BAB 23

Romance Series 9672

"Mana dia nie? Janji nak jumpa pukul 2, nie dah pukul 3 tak muncul - muncul lagi." rungutku.

Sebentar tadi, Jeffry memberitahu bahawa dia akan hantar aku ke restoran ini. Tapi aku menolak. Bukan apa, aku tak nak dia tahu dengan siapa sebenarnya aku akan jumpa. Aku tahu, aku berdosa kerana menipu suami, tapi ini juga untuk kebaikan kami. Dhanial berjanji dengan aku bahawa ini adalah pertemuan terakhir kami.

"Marinah, sorry I'm late." kata Dhanial sambil termengah - mengah dan duduk di hadapanku.

"I paling pantang kalau orang tak punctual." jelingku.

"Sorry."

"Whatever. So, ada apa you nak jumpa nie?"

"Marinah.... You know that I love you so much..."

"Yeah, but remember, I'm already married."

"I know, but itu tak menghalang I untuk semakin cintakan you."

"Dhanial, stop talking nonsense... You ajak I jumpa semata - mata untuk bincang tentang benda remeh nie? Please lah... I got a lot of works to do. So, kalau tak ada apa - apa, I balik dulu."

"Marinah, please... I'm begging you... Please tinggalkan Jeffry, kahwin dengan I..."

"You're insane, Dhanial!!"

"Yeah, memang I gila!! I gilakan you... Please, sayang. I tak boleh tengok you hidup dengan Jeffry. That should be me, yang selalu ada dengan you."

"You're crazy. Whatever... I'm leaving..."

"Marinah!!!"

Dhanial menarik tanganku dan membawaku ke dalam pelukannya. Ya Allah, lindungi aku...

"Dhanial, stop it!" kataku sambil menolak tubuhnya.

"No! You're mine... Always be mine..." dia memegang wajahku dan didongakkan menghadap wajahnya.

Allah.... Orang sekeliling sudah memandang pelik ke arah kami. Ada yang berbisik dan tidak kurang juga yang ketawa sinis melihat aksi di hadapan mereka.

Apabila dia cuba untuk mencium dahiku, kedengaran suara yang lantang memanggil namaku.

"Marinah!!!"

"Jeff?"

Perlukah aku gembira sebab Jeffry datang menyelamatkanku dari Dhanial? Atau perlukah aku takut dan risau kerana mungkin perang dingin antara kami akan tercetus?

"What are you doing?" soal Jeffry.

"Hmmm... Arin..." balasku tergagap - gagap.

"Jeff? Hi, nice to meet you. Oh, Marinah kata dia rindu I, so dia minta I peluk dia. You don't mind, right?" balas Dhanial sambil mengeratkan pelukannya di pinggangku.

Entah kenapa, aku hanya diam di situ. Tidak menolak pelukan Dhanial. Tidak juga membantah apa yang dikatakan oleh Dhanial. Mataku hanya tertumpu pada Jeffry.

Mata Jeffry... Aku tahu Jeffry sedang menahan amarahnya. Boleh dilihat melalui matanya. Aku juga nampak perasaan kecewanya terpancar di mata. Dia kecewa dengan aku ke?

"Oh, she miss you? No wonder, patutlah dia beriya sangat nak jumpa you." kata Jeffry sambil tersenyum sinis.

Aku yang bagaikan sudah tersedar segera menolak tubuh Dhanial dan bergerak ke sebelah Jeffry dan memeluknya.

"Abang, it's not like that..." balasku, sayu sambil merenung matanya.

Jeffry hanya memandang sekilas ke arahku sebelum menyambung bicara.

"Okay, Dhanial, I got to go. So, you hantar Marinah balik ke?" tanya Jeffry.

"No!!! Arin nak balik dengan abang...." kataku sambil mengeratkan pelukanku.

"It's okay, Jeff. You baliklah dengan Marinah, I pun ada hal nie... See you later..." pamit Dhanial.

Jeffry segera berjalan meninggalkanku. Aku bergerak ke meja untuk mengambil tas tangan dan berlari mengikutnya.

"Abang! Wait for me... Abang, Arin boleh explain..." kataku sambil memegang tangannya apabila kami tiba di hadapan keretanya.

"Kita bincang bila kita dah sampai rumah. Naik kereta saya. Nanti saya suruh Abang Khai ambil kereta awak." balas Jeffry, tenang sambil melepaskan pegangan tanganku.

Aku hanya mengeluh dan berjalan menuju ke pintu penumpang. Kalau aku jujur dengan Jeffry, mungkin tak jadi macam nie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience