BAB 20

Romance Series 9672

Bunyi alarm dari telefon membangunkanku dari tidur. 5 pagi. Nak mandi lah, sekejap lagi dah masuk Subuh. Baru sahaja hendak menyelak selimut dari tubuhku, aku terpandang susuk tubuh yang sedang lena di sebelahku. Aku lupa. Aku lupa bahawa aku telah bergelar isteri kepada Jeffry.

Aku tatap wajahnya. Jujur aku katakan, aku sangat sayangkan dia. Perasaan aku kat dia tak pernah berubah. Tapi tipulah kalau aku tak terasa dengan sikap dia dulu. Siapa yang tak marah?

Badan aku iringkan untuk menghadapnya. Wajahnya persis bayi ketika sedang tidur. Aku angkat tanganku dan mengusap pipinya. Kemudian, aku menolak rambutnya yang menutupi dahi. Aku kembali mengusap pipinya.

"Jeff, saya sayang awak." ucapku sambil mengusap pipinya. Air mata yang aku tahan akhirnya jatuh ke pipi.

"Sayang, please don't cry. It will hurt me too." suara Jeffry mengejutkan. Aku dongak memandang wajahnya. Dia mengangkat tangannya untuk menyeka air mataku. Kemudian, dia mencium dahiku.

"Sayang, I love you too. I'm sorry. Abang tak nak sayang nangis lagi, please." kata Jeffry sambil mengusap tanganku.

"Saya nak mandi, sekejap lagi dah masuk Subuh." balasku sambil menarik tanganku dari genggamannya dan berlari ke arah bilik air.

"Sayang!" panggil Jeffry.

Aku menutup pintu bilik air dan menangis. Menangis lagi. Aku segera membuka pili air dan membiarkan air jatuh membasahi tubuhku.

Selesai mandi dan menunaikan solat Subuh, aku turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan. Kelihatan mama berada di dapur sedang sibuk memasak nasi ayam.

"Mama!" panggilku.

"Arin! Terkejut mama!" balas mama.

"Mama nak Arin tolong?"

"It's okay. Dah nak siap dah. Mana husband kamu?"

"Abang Jeffry? Ada kat dalam bilik. Yang lain mana, mama?"

"Semua keluar teman abah pergi joging. Kenapa tak ajak suami kamu turun? Pergi panggil Jeffry. Breakfast dah nak siap nie."

"Okay mama."

Dengan perlahan, aku menuju ke tingkat atas. Apabila tiba di hadapan pintu, aku mengetuk.

"Jeff? Mama panggil suruh turun bawah for breakfast." ujarku dari luar bilik.

"Masuklah dulu. Nak ajak suami breakfast macam tu ke?" balas Jeffry, tegas.

"Okay."

Aku memulas tombol pintu. Kelihatan Jeffry sedang menyikat rambutnya. Segak. Bergaya.

"Jom, mama ajak breakfast." ajakku sekali lagi.

"Sekejaplah. Sini sekejap, duduk sebelah abang." panggil Jeffry yang sudah duduk di tepi katil.

Aku berjalan menuju ke arahnya dan duduk di sebelah dia.

"Sayang, can we talk?" tanya Jeffry.

"Nantilah." balasku ringkas.

"Nanti tu bila? Sampai bila kita nak macam nie?"

"Macam nie? Apa maksud awak? Siapa yang buat saya macam nie? Can you tell me?"

"Apa masalah awak nie? Saya nak ajak bincang, awak tak nak. Then, awak nak salahkan saya. What's wrong with you?"

"What's wrong with me?! You better ask yourself, what's wrong with you!!!"

"Marinah Aliysha! Awak sedar tak yang awak sedang bercakap dengan suami awak?!"

"Yup... Saya lupa yang saya dah kahwin. Macam mana saya tak lupa, lelaki yang pernah hancurkan hati saya jadi suami saya, of course saya akan lupa. You know why?"

"Why?!"

"Because you're nothing to me!"

Aku segera keluar dari bilik sambil menghempas pintu. Turun ke bawah, aku duduk di meja.

"Sorang jer? Mana Jeffry?" tanya mama.

"Sekejap lagi dia turun." balasku.

"Mama." panggil Jeffry yang baru turun. Aku memandangnya dengan perasaan dendam.

"Jeffry. Nak makan tak?" tanya mama.

"Boleh juga." balas Jeffry.

Mama cedukkan nasi untuk Jeffry. Aku hanya membiarkan pandangan Jeffry pada wajahku.

"Arin, cedokkan lauk untuk Jeffry." arah mama.

"Okay, mama." balasku.

Aku mengambil ayam goreng dan meletakkannya di atas pinggan. Jeffry hanya tersenyum, plastik.

"Thanks, sayang." kata Jeffry sambil tersenyum manis.

Aku hanya tersenyum kecil.

Selesai makan, aku menolong mama mencuci pinggan. Kemudian, Jeffry menarik lenganku.

"Apa nie? Kalau tangan saya patah, macam mana?" rungutku.

"Pergi siap. Saya nak bawa awak keluar." kata Jeffry, ringkas. Tiada panggilan abang dan sayang. Dia marahkan aku. Aku tahu, tapi aku biarkan saja.

"Nak pergi mana?"

"Siap jerlah!"

Terkejut aku dengan suaranya. Jeffry ketika marah dan Jeffry ketika gembira sangat berbeza. Aku segera menuju ke tingkat atas untuk bersiap.

10 minit kemudian, aku turun ke bawah bersama tas tangan. Ketika mengambil kasut, mama menegurku.

"Arin, nak keluar dengan Jeffry?" tanya mama.

"Yes, mama. Abang Jeffry mana?" tanyaku.

"Ada dalam kereta."

"Okay, mama. Arin pergi dulu. Assalamualaikum."

"Hati - hati. Waalaikumussalam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience