BAB 45

Romance Series 9672

"Abang, kenapa abang tak nak kahwin dengan Syiraa?" soalku apabila Dhanial sedang menghidupkan enjin kereta.

"Kenapa? Sayang nak ke abang kahwin dengan perempuan macam tu then sayang kena share abang dengan orang lain?" balas Dhanial sebelum memulakan perjalanan.

"Then, anak tu macam mana?"

"Macam mana apa? Biarlah. Baby tu anak dia, bukan anak abang. Sayang nie lagi penting tau. Baby dalam perut sayang tu memang confirm anak abang. Buat apa abang nak jaga orang lain yang bukan isteri dengan anak abang? Dahlah, jom tengok wayang. Abang cuti harinie."

"Abang nie, tak payahlah risau pasal Ryna. Kita tengah cakap pasal lain, dia boleh pulak cakap pasal wayang."

"Biarlah sayang, kenapa kita kena cakap pasal dia?"

"Sebab dia tengah pregnant!"

"Then, apa kena mengena dengan abang?"

"Tu anak abang kan?"

Ayat terakhirku membuatkan Dhanial tergamam. Aku membuang pandang ke luar.

"Awak langsung tak percayakan saya, Ryna? Siapa saya nie? Kenapa awak boleh percayakan orang luar berbanding suami awak sendiri? Awak ada bukti ke yang anak dalam perut Syiraa tu anak saya? Kalau betullah awak kata anak tu anak saya and awak nak saya bertanggungjawab, fine saya akan kahwin dengan dia. Jangan risau, saya akan jaga dia macam mana yang awak minta. And, saya akan minta mama jaga awak sebab awak sendiri minta saya supaya jangan risaukan awak. Tak apa, kita balik sekarang, pack baju awak and saya minta abang Khai ambil awak pergi rumah mama." terang Dhanial panjang lebar.

Betul ke dia nak kahwin dengan Syiraa? Dah kau nie kenapa, Ryna? Bukan kau ke yang nak sangat Dhanial kahwin? Kononnya nak jaga Syiraa lah, then siapa yang nak jaga kau?

Aku memusingkan badan menghadap Dhanial. Mukanya yang tegang aku usap. Air mata yang bertakung cuba ditahan. Dia hanya menarik senyuman nipis.

"Arin, jom. Abang ada urusan nie, jadi abang tak boleh lambat." panggil abang Khai selepas meletakkan begku di dalam bonet kereta.

"Abang masuklah kereta dulu. Arin nak cakap dengan Dhanial kejap." ujarku.

Dhanial yang sedang duduk di sofa aku hampiri. Aku melutut dihadapannya. Tangannya aku elus perlahan. Aku memandang wajahnya. Tenang seperti tiada apa yang berlaku.

"Abang tak hantar Ryna pergi rumah mama?" ujarku perlahan.

"Saya ada hal, nak jumpa Syiraa. Nak discuss pasal wedding." balas Dhanial, dingin. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Thank you, abang sebab sudi jaga Ryna selama nie. Terima kasih atas cinta dan kasih sayang abang yang bagi pada Ryna. Tak terbalas segalanya dunia dan akhirat. Ryna minta maaf. Ryna tahu abang banyak terluka dengan sikap Ryna. Ryna nie selfish kan? Selalu nak jaga hati orang tapi hati suami Ryna nie, selalu sakit disebabkan Ryna." ucapku sambil meletakkan tangan di dadanya.

"Ryna pergi dulu, abang. Congratulations for your wedding." tangannya aku ambil dan aku kucup. Lama. Air mata yang ditahan gugur akhirnya. Aku bangkit dan berjalan menuju pintu. Namun, panggilan Dhanial memberhentikan langkahku. "Ryna." Aku pusing menghadapnya. Dia berdiri di hadapanku.

"Take care. Jaga baby nie elok - elok. Jangan lupa makan sebab nanti awak kena makan ubat. I'm sorry sebab saya tak dapat jaga awak. Awak duduklah dengan mama, ada masa saya datang jenguk awak." ujar Dhanial. Aku hanya mengangguk perlahan sebelum ditarik ke dalam pelukannya. Kemudian, sebuah ciuman hangat berlabuh di dahiku. Aku memejamkan mata. Ya Allah, aku akan rindui dia.

"I love you, abang." ujarku sambil mengeratkan pelukan.

"I love you too, sayang." balasnya sambil mengusap belakang badanku.

'Betul ke apa yang kau buat nie, Dhanial? Sakitkan hati isteri kau? Kau sanggup ke? Tapi aku nak buat macam mana, aku sendiri dah tak ada pilihan. Isteri aku sendiri paksa aku kahwin dengan perempuan lain hanya disebabkan perempuan tu mengandung. Tapi baby tu bukan baby aku lah! Sayang, kenapa dalam keadaan macam nie jugak, sayang lebih pentingkan orang lain? Kenapa sayang tak pertahankan hak sayang? Abang nie hak sayang sorang jer tau.' detik hatiku.

"Adib." nama itu yang terpacul di bibir Dhanial. Nombor telefon Adib dicari.

"Hello, Dhanial." sahut pemanggil di sebelah sana.

"Adib, aku nak jumpa kau." terang Dhanial.

"Hah? Sekarang ke?"

"Yalah, sekarang. Takkan esok pulak."

"Oh, okay. Give me 30 minutes."

"Okay, Adib. Aku tunggu kau kat restoran biasa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience