BAB 11

Romance Series 9672

10 tahun kemudian...

Inilah aku sekarang. Marinah Aliysha, seorang businesswoman yang berumur 25 tahun merangkap CEO kepada Raimeza Sdn.Bhd. Setelah aku menamatkan Master in Business setahun lepas, aku menyambung legasi ayahku.

Ayahku kini hanya menetap di rumah bersama isteri tersayang. Katanya, biarlah anak - anak yang meneruskan perniagaannya. Biar kami merasa jatuh bangun sesebuah perniagaan.

"Arin!" panggil mamaku.

"Yes, mama." balasku.

"Turun bawah sekarang. Semua dah ada kat meja makan untuk sarapan. Tunggu awak jer nie."

"Ohh, okay mama. Sorry!"

Dengan pantas aku mengemaskan solekan buat kali terakhir dan mencapai purse berwarna purple sebelum bergerak ke tingkat bawah.

"Sorry, Arin lambat." kataku sambil menundukkan kepalaku.

"Hmm... Arin nie, kalau bab bersolek, sehari pun tak cukup." perli abangku, Khai.

"Abang!" marahku sambil mencubit pahanya.

"Auchh!!!" jeritnya.

Aku hanya ketawa sambil menepuk tangan.

"Arin, Khai..." panggil abahku.

"Sorry, abah." balas kami serentak.

"Dah, jom makan. Khai, baca doa." pinta abahku.

Selepas abangku selesai membaca doa, kami sekeluarga menikmati sarapan bersama. Aku mempunyai keluarga yang besar. Aku mempunyai enam orang adik beradik. Empat perempuan dan dua lelaki. Walaupun selalu bergurau kasar, tetapi kami masih saling menghormati antara satu sama lain.

"So, Arin?" panggil abahku.

"Yes, abah?" jawabku.

"Macam mana dengan Raimeza Sdn.Bhd.?"

"Okay. Everything's fine. Cuma adalah masalah sikit. But, everything is under control. Don't worry, abah."

"Good. Tak sia - sia abah bagi company tu kat Arin."

"Tengoklah siapa abahnya, Dato' Raimy. Mestilah anaknya mewarisi sifat abahnya."

"Wah, kalau bab bodek membodek nie, memang juara lah si Arin nie, abah." sampuk abang.

"Abang, stop it." balasku sambil menepuk pahanya.

Tersenyum abah melihat telatah kami.

"Maiza, Khai, macam mana dengan company abah kat luar negara?" tanya abahku pada kakak sulungku dan satu - satunya abangku.

"Everything's under control, abah." balas mereka serentak.

"Good. Aydaa, Zairi, macam mana dengan company abah yang dalam negara nie?" tanya abah pada kakak keduaku dan adikku.

"Everything's great, abah." balas kakakku ringkas.

Zairi hanya mengganguk.

"Abang, dahlah tu. Masa makan pun nak tanya pasal kerja ke? Biarlah anak - anak makan dulu." sampuk mama.

"Haih, tanya pasal kerja pun tak boleh?" tanya abah.

"Bukannya tak boleh, abang. Tak tenang nak makan." tambah mama.

Abah hanya mengangguk sambil ketawa kecil.

"Waddah, macam mana dengan kolej? Bila habis belajar?" tanyaku pada adik bongsuku.

"Bulan depan dah habis dah." balas Waddah.

"That's great! Boleh tolong akak kat office nanti." cadangku.

"No way! Waddah nak jadi doktor, bukan ahli business, okay?" tolak adikku.

"Yalah." balasku ringkas.

"Okay. Cepat semua. Dah pukul 7:45 pagi sekarang nie. Pergi office masing - masing and jangan lewat. Seorang CEO mesti tunjukkan contoh yang baik pada pekerja." jelas abah.

"Yes, sir!" tabikku, Kak Aydaa dan Zairi serentak dan mencapai briefcase kami.

"Pergi dulu. Assalamualaikum." kataku sebelum menyalam abah, mama, Kak Maiza dan Abang Khai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience