BAB 40

Romance Series 9672

"Nonsense!" bentak Dhanial.

"Kenapa?" tanyaku sayu.

"Sayang, sumpah, demi Allah, abang tak pernah sentuh perempuan lain selain sayang. You're my only one."

"I know... I know that she was your first love, right? Susah nak lupakan. Awak perlukan masa yang lama, kan? Okay, I will give you time. Just take how much that you need but.... Saya tak boleh terima yang awak ada anak dengan perempuan lain."

"Ryna, abang dah bagitahu kan yang semua nie fitnah? Who are telling you this story? It's must be Syiraa, right? Bila masa dia cerita kat Ryna? Bila Ryna jumpa dia?"

"That's not important but Dhanial... I'm hurt. Totally hurt. Mana pernah janji - janji awak? Awak dah bosan ke dengan saya? If yes, izinkan saya undur diri. Carikan kebahagiaan awak dengan Syiraa. Saya tak nak anak yang bakal dilahirkan tu tak ada papa. Mesti Syiraa sedih kan?"

"No! Sayang, don't leave me. Abang perlukan sayang."

Aku melepaskan genggaman dan melangkah menuju ke atas. Dhanial mengikuti dari belakang. Setibanya di bilik, aku mengeluarkan bagasi dan membukanya. Baru sahaja aku ingin mencapai baju, tubuhku dipeluk oleh Dhanial.

"Sayang, jangan hukum abang macam nie." ucap Dhanial. Dia meletakkan dahinya di bahuku. Dhanial mengeratkan pelukan. Bajuku di bahagian bahu menjadi basah. Basah dengan air mata Dhanial. He's crying?

"Dhanial..." baru sahaja aku ingin memusingkan tubuh, dia menghalang.

"No, I don't want you to see my face. It's horrible. Just stay like this, wife." balasnya.

Aku tetap meleraikan pelukan dan memandang wajahnya. Aku memegang dagunya dan mengangkat wajahnya. Air mata di pipinya aku seka perlahan. Kemudian, aku mengelus pipinya.

"Abang..." ujarku perlahan.

"Ryna tak percayakan abang?" tanya Dhanial. Dia mengelus pipiku. Aku memegang tangannya yang berada di pipiku.

"I want to but ada something yang halang Ryna untuk percayakan abang. Abang, do you love me?"

"Yes, I do. I love you with all my heart and my soul."

"So, give me some time just like what I did to you. Bagi Ryna masa untuk tenangkan diri, belajar terima semua nie. At the same time, abang buat keputusan tentang rumah tangga kita sama ada kita teruskan perkahwinan nie atau abang ceraikan...."

Bibirku dikucup mengakibatkan ayatku mati begitu saja. Dhanial merapatkan dahinya dengan dahiku.

"Jangan pernah sesekali cakap yang abang akan ceraikan sayang or sayang nak mintak cerai. I don't like it. I hate it. Okay, take your time, wife. Take as much as you need. Abang tunggu sayang kat rumah nie. But bila sayang dah ready untuk balik, please balik."

"I'm sorry, abang."

"No, I'm supposed to say sorry to you. Sayang nak stay mana?"

"Tak perlu tahu yang Ryna pergi mana. Dah sampai untuk Ryna balik, I will back. But kalau tak, abang akan dapat cincin nie semula dan Ryna tak akan muncul lagi. You can find your happiness."

Aku melangkah ke almari dan mengambil pakaian lalu dimasukkan ke dalam bagasi. Setelah mengemas, aku turun ke tingkat bawah diikuti dengan Dhanial di belakangku.

"Abang, Ryna pergi dulu. Halalkan makan minum Ryna. Ampunkan dosa - dosa Ryna. I know that I'm not a good wife for you..." ucapku dengan tangisan di pipi.

"Stop. Sayang tak ada salah pun dengan abang. Sayang isteri yang terbaik. Isteri yang sentiasa ada di sisi abang bila senang dan susah. Abang izinkan sayang pergi. Take care of yourself."

Dhanial mengelap air mataku. Aku keluar dari rumah dan menuju ke teksi. Namun, langkahku terhenti akibat Dhanial menarik lenganku.

"Sayang, I will miss you. And remember, I love you so much, baby. You're my only one. Abang tunggu wife abang balik."

Aku memandang wajahnya. Hatiku menjadi sayu. Kesedihan semakin bertambah apabila bibirnya lembut mengucup dahiku sebelum beralih ke bibirku. Lama. Air mataku mengalir. Aku tak sanggup nak tempuhi semua nie.

"Assalamualaikum." ujar suara di sana.

"Waalaikumussalam." jawabku.

"Marinah? Kenapa tiba - tiba call? Anything that I can help you?"

"Eryn... Boleh tak aku stay rumah kau?"

"Haih, mana husband kau?"

"Nanti aku story kat kau. Boleh ke tak?"

"Eh, boleh."

"Okay, kau ambil aku eh? Aku kat Pavillion nie."

"Hmm, tunggu tau. Nanti aku sampai."

"Kau pasti ke apa yang perempuan tu cakap betul? Kau tak rasa dia buat semua nie semata - mata nak pisahkan kau dengan Dhanial?" tanya Eryn.

"I don't know. Aku bukannya percaya sangat apa yang dia cakap." ujarku.

"Then, kenapa kau tinggalkan Dhanial kalau kau kata yang kau tak percayakan cerita Syiraa?"

"Aku... Tipulah kalau aku cakap yang aku tak terkesan dengan cerita nie. Kau bayangkan, husband yang kau sayang, yang kau cinta, ada anak dengan perempuan lain. Kau boleh terima ke?"

"Of course lah tak."

"Then, kau tahu kan kenapa aku buat macam mana nie?"

"But, cara kau salah. Kau jauhkan diri dari Dhanial, kau tinggalkan dia sorang - sorang. Entah - entah, dia perlukan kau. Kalau dia sakit ke, kau dapat tahu ke?"

Aku terdiam. Ada betul juga apa yang Eryn cakap. But hati aku sakit. Hati aku terluka.

"Aku buat macam nie bukan sebab aku nak larikan diri dari dia and masalah nie. But aku perlukan masa. Masa untuk dia and aku berfikir sejauh mana hubungan kami. And aku nak dia selesaikan masalah nie." ucapku.

"Selesai macam mana?" soal Eryn.

"Cari kebenaran kalau betul anak dalam kandungan tu bukan anak Dhanial."

"But kalau tu memang anak Dhanial?"

"Kalau betul, aku.... aku sendiri akan pinangkan Syiraa untuk Dhanial. Aku tak nak Dhanial jadi tak bertanggungjawab sebab aku tahu dia tak macam tu."

"Then, kau sanggup bermadu kasih?"

"Ada ke isteri yang sanggup share husband dia dengan orang lain? Tak ada, Eryn. Maybe aku akan minta dia untuk... lepaskan aku."

"Kau yakin yang kau kuat untuk lalui semua nie?"

"In Shaa Allah Ryn, aku kuat. Aku tak keseorangan. Aku ada Allah, family aku and kawan - kawan aku. Kalau ditakdirkan hubungan kami memang terhenti di sini, aku redha walaupun hati aku sakit bila terpaksa berpisah dengan orang yang aku paling sayang."

"Okay, aku support apa sahaja keputusan kau. You know the best for yourself."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience