan 1 orang lelaki yang tidak dikenali memapah Hun manakala Hun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Masuklah" jemput Zea manakala kedua mereka masuk. Zea berjalan perlahan mengiringi Sadly di sebelah, bik July dan Janita pula siap sedia membuka pintu rumah seluasnya di depan

"Lagi sorang tu sapa?"

"Kawan sekerja aku, polis juga" kata Sadly seperti berbisik manakala Zea sekadar mengangguk.

Hun dibaringkan di atas katil Zea, sempat kedua mata lelaki itu mencuri curi pandang biliknya yang besar itu

'boleh tahan besar bilik Hun, dah macam ruang tamu rumah lama aku' getus Sadly di hati.

"Thanks sebab hantarkan Hun, susahkan korang je" kata Zea sebelum dia tolak kedua lelaki itu keluar dari biliknya dengan perlahan sebelum pintu bilik itu di tutup.

"Welcome, btw saya Fidan kawan sekerja Sadly" perkenalkan lelaki itu untuk dirinya sendiri kepada Zea sambil menghulurkan tangan namun tangan Fidan di tepis oleh Sadly

'rumah dia ada cctv, kalau husband dia nampak. Mati kau' bisik Sadly kepada Fidan manakala Fidan tersenyum nipis kepada Zea di depan.

'ngok lah Sadly ni, kenapa dia bagitau' getus Zea segan

"Saya Zea Soffya boleh panggil Zea"

"Jom turun, minum minum dulu ke? Mesti penat kan"

"Boleh"

"Eh takpe lagipun kitaorang kena bertugas kejap lagi" potong Sadly apabila Fidan mau

"Ish bila pula ada tugas" bisik Fidan manakala Sadly memberi isyarat balik.

"Ohh haha takpela , balik hati-hati ye. Lagi sekali, terima kasih sebab hantarkan suami saya" Balas Zea segan manakala bik July mendekati mereka

"Bik July tolong hantarkan dorang dekat depan" arah Zea manakala bik July mengangguk dan menunjuk jalan ke bawah.

Keluar saja dari rumah itu, terus Fidan menampar lengan Sadly kuat di depan rumah banglo milik Hun itu.

"Ish asal kau ni"

"Kau la asal kau tipu yang kita ada tugas kejap lagi, tuan rumah dah pelawa minum kot" balas Fidan sambil matanya mencuri curi pandang rumah itu

"Kau ni takkanlah kau nak terima pelawa isteri orang? Lagi-lagi time suami dia tak tau yang isteri dia sendiri hidangkan air untuk laki lain"

"Aku cukup kenal suami Zea tu, elok kau jaga kelakuan. Dan jangan cuba-cuba nak ngorat isteri dia" pesan Sadly awal-awal manakala Fidan membuat muka.

"Hun tu kerja apa?"

"Banyak kerja yang dia buat, aku pun tak tau macam mana nal senaraikan tapi yang penting kerja besarlah. Itu je aku dapat terangkan" balas Sadly manakala Fidan mengangguk kecil

"Patutlah rumah mewah, kereta pun ada 3 kat dalam tu tadi dengan 2 motor lagi" balas Fidan, belum lagi dia nampak berbuah buah kereta dan motor Hun di garaj. Mesti pengsan lelaki itu melihatnya.

"Zea tu mengandung pun cantik juga, pandai Hun jaga isteri dia" puji Fidan sambil mengangkat kening berkali kali

"Ish kau ni, isteri orang pun jadi. Dah la jom balik, nanti bini aku risau" balas Sadly lalu dia masuk ke dalam kereta meninggalkan Fidan di luar.

"Aku puji je, kau ni tak rilek ah"

[]

Zea kembali masuk ke bilik, satu keluhan berat dilepaskan tatkala wajah Hun direnungnya sebentar.

"Erm ini perkhidmatan yang kami tawarkan di hotel ni" kata Hun sendiri dalam keadaan mabuk lalu Zea mengeleng kepala melihat Hun

Perlahan lahan Zea mendekati Hun sebelum dia baring sebelah elok di sebelah Hun manakala tangan Hun mula bertindak memegang pinggang Zea.

"Sayang..abang.."

"Abang kena outstation sayang.." kata Hun lagi manakala Zea membelai rambut Hun, Hun pula dalam tak sedar dia meraba raba pinggang Zea dengan lembut.

"Hun ish, mabuk mabuk pun gatal!" Jerit Zea tinggi apabila mulut Hun turun menghisap batang leher dengan kuat, sudahlah gigi Hun tajam

Dahi Hun ditolak kuat oleh Zea supaya lelaki itu menjauh darinya

Zea terdiam apabila wajah Hun yang kusut itu seolah menarik hatinya. Tisu basah diambil oleh Zea sebelum dia lap wajah Hun dengan lembut supaya bersih.

"Merahnya.." gumam Zea perlahan, hidung dan pipi Hun berubah merah jambu kerana kesan minum air arak terlalu banyak

"Hun awak mungkir janji lagi kan"

"Awak janji nak stop minum"

"Awak janji yang awak takkan minum kalau ada masalah"

"Tapi awak buat juga"

"Awak buat saya kecewa lagi, lagi dan sekali lagi"

"Tak kesian ke awak tengok saya kecewa hampir tiap hari dengan perangai awak" kata Zea sendiri tatkala itu airmatanya turut mengalir bersama.

"Ni bukan cara penyelesaiannya Hun, kenapa awak kena tenangkan diri dengan minum sampai mabuk. Awak sengaja kan buat saya marah"

"Saya ingat lepas awak balik, saya nak minta maaf dan ikhlaskan awak pergi outstation dengan rela hati. Tapi awak buat saya tawar hati semula" Luah Zea sendiri manakala Hun mengeliat kecil sebelum dia menukar posisi tidurnya membelakangi Zea.

"Awak bodoh Hun, tak pandai pujuk saya" carut Zea pula sebelum dia seka airmatanya dengan kasar. Lampu meja di tutup

Buat apa cakap kalau Hun sendiri takkan faham dan dengar apa yang dia luahkan.

[]

Perlahan lahan Hun membuka mata kanannya, silauan matahari yang terpancar dari tingkap cermin bilik itu menyakitkan matanya walaupun bertutup.

Zea mengeleng kepalanya kecil sambil mengacau air madu yang dia buat tadi sehingga sebati dengan air putih.

Hun bangun duduk di atas katil, gerak geri Zea dipandangnya lalu dia mengeluh dalam diam.

'aduh matilah' getus Hun gelisah. Tengok muka Zea pun dah tau Zea marah.

Pil yang bersaiz kecil sederhana di letak atas tangan Hun manakala Hun terkebil melihat Zea

"Pil hilangkan mabuk, makan cepat" kata Zea dingin tanpa menunggu soalan yang akan keluar daripada mulut Hun. Dia tau Hun akan tanya itu ubat apa

"Air putih takde ke sayang?"

"Nampak saya tak bawa air putih maknanya pil tu tak pahit lah. Kunyah je macam gula-gula, itu pun tak tau ke" balas Zea manakala Hun mengetap bibir sebelum dia masukkan pil tu ke dalam mulutnya

'haahlah tak pahit rasa manis' getus Hun sambil mencuri curi memandang Zea di sebelahnya

"Mana sayang dapat ubat ni?" Tanya Hun lembut

"Saya cari dekat Google" balas Zea lalu dia hulurkan air madu kepada Hun.

"Untuk hilangkan bau alkohol" kata Zea sebelum Hun bertanya tentang air itu. Hun mengangguk kecil sebelum dia tenguk sehingga habis

"Mabuklah lagi, saya dah siap sedia beli banyak pil mabuk dengan madu tadi" perli Zea sebelum dia bangun membawa cawan yang Hun dah guna tadi keluar dari bilik

"Sayang tunggu abang sayang" Hun mengejar Zea di depan, sampai saja di meja makan. Bik July dan Janita memberi isyarat bahaya kepada Hun manakala Hun mengangguk tanda dia faham.

"Buatkan jus carrot bik Ita" pesan Zea manakala Janita akur dengan kehendaknya

"Sayang, abang minta maaf" kata Hun lalu Zea menutup hidungnya sendiri

"Pergi mandi dulu Hun, bau tau tak mulut dengan badan awak tu" kata Zea hingga dia hampir hampir nak muntah di situ

Hun menghembus nafasnya sendiri lalu dia hidu bau badannya sendiri

'patutlah bau arak rupanya' getus Hun sebelum dia tersenyum nakal dan berlari naik ke bilik semula.

Bik July sekadar mengeleng kepala dengan gelagat Hun tadi

"Puan Zea marahkan Tuan Hun lagi ke?"

"Apa tak marahnya, dulu janji tak minum kalau saya dengan dia bergaduh and now dia minum juga sampai tak sedar diri dia tu dah mabuk teruk semalam"

Hinggakan Zea keluar dari bilik dan tidur di bilik Bik July buat sementara kerana Hun asyik menganggu nya tidur. Sikit-sikit baju Zea diselaknya hingga Zea asyik terjaga.

bahaya betul kalau Zea tak perasan dengan tindakan Hun malam tadi.

"Mabuk mabuk pun gatal" gumam Zea namun masih boleh didengari oleh Bik July dan Janita walaupun di dapur.

Bik July dan Janita tersenyum kecil manakala Zea cemberut muka apabila Bik Janita dari jauh asyik membuat muka untuk menyakitkan hati Zea.

Zea sendiri ada bagitau apa yang dah jadi pagi tadi tentang Hun ketika mabuk.

"Bik Ita ni janganlah usik orang.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience