BAB 28

Romance Series 9672

"Sayang, ingat tau. Kalau abang dah tak ada untuk temankan sayang, take care of yourself. Kalau sayang tak mampu nak teruskan hidup, cari pengganti abang. Cari orang yang sayang Arin, cintakan Arin sepenuh hati dia. I know, he'll take care of you. Don't worry, sayang. I'll happy if you're happy."

"Abang nak pergi mana?"

"Abang sayang Arin."

"Abang!"

Makin kuat aku jerit, makin jauh bayangan Jeffry. Aku cuba melangkah untuk mengejarnya, tapi kakiku bagaikan digam. Jeffry pula semakin menghilang dari pandangan.

"Abang!!!"

"Arin." suara orang memanggil menyedarkanku.

"Mama..." panggilku, lemah.

"Arin okay?"

"Okay. Mama, tolong Arin. Arin nak duduk."

Mama membantu aku bangun dan duduk di atas katil. Kemudian, bantal diletakkan di belakangku untuk memudahkan aku menyandar.

"Mama, abang Jeffry mana?" tanyaku.

Mama kelihatan terkejut. Seperti serba salah untuk menjawab soalanku.

"Mama? Arin tanya nie, mana husband Arin? Dia okay?" tanyaku sekali lagi.

"Arin, mama ada sesuatu nak bagitahu kamu. Mama harap kamu bersabar dan dengar dulu penjelasan mama." balas mama.

"Kenapa mama nie? Macam ada yang tak kena jer?" tanyaku sambil cuba untuk senyum walaupun perasaan ini tidak tentu arah.

"Husband kamu, Jeffry dah tak ada." kata mama.

"Tak ada? Abang Jeffry pergi mana?" tanyaku, keliru.

"Arin, Jeffry dah meninggal. Dia dah tak ada lagi dekat dunia nie." kata abah pula.

"Hah? Apa abah cakap nie? Abang okay lah. Dia cedera ringan jer kan?" kataku sambil memegang tangan mama.

"Tak, Arin. Jeffry dah tak ada. Dia cedera parah kat kepala. Jeffry kehilangan banyak darah dan menyebabkan dia meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital." tambah abah lagi.

"No... No! Abah tipu! Mama tipu! I know that my husband is still alive. Mana Jeffry? Arin nak jumpa dia." kataku sambil mencabut jarum di tanganku. Aku segara turun dari katil dan berlari. Mama mengejar dan memegang tanganku.

"Mama! Lepaslah! Arin nak jumpa Jeffry!" kataku dalam tangis.

"Okay, mama bawa Arin jumpa Jeffry. Jom, sayang." ajak mama, lembut.

Aku hanya biarkan mama memimpinku. Dalam fikiranku kini berserabut. Betul ke? Jeffry? Dah tak ada?

"Arin. Nie Jeffry." kata mama apabila kami sampai di suatu bilik. Jeffry kelihatan kaku dan tidak bergerak. Aku segera berlari menuju ke arahnya.

"Abang! Bangunlah! Kenapa abang tidur nie? Bangunlah, Arin ada kat sini. Bangunlah, abang." ucapku sambil memegang wajah Jeffry. Air mata masih lagi mengalir.

"Abang tak sayang Arin? Kenapa abang tidur lama sangat nie?"

"Maaf, semua. Saya perlu bawa jenazah ke bilik mayat. Nanti wakil keluarga perlu ke bilik doktor untuk mengisi borang kematian dan tuntut jenazah untuk dikebumikan." suara jururawat yang baru masuk menyedarkanku.

Ketika jenazah Jeffry ditolak oleh jururawat - jururawat tersebut, aku menahan mereka.

"Nanti! Saya nak tengok suami saya untuk kali terakhir." kataku.

"Silakan, puan." balas salah seorang jururawat.

"Abang, Arin sayang abang. Abang nak tahu tak? Sebenarnya, Arin pregnant tau. Tulah suprise yang Arin nak bagitahu abang tapi tak sempat. Kenapa abang pergi? Siapa yang nak teman Arin besarkan anak kita? Abang, Arin sayang abang sangat - sangat. I wish that you're still with me, beside of me, but..." ayatku terhenti kerana tidak mampu menahan air mata.

"Puan?" panggil salah seorang jururawat.

Aku hanya tunduk dan menangis. Mama menggangguk kepada mereka bagi membenarkan mereka melakukan tugasnya.

"Arin, sudahlah. Mama dah cakap, Jeffry dah meninggal. Jangan buat macam nie. Arin seksa dia. Lepaskan dia, nak." kata mama, sayu sambil memelukku.

"Kenapa abang tinggalkan Arin? Abang cakap nak jaga Arin. Kenapa abang mungkiri janji? Siapa yang nak temankan Arin untuk besarkan anak kami, ma?" kataku dalam tangis.

"Kuat, sayang. Arin perlu kuat untuk arwah Jeffry dan arwah anak Arin. Kalau Jeffry masih ada, mesti dia tak suka tengok Arin menangis macam nie." kata abah sambil mengusap bahuku.

"Apa maksud abah dengan arwah anak Arin?" tanyaku.

"Arin keguguran." balas abah.

Aku menangis. Menangis semahu - mahunya. Akibat terlampau banyak menangis, akhirnya aku pengsan.

Jeffry telah selamat dikebumikan. Kehidupanku menjadi sunyi. Tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi suara Jeffry membisikkan kata - kata cinta di telinga. Sekarang, hanya ada kedukaan. Kesedihan. Kesunyian. Itu perasaan aku sekarang.

Aku memandang rumah kami dengan wajah yang sugul. Pintu utama dibuka. Kaki melangkah masuk. Aku duduk di sofa berhadapan dengan televisyen. Aku melelapkan mata.

"Sayang, jauhnya termenung? Rindu abang ke?"

Suara itu. Suara yang sangat aku rindui. Aku segera menoleh ke sebelah. Kelihatan Jeffry tersenyum memandangku.

"Abang, I miss you. Kenapa abang tinggalkan Arin? Abang tak sayang Arin ke?" tanyaku, sayu.

"Sebab abang sayanglah, abang selalu lindungi sayang." balas Jeffry.

"Abang jangan pergi mana - mana tau. Stay with me."

"Nope, I can't, sayang. Because? Allah lebih sayangkan abang. And, remember my advice. Take care of yourself and kalau Arin tak mampu nak teruskan hidup, cari pengganti abang. Don't worry, sayang. I'll happy if you're happy. Abang sayang Arin."

"Abang?" panggilku. Baru aku tersedar bahawa semua itu hanya bayangan. Aku segera bangun dan menuju ke tingkat atas.

Sampai di bilik, aku membuka pintu. Melihat bilik tersebut, berlegar - legar kenangan aku bersama Jeffry di minda. Aku hempaskan tubuh di atas katil.

'Kalau sayang tak mampu nak teruskan hidup, cari pengganti abang. Cari orang yang sayang Arin, cintakan Arin sepenuh hati dia. I know, he'll take care of you. Don't worry, sayang. I'll happy if you're happy.'

"Macam mana Arin nak cari pengganti? Arin sayang abang and there's no one like you." kataku sendiri.

"Abang....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience