BAB 32

Romance Series 9672

"Dhanial nak jadikan Arin sebagai isteri dia." kata - kata mama memberhentikan tindakanku.

"Hah?" tanyaku pelik.

"Yes, Dhanial dah bincang dengan mama dan abah nak datang meminang Arin hujung minggu nie." tambah abah pula.

"Apa nie ma? Apa nie bah? Kenapa tak bincang dengan Arin dulu? Kenapa terus terima rancangan dia tu?" balas aku, tidak puas hati.

"Kenapa? Arin tak nak? Arin tolak Dhanial?" tanya mama.

Aku tak nak sesiapa jadi pengganti Jeffry tapi dalam masa yang sama, aku perlukan seseorang. Seseorang sebagai peneman, pendengar atau lebih tepat sebagai seorang suami.

"Arin?" panggil abah.

"Mama, abah, bagi Arin masa. Bagi Arin fikir tentang perkara nie. Arin tak nak tersilap buat keputusan." putusku.

"Okay, take your time tapi jangan lama - lama sebab hujung minggu nie parents Dhanial nak datang meminang Arin." ucap mama.

"Okay..." sahutku lemah.

"Abang, can you help me?" ucapku ketika Abang Khai menjawab panggilanku.

"Haih budak nie... Setiap kali call abang mesti nak minta tolong. Kalau tak nak pertolongan, mesti tak call." bebel Abang Khai.

"Abang, stop membebel."

"Hmm, nak apa adik sayang abang nie?"

"Nak jumpa abang."

"Nak jumpa? Bila?"

"Sekarang boleh?"

"Hmm, bolehlah. Pergilah siap - siap. 30 minit lagi abang sampai."

"Okay, Arin tak kacau abang buat kerja kat office kan?"

"Tak. Dahlah, pergi siap."

"Okay."

"Kenapa nak jumpa abang nie?" tanya Abang Khai selepas kami tiba di sebuah restoran.

"Ada something nak discuss dengan abang." balasku sambil mengeluh.

"Haih, kenapa mengeluh pula nie? Macam berat jer 'something' yang Arin nak bincang dengan abang nie?"

"Abang, Dhanial nak kahwin dengan Arin."

"Hah? Dhanial? Dhanial mana nie?"

"Dhanial kawan Arin masa sekolah menengah dulu."

"Oh. So? Apa masalahnya? Kahwin jerlah. Arin bukannya isteri sesiapa pun."

"Yeah, I know but susah untuk Arin terima Dhanial."

"Why?"

Aku menarik nafas dan menceritakan segalanya kepada Abang Khai. Bermula dari perkenalan kami kepada pertaruhan Dhanial dengan rakannya kemudian pergaduhan yang tercetus akibat terbongkar segalanya. Aku menambah lagi tentang kehadiran Dhanial ke rumahku sejak tiga bulan lepas.

"Hmmm.... Kenapa Arin tak pernah cerita pun kat abang?" tanya abang sambil menyisip sedikit air fresh orange di hadapannya.

"Sebab Arin tak nak ingat balik pasal hal nie, that's why Arin tak cerita kat sesiapa." balasku.

"Okay, now, Arin rasa macam mana? Arin masih berdendam dengan dia?

"Tak, Arin rasa tak ada guna kita berdendam."

"Marah?"

"Adalah juga.

"Arin pernah sayang dia kan?"

"Ya."

"So, perasaan sayang tu masih ada lagi?"

Aku terdiam. Tiada jawapan untuk soalan itu.

"Kenapa diam?" tanya Abang Khai.

"Arin takutlah bang." ucapku jujur.

"Takut apa?"

"Takut kalau ditipu lagi."

"Arin, semua orang pernah buat silap. Tak ada siapa yang terlepas dari membuat silap."

"I know."

"So, sekali lagi abang tanya, Arin sayang Dhanial?"

Aku menggangguk perlahan.

"Arin suka dia?"

Angguk lagi.

"And, the most important thing, Arin cintakan Dhanial?"

Aku terdiam lama sebelum menggangguk perlahan.

"So? Arin dah ada jawapan untuk pinangan Dhanial. Kenapa masih takut - takut lagi nie?" tanya abang lembut.

"Abang, Arin dikira curang dengan Jeff ke?" tanyaku.

"Hah? Kenapa pula?"

"Sebab sayangkan orang lain selain suami Arin sendiri."

Abang Khai tersenyum manis sebelum mencapai tanganku dan mengelusnya lembut.

"Marinah, listen to me. Arin sedar tak yang Jeffry dah tak ada?" tanya Abang Khai lagi.

Aku menggangguk.

"Jadi, Arin boleh cari pengganti Jeffry. Bukan abang minta Arin lupakan Jeffry, tapi Arin juga berhak bahagia, sayang."

Aku hanya menunduk.

"Bila Arin kahwin dengan Dhanial, dia akan jadi suami Arin. Lelaki yang Arin perlu sayang, hormat dan cinta. Jadi, tak salah untuk Arin cintakan dia, hormat dia dan sayangkan dia."

Air mata tak dapat dibendung lagi dan akhirnya mengalir di pipi.

Abang Khai mengangkat daguku dan mengesat air mata dengan ibu jarinya.

"Dahlah, abang tak nak tengok Arin menangis. Abang terseksa bila adik abang terseksa. Abang sayang Arin." ucap Abang Khai lembut.

"Arin sayang abang juga." balasku setelah lama mendiamkan diri.

"Okay, buat apa yang abang suruh nie. Arin cuba solat istikharah. Minta petunjuk dari-Nya. In Shaa Allah, Allah akan bantu Arin dalam membuat keputusan."

"Okay, abang."

"Jaga solat Arin, jaga hubungan dengan Allah. And, yang paling penting, jangan mempertikaikan apa yang Allah dah rancang untuk diri kita. Sebab apa yang berlaku ada hikmahnya."

"Okay abang. Thank you."

"Welcome."

Abang Khai menarik aku ke dalam pelukannya. Belakang badanku diusap perlahan. Aku membalas pelukannya.

Selama satu minggu, aku melakukan solat istikharah dan mengharapkan pertolongan-Nya. Dan daripada solat tersebut, jawapan yang sama aku dapat setiap malam.

"Arin, macam mana? Apa keputusan Arin?" tanya mama ketika aku sedang menonton TV di ruang tamu.

Aku menoleh ke arah mama dan tersenyum.

"Arin terima pinangan Dhanial."

Tersenyum mama mendengar jawapanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience