BAB 39

Romance Series 9672

Aku bangun apabila terdengar bunyi guruh di luar. Aku memandang ke arah sekeliling. Kenapa aku boleh kat sini? Nie bukan bilik aku. Serta merta peristiwa semalam terlintas di fikiranku.

Aku menoleh ke sebelah dan melihat wajah Dhanial yang sedang lena sambil memeluk pinggangku. Aku benci dia! Aku cuba mengalihkan tangannya tetapi dia mengeratkan lagi pelukannya.

"Sayang nak pergi mana?" suaranya yang serak - serak basah menyapaku. Aku memandangnya dengan pandangan benci.

"Let me go! And stop calling me 'sayang' because I'm not your 'sayang'!" balasku sambil memukul lengannya.

"Apa sayang merepek nie?"

"Apa yang awak dah buat kat saya?"

"Buat apa? Abang just tuntut hak abang. Salah ke?"

"Salah! Sebab awak yang paksa saya. You're mean!"

"Kenapa sayang perlu rasa terpaksa?"

"Sebab saya jijik dengan awak!"

Ayatku yang terakhir membuatkan Dhanial meleraikan pelukannya. Aku mengambil peluang untuk melarikan diri. Namun, Dhanial pantas menarik tanganku untuk duduk di sebelahnya. Dia menggenggam tanganku.

"Jijik?" tanya Dhanial.

"Yes!" balasku sambil merenung matanya.

"Sebab?"

"You're already know the reason."

"What reason?"

"Berhenti berlakon, Dhanial. I hate it."

"Bila masa abang berlakon? Abang tak fahamlah. Must be something happen but you're hiding it from me, right?"

"Dahlah, hati saya sakit bila awak tipu saya."

Aku melepaskan genggaman tangannya dan bangun menuju ke bilikku. Dhanial meraup mukanya. Apa lagi nie?

"Sayang..." panggil Dhanial yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu.

Aku hanya membiarkan panggilannya. Aku mengelap meja makan di dapur. Setelah selesai, aku memanjat tangga untuk naik ke atas. Mujur sahaja hari ini hari Ahad, jadi aku tak perlu ke kerja.

"Sayang, nak ke mana tu? Sinilah duduk dengan abang. I got something to discuss with you." panggilnya lagi.

Aku hanya menurut. Dhanial menepuk sofa untuk menyuruh aku duduk di sebelahnya tetapi aku duduk di hujung sofa agar jauh daripada dia.

"Ryna, apa yang buat Ryna sampai jadi macam nie? Jauhkan diri dari abang, tak nak cakap dengan abang. Kenapa nie? Abang ada buat salah ke? Kalau ada, bagitahulah biar abang perbaiki kesilapan abang." ujar Dhanial.

"Nasi dah jadi bubur. Nak baiki macam mana kesilapan awak tu?" balasku sinis.

"Jadi, betullah abang ada buat salah? Then, tell me. Apa salah abang?"

"Awak.... Awak duakan saya."

"Ya Allah, siapa yang cakap? Bila masa abang duakan sayang? You know that I love you so much?"

"But you're already did."

Air mata yang ditahan akhirnya gugur. Dhanial mendekatiku dan menarikku ke dalam pelukannya. Dia mengusap belakang badanku. Aku memeluknya erat.

"Why, Dhanial? Kenapa awak buat saya macam nie? You didn't love me, aren't you?" tanyaku setelah tangisanku reda. Aku memandang wajahnya.

"Abang buat apa, sayang?" ujar Dhanial sambil mengelus tanganku.

"Syiraa!"

"Syiraa? You mean, Insyiraa?"

"Yes. Did you know her?"

"Of course, sebab dia kawan kita kan?"

"No, dia cuma kawan awak jer."

"Okay, apa kaitan dengan dia sekarang nie?"

"She's pregnant."

"Oh, okay. Then, kenapa bagitahu abang?"

"Dia mengandungkan anak awak!"

"What?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience