BAB 1

Romance Series 9672

Setiap orang pasti inginkan kebahagiaan dalam hidupnya. Sama seperti aku, sentiasa membayangkan kehidupanku bersama si dia yang bergelar suami seperti kisah dongeng yang berakhir dengan kegembiraan. Tetapi, pokok mana yang tidak bergoyang kalau adanya angin?

Semuanya bermula apabila hadirnya dua orang lelaki yang menagih kasih sayang terhadap diriku.

Jeffry, lelaki yang aku minat sejak 10 tahun lalu. Pertemuan pertama kami ketika aku berumur 15 tahun dan Jeffry yang berumur 17 tahun. Sifat penyayang yang selalu ditonjolkan membuat aku meminatinya dalam diam.

Dhanial, lelaki yang selalu ada bersamaku ketika senang dan susah sejak 10 tahun lalu. Berada bersama di Tingkatan Tiga, Dhanial sentiasa menunjukkan sifat ringan tulang dalam menghulurkan bantuan bila - bila masa sahaja kepadaku tetapi hati ini sukar untuk menerima cintanya. Semua angkara suatu pertaruhan di antara Dhanial dan kawan - kawannya. Tetapi, perasaan cinta yang menggunung terhadap dirinya menjadikan aku seorang insan yang mudah ditundukkan oleh cinta.

Siapakah yang harus aku pilih? Jeffry atau Dhanial?

Ya Allah, Engkau kurniakanlah anugerahMu kepadaku yang bergelar suami. Suami yang menerimaku seadaanya, sayangi diriku dan tidak pernah mempersiakan kepercayaaanku.

Aku mohon kepadaMu, Ya Allah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience