BAB 31

Romance Series 9672

Tiga bulan kemudian...

Tiga bulan. Tempoh masa yang panjang untuk aku relakan pemergian Jeffry. Entah kenapa, sedikit demi sedikit aku belajar untuk lepaskan dia.

Dhanial pula tidak pernah lupa untuk datang memeriksa keadaanku. Mama dan abah pun semakin lama semakin selesa dengan kehadirannya. Kadang - kadang, Dhanial memanggil mamaku dengan panggilan mama dan abahku dengan panggilan abah. Keakraban mereka bertiga membuatku serba salah.

Adakah terlalu awal untuk aku mengizinkan sesiapa hadir dalam hidupku dan mungkin sebagai pengganti Jeffry? Aku curang ke?

"Arin." suara mama menyedarkanku dari lamunan.

"Yes, mama?" sahutku.

"Dhanial ada kat bawah tu. Katanya nak bincang something dengan Arin."

"Okay, give me 10 minutes. Arin nak pakai tudung."

"Mama turun bawah dulu."

Tudung di dalam almari aku ambil dan memakainya. Setelah selesai mempersiapkan diri, aku turun ke bawah. Langkahku terhenti apabila melihat Dhanial yang memakai baju berjenama Polo bewarna kelabu dan berseluar slack hitam tersenyum ke arahku.

"Arin." panggil mama.

Aku segera sedar dari khalayan dan berjalan menuju ke arah mama dan melabuhkan punggung di situ.

"Hai, Ryna. How are you?" ucap Dhanial.

"Hai. I'm fine." balasku sambil tersenyum.

"Okaylah kalau macam tu, mama, abah, boleh tak Dhanial bawa Ryna keluar?" tanya Dhanial kepada mama dan abah. Aku yang terkejut tak mampu mengucapkan apa - apa.

"Nak keluar ke mana?" tanya abah.

"Just jalan - jalan kat taman, maybe and Dhanial ingat nak bawak Ryna pergi shopping. Mesti dah lama dia tak keluar shopping nie." balas Dhanial sambil ketawa kecil.

Aku hanya menunduk.

"Okaylah, mama dan abah izinkan Dhanial bawa Arin keluar but mesti hantar Arin balik rumah sebelum pukul 7 malam." putus abah.

Aku hanya terkedu mendengar jawapan abah. 'Apa nie? Mama dan abah tak tanya persetujuan aku pun!' bisik hatiku.

"Arin, pergilah naik atas. Dhanial nak ajak keluar nie." ujar mama sambil menepuk bahuku.

Aku memandang muka Dhanial dan dia hanya tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipit di sebelah kiri pipinya.

"Okay mama." balasku ringkas sebelum naik ke atas untuk bersiap.

"Kita nak pergi mana nie?" tanyaku setelah hampir setengah jam kami berada di atas jalan raya.

"Kita pergi shopping mall." ujar Dhanial ringkas.

"Hah? Shopping mall? Nak beli apa?"

"Saja jalan - jalan."

"Apa awak nie? Kenapa tak bincang dulu dengan saya?"

"Kena bincang eh?"

"Mestilah! Dahlah nak bawa orang keluar tak inform awal - awal."

"Sorry. Saja nak buat suprise. Awak kan dah lama tak keluar rumah, so saya nak ajaklah awak keluar."

"Apa - apa jerlah."

Entah kenapa, mood aku seperti ke laut. Tadi kat rumah okay, but bila berdua macam nie, rasa macam nak marah jer. Sebenarnya, aku geram. Geram dengan sikapnya yang menggunakan mama dan abah untuk membawa aku keluar. Dahlah tak bagitahu awal - awal!

"Jom, kita dah sampai." ucap Dhanial.

"Hmm..." ucapku sebelum turun dari kereta.

Sepanjang di dalam shopping mall, aku hanya mendiamkan diri. Dhanial yang hanya bercakap itu dan ini.

"Awak nak beli apa - apa tak?" tanya Dhanial.

"Tak nak." balasku.

"So?"

"So? Saya nak balik."

"Balik? Tapi masih pukul 3. Awal lagi nak balik."

"Balik jerlah. Saya tak ada mood."

"Okay."

Di dalam kereta, kami berdua hanya diam. Mungkin Dhanial terasa hati dengan aku tapi aku tak peduli.

Apabila Dhanial memberhentikan kereta tetapi bukan di kawasan perumahanku, aku segera membuka mulut.

"Awak bawa saya pergi mana pulak nie?" tanyaku pelik.

"Taman. Saya nak discuss something dengan awak." balas Dhanial senada sebelum keluar dari kereta.

Aku hanya melepaskan keluhan sebelum keluar mengikutinya.

Sesudah sampai di tengah - tengah kawasan taman tersebut, baru aku tersedar. Tersedar bahawa inilah taman yang Jeffry bawa aku untuk memulihkan hubungan kami. Kenapa Dhanial bawa aku datang sini? Apa niat dia?

"Kenapa awak bawak saya datang sini?" tanyaku sekali lagi.

"Cuba awak lihat sekeliling. Awak ingat tak tempat nie?" ujar Dhanial tanpa menjawab soalanku malah menyoalku.

"What do you mean?"

"Ini tempat awak berbaik semula dengan Jeffry kan?"

"How did you know?"

"Saya nampak, Ryna. Saya ikut segala gerak geri awak. Yes, saya mengaku saya memang macam orang psiko but bukan itu niat saya."

"Then, kenapa awak follow saya?"

"Saya serba salah. Saya nak jumpa awak and Jeffry face to face untuk minta maaf but saya tak jadi datang sebab saya tengok awak happy dengan Jeffry. I'm happy too but at the same time saya jadi macam marah. Saya marah sebab saya rasa Jeffry rampas awak dari saya."

"Stop it, Dhanial! So, nie lah tujuan awak bawa saya datang sini? Untuk apa? Untuk saya ratapi pemergian Jeffry? Untuk saya salahkan diri saya lagi?!"

Aku tidak dapat menahan amarahku. Dadanya aku tumbuk untuk lepaskan geram. Dia hanya diam. Tidak menghalang mahupun mengelak. Sudahnya, aku terduduk dan menangis.

"Ryna, I'm sorry." ucap Dhanial sambil menyentuh bahuku.

"Don't you ever touch me! I hate you!" tangisku lagi.

"Ryna, please let me explain." balas Dhanial lemah. Aku hanya bangun dan duduk di bangku yang disediakan.

"Ryna, I love you." ucap Dhanial tiba - tiba.

"Hah?" ujarku.

"Yes, I love you since kita kat sekolah menengah. And, bila saya dapat tahu awak akan berkahwin dengan Jeffry, saya tak boleh terima hakikat. Kenapa awak boleh terima Jeffry but awak tak boleh terima saya? That's why saya cuba untuk hancurkan hubungan awak but bila saya dengar ayat abang saya yang saya tak akan dapat apa - apa kalau saya buat semua nie so saya stop. Stop dari terus hancurkan rumah tangga awak. But, kemalangan Jeffry adalah luar jangkaan saya. Again, I'm sorry." ujar Dhanial panjang lebar.

"Saya nak balik." balasku ringkas sebelum mengangkat punggung meninggalkan Dhanial.

"Arin." panggil mama apabila aku masuk ke dalam rumah.

"Ya, mama?" balasku.

"Pergi mana tadi dengan Dhanial?"

"Pergi shopping mall then lepak kejap kat taman."

"Oh, Dhanial ada cakap apa - apa?"

"Tak ada pula, kenapa ma?"

"Tak apalah, kita bincang esok jer. Arin mesti penat kan? Naiklah atas and rest, okay?"

"Okay mama. Arin naik dulu, eh?

Apa maksud mama? Dhanial ada cakap apa - apa kat mama ke? Entahlah, esok jerlah aku fikir. Otak serabut, macam - macam benda jadi hari nie.

'Abang, I miss you.'

Gambar perkahwinan kami aku ambil dan memeluknya sehingga aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience