BAB 18

Romance Series 9672

Pulang sahaja aku dari Paris, keesokannya aku telah menjadi tunangan orang. Aku tidak berjumpa dengan bakal suamiku. Kata ibunya, Hasif mahu menjadikan istimewa. Tambahnya lagi, dia hanya ingin berjumpa denganku sewaktu akad nikah nanti. Jika begitu, aku setuju sahaja. Aku pun tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dalam masa terdekat ini. Aku nak lupakan semuanya sebelum aku memulakan hidup aku yang baru.

Dua minggu kemudian...

"Arin, dah nak pergi fitting baju? Arin pergi sendiri ke dengan Hasif?" tanya mamaku, prihatin.

"Yes mama. Arin pergi sendiri jer. Ibu Hasif call bagitahu yang Hasif memang tak nak jumpa Arin sebelum akad nikah. And, Hasif pun dah siap fitting baju semalam." balasku.

"Okay. Hati - hati."

"Okay mama. In Shaa Allah."

Aku segera menyalam tangan mamaku dan bergerak menuju ke keretaku. Enjin aku hidupkan dan segera meneruskan perjalananku.

Selesai fitting baju, aku segera ke restoran berdekatan. Perutku sudah berbunyi minta diisi. Setibanya di restoran itu, aku segera memesan makanan kepada waiteress yang datang menyapa di meja.

Ketika menunggu, aku leka dengan handphoneku sebelum terdengar suara memanggil namaku dari hadapanku.

"Marinah?" panggil suara itu.

"Eh, Eryn! Fatin!" balasku apabila sudah mengecam wajah itu.

"Weyh, lama giler dah tak jumpa kau!" kata Eryn.

"10 tahun, weyh." balas Fatin pula.

"Aku sibuklah. Dah mula handle company kan, so susahlah nak ada masa lepak macam nie." balasku.

Eryn dan Fatin memesan makanan mereka ketika waitress datang ke meja kami. Selesai memesan, Eryn menyambung.

"Oh, dah jadi CEO? Pergh, giler hebat lah kau!" katanya.

Aku hanya tersenyum.

"So, kau berdua apa cerita? Dah kahwin?" tanyaku berseloroh.

"Apa kahwin - kahwin nie? I'm still single but not available. Aku ada boyfriend but husband, belum lagi. Tahun depan, maybe baru aku kahwin. By the way, aku kerja sebagai engineer." balas Fatin.

"Wow! Engineer? Boleh dikatakan hebat juga kau nie. And, boyfriend? Kau ada boyfriend? Aku ingat perangai macam jantan nie, tak ada orang yang nak kat kau." balasku sambil ketawa. Fatin segera mencubit lenganku. Memang, sejak dari sekolah lagi, Fatin memang terkenal dengan perangainya yang agak ganas sedikit.

"Eryn?" tanyaku pada Eryn pula.

"Aku? Aku dah jadi tunang orang tiga bulan lepas. In Shaa Allah, hujung tahun nie, aku kahwin. By the way, aku kerja as pendakwa raya and bakal suami aku pun pendakwa raya. Nampak tak jodoh kami di situ?" balas Eryn sambil tersenyum.

"Pergh! Tunang? Congrats, babe. Nanti nak kahwin, jangan lupa jemput aku." balasku.

"Of course." balas Eryn.

Perbualan kami terhenti apabila seorang waitress datang menghantar makanan kami. Selesai menerima makanan masing - masing, Fatin menyambung.

"Kau pula? Single lagi ke?" tanya Fatin kepadaku.

"Aku? Aku baru jer bertunang semalam." balasku ringkas.

"Hah? Tunang? Dengan siapa? Bila kau nak kahwin?" tanya Eryn pula, bertubi - tubi.

"Kau nie pun, tanyalah satu - satu. Kesian Marinah nak jawab." kata Fatin sambil menepuk lengan Eryn.

"It's okay. Yes, aku dah bertunang. Dengan siapa, aku cuma kenal dia sebagai Hasif. Dia bawa family dia datang meminang aku masa aku kat Paris. In Shaa Allah, in two weeks, aku akan bernikah." balasku.

"Haih, kau terima pula pinangan keluarga Hasif tu? Bukan kau tak kenal dia ke?" tanya Fatin, pelik.

"Yes, memang aku tak kenal dia. But, cinta boleh dipupuk. Aku dah penatlah kejar orang yang aku cinta and dapat harapan palsu. Lebih baik aku bercinta dan sayang dengan orang yang cintakan aku dan boleh memberi kebahagiaan pada aku." kataku.

"Okay... Kau ada masalah ke, babe? Kalau ada, sharelah dengan aku and Fatin. Mana tahu, kami boleh tolong kau." tanya Eryn.

"Actually, Jeffry and Dhanial muncul balik dalam hidup aku. Datang menagih kasih kat aku." kataku.

"What?!" jerit Fatin dan Eryn, serentak.

"Diamlah, jangan jerit - jerit." kataku sambil menepuk lengan mereka.

"Macam mana kau jumpa Jeffry?" tanya Eryn.

"Dia bekerjasama dengan syarikat aku. Aku pun tak tahu siapa CEO untuk syarikat tu sebab yang handle semua nie abah aku. Aku dapat tahu bila kami ada buat meeting kat sebuah restoran nie. PA aku bagitahu, PA kepada CEO syarikat tu yang akan datang jumpa aku, then Jeffry, the CEO datang jumpa aku." kataku.

"And?" soal Eryn lagi.

"Habis meeting jer, aku nak blah cepat - cepat, but dia panggil nama aku. Macam kau tak tahu yang aku nie jadi lemah bila dengar suara dia. Dia cakap dengan aku yang dia tak sengaja hilangkan diri tanpa kesan macam tu. Dia nak explain but aku tak nak dengar. Aku menyampah tengok muka dia." tambahku lagi.

"Relax, babe. Then, Dhanial? Kau jumpa dia kat mana?" tanya Fatin pula.

"Dhanial... Lepas aku jumpa dia, aku ke luar negara, Paris untuk tenangkan diri. But, makin sakit hati aku. Sebab apa? Dekat dalam flight, boleh pula seat dia betul - betul kat sebelah seat aku. And, yang makin parah, dia still kenal aku. Dia ingat muka aku." kataku.

"And? Macam mana dia boleh ingat kau?" soal Fatin lagi.

"Dia kata, dia ingat mata hazel aku nie, that's why dia boleh kenal aku. Bila turun dari pesawat, aku pergi makan and dia datang duduk satu meja dengan aku. Aku cuba kawal perasaan aku. Kalau aku ikutkan hati, dah lama pipi dia bengkak disebabkan penangan aku. But, dia sibuk minta maaf and cakap yang dia sayangkan aku. Gila kan? Aku rasa macam dua orang lelaki tu dah gila. Boleh dia mengaku cintakan aku lepas dia bagi aku fake hope? Sorrylah bro, talk to my hand." tambahku sebelum menyambung makan.

"Okay." balas Fatin.

"That's why aku terima lamaran Hasif because aku rasa, kalau aku dah jadi milik orang, mereka tak akan kacau aku lagi. And, kalau boleh, aku nak hilangkan mereka dari pandangan aku." tambahku.

"Aku harap keputusan yang kau buat nie adalah yang terbaik untuk kau. Aku and Fatin akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Don't worry." kata Eryn sambil memegang bahuku.

"By the way, tak ada kad jemputan ke?" tanya Fatin.

"Nanti aku minta PA aku pass kat kau berdua. Aku tak nak tahu nama dia. Biarlah rahsia itu kekal sampai hari akad nikah aku. You guys pun jangan bagitahu aku." tambahku.

"Yes, maam." balas Fatin.

"Yes, boss." balas Eryn, pula.

Aku hanya ketawa kecil sebelum menyambung makan. Dua minggu. Dua minggu lagi, aku akan menjadi isteri orang, so Marinah, be strong!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience