BAB 14

Romance Series 9672

Aku menangis semahu - mahunya. Kenapa dia mesti datang ketika aku sudah melupakannya? 10 tahun. Masa yang cukup lama aku perlukan untuk lupakan dia. And, now dia muncul depan aku. Menagih kembali kasih sayang aku.

Aku berhentikan kereta di sebelah jalan. Risau kalau memandu sambil menangis. Jika nasib tidak baik, kemalangan akan berlaku. Setelah memberhentikan kereta, aku meletakkan kepala aku di stereng. Menangis dan terus menangis.

'Kenapa kau perlu menangis? Dia penting sangat ke dalam hidup kau?' kata - kata rakanku bermain di minda.

'Aku takut... Aku takut kalau jatuh cinta dengan dia sekali lagi. Aku tak nak seorang penipu masuk dalam hidup aku.' Jawapan yang sama aku akan berikan kepada mereka terlintas di kepalaku.

Air mata di pipi segera aku seka. Aku kena buat something. Aku kena tenangkan diri. Kalau family aku tahu, mesti mereka susah hati. Telefon di dalam beg tangan segera aku ambil dan mendail nombor abah.

"Assalamualaikum, Arin." kata abah di hujung talian.

"Waalaikumussalam, abah." balasku dengan nada yang ceria. Aku tidak mahu abah tahu tentang keadaan aku sekarang.

"Kenapa call abah nie? Ada apa - apa masalah ke kat office?"

"No. Everything's fine, abah. Arin call abah nie sebab nak cakap something."

"Okay. What is it?"

"Arin nak pergi bercuti kat Paris boleh tak?"

"Paris? Kenapa nak pergi bercuti pulak nie?"

"Nothing. Sajer nak relax - relax kat sana. Boleh, abah? Tak lama pun. Seminggu jer."

"Seminggu? Lama jugak tu. Then, siapa yang jaga company tu?"

"Abahlah yang jaga. Seminggu jer. Please, abah."

"Kita pulak yang kena jaga. Okaylah. Only one week. After one week, come back here and take care of our company."

"Yes, abah. I will and thank you, abah. Arin plan nak bertolak esok. Sekarang nie, Arin on the way to airport nak beli tiket. Nanti Arin balik rumah, and I'll inform to mama."

"Okay."

"Thank you, abah. Assalamualaikum."

"Welcome. Waalaikumussalam."

Talian aku matikan. Alhamdullillah. Dapat aku tenangkan diri kat sana nanti. And, hopefully, bila aku balik sini semula, everything will be okay. No more Jeffry and no more tears.

Enjin kereta aku hidupkan. Dengan lafaz Basmalah, aku memulakan perjalanan ke airport untuk membeli tiket penerbangan ke Paris.

"Mama!" jeritku apabila sampai di rumah.

"Ya. Kenapa jerit - jerit nie, Arin? Terkejut mama." balas mama sambil mengurut dadanya.

"Sorry, mama. Arin nak cakap sikit dengan mama."

"Hmmm... Apa dia?"

"Arin akan bertolak ke Paris esok."

"Hah? Buat apa pergi Paris? Arin okay ke tak nie?"

"Arin okaylah, mama. Sajer nak relax - relax kat sana."

"Then, company macam mana? Siapa nak jaga?"

"Haih, dia minta abah dia nie jaga." sampuk abah yang baru turun dari bilik kerjanya.

"Abang boleh jaga ke? Tak penat ke?" tanya mama, risau.

"Abang okay jer. Arin minta cuti seminggu, so abang jaga company tu seminggu jer. In Shaa Allah, semua akan okay. Awak tu tak payahlah risau sangat." kata abah kepada isterinya.

"Haih, orang risaukan dia pun tak boleh." muncung mama.

Aku hanya ketawa kecil melihat kedua ibu bapaku. So sweet, macam gula. Adakah aku akan memiliki perkahwinan yang bahagia seperti ibu bapaku?

"So, mama? Macam mana?" tanyaku pada mama.

"Macam mana apa? Dah beli pun kan tiket nak ke Paris esok. So, pergilah." balas mama.

"Mama tak marah Arin, kan?"

"Taklah. But, take care of yourself, Arin. Kalau ada apa - apa masalah, share dengan mama. Jangan pendam sendiri. Nanti sakit hatinya." pesan mama.

'Memang Arin ada masalah pun, mama. Cuma, Arin tak nak buat semua orang risau. Selagi Arin boleh tahan, Arin akan tahan, mama.' detik hatiku sambil tersenyum memandang mamaku.

"Okay mama, I will. Okaylah, mama, abah, Arin naik atas dulu. Nak pack my things. Esok flight Arin pukul 8:00 pagi." pamitku.

"Okay. Esok Kak Maiza and Abang Khai hantar Arin pergi airport. Mama and abah ada urusan penting nak kena hadir, that's why tak boleh hantar Arin pergi airport. Remember, no more excuses." kata abah, muktamad.

"Yes, sir!" balasku sambil memberi tabik kepada kedua ibu bapaku sebelum bergerak ke tingkat atas dan menuju ke bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience