BAB 21

Romance Series 9672

"Jeff? Kita nak pergi mana nie?" tanyaku setelah 30 minit berada di atas jalan raya.

Jeffry senyap. Langsung tidak menoleh atau membalas pertanyaanku. Matanya tetap memandang jalan.

Aku hanya mengeluh.

Lima minit kemudian, Jeffry memparkir kereta di sebuah taman yang penuh dengan bunga. Keadaan di situ sungguh sunyi. Hanya aku dan dia sahaja.

"Jom turun." ujar Jeffry sambil membuka pintu kereta.

Aku hanya menurut. Mengikut dia sehingga kami berdiri di tengah - tengah taman bunga tersebut.

"Now, tell me. Kenapa awak bawa saya datang sini?" tanyaku.

"We need to talk." balas Jeffry.

"Talk? Nak bincang apa?"

"Why are you doing this to me?"

"What do you mean?"

"Marinah, I'm begging you. Boleh tak awak lupakan sejarah hitam tu? Sejarah yang pernah berlaku 10 tahun lepas? Boleh tak?"

"Senangnya awak cakap. 10 tahun, Jeffry. 10 tahun saya cuba buang awak dari hidup saya and awak muncul balik depan saya. Did you know how I feel?"

"Sayang...."

"Saya nak tanya. Kenapa awak buat saya macam tu? You own me an explaination."

"Okay. Sayang, abang tak ada niat pun nak sakitkan hati sayang. Memang abang dah habis exam but abang nak pergi sekolah sebab abang dah janji yang abang ada suprise untuk sayang. Remember that? But, parents abang cakap, kami sekeluarga perlu pindah ke London sebab ayah abang ada dapat tawaran kerja kat sana. That's why abang tak dapat jumpa sayang. Again, I'm sorry."

Aku hanya mampu tunduk dan menangis. Air mata aku seka. Sudahnya, aku jatuh dan sempat ditangkap oleh Jeffry.

"Sayang!" jerit Jeffry. Dia membawa aku untuk duduk dan memelukku.

Aku masih menangis dan cuba membalas pelukannya. Terasa hangat apabila berada dalam pelukannya.

"Why, sayang? Kenapa menangis? Jangan buat abang rasa bersalah." ujar Jeffry.

Aku hanya menunduk.

"Saya akan jaga awak sampai bila - bila... Please, trust me, dear." kata Jeffry sambil mengusap tanganku.

"Jeffry..." aku mendongak memandang wajahnya.

"Yes, sayang?" ujar Jeffry sambil mengelus pipiku.

"I'm sorry. Saya dah derhaka kepada awak. I'm sorry."

"Sayang... Sayang tak buat salah pun. Abang yang salah. And, I'm sorry sebab abang tengking sayang tadi. Abang sayang isteri abang. Kenapa sayang marah dengan abang sampai sekarang?"

"Arin marahkan abang sebab Arin ingat abang bagi Arin harapan palsu sebab Arin pernah ditipu oleh someone yang Arin suka."

"Siapa?"

"Dhanial. My classmate."

"Okay. Jadi, Arin tak pernah sukakan abang? Abang jer yang bertepuk sebelah tangan?"

"Abang... It's not like that."

"Then?"

"Nantilah Arin cerita kat abang."

Jeffry bangun dan melutut di hadapanku.

"Sayang, I'm sorry. Abang rasa bersalah sangat. Abang tak patut biarkan sayang tunggu abang sedangkan abang tak akan datang jumpa sayang. But, sayang, selagi nyawa abang dikandung badan, I'll promise to myself that I will love you forever and ever. I love you, sayang." ucap Jeffry sambil mengucup dahiku.

"I'm sorry too, abang. Arin sepatutnya bagi abang peluang untuk explain tentang perkara sebenar. But, Arin dibutakan dengan perasaan marah. I'm sorry." balasku.

"Tu jer?" tanya Jeffry sambil mengangkat keningnya.

"Tu jerlah. Kenapa?" tanyaku semula.

Jeffry bangun dan berjalan meninggalkanku. Aku tahu yang dia menunggu perkataan 'I Love You' dariku. Aku bangun dan berlari mengejarnya. Kemudian, aku berdiri di hadapannya untuk menghalang pergerakaannya.

"Abang... Kenapa tinggalkan Arin?" tanyaku sambil memegang kedua - dua tangannya.

Jeffry tetap senyap.

"Abang, I love you." ujarku, perlahan.

"Apa sayang cakap?" tanya Jeffry.

"Arin cakap sekali jer."

"Please, sayang... Cakap sekali lagi. Abang nak dengar."

"I love my husband, Jeffry Hasif so much!!!" jeritku.

Jeffry hanya ketawa melihat telatahku. Aku meletakkan tanganku di bahunya dan memaut lehernya.

"I love my wife, Marinah Aliysha so much!!!" jerit Jeffry pula.

Aku tertawa dan Jeffry mencium dahiku. Kami berjalan berpimpin tangan menuju ke kereta. In Shaa Allah, dengan izin Allah, aku akan taat dan sayang suami aku sampai bila - bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience