BAB 26

Romance Series 9672

"Assalamualaikum." suara orang memberi salam mengejutkanku. Segera aku berlari ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik Jeffry.

"Jeff? Parents kita dah sampai. Cepat turun." kataku sebelum berlari ke bawah semula untuk membuka pintu.

"Waalaikumussalam. Sorry sebab Arin lambat buka pintu. Arin kat dapur tadi." balasku sambil menyalam tangan kedua ibu bapaku dan mentuaku.

"Tak apa. Kami pun baru sampai. Mana husband kamu?" tanya daddy Jeffry.

"Ohh.. Abang masih kat atas, tengah siap - siap. Jap lagi abang kena pergi kerja." balasku sambil mempelawa mereka untuk duduk.

"Haih? Weekend pun kena kerja? Tak boleh ke stay rumah dengan wife?" kata mummy Jeffry.

"Nak buat macam mana, mummy... Dah memang kerja Jeff macam nie." kata Jeffry yang baru turun dan duduk di sebelahku.

"Kamu nie, asyik sibuk jer, kesian kat Arin." kata mummy lagi.

"I'm sorry, sayang because I'm been busy lately. Nanti kalau abang dah free, kita pergi honeymoon, okay?" kata Jeffry, pura - pura manja kepadaku.

"It's okay, abang. Arin faham." balasku sambil cuba untuk memaniskan senyuman.

Jeffry Hasif, hebat sungguh permainan kau. Pandai kau berlakon depan parents kita. Dasar hipokrit!!!

"Okay, mama, abah, mummy, daddy and sayang. I need to go now. If anything happens, I'll inform you guys." pamit Jeffry sambil menyalam tangan mereka. Aku mengikutnya sampai di hadapan pintu.

"Kau ingat eh, kalau kau bagitahu apa - apa kat parents kita, siap kau. And, one more thing, jangan harap yang aku akan bawa kau pergi vacation. Kalau kau nak pergi sangat, ajak boyfriend kau." kata Jeffry sambil menyarung kasutnya.

"Okay." balasku sambil menghulur tangan.

"Kau nak apa?"

"Nak salam."

Jeffry menyuakan tangannya. Aku menyambut dan mencium tangan suamiku.

"Take care, abang. Remember, I'll always love you with all my heart."

Jeffry menghidupkan enjin kereta dan bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

'Kenapa hati aku nie? Takkanlah dia baru cakap 'I Love You', aku dah tunduk pada dia? Nope! Ingat, Jeff! Ingat apa yang dia dah buat kat kau.'

"Arin, kamu dengan Jeffry macam mana?" tanya mummy tiba - tiba.

"Hah? Macam mana? Apa yang macam mana, mummy?" tanyaku.

"Yalah, kamu kan dah lama kahwin, takkanlah tak ada isi lagi?" tanya mummy.

"Betul tu. Mama dah tak sabar nak main dengan cucu nie." tambah mama.

"Hmmm... Belum ada rezeki lagi lah mama, mummy." balasku, perlahan.

Macam mana nak ada zuriat, seorang ke timur, seorang lagi ke barat. Jeffry pun macam nak tak nak jer layan aku.

"Yalah. Tapi ingat, usaha tu penting." tambah mama.

"Okay, mama."

"Jeff, kau nie kenapa? Jauh termenung? Rindu isteri ke, bro?" tanya Syahmie, rakan sepejabatnya.

"Tak adalah. Buat apa aku nak rindu dia?" balas Jeffry.

"Weyh, asal kau cakap macam tu? Kau tahu tak yang Marinah tu isteri kau?"

"Kalau dia tahu yang dia tu isteri aku, dia tak akan berpeluk dengan jantan lain!!!"

"Okay... Calm down, janganlah jerit - jerit. Kau nak satu office tahu ke? Cuba kau cerita kat aku, maybe aku boleh tolong."

Jeffry menarik nafas dan memulakan cerita. Syahmie pula berkerut dahi untuk memahami cerita rakannya.

"That's why kau benci dia? Disebabkan Dhanial? And, aku nak tanya kau, kau lebih percayakan orang luar berbanding isteri kau sendiri?" tanya Syahmie sambil mengangkat keningnya.

"Masalahnya, aku sendiri nampak dia berpelukan dengan Dhanial. Can you imagine that?!" tengking Jeffry.

"Jeff... Kau tak tahu perkara sebenar yang berlaku. You can't judge the book by its cover. Cuba berbincang dulu dengan isteri kau. Bicara dari hati ke hati. Jangan hanya ikut perasaan." kata Syahmie sambil menepuk bahu rakannya.

Jeffry hanya menyandarkan badannya dan meletakkan tangan di dahi. Nafasnya ditarik dan dihembuskan perlahan.

"Okaylah. Aku nak balik. Remember, berbincang dengan your wife. Jangan seksa perasaan dia lagi, Jeff." kata Syahmie sebelum meninggalkan pejabat Jeffry.

Jeffry mengeluh dan mengemas barangnya sebelum bergerak ke parking lot.

Aku yang sedang membaca novel di atas katil tersentak dengan kehadiran Jeffry. Mataku tetap memandang ke arah novel tanpa mempedulikan kehadirannya.

"Arin, we need to talk." kata Jeffry, dingin.

"Hmm? About what?" tanyaku, sinis.

"About us. But, let me take a bath first." balas Jeffry sebelum menuju ke arah bilik mandi.

10 minit kemudian, Jeffry keluar dari bilik mandi dan duduk di sebelahku. Aku menutup novel dan memandangnya.

Jeffry hanya menunduk ke bawah.

"Haih, tadi kata nak bincang. Then, kenapa asyik tunduk bawah jer? Ke, dah tak lalu nak pandang muka saya?" tanyaku.

Jeffry segera mendongak dan memandang wajahku. Aku tersenyum melihat wajahnya. Ya Allah, rindunya aku dengan dia. Rindu nak tengok dia senyum, nak dengar dia ketawa.

Tindakan drastik Jeffry memegang tanganku menyedarkanku. Dia mengelus tanganku dan mengucupnya.

"Sayang?" panggil Jeffry, perlahan.

"Yes?" balasku lembut.

"I'm sorry. Abang dah lukakan hati sayang. Abang dah maki sayang, tengking sayang. I'm so sorry."

"Awak. It's okay, tak apa. Saya dah lama maafkan awak. If I were you, maybe saya akan buat macam yang awak buat sekarang."

Entah kenapa, mulutku menjadi berat untuk memanggilnya 'abang'. Mulut lain, hati lain. Walaupun aku cakap aku dah maafkan dia, but my heart still hurts.

"Sayang dah tak nak panggil abang dengan panggilan 'abang' ke?"

"Hah? Hmmm..."

"It's okay, sayang. Abang tak paksa sayang untuk memaafkan abang. Take your time, sweetheart."

Aku tertunduk. Serba salah jadinya. Tanpa aku sedar, air mataku mula menitis.

"Sayang? What's wrong? Are you crying?" tegur Jeffry sambil memegang daguku dan mengangkat wajahku untuk memandangnya.

"No, I just...." aku terkelu lalu air mataku mengalir lagi. Jeffry menarik aku ke dalam pelukannya. Dia memelukku erat. Aku menangis dan terus menangis. Bahagian dadanya sudah basah dengan air mataku.

"Sayang? Feeling better?" tanya Jeffry, lembut.

"Yeah." balasku perlahan.

"Why are you crying just now?"

"Saya...."

Tangisku pecah lagi. Entah kenapa, aku menjadi sensitif pulak malam nie. Jeffry gelisah dan memelukku erat.

"Sayang, stop crying. You make me feel serba salah." kata Jeffry.

"Abang, I'm sorry."

"No, sayang. Abang yang sepatutnya minta maaf. Abang tak sepatutnya tuduh sayang macam tu jer. Abang tak dengar perjelasan sayang dulu. Abang dibutakan dengan cemburu."

"Abang, I'm sorry too. Kalau Arin beritahu abang yang Arin nak jumpa Dhanial, maybe semua nie tak akan terjadi. I'm selfish, right? Pentingkan perasaan Arin sendiri, sedangkan Arin perlu jaga hati suami Arin nie juga."

"Okaylah, can you tell me? Apa sebenarnya yang berlaku between sayang and Dhanial?" tanya Jeffry, curious.

Aku menarik nafas dan memulakan ceritaku. Jeffry hanya menggangguk sepanjang mendengar ceritaku.

"Okay. Sayang, memang salah abang." kata Jeffry tiba - tiba.

"Why?" tanyaku, pelik.

"Yalah. Abang tuduh sayang walaupun bukan salah sayang. Dhanial! Ini semua sebab dia, kalau dia tak buat macam tu, kita takkan gaduh."

"Abang, it's okay. Let bygones be bygones, okay?"

"Now, kita mulakan hidup baru, okay?"

Jeffry menolak rambut yang menutup dahi dan mencium dahiku. Aku terpaku. Ya Allah, sentuhan yang sangat aku rindukan.... Aku memeluk Jeffry, erat.

"Kita tidur, okay? Dah lewat malam nie." ajak Jeffry.

Aku segera naik ke atas katil dan menghempas tubuhku. Jeffry baring di sebelahku dan menarik aku ke dalam pelukannya.

"Sayang, good night. Remember, I love you." kata Jeffry dan bibirnya mula bertaut dengan bibirku.

Aku hanya tersenyum dan berbisik di telinganya. "Good night and I love you too, abang."

Jeffry tersenyum lebar dan memelukku erat. Tidurku menjadi lena kerana berada dalam pelukan suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience