BAB 33

Romance Series 9672

"Dhanial Hakim bin Zahiril, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Marinah Aliysha binti Raimy dengan mas kahwin sebanyak RM1000 tunai."

"Aku terima nikahnya Marinah Aliysha binti Raimy dengan mas kahwin sebanyak RM1000 tunai."

"Sah!"

Lafaz itu. Dengan lafaz itu, maka kini aku sah bergelar isteri kepada Dhanial. Lelaki yang aku tak pernah sangka untuk menjadi suamiku.

Derap langkahnya makin dekat ke arahku. Dhanial melutut di hadapanku dan aku menghulurkan tangan kananku untuk sesi menyarungkan cincin.

Tanganku dicapai dan cincin disarungkan pada jari manis. Aku tunduk mencium tangannya kemudian dahiku dikucup lama.

"Thanks sayang, I love you." bisik Dhanial di telingaku.

Aku hanya tersenyum nipis.

"Assalamualaikum." ucap Dhanial sambil membuka pintu bilikku atau lebih tepat, pintu bilik kami.

"Waalaikumussalam." balasku sambil tersenyum nipis.

"Sayang dah mandi?"

"Dah."

"Okay, abang nak mandi kejap. Jangan tidur dulu, abang nak berbual dengan sayang."

Aku hanya menggangguk.

10 minit kemudian, Dhanial yang sudah siap memakai baju keluar dari bilik mandi dan menyangkut tualanya sebelum melabuhkan punggung di sebelahku.

"Sayang?" panggil Dhanial, lembut.

"Ya?" balasku.

"Thank you."

"For?"

"For accepting me."

Aku hanya tersenyum. Dhanial menarik tanganku sebelum mengucupnya lama.

"Sayang tahu tak, dah lama abang nak cium tangan sayang macam nie. Alhamdullillah, Allah dengar doa abang. Dia anugerahkan sayang sebagai isteri abang. I love you, dear."

"Awak tak nak tidur ke?"

"Haih sayang nie, spoil kan mood abang lah. By the way, apa sayang panggil abang? 'Awak'? Sayang, I'm your husband. Please call me 'abang'."

"Please give me some time, saya tak bersedia lagi."

"Then, kenapa sayang nak kahwin dengan abang eventhough sayang belum bersedia?"

"Sebab saya tahu, cinta akan datang secara perlahan - lahan."

"Hmmm, ke awak sengaja nak dera perasaan saya?"

Ayat terakhir Dhanial buat aku terpana. Apa dia nie? Aku dah cuba kawal perasaan aku untuk hormat dia but dia yang melenting macam nie?

"Please, Dhanial."

"Hmm, terpulanglah pada awak."

Dhanial melepaskan pegangan tanganku dan naik ke atas katil. Dia melelapkan mata.

'Mana janji awak? Awak kata nak jaga saya, nak jaga perasaan saya, tak nak lukai hati saya lagi. But you do it again. I'm hurt, Dhanial.'

Aku hanya mampu menahan tangis sebelum mengambil bantal dan melabuhkan badanku di atas sofa. Mataku dilelapkan.

Tidurku diganggu apabila terasa tubuh seperti di awangan. Aku membuka mata dan terlihat Dhanial sedang mengangkatku dan diletakkan tubuhku di atas katil sebelum dia kembali baring menghadapku. Aku terus memejamkan mata.

"Sayang, I'm sorry. I'm selfish, right? Abang cuma pentingkan perasaan abang jer kan sampai abang terlupa yang isteri abang masih lagi terluka. I'm sorry, sayang. Please don't hate me. I can't live without you, babe. Abang sayang Ryna." bisiknya sambil mengelus rambutku.

"Sayang tidur, okay? Get a well rest. I'm promise, you'll be the happiest woman in the world when you're with me. Good night, my happiness." ucap Dhanial sebelum mengucup dahiku. Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Aku terkejut tapi tidak menolaknya. Tanpa sedar, aku membalas pelukannya.

"Sayang, hari nie abang balik lambat sikit tau." bagitahu Dhanial. Ketika itu, kami sedang bersarapan di ruang makan.

"Kenapa balik lambat? Awak ada nak pergi mana - mana ke?" tanyaku pelik. Setahu aku, Dhanial jarang balik lambat. Katanya nak teman aku kat rumah.

"Hmm, abang ada meeting. Orang dari Australia datang nak discuss pasal projek. Kenapa? Sayang risau abang melencong ke tempat lain eh? Ke sayang tak boleh nak jauh dari abang?" tanyanya sambil menjungkitkan keningnya.

Aku ketawa kecil sebelum menggelengkan kepala.

"Mengarutlah awak nie. Saya tanya jer. Awak kan jarang balik lambat." balasku.

"Bukan sengaja nak balik lambat. Okaylah, abang nak gerak nie." ucap Dhanial sebelum berjalan menuju ke pintu utama. Aku mengikutinya sambil menjinjit beg kerjanya. Perlakuan yang terbongkok - bongkok untuk memakai kasut membuat aku ketawa kecil.

"Sayang, abang nak gerak nie. Take care and jangan lupa kunci pintu nie." pesan Dhanial.

"Okay." balasku.

Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Sambil tersenyum, dia menghulurkan tangannya.

"Take care." ucapku selepas mengucup tangannya.

"Okay, love you!" balas Dhanial sebelum mengucup dahiku.

'Mana Dhanial nie? Kenapa lambat sangat nie?' detik hatiku. Jam di dinding menunjukkan pukul 12 malam. Hatiku tidak tenang selagi suamiku belum pulang. Kenapa aku rasa begini? Suka? Aku mengaku, aku sukakan dia. Sayang? Ya, aku sayangkan dia. Tapi cinta? Aku tak pasti.

Ketukan di pintu mengejutkanku. Segera aku berlari dan membuka pintu. Keadaan Dhanial yang kusut masai dan tak terurus merunsingkan fikiranku. Aku memapahnya untuk duduk di sofa.

"Dhanial, what happen to you?" tanyaku, pelik.

"It's not a big deal, sayang." balasnya ringkas. Membulat mataku mendengar jawapannya.

"Not a big deal?!"

"Yeah, sayang."

"Dhanial, look at you."

"Why?"

"Selalu kalau awak balik kerja, pakaian masih terurus lagi. But this time, why berserabut sangat nie?"

"Hmm... Nothing, just I'm tired. Jom tidur." ajaknya sambil menarik tanganku.

Aku membatukan diri dan melepaskan tanganku dari genggamannya. Dia yang sudah berdiri memandang aku pelik.

"Awak tak jawab lagi soalan saya. What happen to you?" tanyaku sekali lagi.

"Sayang, I'm tired. Really tired. Kita discuss perkara nie esok - esok eh? Abang janji." putus Dhanial.

Dhanial menarik tanganku menuju ke bilik. Aku hanya mengikut. Sampai di bilik, dia segera merebahkan diri di atas katil.

"Dhanial, mandi dululah! Awak tu, janganlah baring atas katil sebab badan masih kotor. Mandilah dulu!" aku menolak tubuhnya masuk ke dalam bilik mandi.

10 minit kemudian, Dhanial keluar dari bilik mandi. Dia segera mencapai baju tidurnya dan menyarungkannya ke tubuh. Kemudian dia merebahkan badannya di sebelahku di atas katil.

"Sayang, dah tidur ke?" tanya Dhanial sambil memegang bahuku. Aku berpusing mengadapanya

"Nope. But want to go to sleep now because I'm sleepy." balasku dan menutup mulut untuk menahan ngantuk.

"Okaylah, sayang tidurlah. Abang nak peluk sayang, boleh tak?"

"Why not? Awak kan halal untuk saya."

Dhanial tersenyum dan menarikku ke dalam pelukannya.

"I love you!" ucap Dhanial di telingaku seraya mengucup dahiku lembut.

'I love you too, abang!' suara hati berkata - kata.

Suka? Ya, aku sukakan dia. Sayang? Ya, aku sayangkan dia. And cinta? YES!!! I'm already falling in love with my husband, Dhanial Hakim.

'Game start, Marinah!' mesej itu aku terima pagi tadi. Setelah bangun dari tidur, handphone berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dan apabila membuka handphone, mesej itu diterima olehku dari nombor yang tak dikenali.

"Why, sayang? Risau jer abang tengok." tanya Dhanial.

"Nothing." balasku sambil tersenyum.

"Sayang, tolong pakaikan tie."

"Selalu pakai sendiri boleh jer."

"Tak boleh ke abang nak manja - manja dengan wife abang? Tak apalah, abang buat sendiri."

"Alah dia nie, orang cakap sikit jer dah merajuk. Macam budak - budak."

Aku bergerak ke arahnya dan memakainya tie. Dia tersenyum memandangku.

"Okay, dah siap!" ujarku sambil menepuk perlahan dadanya.

"Okay. Sayang...." panggilnya lembut.

"Yes..." balasku. Aku mendongak memandangnya. Tatkala bibirnya menyentuh lembut bibirku, aku memejamkan mata. Tanpa aku sedar, aku melingkarkan lenganku di bahunya dan Dhanial memeluk pinggangku erat.

Apabila Dhanial melepaskan bibirku, dia tersenyum memandangku. Aku menunduk malu.

"Okaylah, abang gerak pergi kerja dulu."

"Jom saya teman awak sampai depan pintu."

Dhanial mengangguk dan menarik tanganku. Tiba di hadapan pintu, Dhanial menyarung kasut.

"Bye, sayang. I love you!" ucap Dhanial lagi.

"I love you too." bisikku di telinganya. Dia memandangku terkejut.

Aku tersenyum memandangnya sambil menganggukkan kepala. Sekali lagi, dia mengucup bibirku.

"Thanks sayang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience