BAB 43

Romance Series 9672

"Sayang, minum susu nie." ujar Dhanial seraya menghulurkan segelas susu kepadaku. Ketika itu, kami berada di dalam bilik di tingkat atas.

"Hah, susu? Tak naklah." tolakku sambil memandang wajahnya.

"Kenapa pulak? Susu nie bagus untuk baby tau. Minumlah."

"Alah abang, Ryna tak nak lah."

"Abang tak kira, sayang kena minum jugak. Kalau Ryna sayang abang, minum susu nie sampai habis."

Aku mengeluh panjang dan mengambil gelas tersebut. Dengan lafaz Bismillah, susu itu diteguk. Haih, rasa apa nie? Aku mengerutkan dahi.

Dhanial menarik senyum dan mengusap rambutku. Baru sahaja dia hendak melabuhkan punggung, telefonnya berbunyi minta diangkat.

"Kejap eh sayang, abang jawab call nie kejap." pamit Dhanial.

'Haih, selalunya boleh jer jawab call depan aku. Private sangat ke?'

"Hello, Syiraa. You nak apa?" soal Dhanial.

"I nak you." balas Syiraa.

"You nie gila ke? I dah jadi husband orang lah."

"Husband Marinah? I don't care, dear. Lelaki kan boleh kahwin empat and I know you mampu."

"Eventhough I mampu, I tetap tak akan kahwin dengan you or mana - mana perempuan sebab I dah ada wife and I love her."

"Okay, how about our baby?"

Soalan Syiraa membuatkan Dhanial tergamam. Baby?

"Haih, boringlah duduk kat atas nie. Nak tengok TV lah." ujarku sambil meletakkan majalah di meja tepi katil.

"Nak turun ke or tunggu Dhanial? Turun jerlah."

Perlahan aku bangkit dari katil dan menuju ke pintu. Ketika aku sedang melangkah turun, kedengaran suara Dhanial sedang berbual. 'Tak habis lagi rupanya,' detik hatiku. 'Tapi, kenapa macam bergaduh jer?'

"You jangan merepek lah, Syiraa. I tak pernah pun sentuh you, dari mana boleh muncul isu baby I dengan you pulak nie?" terjah Dhanial.

"Jangan jadi bodohlah, Dhanial. You dah rampas maruah I then you nak tinggalkan I macam tu jer? You lupa ke yang you dah janji yang bertanggungjawab kalau I pregnant?" balas Syiraa.

"Bila masa pulak I berjanji semua nie? Nonsense!"

Kakiku terpaku di tangga apabila mendengar nama Syiraa muncul di bibir suamiku. Betul ke baby tu anak diaorang? Kepala yang terasa pening aku pegang.

"Sayang, let me remind you. Masa tu, you sakit kepala and I terserempak dengan you. I nak hantar you balik but you tak nak, so I bawak lah you check in hotel. Nak dijadikan cerita, you ajak I teman then you... buat something kat I. I memang tak tolak sebab I cintakan you. So now, I dah pregnant, you nak lepas tangan?" terang Syiraa panjang lebar.

"Syiraa, please.. Kenapa you buat macam nie? Apa tujuan you?"

"Simple. I nak you kahwin dengan I."

Dhanial menarik nafas panjang sebelum menyambung bicara.

"I akan kahwin dengan you but bagi I masa untuk discuss dengan wife I." putus Dhanial.

Tergamam. Wajah Dhanial aku pandang. Aku memegang kepalaku apabil sakit terus mencengkam. Dia menamatkan panggilan sebelum memandang wajahku. Jelas riak terkejut di wajahnya.

"Sayang...." panggilnya seraya mendekatiku.

"Jangan dekat dengan saya." balasku sayu. Air mata yang ku tahan akhirnya gugur juga.

"Sayang, abang boleh explain."

"Explain apa? Explain yang awak akan kahwin dengan Syiraa? Tahniah."

"Tak, abang..."

"Betullah apa yang Syiraa bagitahu. Awak playboy that's why sampai boleh ada anak dengan Syiraa. Entah - entah, ramai dah perempuan mengandungkan anak awak."

"Marinah Aliysha!"

Jeritan Dhanial membuat bahuku terangkat. Air mataku masih deras mengalir. Kenapa dia perlu back up perempuan tu? Dia dah tak sayang aku ke? Sudahnya, aku terduduk di tangga. Dhanial datang menghampiriku. Tubuhku diangkat ke sofa di ruang tamu. Tanganku digenggam olehnya. Erat.

"Sayang, abang minta maaf. Abang.... Tolonglah percayakan abang." pintanya lirih.

"Macam mana saya nak percayakan awak kalau awak tak pernah jujur dengan saya?" balasku. Wajahnya aku pandang sayu. Air mataku diseka perlahan olehnya. Aku ditarik ke dalam pelukannya.

"Abang....."

"Saya izinkan awak kahwin dengan dia sebab saya tak nak anak awak tu membesar tanpa seorang bapa. Tapi dengan satu syarat." ujarku. Aku meleraikan pelukan dan memandangnya. Aku menarik nafas panjang sebelum menyambung ayatku yang tergantung.

"Ceraikan saya selepas saya bersalin nanti."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience