BAB 36

Romance Series 9672

" So, Puan Marinah, how are you today?" tanya Doktor Amani sambil tersenyum manis.

"I'm okay. Getting better, I guess." balasku sambil tersenyum nipis.

"Okay, puan dah boleh discharge hari nie sebab nothing serious happen to you. Nanti sebelum discharge, ambil ubat dulu, ya?" tambah Doktor Amani.

"Okay doctor, I will." balas Dhanial yang setia berada di sebelahku.

"Okay. Saya keluar dulu." pamit Doktor Amani.

Aku hanya menggangguk.

"Sayang? Nak tukar baju tak? Kejap lagi sayang dah nak discharge dah. Jom, abang temankan sayang." ucap Dhanial, lembut.

"It's okay, saya boleh buat sendiri. Awak pergilah settlekan apa yang patut." balasku, dingin.

"Okay... Kalau sayang nak apa - apa, call abang tau? Abang nak pergi bayar bil hospital dulu." pesan Dhanial.

"Hmmm..."

Aku segera berlalu menuju ke bilik air dan meninggalkan Dhanial.

"Jom sayang." panggil Dhanial setelah selesai mengambil ubat.

Aku bangun dan berjalan tanpa menghiraukannya. Dhanial mengeluh lemah.

'Allah, berapa lama lagi aku perlu menghadapi dugaan-Mu ini, Ya Rahim? Aku dah tak kuat, Ya Allah.' detik hati Dhanial.

Dhanial membuka pintu kereta untukku. Aku masuk ke dalam tanpa memandang wajahnya. Dhanial membuka pintu bahagian belakang dan meletakkan barangku sebelum masuk di bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan kami memulakan perjalanan.

10 minit perjalanan, suasana di dalam kereta sunyi sepi. Aku mengambil keputusan untuk terus menyepi kerana aku malas untuk berbual dengan Dhanial. Nanti bukan berbual, bergaduh jadinya. Aku memejamkan mata.

"Sayang nak makan dulu ke?" tanya Dhanial bagi menghidupkan suasana.

Aku hanya menggeleng.

"Tak lapar ke?"

Aku menggeleng lagi.

"Sayang tak nak cakap dengan abang ke?"

Aku hanya diam.

"Please sayang, I miss your voice so badly. Don't this to me." ucap Dhanial, sayu.

"Siapa yang kejam kat siapa sekarang nie?" balasku, dingin.

"Tolonglah sayang, kan abang dah explain semalam. Itu bukan gambar abang."

"You think that I'll trust you after what have you done to me?"

"Apa yang abang dah buat?"

"Apa yang awak dah buat? Let me remind you that you're lying to me!"

"Bila masa abang tipu sayang?"

"Yang pasal gambar tu bukan menipu namanya?"

"Abang dah explain perkara sebenar kan, apa yang abang tipu sayang lagi?"

"You don't trust me. Awak tak cerita kat saya masa semua nie berlaku. Kalau betul awak kena pukul kat parking lot, kenapa tak cerita kat saya? Kenapa awak diamkan jer perkara nie?"

Dhanial memberhentikan kereta di sebuah taman. Dia memusingkan tubuhnya memandangku.

"Sayang, abang bukan tak nak cerita, but abang tak nak sayang risau. Lagipun abang tak cedera teruk pun. Then, pasal gambar tu, abang tak sangka boleh jadi sampai macam nie sekali." terang Dhanial.

"Itulah sikap awak, tak sangkalah, tak pentinglah sampai awak pinggirkan saya. Siapa saya nie? Hamba awak ke? No, I'm your wife. Saya ada hak nak tahu semua benda tentang awak. You know what, kadang - kadang saya terfikir yang gambar yang saya terima tu adalah gambar betul bukan gambar diedit." balasku sinis.

"Ryna, what are you talking about?"

"Don't you hear it? I say that those pictures are real because you're a jerk!"

"Awak sedar tak yang awak sedang bercakap dengan husband awak?"

"Yes, saya sedar but macam yang saya cakap kat awak, lelaki macam awak memang tak layak untuk dihormat."

"Marinah!"

Dhanial mengangkat tangannya untuk menampar pipiku. Aku memejamkan mata.

Aku memegang pipiku. Panas. Air mata yang aku tahan jatuh akhirnya. Aku pandang Dhanial. Dia memandangku dengan muka yang bersalah.

"Ryna, abang..." ucap Dhanial tergagap - gagap.

"Terima kasih, Dhanial. Terima kasih atas segalanya." ujarku seraya membuka pintu kereta. Air mata yang jatuh aku seka.

"Ryna, jangan tinggalkan abang! Abang... Abang tak sengaja. Please, sayang..." panggil Dhanial lantas menggenggam tanganku. Aku menepis kasar.

"Jangan cari aku and jangan panggil aku 'sayang' kalau kau sendiri tak tahu apa maksudnya. Mulai hari nie, kita dah tak ada apa - apa hubungan. Bagi aku, suami aku dah mati."

Aku menahan teksi yang lalu di situ. Wajah Dhanial yang sayu aku pandang sekilas.

'Kalau kau tahu apa erti terluka, pasti kau takkan ingin terluka. Tetapi, disebabkan kau tak tahu ertinya, kau sanggup buat aku terluka, Dhanial.'

Air mata yang setia mengalir aku seka.

"Pakcik, hantar saya pergi ke kawasan yang ada pantai." ucapku ringkas.

"Baik nak." balasnya.

'Dhanial, kau bodoh! Kau dayus! Marinah dah terluka atas kehilangan Jeffry tapi kenapa kau buat dia terluka lagi?'

"Aku... Aku tak sengajalah! Marinah, dia cabar aku!"

'Apa yang dia cabar kau? Semua nie salah kau. Sebagai seorang suami, kau sepatutnya bimbing dia kalau dia salah bukannya menghukum dia.'

"Ryna, baliklah, sayang. Abang perlukan Ryna."

Bunyi pintu pagar dibuka membuatkan Dhanial bangun dan membuka pintu utama.

"Abang Khai." sapa Dhanial.

"Dhanial, nie abang nak hantar Arin balik nie. Tadi abang jumpa dia kat pantai."

Dhanial memandangku sayu.

"Oh, maaf bang, salah saya. Sibuk sangat sampai lupa kat Arin nie." balas Dhanial sambil menarik tanganku. Aku hanya membatu. Yalah, takkan lah nak meronta, nanti mesti abang Khai syak something.

"Hmm, kamu nie, hati - hatilah."

"Maaf bang."

"Tak apalah, abang balik dulu. Dah malam nie. Arin, jaga diri. Kamu pun sama, Dhanial. Assalamualaikum." pamit abang Khai sebelum berlalu.

"Waalaikumussalam." balas Dhanial seraya menutup pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience