BAB 27

Romance Series 9672

"Sayang, jangan balik lambat tau hari nie? I got a suprise for you." bisik Jeffry di telinga sambil memeluk pinggangku setelah turun dari atas.

"Abang... Kalau parents kita nampak macam mana?" balasku sambil cuba untuk meleraikan pelukannya.

"Tak apalah. Bukannya haram pun. By the way, sayang ingat tau, jangan balik lambat hari nie."

"Why?"

"I got a suprise for you."

"Haih, abang nie. Suprise? Tak sukalah suprise - suprise nie. Bagitahu jerlah."

"Alah, sayang nie, tak romantiklah."

"Abang nie, cakap macam tu pun dah merajuk."

"Yalah, mana tahu, lepas nie abang tak sempat nak dating dengan sayang lagi."

"Abang! Kenapa cakap macam tu? Arin tak sukalah."

Tanganku menutup mulutnya. Menghalangnya daripada berkata - kata. Jujur aku katakan, aku tak nak berpisah dengan Jeffry. Aku sayang dia. Jeffry menarik tanganku dan mengucupnya.

"Sayang, setiap orang akan merasai mati. And, abang pun tak akan terlepas." balas Jeffry, lembut.

"Yeah, I know but janganlah cakap tentang perkara tu. Arin tak nak kehilangan abang." kataku perlahan. Tanpa aku sedar, air mataku sudah laju mengalir di pipiku.

"Sayang..." panggil Jeffry sambil memegang daguku.

"Hey, sayang... Don't cry. It will hurt me too. Okay, I'm sorry. Abang tak sepatutnya bangkitkan hal nie." balasnya sambil mengesat air mataku.

Makin dipujuk, makin galak aku menangis. Jeffry menarik aku ke dalam pelukannya. Mengusap belakangku dengan lembut. Aku mengeratkan lagi pelukan. Dadanya sudah basah dengan air mataku.

"Sayang, stop cry. Abang tak sedap hati lah macam nie. Abang tak nak pergi kerja lah hari nie. Abang teman sayang kat rumah, okay?" kata Jeffry.

Aku meleraikan pelukan dan memandang wajahnya.

"It's okay, abang. Abang pergilah kerja. Don't worry, parents kita kan ada kat sini." balasku. Entah kenapa aku menjadi sensitif pula bila Jeffry bercerita tentang mati. Sedangkan, ini bukan kali pertama Jeffry bangkitkan hal nie.

"Betul nie?" tanya Jeffry, meminta kepastian.

"Yes, abang." balasku sambil tersenyum.

"Okay, abang pergi kerja dulu. Anything, please sayang, just call me. Tak kira lah abang tengah buat apa, I'll pick up your call."

"Okay, abang." kataku sambil menemaninya sehingga di hadapan pintu.

"Abang pergi dulu." kata Jeffry sambil menghulurkan tangan setelah selesai memakai kasut.

Aku menyambut huluran tangannya. Tiba - tiba, perasaan sedih menyelubungi diri. Aku cuba halang air mata dari jatuh.

"Bye, sayang. I love you with all my heart." tambah Jeffry lagi sambil mengucup dahiku.

"I love you, too, abang."

"Dhanial, kau tak sepatutnya buat macam tu hari tu." bebel Ariff, abang kepada Dhanial.

"Ya, aku tahulah. I'm sorry, okay? Dah berminggu kau bebel kat aku, sakitlah telinga aku." kata Dhanial sambil menggosok telinganya.

"Oh, kau tahu kau punya sakit jer ke? Kau tak fikir apa perasaan Marinah? Kau tak fikir apa yang Jeffry fikir?"

"Hmm... Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu. Aku sayangkan dia, Riff. Aku nak dia jadi milik aku."

"Yeah, I know but kau tak boleh buat macam tu. Marinah tu hak Jeffry."

"That's why..."

"Dhan, move on. Kalau kau sayang dia, kau mesti terima apa sahaja pilihan dia. Kau kena belajar untuk terima hakikat."

"In Shaa Allah, I will. But, kau tak boleh paksa aku."

"Okay, bro. I'm promise."

Ariff menepuk bahu adiknya dan naik ke tingkat atas. Dhanial hanya tersenyum nipis dan mengambil handphone. Dia ingin menelefon Marinah untuk meminta maaf.

Aku yang baru sahaja menutup pintu utama tertoleh apabila mendengar telefon berdering. Melihat nama yang tertera, sakit hatiku dibuatnya.

"Apa yang awak nak lagi, Dhanial?" kataku apabila mengangkat panggilannya.

"Assalamualaikum. Janganlah marah." balas Dhanial, lembut.

"You tell me, Dhanial. Patut ke tidak saya rasa marah lepas apa yang awak dah buat kat saya and my husband?"

"I know and I'm sorry."

"Sorry?"

"Yeah, sebab saya fitnah awak. Saya tak patut buat macam tu."

"But, kenapa awak still buat kalau awak tahu perkara tu salah?"

"I don't know... Like I told you before, I can't let you go to someone else."

"But, I'm Jeffry's wife, Dhanial."

"Yeah, itu yang buat saya sedar. Awak bukan milik saya."

"Dhanial, bukan semua benda yang kita nak kita akan milikinya. Cuba untuk terima realiti."

"Okay, I'll try. So, friends?"

"Friends."

"Thanks, Ryna sebab sudi maafkan saya."

"Welcome but awak panggil saya, Ryna? Why?"

"Nothing. Saja nak panggil awak dengan nama lain. Special sikit."

"Suit yourself."

"Okaylah, I got to go. Ada masa nanti, saya nak jumpa both of you and I'll explain everything. Bye, Ryna." pamit Dhanial.

"Of course, sure. Bye, Dhan." balasku sambil mematikan talian.

"Sayang, dah siap?" tanya Jeffry.

"Dah." balasku. Aku mendongak memandang wajahnya. Jeffry kelihatan kaku. Aku lambaikan tangan di hadapannya. Masih tidak bergerak. Aku memegang tangannya dengan kuat sikit.

"Abang, kenapa termenung? Ada yang tak kena dengan muka Arin ke?" tanyaku.

"No, you're just so gorgeous, sayang." balas Jeffry sambil memegang tanganku dan mengelusnya.

"Thanks, abang. Tak sangka pulak yang husband Arin sweet."

"Sweet dengan sayang jer. Manalah tahu, lepas nie abang tak dapat nak manja - manja dengan sayang lagi."

"Abang, kita dah bincang pasal nie, kan? So, please, don't ruin my mood."

"Yalah. Ajal maut kat tangan Allah. Bila - bila masa jer nyawa kita boleh ditarik."

"Jeffry! I told you, right? Saya tak nak bincang pasal benda nie, kenapa awak ungkit balik?"

Bertukar panggilanku. Tiada lagi 'abang'. Pegangan tangan segera aku leraikan. Aku mencapai tas tangan dan segera turun ke tingkat bawah. Panggilan Jeffry tidak aku hiraukan. Apabila aku hendak membuka pintu, lenganku ditarik oleh Jeffry.

"Sayang..." panggil Jeffry.

"Janganlah buat abang serba salah." tambah Jeffry lagi.

"Memang patut awak rasa bersalah sebab awak yang mulakan perkara nie dulu." kataku.

"Okay. Sayang, I'm sorry. Abang tak nak tengok sayang sedih, marah dengan abang macam nie. Kita nak keluar nie, nak sambut anniversary kita."

"What? Awak ingat?"

"Haih, sayang ingat husband sayang pelupa sangat ke?"

"Saya tak suka awak cakap tentang mati. Saya takutlah. Awak tak sayang saya ke?"

"Mestilah sayang."

"Dah tahu sayang, asal asyik cakap pasal perkara tu jer? Dah tak sabar nak tinggalkan saya ke?"

"Nope! Sayang salah faham nie. Dahlah, lupakan perkara tadi. Kita nak happy - happy kan malam nie?"

"Okay."

"Okay apa?"

"Hmm... Okay, abang."

"That's my wife."

"Actually, Arin ada suprise juga untuk abang."

"Hah? Apa suprisenya?"

"Nantilah. Bila kita dah sampai, Arin bagitahu eh? Jomlah. Dah lambat nie."

"Okay."

Di dalam kereta, Jeffry rancak bercerita. Aku hanya tersenyum memandangnya.

"Kenapa tenung abang?" tanya Jeffry.

"Nothing, just I love to stare at your face. Because you're my heaven." balasku sambil mengusap pipinya.

"Thanks sayang because you make me happy. I love you." kata Jeffry sambil mengucup tanganku. Sebelah tangan memegang stereng, sebelah lagi menggenggam tanganku.

"Abang, lepaslah tangan Arin. Susah nanti abang nak drive."

"Taklah. Abang okay jer."

"Gedik eh?"

Jeffry memandangku sambil tersenyum sebelum bunyi yang sangat kuat menerjah telingaku. Kereta yang dipandu mengikut lawan arus itu laju menuju ke arah kereta kami. Apa yang aku ingat hanyalah suara orang menuju ke arahku sebelum semuanya gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience