BAB 19

Romance Series 9672

Dua minggu kemudian...

"Arin, dah siap? Pengantin lelaki dah sampai." tanya mama.

"Yes, mama. Arin dah siap nie." balasku. Jujur, sebenarnya aku rasa nervous. Nervous sebab aku tak kenal pun dengan bakal suami aku.

"Jom. Semua orang dah tunggu kat bawah." kata mama sambil menghulurkan tangannya.

Aku menyambut tangan mama dan bergerak turun dari tangga. Semua mata memandangku. Bakal suamiku hanya menundukkan wajahnya. Agaknya dia hanya akan bagi aku lihat wajah dia masa upacara sarung cincin. Aku berjalan menuju ke atas pelamin, tempat dudukku.

"Alhamdullillah, pengantin sudah ada. Boleh kita mula?" tanya abahku, yang akan menikahkan aku hari ini.

"Silakan." balas tok kadi di sebelah abah.

"Bismillah. Jeffry Hasif bin Hashim, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Marinah Aliysha binti Raimy dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 tunai." kata abah.

Jeffry? Bakal suamiku ialah Jeffry? Aku terus memandang wajah bakal suamiku. Ya, memang Jeffry, lelaki yang aku cuba untuk lupakan kini akan bergelar suamiku.

"Aku terima nikahnya, Marinah Aliysha binti Raimy dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 tunai." lafaz Jeffry.

"Sah?" tanya abah kepada saksi kemudian kepada tok kadi.

"Sah." balas mereka berdua.

"Alhamdullillah." ucap abah. Jeffry kelihatan menarik nafas lega. Aku masih terkejut. Dengan sekali lafaz, aku dah bergelar isteri kepada Jeffry Hasif. Mataku masih terpaku pada wajahnya. Kelihatan dia memandangku dengan senyuman manis di wajahku.

Selesai mengaminkan doa, Jeffry datang menghampiri aku untuk upacara sarung cincin. Setibanya di hadapanku, dia melutut dan mengambil tangan kananku. Dapat aku rasakan yang tangannya yang kasar memegang lembut tanganku.

Cincin dia ambil kemudian menyarungkannya ke jariku. Kemudian, dia tunduk mencium dahiku. Lama. Dapat aku rasakan kasih sayang seorang suami tapi hati aku masih lagi marah terhadap dia.

Aku mengambil tangannya dan mengucupnya. Dia memegang kepalaku. Aku mendongakkan wajahku dan memandangnya. Kemudian, dia menunduk untuk berbisik di telingaku.

"Thanks sayang sebab sudi terima abang as your husband. I love you." bisiknya di telingaku. Tapi, hatiku masih lagi keras. Perasaan marah kepadanya tak hilang - hilang. Namun, aku hanya menundukkan wajah.

Selesai upacara sarung cincin, sesi fotografi pula dijalankan. Aku hanya tersenyum sepanjang sesi fotografi. Yalah, takkan pengantin akan menunjukkan muka sedih ketika majlis perkahwinannya. Jeffry asyik memaut pinggangku sejak tadi. Tahulah dah halal, tapi aku rimaslah.

"Cuba saling pandang antara satu sama lain." arah jurugambar.

Aku hanya menurut tanpa bicara. Jeffry masih tersenyum. Tersenyum manis untukku.

"Okay. Ready. Saya nak ambil gambar." kata jurugambar.

Aku hanya diam memandang Jeffry. Jeffry diam, sebelum berkata perlahan.

"Sayang, abang tahu yang sayang masih marahkan abang, but I'm sorry. But I love you so much." katanya sambil mengeratkan pelukannya di pinggangku.

Aku hanya menunduk ke bawah. Tidak mampu untuk memandang wajahnya.

"Okay. Dah settle." kata jurugambar.

"Come, sayang. Kita pergi ke meja sana untuk makan beradab." panggil Jeffry sambil menarik tanganku.

Aku hanya menurut. Suaraku masih tersekat di kerongkong. Masih tergamam. Nak panggil dia apa? Abang?

Selesai sahaja majlis, aku terus bergerak naik ke bilikku. Jeffry masih berada di bawah bersama keluargaku. Aku segera membersihkan badan dan menyarungkan pakaian ke tubuhku sebelum mengambil wudhu' untuk menunaikan solat Isyak.

Keluar sahaja dari bilik air, kelihatan suamiku baru sahaja masuk ke dalam bilik. Dia terus menyapaku.

"Eh, sayang dah mandi? Nak solat ke? Tunggu abang sekejap. Abang nak mandi and kita solat berjemaah." katanya sebelum mencapai tuala dan bergerak masuk ke dalam bilik air.

Aku hanya menurut. Ketika menunggu, aku menyarung telekung dan membentang sejadah untuk kami berdua. Tidak lama kemudian, Jeffry keluar dari bilik air.

"Come, sayang." panggilnya.

Aku bergerak ke arah sejadah dan kami memulakan solat. Terasa tenang kerana suamiku adalah imamku sekarang.

Selesai salam terakhir, dia membaca doa dan aku mengaminkan. Aku berasa pelik dengan perasaanku. Semuanya bercampur baur. Sayang. Cinta. Benci. Marah. Dendam. Sedih. Semuanya bercampur. Selesai berdoa, aku menyalam dan mencium tangannya. Sekali lagi, dia mengucup dahiku. Lama. Ya Allah, berdosakah aku kerana menyimpan dendam terhadap suami sendiri. Tapi, dia dah tipu aku, sakitkan hati aku. Salah ke apa yang aku buat nie?

"Thanks sayang for everything." kata Jeffry.

Aku hanya tersenyum.

"Abang rindu nak dengar suara isteri abang. Kenapa senyap jer dari tadi? Sayang marahkan abang lagi ke?" tanyanya sambil mengusap tanganku yang berada di genggamannya.

"Awak nak dengar saya cakap apa?" tanyaku, kasar.

Jeffry kelihatan tersentak.

"Kenapa diam pula? Tadi beriya - iya minta saya cakap, nie saya dah cakap, awak diam pula." kataku sambil menarik tanganku dari genggamannya.

"Sayang... Please... Are you still mad at me?" tanya Jeffry.

"Marah? Awak rasa? Patut tak saya marah dan benci terhadap orang yang pernah tipu saya sebelum nie?"

"Sayang... Benda tu dah lama berlaku. 10 years ago. Just forget it, please..."

"Awak mungkin boleh lupakan perkara tu but, saya tak akan lupakan orang yang pernah tipu saya and pernah sakitkan hati saya dengan harapan palsu."

"Sayang..." panggil Jeffry sambil mencapai tanganku.

Aku menolak tangannya. Dia tersentak.

"Don't you ever touch me." balasku sebelum bangun meninggalkan Jeffry. Aku tahu, belum sampai sehari, aku telah menjadi isteri derhaka, but aku tak boleh terima apa yang dia buat kat aku. Fake hope! Dia bagi aku fake hope!

Jeffry mengeluh. Rambutnya ditolak kasar. Dia bangun dan melipat sejadah sebelum menghempaskan badannya ke atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience