BAB 4

Romance Series 9672

Tamat sahaja waktu rehat, semua murid diarahkan untuk bergerak ke kelas masing - masing.

Bagi Tingkatan 3RK1 dan 3RK2, semua murid Islam digabungkan dalam satu kelas untuk meneruskan pelajaran Agama Islam oleh Ustaz Faisal.

30 minit setelah kelas bermula, kami diminta untuk melakukan kerja berkumpulan. Ketika itu, aku mula berkenalan dengan Dhanial, pelajar 3RK2. Hubungan kami menjadi rapat seperti isi dengan kuku. Tanpa dijangka, cintaku untuknya mula bercambah tanpa sebab.

Dia selalu ada disisiku ketika senang dan susah. Tapi, siapa sangka, ada udang di sebalik batu. Dhanial hanya berpura - pura baik denganku adalah semata - mata untuk membuat aku jatuh cinta kepadanya demi sebuah pertaruhannya bersama rakan - rakannya.

Mana ada cerita dalam kehidupan ini tidak mempunyai derita dan hanya kebahagiaan sahaja. Setiap kehidupan tidak lengkap tanpa masalah yang diuji oleh Allah untuk hambaNya.

Kepercayaanku tak pernah dihargainya sehingga menyebabkan aku menjadi benci dan menyimpan dendam terhadapnya sehingga hari ini.

Semuanya bermula pada suatu hari...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience