BAB 15

Romance Series 9672

"Arin, ingat pesan abah and mama. Take care of yourself and don't do something stupid, okay?" pesan Abang Khai ketika aku hendak masuk ke balai berlepas.

"Yes, abang. I'll remember that advice. Okay, Arin masuk dulu. Thanks, abang." balasku.

"Nanti kalau dah balik sini semula, call akak. Nanti akak datang ambil awak." pesan Kak Maiza pulak.

Aku hanya mengangguk dan memeluk serta menyalam tangan mereka berdua sebelum bergerak masuk ke dalam balai berlepas.

Sesudah tiba di dalam kapal terbang, aku segera mencari tempat duduknya. C21. Tempat dudukku terletak di tepi tingkap. Dua tempat duduk di sebelah masih kosong. Mungkin tiada orang yang duduk di sini.

Kapal terbang mula berlepas pada jam 10 malam. Kebanyakan penumpang sedang tidur kerana kepenatan menunggu penerbangan yang asyik tertunda sejak pukul 8 pagi.

Aku bergerak menuju ke tandas. Aku membasuh muka untuk menyegarkan badanku. 10 minit kemudian, aku berjalan menuju ke tempat dudukku semula. 'Eh, tadi macam tak ada orang kat seat sebelah aku nie?' terdetik hatiku.

"Excuse me." panggilku. Kelihatan orang di sebelahku masih tak bergerak. Tidur mati ke apa nie? Macam mana aku nak duduk nie? Kaki dia halang laluan aku. Aku terpaksa membesarkan langkahku untuk duduk di tempatku.

"Finally, dapat juga aku duduk. Tidur mati ke apa orang nie?" kataku selepas duduk di tempatku sambil memandang orang yang berselubung di sebelahku.

"Sorry, saya tak sengaja." Suara seorang lelaki mengejutkanku. Aku segera menoleh ke arahnya.

"Sorry, miss." katanya sekali lagi.

Oh no.... It's... Dhanial. Kenapa kau perlu muncul waktu macam nie? Aku nak lupakan Jeffry, kau pulak muncul dalam hidup aku.

"Miss?" panggil Dhanial.

"Yeah, it's okay." balasku tergagap - gagap.

"Miss, did you know, your face, mengingatkan saya pada someone. Someone yang saya cari selama nie."

Aku hanya tersenyum.

"Wait... Are you Marinah?"

"No..."

"Don't lie to me. I remember your eyes. Your beautiful eyes. Oh, Marinah... You know, I'm missing you like crazy..."

Aku hanya duduk tanpa berkata apa - apa.

"Marinah, I'm sorry because saya dah sakitkan hati awak dulu. I'm really sorry." katanya sambil memandang wajahku.

"I'm sorry, mister. Saya rasa awak salah orang nie. I'm not Marinah." balasku.

"No, I'm not. Stop lying!" jerit Dhanial.

"Whatever. Crazy man. Stop disturb me." putusku.

Aku terus melelapkan mataku tanpa mempedulikan panggilannya. Melihat muka dia, kenangan dahulu datang kembali. Dia sakitkan hati aku. Dia tipu aku. And, the most important thing, dia berjaya buat aku tunduk kepadanya.

Tanpa aku sedar, aku menangis. Puas aku seka, tetapi air mata tetap turun membasahi pipiku. Sudahnya, aku tutup badanku dengan selimut dan akhirnya tertidur disebabkan kepenatan kerana menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience