BAB 13

Romance Series 9672

"Hai cik, boleh saya bantu?"

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam restoran tersebut, aku disambut oleh seorang pekerja di situ.

"Yes, saya ada buat reservation for two." balasku.

"Boleh bagi saya nama cik?"

"Marinah Raimy."

"Sebentar, ya?"

Aku mengganguk sambil tersenyum.

"Okay, sila ikut saya, miss."

Aku mengganguk dan berjalan mengikutinya.

"This is your table, miss. Nak pesan apa - apa?"

"It's okay. I'm waiting for my friend. Nanti kalau ada sesiapa yang tanya tentang saya, inform kat saya, okay?"

"Okay. Just call me if you want to order anything, miss."

"Okay."

Setelah hampir 10 minit menunggu, tahap kesabaranku menjadi nipis. Aku segera menelefon Qistina.

"Qistina, siapa yang datang mewakili Berjaya Corperation tu?" tanyaku.

"Selalunya PA kepada CEO syarikat tu, but tak silap saya, CEO syarikat tu yang akan datang jumpa Miss Marinah." balas Qistina.

"Okay." balasku sambil mematikan talian.

"CEO? Nama jer CEO, tapi lambat macam siput. Menyampah betullah dengan orang yang tak punctual nie."

"I'm sorry, miss." tegur pekerja restoran tersebut.

"Yes?" balasku.

"Ada someone cari miss. Sir, this is Miss Marinah, CEO of Raimeza Sdn.Bhd." kata pekerja tersebut pada seseorang.

"Okay. Thank you." balasnya.

"So, Miss Marinah, I'm sorry sebab datang lambat." katanya bagi memulakan perbualan antara kami.

"It's okay." balasku sambil memandang mukanya.

Aku terkedu. Terkejut. Siapa sangka, orang yang aku cuba lupakan dalam tempoh 10 tahun muncul semula di hadapan aku.

"Jeffry?"

"Yes. You're the CEO of Raimeza Sdn.Bhd.?"

"Hah? Yes, I am."

Marinah, jangan tunjuk perasaan gelabah kau. Nanti dia fikir yang kau still sayangkan dia. But, memang kau masih sayangkan dia lagi, kan? Anyway, just stop it, Marinah.

"So, can we start our business?" tanyanya sambil merenung wajahku.

"Yup." balasku sambil mengeluarkan dokumen berkaitan projek yang kami akan bincangkan.

Sepanjang perbincangan kami, aku hanya membalas kata - katanya apabila dia menanyakan soalan kepadaku. Aku tidak berani untuk memandang wajahnya. Aku takut... Aku takut yang aku akan jatuh cinta pada seseorang yang telah menipu aku.

"Okay, I think that's all for today. I nak tengok dokumen - dokumen nie esok." kata Jeffry sambil memandang wajahku.

"Okay." balasku ringkas sambil mengemas barangku. Aku ingin pergi dari situ. Aku tak nak ada apa - apa urusan dengan dia lagi.

But, siapa sangka, dialah CEO of Berjaya Corperation. And, sekarang aku tengah handle projek dengan syarikatnya. Macam mana nak mengelak dari dia? Selesai mengemas, aku segera bangun dan bergerak keluar dari situ.

"Marinah!" panggil Jeffry.

Allah! Dia panggil pulak. Macam mana nie? Aku segera berjalan bagi menjauhkan diri daripadanya.

"Marinah, please listen to me." rayunya yang sudah berada di hadapanku.

Terkedu aku dibuatnya. Macam mana aku nak mengelak? Sudahnya, aku hanya menundukkan mukaku. Aku tak nak bertentangan mata dengannya.

"I miss you so much." kata Jeffry sambil memandang wajahku.

Aku terkejut. Tas tangan aku melorot ke bawah dan dokumen di tanganku pun terlepas dari genggaman. Badanku menjadi lemah mendengar ayatnya. Jangan mudah mengalah, Marinah!

"I miss you, dear. Awak tak rindu saya ke? Marinah, eyes on me." katanya lagi.

"Siapa encik yang perlu saya rindu? Do you important in my life?" balasku sinis sambil memandang matanya. Aku perlu kuat!

"Marinah, I'm Jeffry. Do you remember me? Awak tak kenal saya?"

"Saya kenal encik. Encik Jeffry, CEO of Berjaya Corperation."

"No! Marinah, saya tahu kenapa awak jadi macam nie. Awak still marahkan saya, kan? I'm sorry sebab pergi macam tu jer. Saya minta maaf. I can explain."

"I'm sorry, Mr Jeffry. Saya rasa urusan kita dah selesai, so, I have to go. Esok, wakil saya akan datang and hantar dokumen kat encik."

Aku segera mengambil semula tas dan dokumen yang jatuh dan segera beredar dari situ.

"Marinah!" jerit Jeffry sambil menarik lenganku.

"Stop it, Jeffry! Stop it! Don't you ever touch me!" tengkingku sambil melepaskan genggaman tangannya dan bergerak keluar dari restoran tersebut. Walaupun banyak mata memandang, aku tidak peduli dan segera berlari dengan air mata yang jatuh ke pipi.

'Kalau dapat aku pusingkan masa, aku ingin bahagia itu untuk selamanya...' detik Jeffry di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience